· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, August 30, 2005

Toilet Training

First day anis pergi taska selepas balik dari kampung, ibu ajar anis pergi toilet bila nak buang air. Masa ambik anis petang isnin (22/8/2005) lepas balik kerja, ibu berpesan kat aku supaya jgn pakaikan anis pampers sebab dia nak ajar anis buang air kat toilet. Dia pun pesan yg balik rumah nanti terus ajak anis pergi toilet sebab anis tak pakai pampers. Mungkin mula-mula ni dia tak reti nak bagitahu lagi bila dia nak buang air. Sesampai dirumah, aku macam terlupa kejap kat anis sebab dia terus lari masuk bilik abang dia. Faiz pula sibuk nak on tv...nak tengok kartun. Aku pulak baru nak letak barang dan beg pakaian budak2 ni. Masa aku terlupa sekejap kat anis tu lah, anis dah terken..... kat pintu bilik abang dia. Langsung tak de suara. Dia berdiri tegak je kat situ sambil gigit jari. Gaya-gaya budak takut kena marah... agaknya dia takut sangat mama marah dia sebab tu dia diam je, tak panggil pun...
Kelakar juga.. aku tak de lah nak marah, sebab ni first time & first day toilet training... penat juga nak mop dan bersihkan ... tapi tak apa lah... anis punya pasal. Baru mama ade kerja. Kalau anis tak de, mama pun tak de kerja nak buat... kerja nangis je ade lah...
Sejak dari hari tu, anis dah tak pernah terken.... lagi kat mana-mana kecuali toilet. Yang kelakarnya, anis akan kata " anis nak kencing, mama, anis nak kencing" dalam gaya terburu-buru sambil berlari ke toilet... aku pun terpaksa berlari sama sebab takut tak sempat nak bukakan seluar untuk dia. For the first few times, dia tak kencing pun... agaknya tak jadi kot. Lama-lama dah biasa, dah ok.. malah aku rasa seronok pula teman dia ke toilet. Pengalaman baru bagi aku.. sebab masa faiz dulu, banyak kali terkucil.... penat sangat nak mop sana sini.... lagi pun faiz ni jenis yg suka tahan kenc.... last minit baru nak cakap, masa nak buka seluar pun dah tak sempat. Anis ni nampak sangat berbezanya....
Bila aku pakaikan anis pampers samada untuk long distance journey atau tidur malam, dia akan bagitahu yg dia nak kenc... bila aku suruh dia kenc.... dalam pampers, dia kata "mama, anis tak nak kenc.... kat tempers.... anis nak kenc.... kat toilet" .... Pernah dia ketuk pintu bilik air waktu babahnya tengah mandi, semata-mata nak kenc.... kat toilet. Aku tengah solat subuh masa tu. "Babah, anis nak kenc....." and the babah said " anis kan pakai pampers, kenc... lah kat pampers..." Anis said again- "tak nak, anis nak kenc... kat toilet".

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

akak, anis berapa tahun? saya ada anak pompuan gak 2 tahun setengah, masih pakai pampers sebab dia tak tahu lagi nak cakap bila nak *wiwi* (means kenc..), kadang2 je dia kata, nak wiwi, so sempat la pi bawak bilik air.

ouk-ouk (means ber*k) ok sikit, normally dia akan cakap, sempat la kitaorg bawak pi toilet.

kata mak saya dah bole start dah, tapi takut la, takut 'terlepas' ..

eemm..lagi satu, apsal ek, skang nak kena "Type the characters you see in the picture above." tu?

30/8/05 12:05 PM  
Anonymous Anonymous said...

mana pergi link dan tag kat sebelah kanan tu..dah buang ke..

30/8/05 1:00 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

teja, maybe pc tunteja small size that what i have. Kalau monitor kecik, bende tu akan turun kebawah sekali... kalau sama size ngan kite Atau lebih besar, ia akan nampak kat tepi lah.. macam biasa

30/8/05 1:07 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

nohachomel, anis baru 2thn 1/2..sebaya agaknya anak kite, Anis akan sambut 3rd Birthday bulan feb'2006. Word verification tu sebab tak nak spam...

30/8/05 1:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

eh, sama la, Nurin pun akan sambut 3rd besday on feb 2006. actually, dia sepatutnya due bulan april, tapi masa 34 weeks of pregnancy i dah ada contractions dan..tup-tup nurin pun lahir...heheh...

30/8/05 1:13 PM  

Post a Comment

<< Home