· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, August 30, 2005

Mawi vs Awie


Kelesuan dalam industri muzik tanah air dijangka tidak menghalang album juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi dijual lebih 150,000 unit minggu ini, sekali gus mengatasi rekod yang dipegang Awie.
Album koleksi 12 Lagu Terbaik Konsert AF3 Best Of Mawi World itu kini sudah dijual sebanyak 104,000 unit dalam tempoh lima hari berada di pasaran sejak Jumaat lalu. Daripada jumlah itu, 66,000 unit album terbitan Maestro Records dan Zezz Entertainment serta edaran Life Records itu diperoleh menerusi jualan cakera padat manakala kaset 38,000 unit.
“Dengan peningkatan yang berterusan, tidak mustahil album itu mampu mencecah jualan lebih 150,000 esok.“Malah, kami yakin album berkenaan mampu dijual sebanyak itu serta Mawi akan mencipta satu rekod baru apabila menjadi penyanyi solo lelaki paling laris pernah dicatatkan dalam sejarah industri muzik tanah air. “Sebelum ini, rekod itu dipegang Awie apabila album sulungnya, Tragedi Oktober dijual 140,000 unit. “Jamal Abdillah pula menerusi album Raja Pop mencecah jualan lebih 130,000 unit,” katanya.
sepatah kata dari selipar jepun- " mana tak meletup letup album mawi ni.. selipar jepun pun turut menyumbang dalam menaikkan angka tersebut. Satu untuk selipar jepun, satu untuk mak mertua selipar jepun & satu lagi untuk ayah selipar jepun... ape-ape pun, kami kami ni cuma minat kat lagu seroja je.. yg lain tu tak berapa sangat... semalam selipar jepun termimpikan mawi... dalam mimpi tu selipar jumpa mawi sebelum konsert, dan selipar sempat salam ngan mawi... pagi tadi bila dah terjaga, baru selipar sedar, alah.. mimpi rupanya... siap cakap, ade sorang budak tu nak nombor tepon mawi.. tak kuase.... "

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

yeah

9/12/19 6:58 PM  

Post a Comment

<< Home