· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, August 11, 2005

Dunia Nak Kiamat

Assalamualaikum...
selamat hari khamis, hari yg penuh dengan jerebu , terasa bagai berada di genting tapi sebenarnya tak sejuk pun... pagi tadi dalam perjalanan ketempat kerja dgn hubby, sambil mendengar radio selangor.fm bersama fav. deejay abg zainal. sungguh terharu mendengarkan satu motivasi hari ini, dimana seorang dr. motivasi bertanyakan pada kita, pernah kah kita meminta atau kepada siapa kita mangadu mengenai masalah jerebu ini... kepada ibubapa kita? kepada menteri? kepada kerajaan? kepada ayah pin? kepada boss kita? mereka semua tak boleh buat apa-apa.. ni semua kerja tuhan... sudahkah kita meminta pertolongan dari tuhan? bagaimana pula org yg tidak bertuhan ? kepada siapa dia meminta pertolongan & perlindungan?
Maka dia selitkan satu kisah benar, yg dilalui oleh seseorang yg dia kenali... Dr. motivasi ini menceritakan bahawa ada seorang yg pelajar malaysia yg menuntut diluar negara bertahun2, sudah bercampur dengan berbagai org dan akhirnya keluar dari Ugama islam kerana tidak percayakan kewujudan tuhan. Katanya tuhan tidak ada, tidak nampak & dan tidak wujud. Kerana itu dia mencabar kuasa Tuhan, kalau betul Tuhan tu ada, maka tunjukkan kepadanya....
Diceritakan satu detik dimana student malaysia yg sudah tersesat jauh ini boleh kembali kepangkal jalan... menjadi kebiasaan pelajar ini menonggak minuman keras & botol2 minuman keras memang tersimpan dalam peti sejuk dirumahnya sebagai stok harian... suatu hari selepas minum separuh botol, dia menyimpannya & mendapati air itu masih penuh bila dia ingin meminumnya lagi. Disangka kawan2nya mendajalkan dia, setiap hari perkara yg sama berulang... sehingga dia membuat intipan, tiada siapa yg berbuat demikian.. dari situ barulah dia sedar yg ada satu keajaiban telah berlaku, seterusnya dia mengakui kuasa tuhan yg dicabarnya.... Alhamdulillah, student itu sekarang dah jadi org yg baik2.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home