· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, September 20, 2005

Selipar yang sakit...

Ramainye org sakit sekarang ni.
Antibodi aku yg lemah ?
Atau keadaan cuaca yg tak menentu?
Jangkitan Virus ?
Lain-lain ? Sila isikan tempat kosong :_________________

Hari ni aku ke klinik lagi... gara-gara tekak aku yg perit, dan batuk yg teruk malam tadi sampai tidur pun tak selesa... sebelum tidur tu aku mamai agaknya... aku pergi ke dapur, buka fridge, ambil ubat batuk, minum... aik... apasal lain plak rasanya ubat ni.. dalam kesamaran, aku baru terhegeh2 cari nama ubat yg tertera kat botol tu.. alamak.. termakan ubat selsema anis... patut le kaler merah... hubby datang kat aku, nape mama? aku cakap kat dia yg aku termakan ubat selsema anis... kelakar gak... belum tua lagi dah nyanyuk... lepas tu aku buka fridge lagi sekali, kali ni aku belek betul2 yg mana ada tulih nama aku dan make sure betul2 aku minum ubat batuk....alhamdulillah..

aku tersenyum sendirian bila aku ingat kembali waktu aku jumpa doktor tadi. Aku pergi klinik panel yg paling dekat dgn office lepas aku balik solat asar tadi. Masa tu memang tak ade org... lepas daftar sekejap, terus nurse tu panggil aku masuk bilik doktor. Aiseyman... doktor lelaki mualaf ni...aku segan sikit ngan dia... muka dia ala-ala Arash pelakon fofular tu lar.... tu yg aku segan sikit tu. Kebetulan hari ni aku puasa, so aku dah bersedia dgn skrip yg bakal aku katakan sekiranya doktor ingin memasukkan batang ice cream kat mulut aku (kot dia nak tengok tekak aku karang....). Apa yg aku duga, benar belaka... tatkala doktor tu nak ambik batang ice cream tu, aku dah sound kat dia...."erm.. doktor, saya puasa.. batal tak kalau doktor masukkan batang aiskrim tu kat dalam mulut saya?" .. doktor tu pun tak jadi ler nak masukkan.. dia cuma ambik torchlight dan suluh kedalam tekak aku je.

Then, dia tanya, esok puasa ? aku kata ye.... berapa hari lagi nak puasa ? Aku malu2 kucing, nak jawab ke tidak... nak tipu ke nak cakap betul2 ? aku puasa ni, kalau menipu kang, kureng pulak pahala puasa aku. So, terlontar spontaneously... lagik 9 hari... Muka aku merah agaknya sebab aku memang malu masa aku beritahu doktor tu... perghhhhhhhh.. banyak tu.. nasib baik doktor tu diam aje. So, dia suggestkan aku makan ubat waktu buka puasa & waktu sahur ataupun sebelum masuk tidur....

Matyeh kata: Tuhan bagi kita sakit, Jika kita redha, Maka akan gugurlah dosa2 kita yg tak terkira banyaknye tu....

Maka dengan ini, walaupun bulan ni dah 2 kali aku dapat sakit yg sama, aku redha...semoga gugurlah dosa2 aku dan tabahkan hati aku ya Allah, bagi menerima & menempuh dugaan Mu ini.

Sekian,
selipar yg tengah sakit... Sick In Bed

0 Comments:

Post a Comment

<< Home