· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, July 08, 2005

Personaliti Pilihan ke-2 minggu ni..Tapirus Indicus

Tapir, tenuk atau cipan sering menjadi bahan ketawa atau kutukan orang-orang Melayu di Malaysia kerana rupa bentuknya yang kurang menarik (dalam istilah manusianya - kurang hensem). Tapir adalah haiwan yang dilindungi dan di negara kita sendiri, kita mempunyai spesis tapir yang hanya boleh didapati di negara kita sahaja iaitu Tapir Malaysia.Marilah kita sama-sama mengenal tapir ini agar boleh kita ceritakan kepada anak cucu kita suatu hari nanti andai kata tapir ini pupus buat selama-lamanya....Nama saintifik bagi Tapir Malaysia ialah Tapirus Indicus.
Wahai anak2 mama, nanti tak kenal pulak tapir ni.... maklumlah, bende ni makin lama makin pupus... jangan kata nanti, Mak kite tak pernah bawa kita pergi zoo... kalau bawa pergi zoo 40 kali pun, kalau haiwan ni dah tak de kat zoo, kat ne lagi nak tengok ? Tengokle kat dalam blog ni... disebalik cerita tapir ni, aku ade cerite lain berkisar tentang tapir juga... yg patut dikongsi bersama....
Ade la satu hari tu, aku punya department + admin dept + ceo dept pergi Dinner kat PJ Hilton... ade la dalam 12 orang... 10 cina, 2 jer melayu iaitu aku & best fren aku ni.... so, kebetulan hari tu hari khamis... malam jumaat. Sambil makan, sambil bergebang ..sampai dah tak larat nak makan, aku pun bagi isyarat kat best fren aku ajak dia balik lah, dah malam buta ni... takkan tak kenyang2 lagi... aku tengok budak2 cina tu melantak macam tak pernah makan setahun... especially Raw Oyster... maklumler, makan free... makan sampai esok pun tak per...
So, aku pun kata kat my fren, jom ler balik. Then another fren (chinese) dengar, dia kata, rilex ar.. awal lagi what.. lepak ar dulu... then I said, cannot... We nak balik , tonight nak bunuh kapir...then she blurr .. then asked me, what is Tapiz.... ?(dia dengar tapiz instead of kapir..) Dalam hati aku, kapir tu kau lah, goblok....... tapi aku tak sampai hati nak cakap..macam rude sangat.. kepala otak aku ligat dok pikir, ape aku nak jawab kat budak ni... mampuih aku ..camner ni nak susun ayat..??? My fren dah kasi sign kat aku dengan menyepak2 kaki aku kat bawah meja.. tapi aku ni tak paham bahasa.... maklumler, lurus bendul..
So, my fren try to cover... she said, Tapir is one of animal species yang mana badannya macam badak, berwarna hitam dan putih.... aku dah ketawa sampai tak boleh nak control dah... air mata dah berlinang2 sebab terlalu ketawa... sambil kesat dengan tisu, sambil ketawa lagi... then this girl keep asking us, "then , why you want to kill it? " ....satu soalan cepumas yg tak boleh aku jawab.... keep laughing until cannot answer her... she look confuse... dah lah tak faham, soalan dia kami tak jawab, dan kami pulak asyik ketawa.... Kelakar ditahap cipan.. eh silap.. Tapirus Indicus..heheheh....

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

heheh...kelakar la part nak bunuh kapir tu, ketawa sampai cramp perut...

13/7/05 3:54 PM  

Post a Comment

<< Home