· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, September 14, 2005

Kembalinya Seorang Selipar

Assalamualaikum...
Lamanya selipar cuti...ingatkan cuti sampai 5hb Sept je, rupa2 terlajak hampir nak dekat 10hari. Ni semua gara2 office renovation hari tu. Selipar sekarang dah dapat workstation baru, ditempat yg baru dah pandangan berbeza....(ceh, macam iklan KENARI je.. pandangan berbeza konon..) tempat selipar jepun sekarang semakin sempit , ade le kurang beberapa inci kalau nak bandingkan dengan dulu.. rasa macam semak sangat meja ni sebab kekurangan beberapa inci. Tapi bila difikirkan betul2, betul juga apa kata hubby selipar jepun, bersyukur lah tu, at least better than other ppl , mungkin dapat meja square aje, lebih kecil dari apa yg selipar dapat kat office. Bersyukur sangat sebab kecil2 workstation ni, at least cantik & selesa dari office org lain yg tak secantik office kita... kesimpulannya, bersyukur dengan apa yg kita ada, apa yg kita dapat & apa yg tlh ditakdirkan utk kita..... alhamdulillah...
Minggu lepas ade 2-3 org (tak tahule boleh panggil ORANG ke tidak) telah masuk ke blog selipar jepun membuat huru hara dengan menggunakan bahasa yg kesat & mencarut2 dekat shoutbox... ape pasal dorang tak puas hati pun selipar kurang pasti. Tapi nampak gayanya memang tak berbudi bhase langsung, memaki hamun org sesuka hati mak bapak serta tok nenek moyang monyet diorang je.... memang keturunan M****** juga kot... dah lah tak hormat kat tuan rumah, bile org tegur, nak melenting . Kat sini bukan tempat melenting korang... sorry, I'm not built this up for you guys to memaki hamun sesuka hati... nak maki hamun ke ape ke, pergi lah kat blog korang sendiri.... mane lah datang manusia jenis macamni yg tak makan saman & pantang ditegur.... Sampai selipar jepun kena clearkan semua bad words tu sampai hilang & mengenakan undang2 baru, "Hanya org yg berbudi bahase je boleh tulih kat sini" di shoutbox selipar... Sedih sungguh dengan kehadiran org2 begini yg mengutuk selipar dgn perkataan "Bengong"... macam lah diorang tu pandai, perfect & beriman sangat....
Ade salah sorang manusia tu tak puas hati dgn berkata " Who said the air that we breath need to pay? " .. mungkin tak semua org faham , udara yg kite sedut ni pun sebenarnya kena bayar... mungkin bukan dibayar tunai macam kita nak masuk toilet tu, kena bayar 20 sen. Kata2 dari Am atau Mat tu sebenarnya sgt mendalam. Tapi dek kerana melatah cepat sangat, manusia tu menafikan yg udara disedut perlu dibayar. Dia tak ingat kot, Tuhan minta kita bayar dalam cara yg lain... tak ingatkah wahai org yg beriman, yg mengaku terror tu, bahawa Tuhan tak bagi semua ni secara free saja... apakah tanggung jawab kite kepada NYA ? Tidakkah kita pernah terfikir, walaupun Tuhan tak minta 20 sen utk sekali bernafas, tentu ade bende atau perkara lain yg Tuhan nak kita laksanakan sbg tanggung jawab seorang muslim.
Sebenarnya malas selipar nak layan org macam tu, entah dari mana tersesat sambil membuat onar dikampung org.. macam rusa masuk kampung..... tak reti nak sesuaikan diri. Tu pasallah selipar lama tak update blog ni.... SEJAK kejadian minggu lepas, selipar terus teringat pepatah instant ni -> TIADA GUNA BERWAJAH CANTIK , KALAU BUDI BAHASA ZERO !

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

akak, saya faham apa yg akka alami, sebab saya pun penah kena! sabo je la dgn org macam ni kan, dah la masuk umah org tak berjemput, buat psal plak tu.

mentang2 la takleh nak trace dia, dia maki hamun pulak kita..

ooppss..sori la kak, terbebel pla kat sini, bukan apa, teringat part saya kena dulu, bole sakit hati dibuatnya!

16/9/05 2:23 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

noha, memang melenting jadinya bila dilemparkan dgn kata2 kesat.Mcm dia bagus sgt,Tapi bila difikirkan, lantaklah dia nak kata apa... kalau betul dia tak suka, watpe dtg jenguk hari2 kat blog kite...betul tak? budak busuk hati tu, hidup tak senang duduk... asyik nak cari psl dgn org & buat org benci.Lama2 tuhan balas lah....

16/9/05 2:37 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Allah Lebih tahu segala2nya.. Semoga Allah membalas segala jasa baik & budi bahase dia tu.. Amin...

16/9/05 2:39 PM  

Post a Comment

<< Home