· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, September 14, 2005

Last Week Update

5th Sept 2005

Selipar MC lagi buat kali yg keberapa entah lah... asyik sakit je sejak 2 - 3 menjak ni. Mulanya anis yg sakit, dah bawa dia ke klinik, selang beberapa hari selipar pula sakit tekak, demam & this time, selipar betul2 sakit. Selalunya MC pun boleh bangun buat kerja, mengemas rumah ke, sidai kain ke... tapi kali ni betul2 menghabiskan masa atas katil... lepas hubby & anak2 dah keluar rumah, selipar terus masuk bilik, tidur sampai pukul 12.00tgh.

6th Sept 2005

Datang office, dengan suasana yg baru.... workstation selipar betul2 kat bawah air-cond.... tak tahule boleh tahan ke tidak.... first day datang selepas office renovation ni, selipar dah bersedia dgn jacket... selepas tu sibuk hampir setengah hari meng"unpack" kotak2 yg berisi semua bende termasuk yg berada diatas, dibawah & didalam drawer meja..... semua sekali selipar ada 3 kotak yg boleh tahan juga besarnya... banyak bendenye... tapi apakah bende2 tu yer? Hairan !!!!!

9th Sept 2005

Hari ni hubby kerja luar. Sempat breakfast together kat kedai mamak kat bawah office. While on the way there, hubby dapat call from his eldest brother, jemputan ke rumah 2nd brother on this saturday night at Bangi, ade kenduri kesyukuran. Rupa2 nya cerita ni sungguh gempak, macammana lah kitaorang lambat tahu ni... mana perginya minah keypoh ni.. selalunya dia yg menjalankan tugas pukul canang satu kampung... susah juga ye kalau minah keypoh letak jawatan ?

Perompak Mengganas di Kg Datuk Abu Bakar Baginda ?
Rupa2nye kenduri kesyukuran ni diadakan untuk mengumpulkan adik beradik hubby & seterusnya mengerjakan solat hajat bersama2 kerana rumah 2nd brother ni dimasuki perompak pada 8/9/2005 jam 3 pagi waktu semua org enak diulit mimpi... dengar khabar alarm system yg tiap2 malam memekak kerana terlalu sensitif pada kuching , telah kehabisan bateri & tidak pula berbunyi pada malam kejadian. Gerun juga dengar tuan rumah bercerita . Bukan seorang dua yg datang nak merompak tu, semua sekali 7 org... 4 org masuk kedalam rumah, 3 lagi berkawal kat luar. Nasib baiklah 2nd brother ni tak simpan cash yg banyak dirumah.. hatta dalam wallet pun ade seratus lebih jer.. nasib baik.... walaupun begitu, 2nd brother & wife telah diikat dan kerana geram x dapat cash sebanyak yg mereka harapkan, mereka tlh memberi saguhati iaitu pelempang 2 - 3 kali kat pipi my 2nd bro-in-law ni... siannye... sungguh kurang asam punya perompak daaaaa... Alhamdulillah, mereka tidak diapa-apakan dan perompak tu pun pulang dengan kuciwa....
Moral of the story : Tinggal je kat rumah flat, jgn tinggal kat banglo.. bila tinggal kat banglo, org ingat, kita ni kaya sangat...
10th Sept 2005
Hari Sabtu yg pertama dalam tahun 2005 ni selipar datang office dengan suka rela sebab nak siapkan kerja yg lama ter pending... kalau org cina , dia akan kata "today must buy lottery lah..sure kena one..." sebab bila seseorg tu melakukan perkara yg jarang sekali dilakukan, maka org cina berpendapat, hari itu ada Ong....
Faiz sekolah ganti, Hubby ada spring cleaning kat office dia, so, selipar pun datang office juga buat kerja dgn aman tanpa sebarang gangguan. Tu pun ade juga org tepon office sampai berdering2 .... sekali dua tu selipar angkat la juga, lepas tu malas nak layan... misi selipar untuk hari ni berjaya , semua outstanding telah dibereskan... hampir pukul 3.00ptg baru balik...

3 Comments:

Blogger noha chomel said...

akak, lain kali dtg bangi, singgah la umah...eeii...takutnya dengar citer tu, nasib baik nak rompak je, kalau nak ro*** ke..iiskk...

16/9/05 2:29 PM  
Blogger Jubeiz said...

alhamdulillah your 2nd bro in-law sekeluarga selamat. tak diapa-apakannya. setakat dapat pelempang 2 3 kali ok lagi. semoga mereka kembali dapat menjalankan kehidupan harian mereka.

19/9/05 1:30 AM  
Blogger Selipar Jepun said...

Thanks jubeiz.. harap2 begitu lah.. walaupun anak2 & maidnya masih fobia....

19/9/05 8:31 AM  

Post a Comment

<< Home