· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, July 13, 2005

Terkenang semasa dulu Part 4

Aku pulak tak sihat… hari Isnin pergi kerja, tengah hari tu aku dah rasa semacam jer..Nak balik, alang2 lagi half day jer. Esok jer lah aku amik MC nyer… Rupa2nyer hubby pun sakit balik…. Tak tahan air-cond kat office. Asyik bersin jer sampai manager dia suruh balik. Aku pun sama, asyik bersin jer , macam nak tercabut bijik mata rasanya. Jadinya, hari selasa tu sama2 dok kat rumah, dua2 MC… Tengok TV, makan ubat, ngantuk, tidur…. Dia bawak balik kerja, MC pun kena buat kerja juga kat rumah. Aku langsung tak pedulikan dia, masing2 buat hal sendiri… Aku tidur sepanjang hari sebab lemah tak bermaya… badan pun panas semacam, demam agaknya. Tapi tidur berselimut. Nasib baikler anak2 tak ade… kalau ade, sure aku tak leh berehat camni….

Petang , lepas mandi , makin teruk rasanya demam aku. Sejuk sangat macam baru kena rendam dalam air batu. Aku ajak hubby ambik anak kat nursery & pergi klinik lagi, apply MC untuk esok pulak… nampak gayanya demam aku kali ni teruk juga sebab sampai 2 hari aku MC.. selalunya sehari dah settle. Power rangers betulle virus ni…. Menjadikan aku langsung tak lalu makan, seluruh badan & sendi2 sakit… nak bergerak pun tak upaya. Tapi aku gagahkan juga bila anak2 dah balik rumah.

Wednesday -13/7/2005

Hari ni aku MC sorang2 sebab hubby dah sihat & pergi kerja. Aku tak tahu apa nak buat. Kalau tengok TV pun, AF tu asyik ulang tayang konsert 2 minggu lepas… Yg aku ni mengharap sangat nak tengok ulangan konsert minggu lepas sebab aku tak dapat tengok .

Sambil breakfast sorang2, dengar radio Era. Topic hari ni best juga… Benarkah kawan serumah perempuan lebih bermasalah dari lelaki…? Aku setuju 100%... sebab aku pun pernah merasa masalah tu masa aku bujang dulu. Masa tu aku kerja kat Jalan Ipoh. So, menyewa kat Sentul. Paling dekat ler tu , lagipun semua housemate tu org kampung aku. Yg sebaya aku, sorang je. Yg lelain tu sebaya kakak aku… kebetulan, semua tu kawan kakak aku, satu sekolah dulu masa kat kampung. Mula2 tu ok jer…. Aku pun bersyukur sangat sebab dapat housemate org sekampung…at least, semuanya senonoh belaka, tak de yg tak senonoh…

Aku pulak suka buat hal sendiri…. Tak suka menyibuk hal orang & tak suka jaga tepi kain orang. Aku dapat roommate yg lebih tua dari aku, iaitu sebaya kakak aku. Dia (kak z) ni dah berumur juga lah, tapi tak de bf… bukan nak tinggi diri, tapi dalam banyak2 housemate aku tu, aku le yg paling menawan… (cewah… perasannya selipar jepun ni…) .Dan gaji aku pada masa tu pun, terbanyak ler kalau nak banding ngan diorang. Sebab memasing takat SPM jer, kecuali aku sorang yg graduate. Ditambah lagi dengan aku yg ade bf (hubby aku sekarang ni ler…) yg boleh dikatakan hensem (perasan lagi selipar jepun ni ). Semua faktor2 ni membuatkan diorang jelez ngan aku….Biasalah, manusia, mana boleh tengok org lebih dari dia…. Walaupun aku bayar sewa rumah, aku bayar letrik & air, aku juga bayar telefon bill sama2, (masa tu hp mahal lagi… org pakai hp consider org kaya..) tapi housemate aku tak berpuas hati ngan aku . Ade jer yg tak kena pada mata dia. Aku ni ibarat org menumpang, diorang nak marah sesuka hati jer… hey kawan, aku pun bayar bill macam korang, ape lagi yg korang tak puas hati ? Lainlah kalau aku duduk menumpang free. Pernah satu hari, kawan aku balik kerja pukul 12mlm, aku tengah bergayut kat tepon. Dia ketuk pintu, aku buka kan… bukan nak cakap trima kasih, sebaliknya aku dimarahi sebab katanya, buat membazir letrik jer sebab aku pasang tv tapi bergayut kat tepon… Aku punya pasallah, aku kan bayar bill macam korang…. Tapi aku tak jawab apa2 sebab aku malas nak gaduh…. Terus aku tutup tv tu… hati aku sakit macam baru kena marah ngan mak tiri je….

Yg buat diorang jelez sangat tu, aku bertunang dalam diam2… kat diorang pun aku tak cakap. Entah dari mana diorang tahu , aku pun tak tahu. Mungkin mak diorang bagitahu agaknya bile diorang balik kampung. Week end aku jarang ade kat rumah sebab keluar dengan tunang aku. Tu pun diorang jelez. Diorang kata, tak elok , nanti ape org kata.. bagi aku, pedulikan apa org nak kata. Aku bukan buat jahat, setakat nak keluar ngan bf pun tak bleh ker? Kalau kite peduli sangat apa org nak kata, mati reput ler sorang2 dalam rumah…. Keluar rumah je, org kata. Baik dok dalam rumah. Aku tak ambik pot apa org nak kata, yg penting aku tahu jaga diri aku, aku tak menyusahkan org & aku tak ambik tahu hal org…

Nak jadikan citer, jelez punya pasal, diorang pun berusaha nak cari bf .. teringin nak berboyfren agaknya, sebab tengok aku happy jer…. Last2 , member yg sebaya aku (aku panggil dia Kenit sebab dia pendek…) main cinta dengan driver bas Intrakota… tu pun suami org.. balik cerita kat kiteorang yg dia happy sangat sebab dapat naik bas Intrakota free tetiap hari sebab bf nye yg drive… Dalam hati aku, elok sangatle tu… laki orang nak buat bf.. kena serang ngan wife dia kang baru tahu. Dah desperate sangat ker sampai laki orang pun kau cekup ? Macam tak de anak teruna dah kat KL ni yg boleh dibuat teman lelaki? Bangga pulak tu… apelah nak jadi kawan aku ni.

Tak cukup dengan tu, yg roommate aku ni plak, (yg dah hampir nak jadi andartu ni-Kak Z), tackle bf housemate sendiri iaitu bf kak A ,namanya Nazri. Setiap kali nazri call, Kak Z ni yg angkat. Mula2 tu tinggal mesej jer sebab kak A tak balik kerja lagi. Lelama, Kak Z ni pulak melayan nazri ni. Mula2 dalam tepon je, kan main layan baik punya… ayat power… siap ketawa2. Aku ni jadi pemerhati jer… lama2 ajak dating. Nazri ni pun satu, mentang2 pompuan tu layan, mulalah curang kat gf sendiri… macam tak der org lain dah…. Housemate gf sendiri juga yg dia nak kebas… sebonanye dua2 sama… macam dah tak de org lain ke nak buat gf/bf…

Kecurangan budak berdua ni aku tahu, tapi aku malas nak jadi batu api. So aku buat dek jer.. sampailah satu hari, aku tinggal berdua jer ngan kak A ni, org lain semua kerja. Hari tu le aku pecah lobang, aku story segala2nya pada kak A. Kecurangan bf dia, kegatalan roommate aku yg dilamun cinta ngan bf kak A… dan akhirnya kak A sendiri mengaku kat aku yg dia dah tahu….. elokler kalau dah tahu. So kak A kata , biarlah dia undur diri kalau Kak Z nak sangat kat bf dia. Bile dia tanya nazri, budak ni tak tahu nak pilih… banyak cantique, dua2 nak… jantan keparat kan… ! Finally, aku dapat tahu, kak A tinggalkan jantan ni…. Sebab tak sudi berkongsi kasih ngan housemate sendiri yg tak sedar diri merampas bf orang…

Kak A pernah tunjukkan gambar nazri kat aku. Katanya budak ni kerja kat IBM taman tun.. Aku plak masa tu dah tukar kerja kat Tmn Tun.. Tunang aku pun kerja kat Taman Tun gak pada masa tu. So, everyday without fail, kami akan lunch together..sebab office kami dekat jer. Agaknya Allah nak tunjuk kat aku, ade satu hari tu, aku terserempak ngan nazri ni kat Pasar Taman Tun , tengah jalan berpimpin tangan ngan sorang awek…bukan kak A, dan sudah tentu juga, bukan Kak Z… kan main romantik lagi… cam sepasang kekasih ler… aku balik citer kat kak A, tapi aku tak citer kat Kak Z. Finally, Kak Z dapat tahu sendiri dari mulut nazri… yg dia dah bertunang… frust nonggeng ler roommate aku ni sebab bf dia bertunang ngan Gadis Melayu pilihan hatinye…. Hampeh kan… tapi dalam hati aku , padanlah ngan muka ko… Tuhan dah balas kat dunia lagi…. Ko rampas hak orang, orang pun akan rampas hak ko… baru ko tahu camner perasaan kak A masa ko rampas bf dia dulu….

Sebenarnya banyak lagi aku nak citer pasal housemate pompuan aku ni, tapi tak larat nak taip dah… cukup ler tu… aku pun maleh nak kenang lagi kisah dulu2…. Lepas aku kawin, aku tak jejak dah kerumah puaka tu…. Thanks to my hubby yg menyelamatkan aku dari terus hidup dirumah tu. Aku bahagia dapat lari dari situ. Sekurang2nye, aku tak menderita sakit mental…. Kepada ex-housemate aku kalau terbaca ruangan ni, aku nak korang cermin dulu diri korang tu… korang kata tak bagus berdating, tapi korang pun same je… mase korang tak de bf, pandailer korang mengata aku, tapi bile korang pun ade bf, korang lagi teruk pada aku….at least aku bercinta ngan lelaki bujang, korang tu bercouple ngan laki orang, bf orang… elok sangat ke? Beli ler cermin banyak2….. sebelum korang nak jaga tepi kain aku, korang jaga ler dulu tepi kain korang yg koyak rabak tu….. sekurang2nye aku tak rampas hak orang…... Aku dengar, ade yg dah kawin dan beranak pinak… semoga berbahagia keakhir hayat….

Lepas habih mengarang karangan kat atas tu, aku pun dah letih tangan menaip… patutnya aku tidur lepas makan ubat, tapi herannya, aku tak ngantuk langsung. Tu pasal rajin sangat buat karangan waktu dok sorang2 kat rumah… tak de kerja le kata kan…Dah abis tu, aku pun masak untuk lunch, makan, tengok channel 15… la, memang rezki aku betul ler, kebetulan channel 15 tengah tayang konsert minggu lepas. Baru nak start lak tu. Memang seronok betul aku melayan sorang2…. Ketawa sesorang tengok gelagat Aznil mengenakan Kefli, waktu siti square keluar tu… aku pun ingatkan siti, tapi sumbang gak suara dia kat satu dua tempat. Hari ni je aku rajin sikit nak buat ulasan pasal konsert AF yg lepas….kedudukan adalah berdasarkan kepuasan hati aku…..

1) Amylea
2) Marsha
3) Mawi
4) Felix
5) Yazer
6) Akma
7) Aidil
8) Ekin
9) Kefli

Ekin punya sore, minggu ni asyik terkucil jer… dah tu asyik tayang tali bra jer.. tak lalu aku nak tengok… pakai ler senonoh sikit lain kali yer Ekin… tak pun, cari ler bra yang sesuaaaaaaiii dengan baju tu… banyak dipasaran.. kan boleh order thru maybank2u.com…..?

Aidil punye sore bagus daripada kefli , vanilla boy tu… aku heran apasal aidil keluar dulu, patutnya si vanilla boy tu yg chow dulu… anyway, same jer korang berdua tu. Harapkan rupe je yg menawan, sore hancussss! Pengundi mata keranjang, bukan mengundi ikut bakat….

Itu jer lah…. Maleh nak komen !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home