· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, September 23, 2005

Ju On Mengamuk Di Brunei


Email diterima dari seorang rakan SJ. Tak tahu sejauh mana kebenarannya.... Wallahhualam.
Di khabarkan oleh kenalan kepada uncle semasa kat Brunei, Al-Kisah bermula di sebuah sekolah bernama STPRI atau di kenali sebagai Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Sekolah ini menempatkan hanya pelajar-pelajar perempuan sahaja dan kira-kira dua bulan lepas terdapat segolongan pelajar-pelajar dari sekolah ini yang bermain 'spirit games' atau memanggil roh menggunakan duit syiling, uncle percaya ramai yang tahu mengenai games ini kan ?
'Games' ini menjadi sebagai satu trend disekolah ini di mana di kebanyakan kelas ada membuat permainan ini sehingga lah ada satu kumpulan yang menggunakan darah kotor (darah haid) dalam permainan ini. Mengikut cerita nya diorang ini hendak bertanyakan 'spirit' tentang soalan exam form 3 dan ada yang menyatakan nak tanya pasal lelaki,ada dua versi kat sini tetapi apa pun ketika games ini berjalan tetiba syiling yang di gunakan itu bergerak sendiri dan kemudian terdengar satu suara meminta darah,so apa lagi lalu dibuang syiling tu dan semua berterabur lari ketakutan,maklumlah perempuan.
Bermula dari sinilah episod angker ini berlaku,'spirit' yang di panggil tadi khabarnya begitu marah kerana tidak diberi makan dan kemudian tidak dihantar balik kembali ke dunia dia lalu dari situ berlakulah peristiwa kerasukan pelajar-pelajar sekolah itu malahan guru-gurujuga terlibat sehingga merebak ke sekolah-sekolah lain di seluruh brunei. Mengikut kenalan uncle yang juga seorang guru, sekolah tempat dia mengajar juga turut terlibat dan ada pelajar-pelajar yang kerasukan malah guru-guru sendiri pun takut hendak ke tandas walaupun hari siang.
Mengikut ceritanya lagi,bagi mereka yang ada 'sixth sense' mereka nampak satu kapal besar terapung di STPRI dan katanya jika permintaan 'spirit' ini tidak tertunai (nak darah) mereka akan menyerang dengan kekuatan bala tentera mereka seramai 28 000 pada 18th (tidak di nyatakan 18bulan berapa sama ada masihi atau hijrah).
Katanya mengikut kenalan uncle lagi pada 18 ogos lepas kebanyakan orang berkurung di dalam rumah kerana takut berlaku apa-apa musibah yang tidak diingini dan tidak kurang ramai juga mereka-mereka yang pergi keSTPRI pada jam 12 malam untuk melihat sendiri apa yang bakal berlaku, pihak polis di kerah kan untuk berjaga-jaga pada malam tersebut tetapi tiada apa yang berlaku,mungkin hari ke 18 pada bulan lain yang di maksudkan.Terdapat pelbagai rumor lagi yang di sebarkan sehingga menimbulkan ketakutan dikalangan penduduk. Khabarnya juga2 pelajar yang bertanggungjawab dengan 'games spirit' menggunakan darah itu telah di hantar ke oversea oleh keluarga masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak di ingini.
Mengikut cerita terbaru,pelajar-pelajar di STPRI sekarang yang berada didalam form 3 dan 5 terpaksa di tangguhkan 'oral test' mereka sedangkan sekolah-sekolah lain sudah menjalankan test tersebut untuk pelajar masing-masing dan baru-baru ini sekolah ini memberi cuti mengejut kepada pelajar mereka akibat daripada peristiwa ini. Baru-baru ini juga Sultan Brunei telah mengadakan lawatan mengejut di sekolah-sekolah terlibat yang mana kebetulan Baginda ada di satu sekolahtu tiba-tiba ada pelajar kerasukandan khabarnya Baginda sendiri bercakap-cakap dengan pelajar yang di rasuk tadi dan permintaan yang sama masih lagi di nyatakan 'darah kamu'.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home