· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, September 30, 2005

Kenapa? Tak Percaya Ke?

Hari first time in my life aku buat online bill payment. Betapa ketinggalan zamannya aku ni rasanya sebab mungkin org lain dah guna cara ni bertahun-tahun, sedangkan aku baru hari ni melaluinya. Kalau tidak ,last month lagi aku dah boleh guna cara online ni, tapi disebabkan ada beberapa error yg berpunca dari bank system, maka bank terpaksa membuat pemeriksaan dan ia mengambil masa hampir 3 minggu. What a lousy bank to take 3 weeks to settle the problem??? Jimatnya masa, tak yah nak pikir lagi bile nak pi post office bayar bill. Just one click, everything settled. I think my mother in law pun reti buat bende ni... sonang baitu....
Jangan tak percaya , last week ade sorang kenalan boss aku datang promote "MOBILE MONEY" iaitu system penggunaan credit card yg tercanggih pada masa ni hanya dengan menggunakan mobile phone. Dalam erti kata lain, charge yr bill to yr credit card just through your hp. Tak yah present any card to the counter or waiters/waitress. Just using sms to gain the code, & once you received the reply from the card centre, present the code to the shop or restaurant to pay. Easy kan... tapi of course ade security code or password you need to enter during the code request. Lain kali pegi makanke, shopping ke, tak yah bawa wallet pun dah boleh bayar. Bawa hp jer... Canggihkan.
#tak lama lagi, nak masuk minang anak dara org bawak hp je dah cukup. Mak cik nak letak baper, saya boleh bayar... charge to my credit card by sms .... hehehe....#

Thursday, September 29, 2005

Lawak Mat Rempit

Semalam aku balik lambat...gara2 hubby ada meeting. Dekat2 pukul 7.20 aku bertolak dari office. Buka puasa pun sekadar minum soya bean je. Sampai kat R&R Jejantas Sg Buluh, kami singgah solat maghrib. Masa tu tgh nak parking, aku perasan ade kertas terlekat dekat nombor plate sebuah motor... kertas tu cover the whole number plate tu, aku ingatkan nombor plate org tu jatuh, sementara tu dia lekatkan kertas. Tapi bila aku pegi dekat2 dan baca , aku senyum sorang2 & ceritakan kat hubby. Ayat pada kertas tu berbunyi begini :-
"Minta Perhatian. Motor ini kepunyaan org yg tak siuman. Sila jgn hampiri kerana pemiliknya tak pakai SPENDER.." ROTFL
Tak tahulah korang... bagi aku , kelakar sangat. Entah2 ada org buat dajal kat tuan punya motor ni. Dah tu tuannya motor ni pulak tak sedar pasal notes tu... aku harap tak ada hidden kamera kat mana2 . Takut juga kalau "Macam2 Aznil " punya angkara... siapa tahu ?





Wednesday, September 28, 2005

Anis Yg Sukar Difahami...

Percaya tak ada sindrom anak ke-2 ? Aku mulanya tak percaya... ade ke anak yg lahir normal, kena sindrom? Sebenarnya bukan down sindrom tu, tapi dinamakan "sindrom" sebab ia satu perlakuan yg berbeza dari anak2 yg lain, tu pasallah namanya sindrom anak ke-2. Aku terbaca article pasal sindrom anak ke-2 ni dimajalah ANIS beberapa bulan lepas kat rumah one of my bro-in-law. Sedikit sebanyak, pengarang tu membuat kajian terhadap anak ke-2 dalam sesebuah keluarga. Dan secara tak langsung aku bincangkan bende ni depan my bro-in-law, mother-in-law dan hubby serta biras aku. Memang betul, dalam keluarga kami dan juga keluarga2 org lain, anak ke-2 lain sikit dari adik beradik yg lain.
Perbezaan yg dapat dilihat, adalah dari segi rupa, kelakuan, emosi dan beberapa lagi yg aku dah lupa. Tapi kalau aku compare kan dgn adik beradik aku, memang my 2nd sister lain sgt rupa dari kami adik beradik... she's the one & only yg ada wajah demikian.. tak tahu muka dia ikut siapa. Aku & adik beradik lain ikut muka mak.... mungkin dia sorang je yg ikut muka ayah. Dari segi perangai , dia pun lain sikit dari kami yg lain2. Dia a bit rough.... garang mengalahkan kami yg lain2.... singa pun kalah rasanya...
Dalam keluarga aku, nampaknya anis lah anak ke-2. Sekarang pun dah nampak sindrom tu sikit2. Anis memang sukar difahami, tak macam faiz. Merajuk kuatnye, masyaallah... Hari tu tak de ribut taufan, katrina ke rita ke, tiba2 dia merajuk ngan babah dia. Puas babah dia pujuk, semua tak jalan... dia tak nak senyum langsung walaupun babahnya usik dia. Siap tepis tgn babah yg nak pegang dia. Ape kena anis ni? Dulu tak macam ni, sejak sebulan dua ni je perangai dia jadi camni. Dgn aku pun dia macam tu juga, tapi kemana aku pergi, dia ikut kat belakang, siap tarik baju lagi.... aku pergi bilik air pun dia ikut, siap ketuk2 pintu lagi. Aku ingat dia ok lah bila bangun tidur keesokan harinya. Rupanya, masih marahkan babahnya. Entahlah, nape lah anis jadi camni?
Malam tadi jadi lagi.... malam tadi dia merajuk ngan aku tanpa sebarang sebab. Tak tahulah kalau aku tak perasan sebab apa, masa tgk cerita dinasour dari pukul 7.30pm sampai pukul 9.00mlm tu ok je. Lepas habis cerita tu, Babahnya dan abgnya balik dari surau, terus merajuk. Bagi apa pun kat dia, semua dia baling ketepi. Pagi tadi pun not in the mood. Aku pujuk dia , nak ikat rambut dia pun tak nak.Buat lembik je badan dia... lepas tu aku pujuk macam2 pun buat derkkkkkk je.. suruh ambik beg sekolah dia pun tak nak... (anis ada beg sekolah walaupun tak sekolah lagi. Beg ni mesti pakai tiap2 pagi nak pergi nursery. Dalam beg tu ade pampers, sapu tangan , sehelai kertas bergambar yg mama print dari office dan kadangkala ada bekal biskut.)
Pagi tadi mama ikatkan toncang bagi senget ke kiri, nampak fashionable sangat. Pastu nak pakai lipstick pulak. Ikut kan aje le, budak tu dah le tengah merajuk, bukan senang nak pujuk. Hari ni nampak anis macam anak dara dah dewasa ngan lipstick kat bibir....

Selasa-27/9/2005

Hari ni aku & hubby memang apply leave sebab ada urusan kat EPF office. Anak2 hantar macam biasa, aku & hubby pun melewatkan perjalanan sebab tak nak bersesak2 dgn org yg nak pergi kerja. Singgah breakfast kat restoran mamak favourite. Aku order mee goreng mamak, bende yg aku teringin sgt nak makan sejak minggu lepas (semenjak aku puasa ni..). Hubby kehairanan, mee goreng mamak lagi? kan hari tu dah beli kat mamak kat rumah? Tak puas lagi ker?
Sebenarnya hari tu aku singgah beli mee goreng kat kedai mamak berhampiran ngan rumah aku utk juadah berbuka puasa. Entahlah, memang mamak yg goreng, tapi tak sama & tak menjadi macam yg selalu aku makan either kat office or kat mana2.. mamak tu tak reti goreng mee tu walaupun dia mamak.. aku tak ler cerewet sgt pasal makan, tapi kalau masak tah hape2 macam tu, ayam tak de, ape pun tak de, charge RM3 sebungkus, mahal ler tu... hampeh pulak rasanya. Baik aku masak sendiri lagi sedap. Semalam makan mee goreng mamak tu memang puas hati giler... masih terbayang2 rupa mee goreng mamak tu yg bersalut telur & basah2... erm.. puasa nih, mana boleh ingat pasal makanan.
Tujuan kiteorg pergi epf ni nak withdraw epf utk bayar rumah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kecuali satu je yg aku masih tak puas hati.... aku berhabis RM17.00 semata2 nak buat photocopy s&p dan document2 yg berkaitan. Cekik darah betul tuan kedai photocopy tu. Kalau lah aku tahu semuanya kena 2 set, aku buat kat office, free of charge je. Bank yg buat certified true copy tu pun satu, habaq la awal2 nak kena bagi epf 2 set. Dah tu lama plak tu aku & hubby tunggu kat kedai tu, sebab mesin photopy dia yg tak canggih langsung, membuang karan & masa aku berlapuk dok kat situ ngan hubby. hampeh dot com....
Alhamdulillah, semuanya selesai jua akhirnya, aku & hubby berjaya mengurangkan installment rumah selama 32 bulan setengah.... tak sia-sia amik cuti....

Isnin-26/9/2005

Hari ni aku puasa lagi. Tapi tak de mood nak kerja sebab mengantuk. Malam tadi mengemas rumah, mengemas kain baju, habih kain baju aku lipat (terajin le pulak.. ) dan kemas masuk dalam almari. Bila dah settle tu, aku tengok CSI la pulak... sampai pukul 1.00 baru tidur. Tu yang mengantuk gile.. ditambah lagi dgn monday blues... alahai, alasan kan.. Terlambat bangun lagi satu hal... gedebak gedebuk, terlambat keluar rumah... bila sampai kat jalan, macam sunyi je jalan raya hari ni. Budak2 sekolah pun tak kelihatan sampai hubby tanya, hari ni selangor cuti ker? Cuti ape kebendanya ? aku tanya balik... dia kata "manalah tahu, kot kita tak tahu selangor cuti... selangor kan menang bola kelmarin..." alasan lagi.....
Memang hairan , jalan tak jem langsung, sampai office pun memang awal. Aku memang not in the mood lah, selalu tak de macam ni.. entah kenapa. Tup-tup dalam pukul 9.30am macam tu, dapat panggilan , mak sedara hubby passed away. Innalillah..... sejak itu hp aku asyik berdering2 sebab kaum keluarga sibuk mengcontact montact nak pastikan camne arrangement yg dibuat. Samada nak kebumikan di kg atau kat kl je... jenazah meninggal dunia di HUKM setelah 2 bulan dimasukkan kesitu atas masalah jantung. Kiranya arwah ni kakak kepada arwah bapa mertuaku.
Maka , hari ni aku half day sajalah bekerja. Pukul 12.00 tgh aku dah chow ke kg pandan dengan hubby & adik dia utk menziarah jenazah. Masa aku sampai tu, org tgh kafankan jenazah. Kiranya sempat & dapat jugalah aku tengok dari dekat walaupun dah half way dah diorang kafan. Mak mertua aku dan adik beradik jenazah (semuanya pangkat wak & bibik ) masih tak sampai lagi. Isk, mana diorang ni? Org dah nak bungkus dah ni...
Last2 lepas jenazah selamat dikafankan, barulah mak mertua aku , & rombongan org kg sampai... alkisahnya van yg mereka naik rosak kat highway. Kesiannya.... Lepas semua selesai, kami pun balik... Lebih kurang macam balik kerja je, pukul 6.45pm sampai rumah...

Friday, September 23, 2005

Melawak Jer.. Jgnler marah....


lawak hari jumaat....

Ju On Mengamuk Di Brunei


Email diterima dari seorang rakan SJ. Tak tahu sejauh mana kebenarannya.... Wallahhualam.
Di khabarkan oleh kenalan kepada uncle semasa kat Brunei, Al-Kisah bermula di sebuah sekolah bernama STPRI atau di kenali sebagai Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Sekolah ini menempatkan hanya pelajar-pelajar perempuan sahaja dan kira-kira dua bulan lepas terdapat segolongan pelajar-pelajar dari sekolah ini yang bermain 'spirit games' atau memanggil roh menggunakan duit syiling, uncle percaya ramai yang tahu mengenai games ini kan ?
'Games' ini menjadi sebagai satu trend disekolah ini di mana di kebanyakan kelas ada membuat permainan ini sehingga lah ada satu kumpulan yang menggunakan darah kotor (darah haid) dalam permainan ini. Mengikut cerita nya diorang ini hendak bertanyakan 'spirit' tentang soalan exam form 3 dan ada yang menyatakan nak tanya pasal lelaki,ada dua versi kat sini tetapi apa pun ketika games ini berjalan tetiba syiling yang di gunakan itu bergerak sendiri dan kemudian terdengar satu suara meminta darah,so apa lagi lalu dibuang syiling tu dan semua berterabur lari ketakutan,maklumlah perempuan.
Bermula dari sinilah episod angker ini berlaku,'spirit' yang di panggil tadi khabarnya begitu marah kerana tidak diberi makan dan kemudian tidak dihantar balik kembali ke dunia dia lalu dari situ berlakulah peristiwa kerasukan pelajar-pelajar sekolah itu malahan guru-gurujuga terlibat sehingga merebak ke sekolah-sekolah lain di seluruh brunei. Mengikut kenalan uncle yang juga seorang guru, sekolah tempat dia mengajar juga turut terlibat dan ada pelajar-pelajar yang kerasukan malah guru-guru sendiri pun takut hendak ke tandas walaupun hari siang.
Mengikut ceritanya lagi,bagi mereka yang ada 'sixth sense' mereka nampak satu kapal besar terapung di STPRI dan katanya jika permintaan 'spirit' ini tidak tertunai (nak darah) mereka akan menyerang dengan kekuatan bala tentera mereka seramai 28 000 pada 18th (tidak di nyatakan 18bulan berapa sama ada masihi atau hijrah).
Katanya mengikut kenalan uncle lagi pada 18 ogos lepas kebanyakan orang berkurung di dalam rumah kerana takut berlaku apa-apa musibah yang tidak diingini dan tidak kurang ramai juga mereka-mereka yang pergi keSTPRI pada jam 12 malam untuk melihat sendiri apa yang bakal berlaku, pihak polis di kerah kan untuk berjaga-jaga pada malam tersebut tetapi tiada apa yang berlaku,mungkin hari ke 18 pada bulan lain yang di maksudkan.Terdapat pelbagai rumor lagi yang di sebarkan sehingga menimbulkan ketakutan dikalangan penduduk. Khabarnya juga2 pelajar yang bertanggungjawab dengan 'games spirit' menggunakan darah itu telah di hantar ke oversea oleh keluarga masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak di ingini.
Mengikut cerita terbaru,pelajar-pelajar di STPRI sekarang yang berada didalam form 3 dan 5 terpaksa di tangguhkan 'oral test' mereka sedangkan sekolah-sekolah lain sudah menjalankan test tersebut untuk pelajar masing-masing dan baru-baru ini sekolah ini memberi cuti mengejut kepada pelajar mereka akibat daripada peristiwa ini. Baru-baru ini juga Sultan Brunei telah mengadakan lawatan mengejut di sekolah-sekolah terlibat yang mana kebetulan Baginda ada di satu sekolahtu tiba-tiba ada pelajar kerasukandan khabarnya Baginda sendiri bercakap-cakap dengan pelajar yang di rasuk tadi dan permintaan yang sama masih lagi di nyatakan 'darah kamu'.

Tuesday, September 20, 2005

Selipar yang sakit...

Ramainye org sakit sekarang ni.
Antibodi aku yg lemah ?
Atau keadaan cuaca yg tak menentu?
Jangkitan Virus ?
Lain-lain ? Sila isikan tempat kosong :_________________

Hari ni aku ke klinik lagi... gara-gara tekak aku yg perit, dan batuk yg teruk malam tadi sampai tidur pun tak selesa... sebelum tidur tu aku mamai agaknya... aku pergi ke dapur, buka fridge, ambil ubat batuk, minum... aik... apasal lain plak rasanya ubat ni.. dalam kesamaran, aku baru terhegeh2 cari nama ubat yg tertera kat botol tu.. alamak.. termakan ubat selsema anis... patut le kaler merah... hubby datang kat aku, nape mama? aku cakap kat dia yg aku termakan ubat selsema anis... kelakar gak... belum tua lagi dah nyanyuk... lepas tu aku buka fridge lagi sekali, kali ni aku belek betul2 yg mana ada tulih nama aku dan make sure betul2 aku minum ubat batuk....alhamdulillah..

aku tersenyum sendirian bila aku ingat kembali waktu aku jumpa doktor tadi. Aku pergi klinik panel yg paling dekat dgn office lepas aku balik solat asar tadi. Masa tu memang tak ade org... lepas daftar sekejap, terus nurse tu panggil aku masuk bilik doktor. Aiseyman... doktor lelaki mualaf ni...aku segan sikit ngan dia... muka dia ala-ala Arash pelakon fofular tu lar.... tu yg aku segan sikit tu. Kebetulan hari ni aku puasa, so aku dah bersedia dgn skrip yg bakal aku katakan sekiranya doktor ingin memasukkan batang ice cream kat mulut aku (kot dia nak tengok tekak aku karang....). Apa yg aku duga, benar belaka... tatkala doktor tu nak ambik batang ice cream tu, aku dah sound kat dia...."erm.. doktor, saya puasa.. batal tak kalau doktor masukkan batang aiskrim tu kat dalam mulut saya?" .. doktor tu pun tak jadi ler nak masukkan.. dia cuma ambik torchlight dan suluh kedalam tekak aku je.

Then, dia tanya, esok puasa ? aku kata ye.... berapa hari lagi nak puasa ? Aku malu2 kucing, nak jawab ke tidak... nak tipu ke nak cakap betul2 ? aku puasa ni, kalau menipu kang, kureng pulak pahala puasa aku. So, terlontar spontaneously... lagik 9 hari... Muka aku merah agaknya sebab aku memang malu masa aku beritahu doktor tu... perghhhhhhhh.. banyak tu.. nasib baik doktor tu diam aje. So, dia suggestkan aku makan ubat waktu buka puasa & waktu sahur ataupun sebelum masuk tidur....

Matyeh kata: Tuhan bagi kita sakit, Jika kita redha, Maka akan gugurlah dosa2 kita yg tak terkira banyaknye tu....

Maka dengan ini, walaupun bulan ni dah 2 kali aku dapat sakit yg sama, aku redha...semoga gugurlah dosa2 aku dan tabahkan hati aku ya Allah, bagi menerima & menempuh dugaan Mu ini.

Sekian,
selipar yg tengah sakit... Sick In Bed

Monday, September 19, 2005

Terhangat DiPasaran Version 2

Ni lah dianya gambar trolley yg mempunyai iklan carlsberg... berhati2 lah kepada pengguna2 muslim semua, supaya kita tak bersubahat & tergolong dlm golongan yg menjadi kemurkaan Allah, Insyaallah...

Terhangat Di Pasaran!

SEBERANG JAYA: Ramai pelanggan Islam kesal terhadap pengurusan pasar raya Carrefour di sini kerana mengabaikan sensitiviti pelanggan Islam apabila mengiklankan suatu jenama arak di troli yang digunakan oleh para pelanggan pasar raya tersebut. Tindakan itu dianggap tidak menghormati sensitiviti para pelanggan Islam yang menggunakan troli berkenaan ketika membeli-belah di pasar raya itu. Lebih dikesalkan, beberapa orang kakitangan pasar raya tersebut yang enggan nama mereka disiarkan menjelaskan perkara itu telah berlanjutan hampir sebulan lalu walaupun mendapat bantahan daripada pelanggan Islam.
Tinjauan Malaysia Today semalam, mendapati iklan arak jenama ‘Carlsberg’ jelas terpampang di bahagian depan, kiri dan kanan troli berkenaan. Seorang pelanggan yang ditemui Mohd Yusof Mansor, 26, berkata pengurusan Carrefour perlu lebih prihatin dan memahami sensitiviti pengguna Islam. “Sebagai pengguna Islam, saya kesal dengan pihak pengurusan kerana hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira perasaan pelanggan Islam. “Kita faham hak mereka untuk mengaut keuntungan melalui iklan, tetapi apabila melibatkan iklan produk yang diharamkan oleh Islam, perkara ini tidak wajar melibatkan pengguna Muslim,” katanya yang menetap di Kubang Ulu.
“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi kerajaan kita sedang giat menerapkan prinsip Islam Hadhari dalam kehidupan rakyat,” tambahnya tegas. Sementara itu, hasil tinjauan mendapati ramai pengguna Islam tidak menyedari kewujudan iklan tersebut di troli yang mereka sedang gunakan.

Ismail Hashim, 53, yang ditemui Malaysia Today agak terperanjat apabila dimaklumkan bahawa troli yang digunakannya mempamerkan iklan arak. “Mana boleh buat macam ni, pakcik tak mahu bersubahat sama. Kalau buat macam ni terasa kita ikut bersubahat promosi arak. “Janganlah buat cara ni, kalau nak iklan pun buatlah cara lain yang tidak melibatkan pelanggan Islam,” katanya yang sering membeli belah di pasar raya itu bersama keluarganya.

Selain jenama arak, produk lain turut diiklankan di troli tersebut. Mengulas perkara itu, Cik Jane, Setiausaha Pengurus Cawangan berkenaan yang dihubungi Malaysia Today, memaklumkan pihaknya terikat dengan syarat-syarat perjanjian pengiklanan yang termeterai dengan syarikat berkenaan.
“Perjanjian itu akan tamat pada November depan,” jelasnya yang mengakui telah menerima beberapa aduan daripada pelanggan berkenaan hal tersebut. “Buat masa sekarang, pihak kami hanya dapat mengasingkan troli-troli berkenaan untuk kegunaan pelanggan Islam dan bukan Islam,” jelasnya
Pengurus Cawangan, Encik Boon Eow gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut.
Diterbitkan 8:45 AM
37 Comments:
just society kata... This is what I say being narrow minded. What is wrong in the advert? You ppl want others to be sensitive to your beliefs, but are you'll doing the same to non muslims? What if HIndus and Buddhist complain about beef being sold in hypermarkets and wet markets, can that be removed and be sold like pork is being sold now? Be open minded lah brader. Just checking, is the Sufi sect considered ajaran sesat in Malaysia? They seem to be more tolerent than the rest...
bumi-non-malay kata... Habis tunggu ape lagi boikotlah....boikot sampai semua tutup pintu.....tingalkan M'sia....boikot giant, ikea, ...etc.....boikot MAS kerana ada arak....boikot proton kerana guna barangan yang di sentuh orang makan babi, dijilat anjing....jangan lupa yah boikot aje dan duduk kat bawah pokok durian...tunggu durian runtuh
joezaine kata... Muslim memang patut boikot Carrefour. Pada yang bukan muslim, awak boleh minum sebanyak mungkin minuman beralkohol kerana ianya baik untuk kesihatan dan moral anda sepertimana yang diajarkan oleh tuhan kamu. Kami orang muslim diharamkan bersubahat dengan arak atau apa-apa sahaja minuman yang memabukkan kerana Tuhan kami tidak mahu manusia membuat keputusan yang salah dalam hidup mereka.
Cuba ambil dua orang lelaki dan berikan seorang daripada mereka beberapa botol arak untuk diminum. Kemudian, arahkan kedua-duanya memandu kenderaan di dalam kawasan yang dipenuhi kanak-kanak sekolah secara berhati hati... Kemudian kita lihat Tuhan siapa yang berkata benar..
Kampungfolk kata... There are bigger issues than this, why MAS serve alcohol not sensitive Ehh..?? the polemics will go on regardless b'cos some conservatives think it will erode their faith and tarnish their image.
cakapbenar kata... kepada semua orang melayu yang menimbulkan isu ini stop whinning over small issues like this, belajarlah malu sikit.kalau tak suka jangan pergilah,simple aja kan? nanti orang kata bodoh kan kamu nak marah but you keep acting like this! banyak lagi shopping complexes di KL ni.
dahlamasedar kata... apa nak heran... jakim pun tak hormat agama Islam... mereka lebih hormat umno dari agama Allah...so apa yang kita harap dari makhluk kafir yang lain???? jakim pun lebih-kurang tu jugak...
kolestrol kata... sdr JUST SOCIETY...may be u r forgotten something ... malaysia is negara ISLAM.. pls think about that...tq
Pak Kadok kata... Ya, ler, Boikot aje, ler. Kita mana boleh salahkan si Pak Perancis tu. Kan mereka tu kaki botol, makan pagi,petang, malam, pun makan minum dgn wain.
mansuhISA kata... Setahu aku, tidak ada mana-mana agama di dunia ini yang menghalalkan arak kepada penganutnya...Yang 'menghalalkannya' hanyalah 'penganut' agama tersebut saja, bukan ajaran agamanya. Cuma dalam kes ini, beberapa kerat Muslim yg sensitif terhadap agamanya...telah melahirkan ketidakpuasan hati mereka tentang cara promosi arak oleh Carlsberg.
Malaysia sebuah "Negara Islam" ! Hormat le sikit dengan pengisytiharan Malaysia Negara Islam yang mendukung prinsip Islam Hadhari bebbbbb....betul tak Pak Lah ?
Pro-rights kata... Kolestrol: 'malaysia is negara islam'..
Imej pork bacon dan genting highland boleh tunjuk kah?
truemalaysian kata... I thought Muslims cannot consume alcohol. But I never knew there is a ruling such as "Muslim cannot push a supermarket trolley with alcoholic product advertised" Is this ruling stated anywhere? Please enlighten me?
Sebenarnya issue kat atas ni berkenaan dengan Trolley yg ada kat pasaraya (bukan diPenang saja, tetapi seluruh malaysia termasuk sabah & sarawak) telah dipasangkan dengan iklan Carlsberg sebesar2nya (hampir seluruh permukaan Trolley itu, termasuk kiri & kanannya) . SJ sedih sgt dengan cara iklan ni... sebab ada org prihatin & ada yg tidak.. pada yg prihatin macam SJ, SJ akan cari trolley lain yg pasang iklan lain, pada yg tidak prihatin, mereka tak sedar pun apa yg mereka tolak kehulu kehilir... mcm hari tu, waktu SJ shopping ngan hubby , SJ nampak ade satu couple ni, isterinya berpurdah sampai tutup separuh muka, tapi tengah tolak trolley dgn iklan bende haram ni...SJ terpana sekejap melihatnya, tapi sesal, kenapa tak tegur ye? SJ harap, kepada semua yg terbaca blog SJ waktu ni, kalau boleh kita cari alternatif lain kalau kita ada pilihan. Kita nak suruh pasaraya tu jgn letak pun susah juga, dia org kafir, hanya nak pikir business & duit jer... kita sendiri lah yg kena berusaha supaya tidak terjebak.
Latest info, SJ dengar semua iklan2 ni akan ditarik balik dalam ertikata sebenar, poster carlsberg ditrolley tu akan ditanggalkan sbg langkah menyahut sensitivity umat islam dimalaysia. Elok lah tu...At least pasaraya ni baik sikit je daripada menteri yg meluluskan lesen disco & pub....

Wednesday, September 14, 2005

Last Week Update

5th Sept 2005

Selipar MC lagi buat kali yg keberapa entah lah... asyik sakit je sejak 2 - 3 menjak ni. Mulanya anis yg sakit, dah bawa dia ke klinik, selang beberapa hari selipar pula sakit tekak, demam & this time, selipar betul2 sakit. Selalunya MC pun boleh bangun buat kerja, mengemas rumah ke, sidai kain ke... tapi kali ni betul2 menghabiskan masa atas katil... lepas hubby & anak2 dah keluar rumah, selipar terus masuk bilik, tidur sampai pukul 12.00tgh.

6th Sept 2005

Datang office, dengan suasana yg baru.... workstation selipar betul2 kat bawah air-cond.... tak tahule boleh tahan ke tidak.... first day datang selepas office renovation ni, selipar dah bersedia dgn jacket... selepas tu sibuk hampir setengah hari meng"unpack" kotak2 yg berisi semua bende termasuk yg berada diatas, dibawah & didalam drawer meja..... semua sekali selipar ada 3 kotak yg boleh tahan juga besarnya... banyak bendenye... tapi apakah bende2 tu yer? Hairan !!!!!

9th Sept 2005

Hari ni hubby kerja luar. Sempat breakfast together kat kedai mamak kat bawah office. While on the way there, hubby dapat call from his eldest brother, jemputan ke rumah 2nd brother on this saturday night at Bangi, ade kenduri kesyukuran. Rupa2 nya cerita ni sungguh gempak, macammana lah kitaorang lambat tahu ni... mana perginya minah keypoh ni.. selalunya dia yg menjalankan tugas pukul canang satu kampung... susah juga ye kalau minah keypoh letak jawatan ?

Perompak Mengganas di Kg Datuk Abu Bakar Baginda ?
Rupa2nye kenduri kesyukuran ni diadakan untuk mengumpulkan adik beradik hubby & seterusnya mengerjakan solat hajat bersama2 kerana rumah 2nd brother ni dimasuki perompak pada 8/9/2005 jam 3 pagi waktu semua org enak diulit mimpi... dengar khabar alarm system yg tiap2 malam memekak kerana terlalu sensitif pada kuching , telah kehabisan bateri & tidak pula berbunyi pada malam kejadian. Gerun juga dengar tuan rumah bercerita . Bukan seorang dua yg datang nak merompak tu, semua sekali 7 org... 4 org masuk kedalam rumah, 3 lagi berkawal kat luar. Nasib baiklah 2nd brother ni tak simpan cash yg banyak dirumah.. hatta dalam wallet pun ade seratus lebih jer.. nasib baik.... walaupun begitu, 2nd brother & wife telah diikat dan kerana geram x dapat cash sebanyak yg mereka harapkan, mereka tlh memberi saguhati iaitu pelempang 2 - 3 kali kat pipi my 2nd bro-in-law ni... siannye... sungguh kurang asam punya perompak daaaaa... Alhamdulillah, mereka tidak diapa-apakan dan perompak tu pun pulang dengan kuciwa....
Moral of the story : Tinggal je kat rumah flat, jgn tinggal kat banglo.. bila tinggal kat banglo, org ingat, kita ni kaya sangat...
10th Sept 2005
Hari Sabtu yg pertama dalam tahun 2005 ni selipar datang office dengan suka rela sebab nak siapkan kerja yg lama ter pending... kalau org cina , dia akan kata "today must buy lottery lah..sure kena one..." sebab bila seseorg tu melakukan perkara yg jarang sekali dilakukan, maka org cina berpendapat, hari itu ada Ong....
Faiz sekolah ganti, Hubby ada spring cleaning kat office dia, so, selipar pun datang office juga buat kerja dgn aman tanpa sebarang gangguan. Tu pun ade juga org tepon office sampai berdering2 .... sekali dua tu selipar angkat la juga, lepas tu malas nak layan... misi selipar untuk hari ni berjaya , semua outstanding telah dibereskan... hampir pukul 3.00ptg baru balik...

Kembalinya Seorang Selipar

Assalamualaikum...
Lamanya selipar cuti...ingatkan cuti sampai 5hb Sept je, rupa2 terlajak hampir nak dekat 10hari. Ni semua gara2 office renovation hari tu. Selipar sekarang dah dapat workstation baru, ditempat yg baru dah pandangan berbeza....(ceh, macam iklan KENARI je.. pandangan berbeza konon..) tempat selipar jepun sekarang semakin sempit , ade le kurang beberapa inci kalau nak bandingkan dengan dulu.. rasa macam semak sangat meja ni sebab kekurangan beberapa inci. Tapi bila difikirkan betul2, betul juga apa kata hubby selipar jepun, bersyukur lah tu, at least better than other ppl , mungkin dapat meja square aje, lebih kecil dari apa yg selipar dapat kat office. Bersyukur sangat sebab kecil2 workstation ni, at least cantik & selesa dari office org lain yg tak secantik office kita... kesimpulannya, bersyukur dengan apa yg kita ada, apa yg kita dapat & apa yg tlh ditakdirkan utk kita..... alhamdulillah...
Minggu lepas ade 2-3 org (tak tahule boleh panggil ORANG ke tidak) telah masuk ke blog selipar jepun membuat huru hara dengan menggunakan bahasa yg kesat & mencarut2 dekat shoutbox... ape pasal dorang tak puas hati pun selipar kurang pasti. Tapi nampak gayanya memang tak berbudi bhase langsung, memaki hamun org sesuka hati mak bapak serta tok nenek moyang monyet diorang je.... memang keturunan M****** juga kot... dah lah tak hormat kat tuan rumah, bile org tegur, nak melenting . Kat sini bukan tempat melenting korang... sorry, I'm not built this up for you guys to memaki hamun sesuka hati... nak maki hamun ke ape ke, pergi lah kat blog korang sendiri.... mane lah datang manusia jenis macamni yg tak makan saman & pantang ditegur.... Sampai selipar jepun kena clearkan semua bad words tu sampai hilang & mengenakan undang2 baru, "Hanya org yg berbudi bahase je boleh tulih kat sini" di shoutbox selipar... Sedih sungguh dengan kehadiran org2 begini yg mengutuk selipar dgn perkataan "Bengong"... macam lah diorang tu pandai, perfect & beriman sangat....
Ade salah sorang manusia tu tak puas hati dgn berkata " Who said the air that we breath need to pay? " .. mungkin tak semua org faham , udara yg kite sedut ni pun sebenarnya kena bayar... mungkin bukan dibayar tunai macam kita nak masuk toilet tu, kena bayar 20 sen. Kata2 dari Am atau Mat tu sebenarnya sgt mendalam. Tapi dek kerana melatah cepat sangat, manusia tu menafikan yg udara disedut perlu dibayar. Dia tak ingat kot, Tuhan minta kita bayar dalam cara yg lain... tak ingatkah wahai org yg beriman, yg mengaku terror tu, bahawa Tuhan tak bagi semua ni secara free saja... apakah tanggung jawab kite kepada NYA ? Tidakkah kita pernah terfikir, walaupun Tuhan tak minta 20 sen utk sekali bernafas, tentu ade bende atau perkara lain yg Tuhan nak kita laksanakan sbg tanggung jawab seorang muslim.
Sebenarnya malas selipar nak layan org macam tu, entah dari mana tersesat sambil membuat onar dikampung org.. macam rusa masuk kampung..... tak reti nak sesuaikan diri. Tu pasallah selipar lama tak update blog ni.... SEJAK kejadian minggu lepas, selipar terus teringat pepatah instant ni -> TIADA GUNA BERWAJAH CANTIK , KALAU BUDI BAHASA ZERO !