· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Sunday, July 10, 2005

Mama Sayang Anis...

Hari ni macam biase je… mengemas rumah & mendobi . Janji ngan anak2 nak pergi playground petang nanti kalau tak hujan. Hubby masih kurang sihat. Aku pun macam terjangkit, tapi paksakan diri pergi bayar segala utility bills & gunting rambut faiz….Kelakar betul, faiz minta rambutnya digunting style Mawi… Ni dah terjangkit ngan mama ke ? Tak sangka anak2 pun minat Mawi. Lepas kepala faiz sama ngan kepala Mawi, mana dia pergi pun orang tegur…”hai, style mawi nampak?


Petang tu tak hujan pulak… so kena lah bawa anak2 pergi Playground . Dekat jer ngan rumah. Kebetulan, cikgu yg berjiran ngan aku pun bawa anak dia kesitu. So, anak dia ni kira brutal banyak kalau nak bandingkan ngan anak2 aku. Even umur masih muda, tapi lasaknya, nauzubillah…. Anak aku pun tak pernah panjat bumbung playground tu, terkezut beruk aku tengok anak cikgu yg nama Along tu panjat sempai kesitu… Ganasnye….(umur baru 3 tahun rasanya….) dan ayah dia buat dek jer… katanya , dah biasa……………

Anak cikgu ni 2 org, sepasang macam anak2 aku… wife cikgu ni tak ikut. Cikgu ni pulak berborak ngan hubby aku. Biasalah org lelaki, kalau berjumpa mesti bersembang punye. So anak2 dia, aku yg melayannya… yg tak bestnyer, ape yg anis & faiz main, yg itu jugelah yg anak2 cikgu tu nak. Dah berebut jadinye… at last, faiz mengalah… dalam pada aku sibuk melayan anis, anak cikgu ni panggil aku “mak” .. nak minta tolong aku ayunkan buaiannya. Jadi aku tinggalkan anis , faiz pulak takeover jaga adiknya. Entah macammana, dalam pada faiz mengayunkan buaian adiknya, anis terjatuh… terlentang plak tu. Mungkin anis tak pegang kuat-kuat…. Aku dah panik.. aku terus angkat anis yg pada masa tu dah hampir nak lembik… muka pucat lesi… aku nak kasi dia minum, dia tak nak. Aku terus tepuk2 badan dia supaya dia menangis. Tapi nampak gayanya, dia terus lembik tak bermaya… aku ajak hubby balik… kalau perlu, nak bawa dia pergi klinik….

Balik rumah, baru sampai kat parking, anis muntah. Tapi sikit je lah… setakat air liur jer.. tak mampu nak jalan, dia suruh babahnya carry. Kat rumah pun, dia asyik duduk diribaan babah je.. nak kasi minum , tak nak, nak ajak mandi , tak nak. Apa2 pun tak nak. Macam tak larat sangat….. Then dia muntah lagi buat kali kedua,. Habih ler apa yg dimakan haritu, keluar balik. Kesian aku tengok dia… then aku pujuk dia ajak mandi dengan faiz, baru dia nak. Selepas mandi , baru nampak ok sikit. Kalau tidak, pucat lesi macam tak de darah kat muka dia. Lepas dah mandi, aku bawa dia pergi klinik yg agak jauh dari rumah, semata2 nak jumpa doktor yg bagus & teliti chek-up nye… tapi malang, doktor tu pulak bercuti… doktor lain adele…. Tapi aku tak berkenan kat doktor tu sebab check-up ambil lewa…dah tu speaking nyer bunyi cam tamil jer… Finally, balik cari klinik dekat2 rumah je.

Doktor tu kata anis mesti admit to the hospital immediately , sebab dia muntah. So, dia issue referral letter . Aku dah panic giler… perasaan takut kehilangan semakin menguasai diri aku… dalam hati aku berdoa jgnlah berlaku apa2 yg tak diingini… balik rumah, berkemas macam lipas kudung sebab buat persiapan persalinan andaikata anis ditahan dihospital malam ni. Hubby pun tolong apa yg patut. Masa tu anis ok jer… kalau tengok dia, macam tak ada apa2 yg berlaku. Lepas dah siap, sempat lagi kami singgah kedai, makan malam. Sambil makan, sempat lagi tengok AF, masa tu Aidil nyanyi, pastu Mawi… Kelakar juga tengok Kak Pah pakai tudung masa nak komen Mawi. Tapi memang sore Mawi malam tu power giler…. Tak heran ler peminat fanatik Mawi asyik bertempik jer bile dia perform… Tapi bukankah semua tu mengganggu jer?

Berbalik kepada cerita anis, me & my husband decided to bring her to Damansara Specialist , one of my panel hospital. Anis pulak tidur sepanjang2 perjalanan, sebab dah ngantuk agaknya. Aku pulak asyik renung muka dia aje… dalam kepala aku, macam2 bende yg aku pikirkan… Anis, jgn tinggalkan mama.. mama belum puas nak main ngan anis… anis terlalu istimewa buat mama… mama sayangkan anis…kalau jadi apa2 pada anis, mama tak tahu macammana mama nak melalui hari2 mendatang tanpa anis… bolehkah mama terus hidup kalau anis tak ada? Tanpa aku sedari, air mata mula bergenang dikelopak mata. Mungkin hubby tak sedar sebab dia sedang memandu. Aku kesedihan…. Ya Allah, jgnlah kau duga aku sebegini. Aku tak mampu nak menghadapinya. Ya Allah, selamatkan lah anak aku…. Aku tak habis2 berdoa…

Sesampai dihospital, after checkup, doktor kata tak de apa2 yg perlu dirisaukan. Cuma anis perlu diawasi dalam masa 24 jam berikutnya , takut2 ada apa2 complication.. Kalau dia muntah lagi & berterusan, bawalah kehospital immediately… Lega hati aku mendengarnya… At least, malam ni tak yah tidur hospital. Kalau tidak, boleh jadi sejarah sebab none of my kids yg pernah masuk hospital sebelum2 ni… Alhamdulillah, malam tu aku tidur ngan anis untuk monitor dia. Aku bangun 3-4 kali jugalah untuk tengok dia. Sampai pagi dia ok… Aku Tanya dia, anis sakit kat mana? Dia kata kat kepala…Then aku Tanya dia, anis nak pergi playground lagi tak? Aku ingat dia dah serik. Tapi tidak…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home