· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, August 29, 2005

Tak De Tajuk Sesuai

Ade sesuatu yg terlalu besar , konflik yg terjadi pada aku minggu lepas sekitar hujung minggu 20hb - 21hb Aug 2005. Aku sendiri kesal dengan apa yg berlaku. Aku & hubby dah pun plan nak balik kampung, menghabiskan cuti dari 24hb - 28hb August ni. Tapi disebabkan konflik yg terjadi, aku & hubby terpaksa batalkan plan asal kami yg nak balik kg pada 24hb tu...
Aku tak dapat ceritakan semua isi hati aku disini sebab blog aku ni ramai pengunjungnya.. lagipun ni masalah peribadi. Apa yg dapat aku katakan hanyalah, konflik ni berkisarkan perebutan hak menjaga anak2 aku diantara my own parents dengan mak mertua aku. Sedih sangat.... kenapalah semua ni terjadi. Yang jadi mangsa , anak2 aku sendiri...
On sunday 21st Aug, lepas breakfast, aku ngan hubby pergi kesebuah pasaraya sebab nak belikan something yg dipesan oleh my sister. Tengah2 dok kat dalam pasaraya tu, aku dapat phone call dari my sis sambil nangis2... rupanya konflik semalam, tak habis lagi, dibawa pula kehari ni dan keadaan bertambah runcing... anak2 aku ditinggalkan ngan bibik indon tu, dan bibik indon tu asyik takutkan anak2 aku dengan "hantu"..... kalau tak makan, nanti hantu datang, kalau tak dengar cakap bibik, nanti bibik rotan... aku dengar kat sini, aku yg menangis.
Aku memang tak dapat control... bagi aku, anak2 & mak bapak, adalah satu isu sensitif... dalam pasaraya tu aku tak pedulikan sesiapa lagi dah... aku menangis sepuas2 hati, kalau org tengok, mesti org kata aku tgh gaduh ngan hubby... tapi sebenarnya aku menangis sebab mengenangkan nasib anak2 aku & perasaan mak aku... Aku ajak hubby balik kampung time tu gak.. aku dah decide, tak yah tunggu wednesday baru nak balik kg... walaupun hubby suruh bersabar , lagi 2 hari je nak balik kg, aku tetap dgn pendirian aku, aku nak balik time tu juga. So, dia pun tak dapek nak tolon... sehelai sepinggang je kami balik kampung. Kami cuma pakai T-shirt & tracksuit jer.. ngan selipar.. maklumlah, baru balik dari breakfast.. sepanjang jalan aku terfikir & discuss dgn hubby camana nak handle bende ni supaya tak jadi lebih rumit. Aku & hubby kena berlakon...
Kami berpura2 balik kg terus kerumah mak mertua aku ,nak ambik anak2 sebab mamanya dah tak tahan rindu... hari2 mendung & hujan kat dalam rumah. Mak mertua aku terkedu bila tengok kitaorang balik mengejut. Speechless. Aku pulak pura2 ramah macam tak ada ape2 berlaku, sampai mak mertua aku tak senang , banyak sangat soalan perihal anak2 aku ajukan kat dia... sampai dia tinggikan suara " tak usah risau sangatlah, diorang ni tak ada apa-apa.. elok je duduk kat sini"
Lepas tu kiteorang bawa budak2 ni pergi rumah tok & wan pula... masa tu dah dekat pukul 6.30pm. Tok & wan pula terkejut menerima kedatangan kami yg tiba-tiba muncul je... tanpa banyak songeh, aku berlakon lagi sekali, sama macam kat rumah mak mertua aku tadi. Sambil2 mengemas kain baju anak2 aku, sempat tengok VCD ayah pin... memang goblok le sapa yg menjadi pengikut ayah pin ni.. sahih dah murtad. Esok mati, tak tahuler kat mana nak tanam.. kubur kristian ke, kubur cina ke, kubur Hindu ke? Semua bangsa sembah dia.. sampai ke batu caves pun tok sami sembah dia... siap minum air kaki dia... siap pakai nandek.... bertaubat ler cepat sapa yg jadi pengikut dia. Tak de power langsung lah ayah pin ni... aku tak nampak kat mana ke power rangers nya ayah pin ni.... org tua biasa jer,tak hensem, tak de ciri2 pemimpin pun... pakaian pun tah hape-hape... Ni le dianya melayu yg goblok ! Menolak Islam secara terang-terangan.
Mak aku bagi sms keesokan harinya : "terima kasih kerana mengambil tindakan yg betul". Kata-kata yg amat bermakna & mendalam, buat aku hiba.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

akak, whatever happened, just calm down urself ok? byk2 sabar and take care too!

29/8/05 5:38 PM  

Post a Comment

<< Home