· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, July 28, 2005

CSI @ channel 17

kalau semalam aku malas nak update blog, hari ni aku malas nak pergi kerja... tapi sebabkan aku mesti datang kerja, rela dalam terpaksa... tu lah, malam tadi buat ape? tangkap ayam ke sampai tak cukup tidur? sebenarnya last night aku paksakan diri tidur pada pukul 2.30 am semata2 sebab tengok CSI.... kalau ikutkan, CSI semalam, pukul 4.00am baru habis. Tapi aku tak rela nak tunggu sebab hari ni kerja...kalau lah hari ni saturday, sure aku tengok sampai habis... besh! Tapi yg paling besh sekali, aku tak ambik pot ape tajuknya... so aku terpaksa cari kat ASTRO site utk dapatkan bende ni..... besh sampai kepala otak aku wink sikit harini... mak, nak balik tido...................
CSI (Season V)- Finale
27-Jul-2005 9:00:00 PM
The clock is now ticking! In the season's finale, the CSIs must put aside differences and other concerns as they race against time to save a member of their team who has been abducted, and buried alive in a coffin in an unknown location by a mysterious and sinister villain.
Repeat broadcasts on Thur @ 1am & 12noon, Sun @ 12noon & 9pm and Mon @ 2am
So, pada sesiapa yg nak tengok, sunday ni ade ..... don't miss it! Besh!

Wednesday, July 27, 2005

baNci oH banCi..i haTe U!

aku kemalasan nak update blog dalam minggu ni... sebab kerja berlambak banyak terutama nak dekat2 month end ni.... ni yg aku nak komplen sikit pasal org kerje gomen ni.... sesapa yg kerje gomen jgn kecik hati... komplen aku ni ditujukan khas untuk org yg kerja kat Jabatan Perangkaan Malaysia ,Negeri Selangor.... mereka ni macam tak de kerja lain selain nak banci orang & pertubuhan.... mana taknya, aku dah naik muak mengisi form banci ni utk opis aku... baru bulan april hari tu fill up borang banci pertubuhan & enterprise 2005. Legalah rasanya sampai tahun depan... tup-tup , bulan ni sampai lagi satu banci pertubuhan pengiklanan 2004 lah pulak... due 31st July 2005. Cantik sungguh muka toknek hangpa no.... setahun berapa kali mau banci daaaa? aku ni yg jadi mangsa.... kalau korang tu efficient enough, sure korang hantar borang tu awal2 at least 30 days.... ni takde, hantar form kat aku dalam 15th July, 31st July dah suruh reply.... seperti yg aku kate, banyak cantik muka toknek korang.... ingat aku duduk kat opis ni dok goyang *TuuuuT* ker ha? kan dah kena sumpah ngan selipar jepun..... dan yg menunjukkan kementerian statistic ni sungguh tak efficient nye bilermana membanci ikut suka hati toknek dia aje... memula hantar tahun 2005 punya, peh tu antar borang banci tahun 2004 lak, peh tu tahun depan sure hantar borang banci 2003 dan semakin lama aku kat opis ni, aku kena gali kubur sendiri dulu sebelum mereka banci yg bukan2... org makin kedepan, diorang makin mengundur.... wake-up lah wahai statistic dept.... bile nak maju kedepan?
Thumbs Down

Friday, July 22, 2005

Hati Ini Telah Dilukai -Kris Dayanti & Ajai

Semalaman
Terkenangkan diri mu
Lalu airmata ku
Membasahi pipi
Mengapakah kau sanggup
Meninggalkan diri ku
Sedangkan kau tahu
Perasaan ini

Kau berjanji
Akulah kekasih mu
Sanggup ku singkirkan
Semua cinta yang lalu
Tidak ku duga
Ini akan terjadi
Kata perpisahan
Yang kau pinta

Biarkanlah...
Biarkan aku hidup sendirian
Tak ingin ku mengenangkan kisah lama
Biarkanlah...
Biarkan aku hidup sendirian
Kerana hati ini telah dilukai

Thursday, July 21, 2005

Lawak 20 sen......

Semalam faiz buat lawak lagi...
dia citer kat aku, dia bagi duit kat cikgu
tapi cikgu tak nak.....


aku tanya dia, faiz bagi duit ape?
dia kata duit yuran sukan lah....
aku pun tahu yg cikgu dia mintak yuran sukan RM15.00
tapi aku belum bayar sebab ingat nak bayar weekend ni
tak harap ler nak pas kat dia
kang dia buat kenduri ngan kawan2 sekolah dia pulak

aku pun tanya dia, berapa faiz bagi cikgu?
dia kata dia bagi 1 (satu)..
satu apa? dia pun seluk poket beg
dia tunjukkan syiling 20 sen kat aku
aku bantai ketawakan dia...

lepas tu dia kata cikgu tak nak duit tu....
memanglah cikgu tak nak.. tak cukup..
dia hairan nape cikgu tak nak...
aku kata, memangla cikgu tak nak..
sebab tak cukup.. nanti mama bayar...

so, hari ni aku hantar dia sampai depan sekolah
aku masukkan duit dalam sampul raya macam angpow tu
dan pesan kat dia supaya bagi terus kat cikgu
jangan dibuka sampul ni...
dia tanya, nak bagi kat sape?
bagi ustazah kamilah la.......

kelakar betul anak aku ni...
20sen nak bayar duit yuran sukan...
agaknya pada dia 20 sen tu besar sangat...
dia pernah kata duit tabung dia dah penuh..
dah berat sampai dia tak larat angkat...
faiz nak beli kereta lah mama.....
macam banyak sangat lah duit syiling dia tu

Mawi & Akademi Fantasia-Fenomena Baru ?

Email ini diterima dari seorang rakan Selipar Jepun , pun begitu bukan dia penulis asalnya. Cubalah kite renungkan..... ada benarnya apa yg tertera disini. Kalau suka kepada sesuatu, jgnlah suka terlampau. Kalau benci pun, jgn benci terlampau... eloklah bersederhana dalam semua yg dilakukan....
Mawi dan Akademi Fantasia: Fenomena baru?
Thursday, July 21 @ 10:41:19 MYT
Oleh MELINTANG SESAYAP
MAKA suasana menjadi tenang seketika. Jalan raya agak lengang. Anak-anak
kecil tidak berkeliaran. Semua telah pun pulang ke rumah. Tiada kelas
mengaji muqaddam hari ini. Ustazah memang tidak mengadakan kelas.


Anak-anak muda yang sering bersantai, lepak dan bersidai tepi tangga, tepi
tembok dan tepi kaki jalan sudah pun kembali ke rumah sejak awal lagi.
Tiada usik mengusik, tiada 'dating' dan tiada ke hulu ke hilir dengan
motosikal. Tiada jalan-jalan malam.

Kenduri pada malam ini telah ditunda keesokan malam dan ada kenduri yang
telah diawalkan. Ada yang tidak jadi pulang ke kampung atau ada yang
melewatkan perjalanan jauh.

Anak yang kecil, bayi telah ditidurkan awal dan makan malam telah pun
disantap seisi keluarga selepas solat maghrib. Ada yang telah membatalkan
ziarah ke rumah saudara dan kalau ada tetamu yang ingin datang diminta
melawat pada lain masa. Yang pasti bukan malam ini.

Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini.

Semua ini kerana inigin memberi laluan kepada siaran langsung konsert
Akademi Fantasia.

Yang tiada rangkaian ini, masing-masing telah awal lagi menempah. Dua bulan
yang lalu. Yang tidak mampu menempah rangkaian ini sanggup pula bersusah
payah menumpang tonton rumah kaum kerabat yang ada.

Yang telah dipotong rangkaian ini kerana sudah lama tidak membayar, telah
berusaha mengumpul wang semula untuk membolehkan rangkaian disambung
kembali. Yang belum menambah nilai kad prabayar telefon bimbit telah
berkelam-kabut ke kedai berdekatan.

Sebutlah dan isytiharkanlah siapa yang tidak tahu tentang AF3 dan Mawi.

Sekalian alam kenal dan arif benar. Yang tua muda, kecil besar, miskin
kaya, sakit sihat, kerajaan swasta, menteri atau orang gaji semua
mengenali.

Begitulah suatu arus dan fenomena (meminjam tajuk akhbar) yang melanda.
Tidak terelak lagi ledakan gelombang ini.

Yang mengulas pula datang dari segenap lapisan. Semua ingin menjadi juri
tak bertauliah. Dari pensyarah menara gading (professor kangkung?)
sehinggalah ke pesawah di tepi tebing.

Penghuni institusi pengajian tinggi hinggalah pekerja kuli yang hanya
mengaji jawi. Daripada yang berada di awan biru sehinggalah yang berada di
bawah tanah kubur menggali lubang baru. Hebat memperkatakannya.

Tahniah Akademi Fantasia kerana menjadi pemangkin dan pencetus suasana yang
telah lama suram kerana pelbagai perkara. Terima kasih kerana telah membawa
rakyat Malaysia lari seketika daripada realiti dan hakikat yang ditempuhi.
Sekalung tahniah juga kerana telah menemui seorang insan yang didambakan
sejak sekian lama oleh rakyat. Idola ramai dan teladan semua.

Mawi suatu nama keramat yang meniti dari bibir ke bibir dan menjadi buah
mulut orang. Dari Datuk Keramat ke Tumpat sehingga ke Kudat semua tahu
tentang perkara ini. Rakyat terutama remaja telah lama menantikan seorang
lambang atau tokoh yang boleh dijadikan contoh.

Telah lama kekosongan ini berlaku. Gersang. Kering. Kini panduan hidup
rakyat telah kembali pulih. Kiblat telah dibetulkan semula. Mawilah
pengubah segalanya.

Hampir tiada kedengaran cacat cela dan sopeknya makhluk ini. Kiranya ada
sekali pun, pasti ramai yang membela dan mempertahankannya. Penuh dengan
pujian dan kekaguman yang menggunung.

Apa yang dibuat, dituturkan dan didiamkan menjadi ikutan ramai dan terasa
seolah-olah seperti hadis pula.

Rakyat khasnya remaja serta khususnya Melayu Islam memang ingin seorang
yang 'beragama' membawa hala tuju matlamat hidup mereka.

Tetapi rakyat kebanyakan menantikan kemunculannya dari alam hiburan. Rakyat
tidak mengharapkan kewujudannya dari alam atau bidang lain seumpama bidang
ekonomi, politik, pendidikan kerana telah jelak dan telah muak dengan
masalah yang timbul dan kecewa dengan insan atau pemimpin yang muncul untuk
menjadi idola. Semua penuh bermasalah dan janji kosong.

Kini hati rakyat terubat dengan manusia yang 'dilahirkan' dan 'dibesarkan'
daripada alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama terpacul dengan gaya
yang tersendiri.

Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang. Terbilang. Gemilang.
Extravanganza. Penuh aura. Karisma. Ada 'x-factor'. Pakej yang lengkap! Ada
mesej dakwah!

Tiada siapa menafikan kehadiran dan kehebatannya.

Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang pendidik menasihati anak
muridnya "jadilah seperti Mawi. Mengaji boleh, menyanyi pun boleh. Ini yang
kita hendak. Contohilah dia."

Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi masuk Astro.

Berdakwah dari dalam...

Begitulah komentar yang dikumpulkan serta dikoleksikan secara berguni dan
bergantang-gantang.

Akan tetapi...

Sedih betapa tipisnya iman kita.

Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua

Pandangan Pertama (1)

Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara
petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya:
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan
(merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30).

Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib
dan adabnya.

Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara
petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak
menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..."
(lagu penyanyi lama)

Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita
yang berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2)

Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak
Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan"

Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak
Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak".

Pandangan Ketiga (3)

Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..."

Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan 2.
Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar
Mawi 3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena
memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata "saya kalau nak
komen Mawi mesti pakai tudung..."

Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton
menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini.

Main-main dengan hukum Allah.

Pandangan Keempat (4)

Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi
habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri
dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?

Pandangan Akhir

Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan dihadami bersama.

Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus. Sambung
mereka Arus 'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!!

Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi." ?

Wednesday, July 20, 2005

Sam Has A Cap....

Malam tadi faiz kata dia ada kerja sekolah. bila aku buka beg dia, hanya buku bacaan je.. tak ada homework bertulis pun. So aku suruh dia baca.... buku bacaan yg cikgu dia suruh ulangkaji tu adalah dalam bahasa inggeris. aku suruh dia baca , then dia pun mengeja...bila aku tengok, ayatnya berbunyi begini 'SAM HAS A CAP". dia tahu SAM, dia tahu A, dan dia tahu CAP... tapi dia tak tahu camne nak bunyikan perkataan "HAS"... bila sampai kat perkataan HAS, dia bunyikan mulut dia SES..... mane datangnye? Aku memula tu bersabar lagi, masuk 3 kali aku ajar dia masih teragak2 cakap SES, terus aku tengking dia... finally, aku bawa diri pergi sidai kain lagi bagus... biar lah hubby aku je yg ajar.. aku ni naperlah nak marah dia.. sian dia. Budak tu kan baru belajar... then masa hubby mengajar dia pun, dia asyik lupa perkataan HAS tu, asyik cakap SES... aku menyirap gak, tapi buat donno jer... aku betulkan dari jauh jer. Nak ajar bebudak ni kena sabar... especially English...
Mungkin sebab aku ni lekas nak marah agaknya yg membuatkan aku tak dapat jadi cikgu walaupun dah banyak kali aku apply UPSI . Ade hikmahnya tu.. Allah lebih mengetahui apa yg baik bagi aku... Mungkin kalau aku jadi cikgu , anak murid benci kat aku sebab aku garang....in this case, i really respect my mak mertua, seorang ustazah yg disegani, dihormati, kemana dia pergi, ade je org tegur dia, belanja dia makan.... sebab anak muridnya ingat kat dia walaupun mereka dah bekerja & berumah tangga... cumanya mak mertua aku ni tak ingat kat anak2 muridnya sebab ramai sangat... kalau org tu tak tegur dia, dia pun tak tahu org tu pernah jadi anak murid dia.... termasuk le aku ni , dulu aku pun anak murid dia masa dia mengajar subject Ugama kat sekolah menengah ...
Nanti lah aku cerita pasal "Ibu Mertuaku" ni... sekarang aku nak cerita pasal faiz yg membaca "sam has a cap" yg tak lepas2 dari tadi..... Kesian dia.. walhal sebelum start baca tadi, aku dah suruh dia baca ayat penerang hati macam kita nak mula mengaji tu.... abis tu nape susah sangat nak oi.... Hubby ajar dia tanpa jemu , sampai 45 minit agaknya.. aku dah habis basuh kain, dah habis sidai kain, dah duduk depan tv, faiz dgn babahnya tak habis lagi baca ayat yg seciput tu..... nampaknya macam ade perkembangan.... dia dah boleh baca dah... alhamdulillah.Berkat kesabaran babah mengajar dia, dapat juga dia sebut perkataan "has" tu....
Nak jadikan cerita, lepas tu dia tidur.. tertidur depan tv masa kitaorang tengok diary AF 11.30pm - 12.30pm... dia nak sangat tengok mawi, padahal mata dah ngantuk. Lepas tu aku angkat dia masuk bilik tidur ngan adiknya. Aku & hubby sambung tengok konsert ulangan minggu ke 6. Sebab hari tu hubby kerja, dia belum tengok lagi ulangannya. Tak sempat nak masuk 2 lagu, aku dah ngantuk. Jam dah pukul 1.30pagi... tidur lagi baik, esok nak kerja. Tak kuasa aku nak layan AF ni... lagipun ulangan ni bila2 pun boleh tengok. Bila aku melepasi bilik anak2 aku , aku terdengar macam faiz bercakap sesuatu dalam tidurnya. Aku pun pergi dekat2 nak dengar dia cakap apa...ingatkan dia baca doa apa... mulutnya betul2 mengeluarkan suara... rupanya dia mimpi... kes bercakap dalam mimpi lah ni... nak tahu apa dia cakap...? Aku panggil hubby suruh dengar... "Sam...Has.... A .... Cap...." kelakar betul faiz ni... sian anak mama.... sampai termimpi2 bende yg dia belajar tadi....

Monday, July 18, 2005

seLipaR JePuN daH nYamPaH tEngOk...


Aku dah menyampah dan meluat pulak dah tengok myvi.... rase macam nak termuntah pun ade... entah kenapa... mungkin aku rasa kereta tu cun sangat masa tengok dia kat showroom. Lepas satu persatu dah kutemui kat jalan raya dimana-mana sekarang ni, aku jadi macam ...yerkkkk! hodohnya.... tak de lah lawa sangat macam first sight dulu... yang membuatkan aku kata dia hodoh, bila aku membandingkan MyVi dengan Aveo, Jazz , Picanto dan Getz.... agaknya padanlah dengan harganya pun... but jauh betul beza rupa dan lubang hidungnya.... kuang kuang kuang.... sekarang ni bila aku aku dah nyampah tengok MyVi kat mana2, hubby aku selalu mengusik aku... tu lah.. dulu dia yg suka sangat... dulu dia yg kata cun toi..... nasib baik tak booking kan... macam perli aku jer.... pedasssssssssssssss! Aku dah terbekenan kat che mek molek kat atas tuh ... cun kan... tapi sekadar tengok dan berkenan aje la.... tak lebih dari itu....

Sunday, July 17, 2005

Weekend

Dari petang jumaat lagi ,waktu balik kerja, hubby menyuarakan hasrat hatinya nak bawak kanak2 riang yg 2 org tu naik keretapi tut-tut (komuter...). Dan dia suggest keluar rumah awal2 around 7.00 am.. aku ikut jer sebab tak ade program apa2 pun cuti 2 hari ni... Bile dah balik rumah lepas jemput kanak2 riang tu dari nursery, hubby cerite kat kanak2 tu yg esok pagi kena bangun pagi sebab kite nak pegi naik ketapi.... wah .. seronoknya kata faiz... anis tak tahu apa-apa..tapi rasanya dia faham sebab lepas tu dia pun cakap something yg aku tak faham.... baby language agaknya.... aku ia kan aje ler....
Then lepas maghrib, aku terima sms dari mak aku... mak tanya ada plan nak pegi mana2 ke cuti esok? aku kata tak ade... nak datang ke? Datanglah... then dia kata nak discuss dulu ngan boss lepas boss balik masjid nanti.Pukul 9.30 mlm tu dia sms lagi cakap confirm nak datang. naik train . Tak payah jemput, nak cuba naik bas sendiri . Aku pun masa tu melepak ngan anak2 sambil tengok TV , dari satu channel ke satu channel, sampai pukul 12.30 malam (diary AF ler , apa lagi...) Lepas tu mengemas rumah ngan hubby ... maklumler, akukan baru baik sakit... rumah tak berapa terurus masa aku tak sihat hari tu... so , malam tu kami jadi pekerja MPPJ sampai pukul 2.00 pagi... letihnya... nasib baik ade hubby yg bertimbangrasa.... kalau tak, tak tido aku jawabnya sampai ke pagi.. hampir seluruh rumah aku kemas... dah "tumpo" kata org perak.... kalau tak, mungkin tak stop lagi.. (tumpo tu maksudnya dah nak pengsan.... ataupun bekerja sungguh2 sampai nak mampus...). Ni tak lain tak bukan, sebab mak & ayah aku rajin mengemas... pantang tengok selerak sikit, diaorang mesti nak tolong buat itu ini... bukan macam setengah2 mak mertua , bile tengok selerak, membebel berbakul & kata menantu pemalas dan sbg nye... sooo, sebelum mak & ayah aku tolong kemas rumah aku dihujung minggu ni, baik lah aku kemas dulu... tapi kain baju yg belum berlipat tu, aku memang surrender.. kalau aku buat gak malam ni, tak tidur lah aku jawabnya.........
Akhirnya, hubby punya plan nak bawa kanak2 riang tu naik ketapi tut-tut tak menjadi... sebab tok dan wan nak datang, dan diorang suruh tunggu kat rumah jer... tak yah nak jemput2... nasib baik anak2 aku tak menuntut janji.. agaknya seronok sebab wan & tok datang rumah. Ditambah pulak, anak kakak aku pun ikut.. seronoknya anak2 aku 2 hari cuti tu... main tak habis2.... bilik faiz kejap jadi macam tongkang pecah, lepas tu elok balik.. sebab lepas diorang dah puas punggah & main, diorang kemas balik... elok la camtu... kalau tak mama ni tumpo lagi......
Yang bestnye, anak2 aku dan anak sedara aku ni , terperap dalam bilik sampai tak keluar-keluar.... main ape lah agaknya... sesekali, aku curi2 mengintip diorang... sebab aku dengar anis asyik panggil mak... aku ingat anis panggil aku... biasanya dia panggil mama, kenapa hari ni dia panggil mak ? ahhhhh.. rupa2nya diorang main masak2.... anis jadi baby, faiz jadi abang , shidah jadi mak... rupanya anis panggil mak kat kakak shidah....
Aku tak de plan nak bawa diorang berjalan, sebab malam tu hubby ade meeting penduduk, dan dia kata nak bawa sedikit juadah. So aku masakkan spaghetti je... Malam tu aku & mak bapak aku tengok konsert AF sampai pukul 12.00 ... Sunday tu hubby kerja dari pukul 9.00pg sampai 7.00pm baru balik. Malam tu mak & ayah pun balik ke kampung.....
Weekend yg meletihkan tapi meyeronokkan.... sebab aku tak dapat balik kg, hubby sibuk sangat... so, bila parents datang, seronok juga.... hilang rindu rasanya.

Friday, July 15, 2005

Gempar...Minyak Urut Mawi Dah Keluar !


Wednesday, July 13, 2005

Terkenang semasa dulu Part 4

Aku pulak tak sihat… hari Isnin pergi kerja, tengah hari tu aku dah rasa semacam jer..Nak balik, alang2 lagi half day jer. Esok jer lah aku amik MC nyer… Rupa2nyer hubby pun sakit balik…. Tak tahan air-cond kat office. Asyik bersin jer sampai manager dia suruh balik. Aku pun sama, asyik bersin jer , macam nak tercabut bijik mata rasanya. Jadinya, hari selasa tu sama2 dok kat rumah, dua2 MC… Tengok TV, makan ubat, ngantuk, tidur…. Dia bawak balik kerja, MC pun kena buat kerja juga kat rumah. Aku langsung tak pedulikan dia, masing2 buat hal sendiri… Aku tidur sepanjang hari sebab lemah tak bermaya… badan pun panas semacam, demam agaknya. Tapi tidur berselimut. Nasib baikler anak2 tak ade… kalau ade, sure aku tak leh berehat camni….

Petang , lepas mandi , makin teruk rasanya demam aku. Sejuk sangat macam baru kena rendam dalam air batu. Aku ajak hubby ambik anak kat nursery & pergi klinik lagi, apply MC untuk esok pulak… nampak gayanya demam aku kali ni teruk juga sebab sampai 2 hari aku MC.. selalunya sehari dah settle. Power rangers betulle virus ni…. Menjadikan aku langsung tak lalu makan, seluruh badan & sendi2 sakit… nak bergerak pun tak upaya. Tapi aku gagahkan juga bila anak2 dah balik rumah.

Wednesday -13/7/2005

Hari ni aku MC sorang2 sebab hubby dah sihat & pergi kerja. Aku tak tahu apa nak buat. Kalau tengok TV pun, AF tu asyik ulang tayang konsert 2 minggu lepas… Yg aku ni mengharap sangat nak tengok ulangan konsert minggu lepas sebab aku tak dapat tengok .

Sambil breakfast sorang2, dengar radio Era. Topic hari ni best juga… Benarkah kawan serumah perempuan lebih bermasalah dari lelaki…? Aku setuju 100%... sebab aku pun pernah merasa masalah tu masa aku bujang dulu. Masa tu aku kerja kat Jalan Ipoh. So, menyewa kat Sentul. Paling dekat ler tu , lagipun semua housemate tu org kampung aku. Yg sebaya aku, sorang je. Yg lelain tu sebaya kakak aku… kebetulan, semua tu kawan kakak aku, satu sekolah dulu masa kat kampung. Mula2 tu ok jer…. Aku pun bersyukur sangat sebab dapat housemate org sekampung…at least, semuanya senonoh belaka, tak de yg tak senonoh…

Aku pulak suka buat hal sendiri…. Tak suka menyibuk hal orang & tak suka jaga tepi kain orang. Aku dapat roommate yg lebih tua dari aku, iaitu sebaya kakak aku. Dia (kak z) ni dah berumur juga lah, tapi tak de bf… bukan nak tinggi diri, tapi dalam banyak2 housemate aku tu, aku le yg paling menawan… (cewah… perasannya selipar jepun ni…) .Dan gaji aku pada masa tu pun, terbanyak ler kalau nak banding ngan diorang. Sebab memasing takat SPM jer, kecuali aku sorang yg graduate. Ditambah lagi dengan aku yg ade bf (hubby aku sekarang ni ler…) yg boleh dikatakan hensem (perasan lagi selipar jepun ni ). Semua faktor2 ni membuatkan diorang jelez ngan aku….Biasalah, manusia, mana boleh tengok org lebih dari dia…. Walaupun aku bayar sewa rumah, aku bayar letrik & air, aku juga bayar telefon bill sama2, (masa tu hp mahal lagi… org pakai hp consider org kaya..) tapi housemate aku tak berpuas hati ngan aku . Ade jer yg tak kena pada mata dia. Aku ni ibarat org menumpang, diorang nak marah sesuka hati jer… hey kawan, aku pun bayar bill macam korang, ape lagi yg korang tak puas hati ? Lainlah kalau aku duduk menumpang free. Pernah satu hari, kawan aku balik kerja pukul 12mlm, aku tengah bergayut kat tepon. Dia ketuk pintu, aku buka kan… bukan nak cakap trima kasih, sebaliknya aku dimarahi sebab katanya, buat membazir letrik jer sebab aku pasang tv tapi bergayut kat tepon… Aku punya pasallah, aku kan bayar bill macam korang…. Tapi aku tak jawab apa2 sebab aku malas nak gaduh…. Terus aku tutup tv tu… hati aku sakit macam baru kena marah ngan mak tiri je….

Yg buat diorang jelez sangat tu, aku bertunang dalam diam2… kat diorang pun aku tak cakap. Entah dari mana diorang tahu , aku pun tak tahu. Mungkin mak diorang bagitahu agaknya bile diorang balik kampung. Week end aku jarang ade kat rumah sebab keluar dengan tunang aku. Tu pun diorang jelez. Diorang kata, tak elok , nanti ape org kata.. bagi aku, pedulikan apa org nak kata. Aku bukan buat jahat, setakat nak keluar ngan bf pun tak bleh ker? Kalau kite peduli sangat apa org nak kata, mati reput ler sorang2 dalam rumah…. Keluar rumah je, org kata. Baik dok dalam rumah. Aku tak ambik pot apa org nak kata, yg penting aku tahu jaga diri aku, aku tak menyusahkan org & aku tak ambik tahu hal org…

Nak jadikan citer, jelez punya pasal, diorang pun berusaha nak cari bf .. teringin nak berboyfren agaknya, sebab tengok aku happy jer…. Last2 , member yg sebaya aku (aku panggil dia Kenit sebab dia pendek…) main cinta dengan driver bas Intrakota… tu pun suami org.. balik cerita kat kiteorang yg dia happy sangat sebab dapat naik bas Intrakota free tetiap hari sebab bf nye yg drive… Dalam hati aku, elok sangatle tu… laki orang nak buat bf.. kena serang ngan wife dia kang baru tahu. Dah desperate sangat ker sampai laki orang pun kau cekup ? Macam tak de anak teruna dah kat KL ni yg boleh dibuat teman lelaki? Bangga pulak tu… apelah nak jadi kawan aku ni.

Tak cukup dengan tu, yg roommate aku ni plak, (yg dah hampir nak jadi andartu ni-Kak Z), tackle bf housemate sendiri iaitu bf kak A ,namanya Nazri. Setiap kali nazri call, Kak Z ni yg angkat. Mula2 tu tinggal mesej jer sebab kak A tak balik kerja lagi. Lelama, Kak Z ni pulak melayan nazri ni. Mula2 dalam tepon je, kan main layan baik punya… ayat power… siap ketawa2. Aku ni jadi pemerhati jer… lama2 ajak dating. Nazri ni pun satu, mentang2 pompuan tu layan, mulalah curang kat gf sendiri… macam tak der org lain dah…. Housemate gf sendiri juga yg dia nak kebas… sebonanye dua2 sama… macam dah tak de org lain ke nak buat gf/bf…

Kecurangan budak berdua ni aku tahu, tapi aku malas nak jadi batu api. So aku buat dek jer.. sampailah satu hari, aku tinggal berdua jer ngan kak A ni, org lain semua kerja. Hari tu le aku pecah lobang, aku story segala2nya pada kak A. Kecurangan bf dia, kegatalan roommate aku yg dilamun cinta ngan bf kak A… dan akhirnya kak A sendiri mengaku kat aku yg dia dah tahu….. elokler kalau dah tahu. So kak A kata , biarlah dia undur diri kalau Kak Z nak sangat kat bf dia. Bile dia tanya nazri, budak ni tak tahu nak pilih… banyak cantique, dua2 nak… jantan keparat kan… ! Finally, aku dapat tahu, kak A tinggalkan jantan ni…. Sebab tak sudi berkongsi kasih ngan housemate sendiri yg tak sedar diri merampas bf orang…

Kak A pernah tunjukkan gambar nazri kat aku. Katanya budak ni kerja kat IBM taman tun.. Aku plak masa tu dah tukar kerja kat Tmn Tun.. Tunang aku pun kerja kat Taman Tun gak pada masa tu. So, everyday without fail, kami akan lunch together..sebab office kami dekat jer. Agaknya Allah nak tunjuk kat aku, ade satu hari tu, aku terserempak ngan nazri ni kat Pasar Taman Tun , tengah jalan berpimpin tangan ngan sorang awek…bukan kak A, dan sudah tentu juga, bukan Kak Z… kan main romantik lagi… cam sepasang kekasih ler… aku balik citer kat kak A, tapi aku tak citer kat Kak Z. Finally, Kak Z dapat tahu sendiri dari mulut nazri… yg dia dah bertunang… frust nonggeng ler roommate aku ni sebab bf dia bertunang ngan Gadis Melayu pilihan hatinye…. Hampeh kan… tapi dalam hati aku , padanlah ngan muka ko… Tuhan dah balas kat dunia lagi…. Ko rampas hak orang, orang pun akan rampas hak ko… baru ko tahu camner perasaan kak A masa ko rampas bf dia dulu….

Sebenarnya banyak lagi aku nak citer pasal housemate pompuan aku ni, tapi tak larat nak taip dah… cukup ler tu… aku pun maleh nak kenang lagi kisah dulu2…. Lepas aku kawin, aku tak jejak dah kerumah puaka tu…. Thanks to my hubby yg menyelamatkan aku dari terus hidup dirumah tu. Aku bahagia dapat lari dari situ. Sekurang2nye, aku tak menderita sakit mental…. Kepada ex-housemate aku kalau terbaca ruangan ni, aku nak korang cermin dulu diri korang tu… korang kata tak bagus berdating, tapi korang pun same je… mase korang tak de bf, pandailer korang mengata aku, tapi bile korang pun ade bf, korang lagi teruk pada aku….at least aku bercinta ngan lelaki bujang, korang tu bercouple ngan laki orang, bf orang… elok sangat ke? Beli ler cermin banyak2….. sebelum korang nak jaga tepi kain aku, korang jaga ler dulu tepi kain korang yg koyak rabak tu….. sekurang2nye aku tak rampas hak orang…... Aku dengar, ade yg dah kawin dan beranak pinak… semoga berbahagia keakhir hayat….

Lepas habih mengarang karangan kat atas tu, aku pun dah letih tangan menaip… patutnya aku tidur lepas makan ubat, tapi herannya, aku tak ngantuk langsung. Tu pasal rajin sangat buat karangan waktu dok sorang2 kat rumah… tak de kerja le kata kan…Dah abis tu, aku pun masak untuk lunch, makan, tengok channel 15… la, memang rezki aku betul ler, kebetulan channel 15 tengah tayang konsert minggu lepas. Baru nak start lak tu. Memang seronok betul aku melayan sorang2…. Ketawa sesorang tengok gelagat Aznil mengenakan Kefli, waktu siti square keluar tu… aku pun ingatkan siti, tapi sumbang gak suara dia kat satu dua tempat. Hari ni je aku rajin sikit nak buat ulasan pasal konsert AF yg lepas….kedudukan adalah berdasarkan kepuasan hati aku…..

1) Amylea
2) Marsha
3) Mawi
4) Felix
5) Yazer
6) Akma
7) Aidil
8) Ekin
9) Kefli

Ekin punya sore, minggu ni asyik terkucil jer… dah tu asyik tayang tali bra jer.. tak lalu aku nak tengok… pakai ler senonoh sikit lain kali yer Ekin… tak pun, cari ler bra yang sesuaaaaaaiii dengan baju tu… banyak dipasaran.. kan boleh order thru maybank2u.com…..?

Aidil punye sore bagus daripada kefli , vanilla boy tu… aku heran apasal aidil keluar dulu, patutnya si vanilla boy tu yg chow dulu… anyway, same jer korang berdua tu. Harapkan rupe je yg menawan, sore hancussss! Pengundi mata keranjang, bukan mengundi ikut bakat….

Itu jer lah…. Maleh nak komen !

Sunday, July 10, 2005

Mama Sayang Anis...

Hari ni macam biase je… mengemas rumah & mendobi . Janji ngan anak2 nak pergi playground petang nanti kalau tak hujan. Hubby masih kurang sihat. Aku pun macam terjangkit, tapi paksakan diri pergi bayar segala utility bills & gunting rambut faiz….Kelakar betul, faiz minta rambutnya digunting style Mawi… Ni dah terjangkit ngan mama ke ? Tak sangka anak2 pun minat Mawi. Lepas kepala faiz sama ngan kepala Mawi, mana dia pergi pun orang tegur…”hai, style mawi nampak?


Petang tu tak hujan pulak… so kena lah bawa anak2 pergi Playground . Dekat jer ngan rumah. Kebetulan, cikgu yg berjiran ngan aku pun bawa anak dia kesitu. So, anak dia ni kira brutal banyak kalau nak bandingkan ngan anak2 aku. Even umur masih muda, tapi lasaknya, nauzubillah…. Anak aku pun tak pernah panjat bumbung playground tu, terkezut beruk aku tengok anak cikgu yg nama Along tu panjat sempai kesitu… Ganasnye….(umur baru 3 tahun rasanya….) dan ayah dia buat dek jer… katanya , dah biasa……………

Anak cikgu ni 2 org, sepasang macam anak2 aku… wife cikgu ni tak ikut. Cikgu ni pulak berborak ngan hubby aku. Biasalah org lelaki, kalau berjumpa mesti bersembang punye. So anak2 dia, aku yg melayannya… yg tak bestnyer, ape yg anis & faiz main, yg itu jugelah yg anak2 cikgu tu nak. Dah berebut jadinye… at last, faiz mengalah… dalam pada aku sibuk melayan anis, anak cikgu ni panggil aku “mak” .. nak minta tolong aku ayunkan buaiannya. Jadi aku tinggalkan anis , faiz pulak takeover jaga adiknya. Entah macammana, dalam pada faiz mengayunkan buaian adiknya, anis terjatuh… terlentang plak tu. Mungkin anis tak pegang kuat-kuat…. Aku dah panik.. aku terus angkat anis yg pada masa tu dah hampir nak lembik… muka pucat lesi… aku nak kasi dia minum, dia tak nak. Aku terus tepuk2 badan dia supaya dia menangis. Tapi nampak gayanya, dia terus lembik tak bermaya… aku ajak hubby balik… kalau perlu, nak bawa dia pergi klinik….

Balik rumah, baru sampai kat parking, anis muntah. Tapi sikit je lah… setakat air liur jer.. tak mampu nak jalan, dia suruh babahnya carry. Kat rumah pun, dia asyik duduk diribaan babah je.. nak kasi minum , tak nak, nak ajak mandi , tak nak. Apa2 pun tak nak. Macam tak larat sangat….. Then dia muntah lagi buat kali kedua,. Habih ler apa yg dimakan haritu, keluar balik. Kesian aku tengok dia… then aku pujuk dia ajak mandi dengan faiz, baru dia nak. Selepas mandi , baru nampak ok sikit. Kalau tidak, pucat lesi macam tak de darah kat muka dia. Lepas dah mandi, aku bawa dia pergi klinik yg agak jauh dari rumah, semata2 nak jumpa doktor yg bagus & teliti chek-up nye… tapi malang, doktor tu pulak bercuti… doktor lain adele…. Tapi aku tak berkenan kat doktor tu sebab check-up ambil lewa…dah tu speaking nyer bunyi cam tamil jer… Finally, balik cari klinik dekat2 rumah je.

Doktor tu kata anis mesti admit to the hospital immediately , sebab dia muntah. So, dia issue referral letter . Aku dah panic giler… perasaan takut kehilangan semakin menguasai diri aku… dalam hati aku berdoa jgnlah berlaku apa2 yg tak diingini… balik rumah, berkemas macam lipas kudung sebab buat persiapan persalinan andaikata anis ditahan dihospital malam ni. Hubby pun tolong apa yg patut. Masa tu anis ok jer… kalau tengok dia, macam tak ada apa2 yg berlaku. Lepas dah siap, sempat lagi kami singgah kedai, makan malam. Sambil makan, sempat lagi tengok AF, masa tu Aidil nyanyi, pastu Mawi… Kelakar juga tengok Kak Pah pakai tudung masa nak komen Mawi. Tapi memang sore Mawi malam tu power giler…. Tak heran ler peminat fanatik Mawi asyik bertempik jer bile dia perform… Tapi bukankah semua tu mengganggu jer?

Berbalik kepada cerita anis, me & my husband decided to bring her to Damansara Specialist , one of my panel hospital. Anis pulak tidur sepanjang2 perjalanan, sebab dah ngantuk agaknya. Aku pulak asyik renung muka dia aje… dalam kepala aku, macam2 bende yg aku pikirkan… Anis, jgn tinggalkan mama.. mama belum puas nak main ngan anis… anis terlalu istimewa buat mama… mama sayangkan anis…kalau jadi apa2 pada anis, mama tak tahu macammana mama nak melalui hari2 mendatang tanpa anis… bolehkah mama terus hidup kalau anis tak ada? Tanpa aku sedari, air mata mula bergenang dikelopak mata. Mungkin hubby tak sedar sebab dia sedang memandu. Aku kesedihan…. Ya Allah, jgnlah kau duga aku sebegini. Aku tak mampu nak menghadapinya. Ya Allah, selamatkan lah anak aku…. Aku tak habis2 berdoa…

Sesampai dihospital, after checkup, doktor kata tak de apa2 yg perlu dirisaukan. Cuma anis perlu diawasi dalam masa 24 jam berikutnya , takut2 ada apa2 complication.. Kalau dia muntah lagi & berterusan, bawalah kehospital immediately… Lega hati aku mendengarnya… At least, malam ni tak yah tidur hospital. Kalau tidak, boleh jadi sejarah sebab none of my kids yg pernah masuk hospital sebelum2 ni… Alhamdulillah, malam tu aku tidur ngan anis untuk monitor dia. Aku bangun 3-4 kali jugalah untuk tengok dia. Sampai pagi dia ok… Aku Tanya dia, anis sakit kat mana? Dia kata kat kepala…Then aku Tanya dia, anis nak pergi playground lagi tak? Aku ingat dia dah serik. Tapi tidak…

Friday, July 08, 2005

Personaliti Pilihan ke-2 minggu ni..Tapirus Indicus

Tapir, tenuk atau cipan sering menjadi bahan ketawa atau kutukan orang-orang Melayu di Malaysia kerana rupa bentuknya yang kurang menarik (dalam istilah manusianya - kurang hensem). Tapir adalah haiwan yang dilindungi dan di negara kita sendiri, kita mempunyai spesis tapir yang hanya boleh didapati di negara kita sahaja iaitu Tapir Malaysia.Marilah kita sama-sama mengenal tapir ini agar boleh kita ceritakan kepada anak cucu kita suatu hari nanti andai kata tapir ini pupus buat selama-lamanya....Nama saintifik bagi Tapir Malaysia ialah Tapirus Indicus.
Wahai anak2 mama, nanti tak kenal pulak tapir ni.... maklumlah, bende ni makin lama makin pupus... jangan kata nanti, Mak kite tak pernah bawa kita pergi zoo... kalau bawa pergi zoo 40 kali pun, kalau haiwan ni dah tak de kat zoo, kat ne lagi nak tengok ? Tengokle kat dalam blog ni... disebalik cerita tapir ni, aku ade cerite lain berkisar tentang tapir juga... yg patut dikongsi bersama....
Ade la satu hari tu, aku punya department + admin dept + ceo dept pergi Dinner kat PJ Hilton... ade la dalam 12 orang... 10 cina, 2 jer melayu iaitu aku & best fren aku ni.... so, kebetulan hari tu hari khamis... malam jumaat. Sambil makan, sambil bergebang ..sampai dah tak larat nak makan, aku pun bagi isyarat kat best fren aku ajak dia balik lah, dah malam buta ni... takkan tak kenyang2 lagi... aku tengok budak2 cina tu melantak macam tak pernah makan setahun... especially Raw Oyster... maklumler, makan free... makan sampai esok pun tak per...
So, aku pun kata kat my fren, jom ler balik. Then another fren (chinese) dengar, dia kata, rilex ar.. awal lagi what.. lepak ar dulu... then I said, cannot... We nak balik , tonight nak bunuh kapir...then she blurr .. then asked me, what is Tapiz.... ?(dia dengar tapiz instead of kapir..) Dalam hati aku, kapir tu kau lah, goblok....... tapi aku tak sampai hati nak cakap..macam rude sangat.. kepala otak aku ligat dok pikir, ape aku nak jawab kat budak ni... mampuih aku ..camner ni nak susun ayat..??? My fren dah kasi sign kat aku dengan menyepak2 kaki aku kat bawah meja.. tapi aku ni tak paham bahasa.... maklumler, lurus bendul..
So, my fren try to cover... she said, Tapir is one of animal species yang mana badannya macam badak, berwarna hitam dan putih.... aku dah ketawa sampai tak boleh nak control dah... air mata dah berlinang2 sebab terlalu ketawa... sambil kesat dengan tisu, sambil ketawa lagi... then this girl keep asking us, "then , why you want to kill it? " ....satu soalan cepumas yg tak boleh aku jawab.... keep laughing until cannot answer her... she look confuse... dah lah tak faham, soalan dia kami tak jawab, dan kami pulak asyik ketawa.... Kelakar ditahap cipan.. eh silap.. Tapirus Indicus..heheheh....

Personaliti Pilihan Minggu Ini...Maskiranto Marcello.

Nama Penuh :Mas Kiran Jakiran.

E-mel:Kieran

Tarikh Lahir : 24 April 1975

Tempat Lahir : Kuala Selangor, Selangor

Zodiak : Taurus

Keluarga : Seorang jer

Filem kegemaran : Braveheart dan Legend of the Fall

Lagu Kegemaran : I live my life for you (firehouse)

Binatang kesayangan : Ikan laga- ada dua ekor....baru jer seminggu beli he..he..he Nak kasi dia besar, lepas tu boleh goreng....nak masak tiga rasa

Makanan kegemaran anda? : Semua masakan ibu saya...walaupun saya tak suka masakan pedas...tapi yan mak saya masak punyer...pedas camner pun mesti settle punya...

Apakah ciri-ciri fizikal menarik yang menyebabkan orang memandang dua kali terhadap anda? : Rambut kot!! Sebab rambut saya panjang

Apakah kebolehan anda selain daripada menjadi pengacara/penyampai? : Bersukan....mungkin saya boleh jadi ahli sukan yang baik...

3 Perkara yang anda paling tidak suka lakukan dalam kehidupan seharian? : Pakai contact lense (leceh), Memesan makanan (tak tahu nak makan apa-orang bujanglah katakan), Bila nak tidur (susah sangat nak lelap)

7/7/2005 - 8/7/2005

Diary Hari Jumaat - 8/7/2005

Hari ni hubby tak sihat.... katanya nak mc sebab sakit tekak, flu & demam sikit2... malam tadi pukul 3.00 pagi baru nak tidur.. sibuk ngalahkan PM.... tapi kesian pun ade... sebab dah 2-3 bulan ni macam tu je rutin hidup dia... kalau aku, sure tension ditahap gaban dah... aku ni tak boleh terima preassure lebih2.... dan tak kuase aku nak bagi commitment kat company sampai 200%.. tak der pekdah.... prinsip hidup aku, work is work... from 9am to 6pm, i'll do anything for work... other than that, it is for my personal life, which is me myself, my kids, my family & my responsibility at home.... no matter how , my first priority is family especially my kids... work is number 2 . I don't love my work as much as I love my family... I don't care if I'm not sucess in my working life as long as I'm success in growing up my kids & family... to me, I'm not going to sacrifice anything just for work...
7.15 am dah hantar anak2 ke nursery, then pergi clinic temankan hubby. Lepas hantar dia balik rumah, pergi kerja sendiri. My Fren hari ni kerja luar. So tak dapat nak pergi sama-sama. 8.30am baru bertolak. Sampai office lebih kurang 9.30am lagi... nampaknya dah 2 hari aku masuk office lambat... tak peduli lah.. selagi tak de org mintak explanation, nothing to explain... buat donno jer.
Hari ni boring sikit kat tempat kerja.... tak happening seperti selalu... tak de mood nak tulih...


Dairy Hari Khamis - 7/7/2005

Entah kenapa pagi ni aku sekeluarga macam kena pukau... pukul 7.05am baru tercelik mata... sedar2 hari dah siang, terang benderang... menggelabah sekejap, terus capai towel, mandi & bersiap secepat yg boleh... Kalau tidak, nanti terlambat pula masuk kerja. So, lepas aku mandi, aku kejutkan faiz supaya bangun mandi.. seperti biasa, dia ni liat betul nak bangun... When everything dah siap, jam dah 7.30am. Aku capai hp hantar sms kat driver van dia supaya tak payah jemput dia hari ni... alang2 aku dah lambat, biarlah aku yg hantar, boleh terus bayar yuran sekolah dia sekali.

7.40am cam gitu, my fren call, tanya samada aku nak follow dia atau nak ikut hubby. After short discussion, aku decide nak ikut hubby sebab nak gi bayar yuran sekolah faiz. Then, after drop anis kat nursery, we proceed to Tadika Faiz to send him to school. Lepas tu ingat nak pergi kerja terus le... for me, sempat lagi nak sampai office be4 9.00am . But my hubby kata, alang-alang dah lambat ni, jom gi breakfast together2 nak tak ? Of course Naaaaaaaaakkk.. bukan senang nak dapat breakfast berdua-duaan... macam berdating balik....
Sempat lagi melengah2kan masa.... sidia pun dah inform officematenya yg dia masuk lewat hari ni... so dok melepak kat Restoran Nasi Lemak Antarabangsa sampai pukul 8.45 am baru bertolak.... Finally, sampai office aku dah pukul 9.30am... lewat 30 min hari ni... hiks... bukan selalu...

Thursday, July 07, 2005

Terkenang semasa dulu Part 3

Rutin harian kak normah , dalam genggaman aku... cewah ! setiap pagi masuk kerja, dia melawa cam andartu2 lain, dengan tujuan nak cari teman hidup ler... lipstick tebal bak diva anita sarawak... dengan cermin mata dia yg macam cikgu bedah dalam cerita adik manja tu, ha macam tu lah lebih kurang gayanya kak normah ni.... setiap hari dia pakai kasut kulit tumit tinggi... pas tu bile dah sampai kat kilang, dia tukar pakai Selipar Jepun (ceh... name aku juga...kat tapak kaki dia plak tu.Hampeh!) .

Aku rasa aku manusia paling jahat masa tu sebab buat dajal kat orang... tapi apakan daya, pakatan syaitan telah termetri antara aku dan geng2 aku... aku ambik kasut kulit kak normah , aku pas kat member aku suruh dia letak kat bawah mesin conveyor yg boleh gerak2 tu, tersorok lah sesangatnya... tapi aku ambik sebelah jer... kalau dua belah, kang dia kata ada org teringin kasut dia... so, kalau ambik sebelah, dia sure ingat ade org nak kenakan dia... dia tak sedar kasut dia hilang, sampailah pukul 4.15ptg , kira-kira lagi 15 minit nak balik... masa tu dia baru terperasan kasut dia tak de sebelah, sebab dia nak tukar selipar jepun dia la... dia tanya kat semua-semua org, semua org cakap tak tahu... tak nampak... tak ada... tak ambik... tak perasan..... tak kuase...... tak teringin le..... wat pe ambik sebelah... bukan boleh pakai la kak normah .... aku & geng aku pun termasuk sama dalam memberi alasan tersebut.... so kak normah dah hangin betul.... dia buat spot check dari hujung ke hujung...masa dia check kat hujung line, aku suruh kawan aku ambik kasut tu pegi buang kat ladies toilet.... dia pun ikut jer arahan ketua chief ni....lagak bagai seorang ketua penjenayah yg paling dikehendaki jer... ahaks ! Jahat nyer aku kan... bila kak normah sampai kat tempat kiaorang, kiteorang buat-buat tak tahu jer.... macam tak ade apa-apa yg berlaku. Tolong carikan sama - sama ade lah...
Sian kak normah.. tu lah, lain kali cakap tu berlapik sikit... mulut jgn laser sangat....jgn nak sakitkan hati orang... bile dah jadi camni, sape yg susah? Kak normah dan keluarga juga yang susah kan......cubaan ! Kepada kak normah , kalau kak normah terbaca tulisan aku ni, aku nak minta ampun banyak2.... sebenarnya aku dah mintak ampun seampun ampunnya dari dia masa aku resign dari kilang tu dulu... aku tak cakap ler yg aku sorok sebelah kasut kulit dia, tapi aku mintak dia halalkan dunia akhirat & ampunkan semua dosa-dosa aku.. Aku harap dia betul2 maafkan aku... sekarang ni aku menyesal juga rasenye sebab kenakan orang. Tapi apekan daya, benda yg lepas, hanya boleh dikenang dan diperbaiki... bukan boleh putarkan kembali mase tu.





Terkenang semasa dulu Part 2

Ade satu malam tu, lebih kurang pukul 11.30 malam kiteorang padam lampu sebab nak tidur awal sikit.... esok nak bangun awal beratur depan bilik mandi... rutin harian... selapas setengah jam, aku masih tak dapat lelapkan mata... aku paksa juga sebab dah gelap... tak de ape yg aku boleh buat, kalau aku tak paksa diri aku tidur... nak berangan pun tak ade ape yg aku teringin nak angankan pada masa tu... paksa punya paksa, akhirnya aku berjaya mengantuk... tapi dalam pada tidur-tidur ayam yg separuh tidur, separuh sedar tu, telinga aku terdengar sesuatu... antara percaya dengan tidak, aku membuka mata dan berkata pada diri aku, yg aku sebenarnya sudah bangun... bukan mimpi lagi... dan aku masih juga terdengar sesuatu yg aku sangkakan mimpi itu... nak tahu apa yg aku dengar? kalau korang semua pernah tinggal dihostel kat mana2, aku rase korang pun pernah mengalaminya....
Aku telah mendengar suara sayup2 perempuan menangis dan mengilai2... entah kenapa, sambil aku menaip ni pun, berdiri semua bulu roma aku dari kaki sampai ke tengkuk.. aku rasa ini bukan rekaan... kalau rekaan, buat apa aku meremang bulu roma. Lagipun benda ni out of our control... aku rasa macam bende tu dok perati aku je saat ni... walaupun aku tak nampak, tapi dengan mendengar je sudah cukup untuk buat aku kecut perut. Aku diam je... aku masih ingat aku bermimpi... last-last, ada budak lain yg sedang tidur pun menjerit & berpeluk-pelukan sesama sendiri. aku pun ape lagi. terus peluk min, kawan sebelah katil aku... aku tanya dia dengar tak, dia kata tak.... tapi according to the rest, ada yg dengar, ada yg tak.... so yg dengar ni cerita ler kat yg tak mendengar tu... nak jadi cerita, kiteorang punya lah takut, so kiteorang tidur rapat2.....yati & peah yg tidur kat tingkat atas (double decker) pun turun tidur ngan kiteorang... tidur berhimpit2 sampai pagi... pengalaman ni memang menakutkan... lebih2 lagi bende tu berlaku tengah2 malam lebih kurang 12.00 tgh malam.... aku rasa cam nak nangis... sebelum tidur tu, aku bacalah semua ayat2 yg aku hafal asalkan bende tu tak menjelma kat dalam dorm kiteorang... ade member yg menangis sebab terlalu takut...
Setelah tamat tempoh berkursus di Shah Alam, aku pun balik kekampung.... memulakan kerja rasmi sebagai minah kilang yg tinggal kat kampung. Pukul 5.45 pagi bas dah datang... kalau waktu subuh lambat, aku solat kat surau kat kilang je... kalau sempat, aku solat kat umah. Ayah aku tolong tunggu bas setiap pagi sebab risau anak daranya dilarikan orang dalam gelap gelita. Hari pertama melangkah ke kilang baru, aku agak sukar nak menyesuaikan diri lagi...ni lah fobia aku... aku susah sikit nak start the conversation... actually aku ni bukannya sombong... cuma segan. Dalam banyak2 minah2 kilang yg berkursus di Shah Alam, aku sorang je yg tercampak ke bahagian testing PCB... yg lain tu semua dah tercampak ketempat lain, memasing terpecah belah... so aku dah terpisah jauh ngan geng aku sebenarnya. Memula datang tu, dah diperkenalkan kepada kengkawan, masing2 pandang semacam jer kat aku macamler aku ni jahat sangat... sebab diorang dengar cakap2 org yg minah kilang yg pergi shah alam tu teruk2 belaka... sebab ada yg jadi bohsia, ade yg termengan... macam2 lah. So aku ni macam terpalit lumpur tu sama.... walaupun aku ni baik2 je....
Akhirnya ade sorang minah ni namanya Ina, datang menghulur salam perkenalan... dia lebih muda
dari aku... rasenye dia baru lepas SPM juga... so , Ina mula rapat dengan aku sampai semuanya dia ceritakan pada aku termasuk masalah peribadinya. Yang kelakarnya dan yg paling aku tak leh lupa, bila dia gaduh ngan bf dia.... dia kata dia bangun pagi cam biasa, nak pergi kerja... tapi hati tu sakit gara2 gaduh ngan bf. Subuh2 sapie' keluar kat laman rumah, cari pokok cili padi, makan mentah-mentah cilipadi tu.... aku tanye dia, nape Ina buat camtu? Dia jawab "sebab Ina gaduh ngan bf Ina ler" . Apelah ko ni Ina, gaduh ngan bf pun, yg ko gi kunyah cilipadi tu wat pe? Ko yang rase pedas nye, bukan bf ko.... pas tu nangis sorang2 sebab hati sakit, mulut pun sakit...... kuang kuang kuang....


Semakin lama kat kilang tu, aku dah makin ramai kawan... bestnyer... aku dah buka satu empayar Selipar Jepun kat kilang Taiwan tu.... sampai lah satu hari aku dah tak boleh tahan dengan line leader aku yg bernama kak normah.... kak normah ni andartu, asalnyer singaporean... kepala dia ni ting tong sikit...Kadang2 ok, kadang2 bile hangin dia tak betul, membebel sampai tak larat nak dengar. Dia akan naik angin kalau production hari tu tak sampai targetnya... sape suruh letak target tinggi menggunung. Dia ingat kite ni robot ker... mase cam ni ler aku menyampah jadi minah kilang... rase macam kuli sekuli kulinye.... then aku dah berpakat dengan kawan2 aku, nak dajalkan kak normah ni.. bukan aku sorang jer yg nyampah ngan dia, org lain pun bengang jer ngan dia ni.. Hangin tak ikut jadual.... tu lah, gersang agaknya.. org lain yg jadi mangsa. Sian kami kami ni kan... so , kami adakan pakatan nak kenakan dia.... jeng jeng jeng..... nak tau ape aku & geng aku buat kat kak normah ni ?

akan bersambung........

Wednesday, July 06, 2005

Terkenang semasa dulu Part 1

Once upon a time...

aku pernah bergelar "minah kilang" kat kampung masa lepas kolej sementara menunggu konvo..masa tu kilang tu baru bukak kat pekan K. Bukan ler betul2 kat kampung aku, tapi jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam ler jugak.... So , aku pun saja suka2 pergi ler interview. Kononnya aku ni lepasan SPM yg sedang mencari pekerjaan. Aku dihantar berkursus di shah alam dikilang yg sama kerana disuruh timba pengalaman.... aku ingat kerja kilang adalah kerja paling senang dalam dunia... tak sangka pulak nak kena timba pengalaman....

Pergile aku bersama2 dengan lebih kurang 40 orang lagi kawan2 yg sorang pun aku tak kenal.... macam kera sumbang je memula tu... ye lah, macammana aku boleh tercampak kesini .... ade yang dah berkenal-kenalan... ade juge yang ajak geng-geng mereka pergi, so mereka happy sebab dikelilingi kawan2. Yang tak de kawan, macam aku ni lah... dok sorang2... basi air liur sementara nak sampai shah alam... kami ditempatkan dibeberapa buah dorm (asrama pekerja) yg terletak di Tmn Sri Muda shah alam.... Satu dorm boleh masuk lebih kurang 20 orang... Bayangkan lah 20 orang, dengan satu bathroom & toilet. Nak mandi keesokan harinye kena beratur macam cerita P.Ramlee... kelakar pun ade, sedih pun ader... (buat ape lah aku disitu pada mase tu ?) The next day, aku bangun awal seawal jam 5.00 pagi.. pun tak dapat jadi no.1 kerana ade yg dah bangun lebih awal dari aku... yg paling sakit hati kalau ade org basuh kain pagi2 buta, sedangkan kat luar org beratur panjang berjela.... macam tak paham2 kan? Basuhlah baju ke, periuk ke, basikal ke...ape-ape lah yg nak dibasuh tatkala malam menjelma selepas semua org selesai mandi manda...
Dalam ramai-ramai kawan , aku dapat kawan yg bagus2, syukur alhamdulillah... tu pun sebab katil kami kembar.... double decker x 2 katil, so kami tubuhkan satu geng baru seramai 4 orang... aku, min, peah & yati... dalam 4 org kawan aku ni, peah paling klasik... sebab namanye tu sesuaiiiiiiiiiiii benar dengan kerjaya sebagai minah kilang ni.... mase tu aku belum pakai lagi nama SELIPAR JEPUN ni. kalau tak sure lagi klasik... macam peninggalan zaman jepun jer adenye.... sejak kami jadi best frenz, hidup aku dah tak sunyi lagi... kemana-kemana kami mesti berempat... 4 dara pingitan... nak pegi kedai beli bawang pun mesti 4 orang.. apatah lagi nak telefon mak bapak tercinta di kampung.... happy sangat.. tak der masalah nak pikir.... kepala otak pun rase ringan je...
Nak jadikan cerita, dalam pada 20 orang ni, ade le 4 orang yang layak dipanggil Bohsia... bukan sengaja nak panggil, memang itu career dorang... tak padan ngan budak hingusan... ade yang tak pas SRP, ade yg lepasan SPM, ade yg tak pas SPM pun.... Kalau dah nama pun Bohsia, tentulah kawan dengan Bohjan... kalau dah kawan dengan Bohjan, tak naik RXZ, tak de le namanye bohsia ngan bohjan. So, this bohsia have their own geng.... kureng campur ngan orang, sebab org pandang semacam kat dorang... Ade sorang tu mulut laser siut... tak boleh tegur.. mesti menjawab balik. Walaupun kami ade ketua dorm, tapi bohsia pun ade ketua dorang gak... Jangan main-main... Mentang2 ler tinggal kat situ bebas, jauh dari mak bapak, boleh ler dorang buat sesuka hati.
Bohsia dulu-dulu , pakaian biase jer.. cuma trademarknye adalah lipstick dark brown ataupun hitam. Tapi rasenyer, semua orang pakai lipstick brown colour nowadays.... budak2 remaja zaman sekarang ni, pakaian lebih teruk dari bohsia zaman dulu... so, adakah bohsia makin berlambak dipasaran ? Berbalik kepada cerita bohsia ni, one of the bohsia tu tak reti cover line .... atau bohjannye pelahap sangat, aku pun tak reti ... balik dari dating, lovebite penuh kat leher... kebetulan, esok nak balik kampung... every 2 weeks, kitorang boleh balik kampung.. semua org diwajibkan balik. Siut betul budak ni. Sebelum balik kampung, dia beli koyok banyak2, tampal merata2 kat leher dia. Konon sakit tengkuk dan sakit leher lah tu... Dia takut mak dia nampak.... so, kesian mak dia kena kelentong ngan budak bohsia ni. Cerita ni tak habis disitu.... dia siap cerita kat kitorang yg pakwe dia jemput dia balik, so , dia tak naik bas ngan kitorang.... sempat singgah kat semak2 lepas gian..... astaghfirullah... itulah, kalau dah jauhkan diri dari ugama, hati menjadi mati.... macam-macam boleh terjadi.
Disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga...... angkara bohsia 3-4 orang, habis semua minah kilang dapat nama.... aku bertanya lagi kepada diriku sendiri,"kenapa aku disini?" .Tak cukup dengan tu, siap ade aktiviti malam-malam kat tangga hostel. tak malu sungguh diorang ni... kalau tak de tok ketua lah dalam hostel tu, sure diorang bawak masuk terus bohjan2 tu.... Ade sorang bohsia yg satu lagi tu, siap muntah2 meloya... kiteorang dah suspect something is not right.... maklumler, aktiviti luar dalam sakan kemain... donno what happen to her... rasenye termengan... kot.. sebab tak lama lepas tu, dia punya perubahan fizikal cukup ketara.... kalau dulu gendong nasik lemak seringgit, masa lepas tu mungkin dah jadi dua ringgit kot....
Satu hari, ade sorang mamat naik motor pagi-pagi buta, renti kat lorong belakang dorm kami... asyik2 bunyikan hon... memekak tul.. so diorang yg dok kat tingkap, intai dari atas.... gile betul mamat ni... meroyan ke, sasau ke, aku pun tak tahu nak classified kan.... ade org kata sex maniac, ade orang panggil zombie, ade org panggil flasher..... mane satu pun aku tak tahu. memang siut, maybe dalam perjalanan nak pergi kerja, smart attire, macam nak pergi office. Naik motor kapcai singgah belakang hostel kiteorang, bunyikan hon bertalu2 seolah2 sedang menarik perhatian supaya kiteorang beratur kat tepi tingkap tengok dia.... then mamat ni dah mula buka zip seluar dia... dia start melepaskan burung dari sangkarnya.... according tu my frenz, org tu syok sendiri.... dont dare to see.... yaks........!!
What i can say is, pergilah kat mana-mana batang pisang, tenyeh ler kat situ... yg tayang kat orang ni apasal ? sakit mental betul... Agaknya dia tahu ade bohsia tersesat kat rumah tu...
Okeylah... aku nak balik dah ni... will be cont' next day.....







Tuesday, July 05, 2005

Angkara Mawi....

1. Bakal pengantin baru di kampung aku mengamuk apabila di beritahu MAWI tidak dpt dtg untuk buat silat pengantin
2. Pusat silat dikampung aku di tutup kerana studentsnya nak MAWI yg menjadi jurulatih
3. Janda2 kampung aku sibuk belajar pakai tudung dan mengisi boring MAWI FC
4. Ramai pekerja kilang di kampung aku berhenti kerja untuk berlajar silat pengantin
5. Tok ketua kampung aku pengsan pabila anaknya yg menyerupai wajah mawi di cium sekumpulan gadis.
6. Penjual sayur pasar malam: sekarang sibuk sebut "Sawii!! Sawii!! Mawii!! Mawi!!"
7. Penjual tudung kat jalan masjid india: Masing2 sibuk letak nama tudung MAWI.
8. Penjual minyak urut jalan masjid india: "Marii... Mari... Minyak Urut MAWI!"
9. Natasya Hudson: Masuk Akedemi usik usik mawi.
10. Hattan: Masuk jadi pengkritik botakkan kepala macam mawi.
11. Perodua: Keluarkan Kereta Myvi Mawi.
12. Naza: Naza WORLD.
13. Steven Spielberg & Tom Cruise: Keluarkan filem War of The WORLD.
14. FIFA: Tahun depan nak anjurkan WORLD Cup.

Monday, July 04, 2005

LaWak TeLur MaSin

Once upon a time........

Satu hari tu mat dengan member2nya gi la mandi manda kat satu pantai tu.Diorang ni masing masing bawak awek.. So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau.. So,sebelum sessi mandi manda,diorang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama.. Bila matahari pun dah tegak atas kepala, diorang pun tukar la pakaian yang sesuai untuk mandi manda. Adapun diorang ni takde la pakai spender sahaja atau bikini sahaja, masing masing pakai pakaian yang sopan mengalahkan cipan untuk mandi..

So,apalagi masing2 pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi. Mandi je,takde pun buat bende lain.. Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member mat ni pun naik. Mat tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member mat ni pun masuk balik ke dalam air. 10 minit lepas tu dia naik balik. Mat tanya lagi, jawapan yang sama mat dapat - "nak keringkan badan.." . So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai mat pun dah naik muak tengok.. Baru je mat nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat macam tu. So dia pun tanyalah..

Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar dari pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air laut lelama?

Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam laut ni lama2. Abang cuma risau,takut lama lama berendam air laut ni , abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN...

Kuang - Kuang - Kuang.... Joke of the day...... (fwd by my fren)

Friday, July 01, 2005

diDo -WhiTe FlaG

I know you think that I shouldn't still love you
I'll tell you that
But if I didn't say it
Well, I'd still have felt it
Where's the sense in that?

I promise I'm not trying to make your life harder
Or return to where we were

Well I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I know I left too much mess
And destruction to come back again
And I caused but nothing but trouble
I understand if you can't talk to me again
And if you live by the rules of "It's over"
Then I'm sure that that makes sense

Well I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

And when we meet
As I'm sure we will
All that was then
Will be there still
I'll let it pass
And hold my tongue
And you will think
That I've moved on

Well I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

Well I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

AunTiE, beRaPa NaK kEnA bAyAr ?


Ade kisah lucu berlaku kelmarin di cafeteria office aku. Sebelum aku cerita pasal kisah lucu tu, biarlah aku cerita pasal cafeteria kat office aku ni... canggih jugak lah office aku ni ade cafeteria ala-ala Coffea Bean gitu... dengan kerusi & meja yg memang serupa macam Coffea Bean, ditambah dengan sound system + TV gantung yg sentiasa terpasang Astro Channel (especially MTV syiok !) , dilengkapi dengan fridge yg besar, Microwave & Chiller yg penuh dengan can drinks & packet drinks termasuklah yg biasa2 soft drink sampailah ke non halal drinks...(company cina, kalau tak mabuk , tak sah kan...),rasa macam dok kat rumah ler pulak... convenience sangat... cuma tak leh bawa bantal ngan tilam jer.... yg lain tu complete. Biasanya budak2 office aku suka TAPAU makanan waktu lunch dan lebih selesa makan di office termasuk lah selipar jepun tu sama....

Alkisahnye, pagi kelmarin, ada sorang lelaki datang untuk interview agaknya. Biasanya org tunggu kat reception area jer.. tapi budak ni lain sikit... dia dok menikmati MTV Syiok kat cafe' sambil dok minum ... (MTV sekarang ni seram nak tengok... macam tak cukup kain jer nak pakai.... dengan aksi2 yg sungguh X rated...). Aku kat situ nak bancuh air buat sarapan... kebetulan kat situ ade tea lady tengah buat minuman utk boss agaknya.... then bila aku dah nak keluar dari situ, this guy menghampiri tea lady tu, dengan menghulurkan duit.... aku pun hairan, duit ape yer , dia nak bayar kat tea lady tu... Aku dengar tea lady tu ketawa....
Hek eleh.... rupanya mamat tu nak bayar harga minuman dia tadi... aku ingatkan bayar ape.... tea lady tu pun sambil ketawa, cerita kat aku....
"ayo.... itu lelaki ah, dia mau bayar sama fong cheh ... berapa duit itu air? fong cheh kata tak payah bayar ... free saja..." Aku pun ketawa gak... kelakarnyer... dia ingat drinks yg diambik dari chiller tu kena bayar.. agaknya dia ingat tea lady tu (fong cheh) tu cafe operator kot... so, ape yg diambik dalam cafe tu kena bayar.. dalam hati aku, beraninyer mamat ni ambik drinks dari chiller... kiteorang pun boleh ambik hari Rabu & Jumaat jer... itu pun after 6.00pm lah....