· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, August 16, 2005

Mawi-Ustaz yg kecundang

Dipetik dari MawiFc.com
Diterbitkan di :Majalah Wanita Kini..
artikel nie mmg ada byk benarnya..

FENOMENA pengagungan Asmawi Ani peserta Akademi Fantasia 3 dan kemudiannya disms kan sebagai juara sepatutnya membimbangkan kita semua. Kita risau ketokohan Mawi dinobat sebagai idola Islam Hadhari. Difahamkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz pun jatuh hati dengan Mawi. Sebenarnya fenomena ini bukan tentang kebangkitan Mawi tetapi kebangkitan ekonomi rakyat Malaysia yang sudah berduit belaka. Mereka dikatakan membelanjakan RM50-RM1500 demi menghantar undian. Memang kita semua kaya-kaya sebab itulah kerajaan tidak teragak-agak menaikkan harga barang atau petrol.

Mengapa kita harus berbangga dengan Mawi SEDANGKAN:

1. Antara kelas yang disukai ialah kelas menari; kelas yang menggabungkan dia dengan bukan mahram dan mereka diajar tarian laga-laga badan dan laga-laga kaki. Dia terpaksakah? Atau mudahkah memaksa Mawi?
2. Tumpas kerana berpegang-pegang tangan dengan peserta wanita, menjulang dan pelbagai aktiviti sentuhan lainnya. Memanglah ia kelas tetapi kelas yang mengarut!
3. Sembahyang hajat untuk kemenangan Mawi oleh tunangnya. Ini pun merisaukan kita juga kerana fungsi sembahyang hajat dibuat tanpa mengira tujuannya. Apa sebenarnya perkara yang membenarkan kita sembahyang hajat dalam Islam? Sepatutnya tunang, Nik Aziz dan peminat Mawi di luar sana sembahyang hajat supaya Mawi meninggalkan Akademi Fantasia, keluar daripada banglo atau dunia yang ada unsur-unsur maksiat di dalamnya; tari menari lelaki perempuan, pegang-pegang dan dicubit oleh guru perempuan, bukan mahram tu... Tunang Mawi sepatutnya sembahyang hajat untuk Mawi kembali menjadi bilal, misalnya.

4. Mawi mungkin tidak hilang identiti mukmim tetapi dia dilihat terang-terangan oleh seluruh negara, yang identiti mukmimnya digoyah. Disuruh menari berpasangan, pegang tangan dan menjulang wanita, dia lakukan juga. Identiti Islam dipermainkan sedemikian rupa. Identiti Islam tidak dihormati dan Mawi tidak minta dirinya dikecualikan demi menegakkan prinsip dan ketakutannya pada Tuhan. (adakah dia pernah minta dikecualikan? jika ada sila nyatakan dalam komen)
5. Ada yang mengatakan Mawi dalam keadaan DARURAT kerana dia terikat dengan peraturan dan kehendak Astro. Ini juga merisaukan kita kerana darurat sekali lagi diletak sesuka hati, sesedap rasa oleh masyarakat demi membenarkan apa yang jelas tidak boleh dilakukan.
6. Menyebabkan orang Islamik pun keliru! Mawi diharapkan dapat berdakwah tetapi ini akan membangkit pelbagai kekeliruan lagi kerana dengan imej ustaz, innocent dan islamik, Mawi juga menunjukkan kegoyahannya yang suka dengan setiap aktiviti di akademi. Apakah dalam Islam kita boleh buat separuh-separuh? Separuh kebaikan dan separuh kejahatan. Siang membantu anak yatim dalam kerja-kerja amal dan malam berdangdut di kelab?
7. Masyarakat heboh mempertikaikan tentang profesional seorang penyanyi. Mesti kena pandai menari, pandai public relation, berkomunikasi, kawal suara dan paling penting jangan lupa lirik! Masyarakat lupa mempertikaikan profesionalisme sebagai seorang muslim seperti jaga batasan lelaki perempuan, tidak terikut budaya kafir, tidak membazir (masa dan wang) dan paling penting jangan lupa solat!
Ni Pulak, comments dari peminat Mawi...
1st Comment:
YANG ORANG DOK PUJI/PUJA SIMAWI HANYALAH KERANA DIA ADA KELEBIHAN DAN KELAINAN DARI SIKAP SEBAHAGIAN BESAR ARTIS ARTIS DITANAHAIR INI. KITA DAH JEMU TENGOK FRONTPAGE NEWSPAPER PASAL ASTIS KENA TANGKAP HAL DADAH, KENA TANGKAP KHALWAT, KENA SERBU DALAM DISKO, SAMAN MENYAMAN KERANA TAK BERDISIPLIN, MASUK COURT KERANA MEMANDU WHILE MABUK. MEMPERTIKAI PIHAK JAWI, MELENTING KALAU DITEGUR, BERGADUH SESAMA SENDIRI, BERKASIH KASIHAN DENGAN KAUM SEJENIS, DIBELA SUGAR DADDY & SUGARMOMMY, BERLAKON SATU DUA DRAMA DAH DUDUK KONDO DAN BERKERETA SPORT, ALBUM BELUM KELUAR PUBLISITI PASAL PERIBADI BERCINTA DENGAN ORANG KAYA LAH, VVIP LAH BERSEPAH SEPAH DAN BERMACAM MACAM LAH. KITA DAH MUAK. MUAK PAHAM TAK APA ITU MUAK!
BILA MUNCUL SATU BUDAK BOTAK YANG NORMAL MACAM KITA NI, APA MASALAH ENGKAU KALAU KITA SEMUA MINAT PADA DIA. BUKAN NAK MENGAGUNG AGUNG KAN DIA MACAM PENGIKUT AYAH PIN... FIKIRKAN LAH..!
2nd Comment:
alah kalau mawi semua x betul. dulu zahid pun menyanyi nasyid gak. kumpulan bangsar boyz.pastu tukar imej siap kaler rambut. video klip plak pompuan seksi keliling pinggang.tu la org yg x penah puas hati.padahal byk lagi org agama yg lagi teruk perangai.apsal nk tunjuk mawi je.yang isu ayah pin x nak bangkitkan pun.buddy gol betul la yg bt cita yg nk jatuhkan mawi ni.dasar perut busuk!
3rd Comment:

Korang Memang nak kene blasah ngan aku.... Mawi hanyalah manusia biasa macam kite gak... dalam dunia ni takder saper yang sempurna....Woi!!!.. Mawi tu baru 24 tahun...mude lagi... iman macam kulit bawang....tapi diyer dah cube sedaye upaye diyer untuk mengelakkan diri dari bende2 tu.... tapi aper diyer bleh buat... kalau diberi pilihan dah tentu diyer taknak buat merder2 macam tu....korang ni duk timbul soal ustaz la...bilal la... ulamak la...apehal???? bender tu takder kene mengene dengan diri diyer... diyer sendiri yang pilih jalan ni... korang penah dengar tak bilal rogol anak dara orang??? Penah dengar tak imam masjid kene tangkap khalwat???
Korang jangan biar aku jumper ngah jalan.... Aku Blasah kang...!!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home