· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, September 28, 2005

Isnin-26/9/2005

Hari ni aku puasa lagi. Tapi tak de mood nak kerja sebab mengantuk. Malam tadi mengemas rumah, mengemas kain baju, habih kain baju aku lipat (terajin le pulak.. ) dan kemas masuk dalam almari. Bila dah settle tu, aku tengok CSI la pulak... sampai pukul 1.00 baru tidur. Tu yang mengantuk gile.. ditambah lagi dgn monday blues... alahai, alasan kan.. Terlambat bangun lagi satu hal... gedebak gedebuk, terlambat keluar rumah... bila sampai kat jalan, macam sunyi je jalan raya hari ni. Budak2 sekolah pun tak kelihatan sampai hubby tanya, hari ni selangor cuti ker? Cuti ape kebendanya ? aku tanya balik... dia kata "manalah tahu, kot kita tak tahu selangor cuti... selangor kan menang bola kelmarin..." alasan lagi.....
Memang hairan , jalan tak jem langsung, sampai office pun memang awal. Aku memang not in the mood lah, selalu tak de macam ni.. entah kenapa. Tup-tup dalam pukul 9.30am macam tu, dapat panggilan , mak sedara hubby passed away. Innalillah..... sejak itu hp aku asyik berdering2 sebab kaum keluarga sibuk mengcontact montact nak pastikan camne arrangement yg dibuat. Samada nak kebumikan di kg atau kat kl je... jenazah meninggal dunia di HUKM setelah 2 bulan dimasukkan kesitu atas masalah jantung. Kiranya arwah ni kakak kepada arwah bapa mertuaku.
Maka , hari ni aku half day sajalah bekerja. Pukul 12.00 tgh aku dah chow ke kg pandan dengan hubby & adik dia utk menziarah jenazah. Masa aku sampai tu, org tgh kafankan jenazah. Kiranya sempat & dapat jugalah aku tengok dari dekat walaupun dah half way dah diorang kafan. Mak mertua aku dan adik beradik jenazah (semuanya pangkat wak & bibik ) masih tak sampai lagi. Isk, mana diorang ni? Org dah nak bungkus dah ni...
Last2 lepas jenazah selamat dikafankan, barulah mak mertua aku , & rombongan org kg sampai... alkisahnya van yg mereka naik rosak kat highway. Kesiannya.... Lepas semua selesai, kami pun balik... Lebih kurang macam balik kerja je, pukul 6.45pm sampai rumah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home