· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, September 19, 2005

Terhangat Di Pasaran!

SEBERANG JAYA: Ramai pelanggan Islam kesal terhadap pengurusan pasar raya Carrefour di sini kerana mengabaikan sensitiviti pelanggan Islam apabila mengiklankan suatu jenama arak di troli yang digunakan oleh para pelanggan pasar raya tersebut. Tindakan itu dianggap tidak menghormati sensitiviti para pelanggan Islam yang menggunakan troli berkenaan ketika membeli-belah di pasar raya itu. Lebih dikesalkan, beberapa orang kakitangan pasar raya tersebut yang enggan nama mereka disiarkan menjelaskan perkara itu telah berlanjutan hampir sebulan lalu walaupun mendapat bantahan daripada pelanggan Islam.
Tinjauan Malaysia Today semalam, mendapati iklan arak jenama ‘Carlsberg’ jelas terpampang di bahagian depan, kiri dan kanan troli berkenaan. Seorang pelanggan yang ditemui Mohd Yusof Mansor, 26, berkata pengurusan Carrefour perlu lebih prihatin dan memahami sensitiviti pengguna Islam. “Sebagai pengguna Islam, saya kesal dengan pihak pengurusan kerana hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira perasaan pelanggan Islam. “Kita faham hak mereka untuk mengaut keuntungan melalui iklan, tetapi apabila melibatkan iklan produk yang diharamkan oleh Islam, perkara ini tidak wajar melibatkan pengguna Muslim,” katanya yang menetap di Kubang Ulu.
“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi kerajaan kita sedang giat menerapkan prinsip Islam Hadhari dalam kehidupan rakyat,” tambahnya tegas. Sementara itu, hasil tinjauan mendapati ramai pengguna Islam tidak menyedari kewujudan iklan tersebut di troli yang mereka sedang gunakan.

Ismail Hashim, 53, yang ditemui Malaysia Today agak terperanjat apabila dimaklumkan bahawa troli yang digunakannya mempamerkan iklan arak. “Mana boleh buat macam ni, pakcik tak mahu bersubahat sama. Kalau buat macam ni terasa kita ikut bersubahat promosi arak. “Janganlah buat cara ni, kalau nak iklan pun buatlah cara lain yang tidak melibatkan pelanggan Islam,” katanya yang sering membeli belah di pasar raya itu bersama keluarganya.

Selain jenama arak, produk lain turut diiklankan di troli tersebut. Mengulas perkara itu, Cik Jane, Setiausaha Pengurus Cawangan berkenaan yang dihubungi Malaysia Today, memaklumkan pihaknya terikat dengan syarat-syarat perjanjian pengiklanan yang termeterai dengan syarikat berkenaan.
“Perjanjian itu akan tamat pada November depan,” jelasnya yang mengakui telah menerima beberapa aduan daripada pelanggan berkenaan hal tersebut. “Buat masa sekarang, pihak kami hanya dapat mengasingkan troli-troli berkenaan untuk kegunaan pelanggan Islam dan bukan Islam,” jelasnya
Pengurus Cawangan, Encik Boon Eow gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut.
Diterbitkan 8:45 AM
37 Comments:
just society kata... This is what I say being narrow minded. What is wrong in the advert? You ppl want others to be sensitive to your beliefs, but are you'll doing the same to non muslims? What if HIndus and Buddhist complain about beef being sold in hypermarkets and wet markets, can that be removed and be sold like pork is being sold now? Be open minded lah brader. Just checking, is the Sufi sect considered ajaran sesat in Malaysia? They seem to be more tolerent than the rest...
bumi-non-malay kata... Habis tunggu ape lagi boikotlah....boikot sampai semua tutup pintu.....tingalkan M'sia....boikot giant, ikea, ...etc.....boikot MAS kerana ada arak....boikot proton kerana guna barangan yang di sentuh orang makan babi, dijilat anjing....jangan lupa yah boikot aje dan duduk kat bawah pokok durian...tunggu durian runtuh
joezaine kata... Muslim memang patut boikot Carrefour. Pada yang bukan muslim, awak boleh minum sebanyak mungkin minuman beralkohol kerana ianya baik untuk kesihatan dan moral anda sepertimana yang diajarkan oleh tuhan kamu. Kami orang muslim diharamkan bersubahat dengan arak atau apa-apa sahaja minuman yang memabukkan kerana Tuhan kami tidak mahu manusia membuat keputusan yang salah dalam hidup mereka.
Cuba ambil dua orang lelaki dan berikan seorang daripada mereka beberapa botol arak untuk diminum. Kemudian, arahkan kedua-duanya memandu kenderaan di dalam kawasan yang dipenuhi kanak-kanak sekolah secara berhati hati... Kemudian kita lihat Tuhan siapa yang berkata benar..
Kampungfolk kata... There are bigger issues than this, why MAS serve alcohol not sensitive Ehh..?? the polemics will go on regardless b'cos some conservatives think it will erode their faith and tarnish their image.
cakapbenar kata... kepada semua orang melayu yang menimbulkan isu ini stop whinning over small issues like this, belajarlah malu sikit.kalau tak suka jangan pergilah,simple aja kan? nanti orang kata bodoh kan kamu nak marah but you keep acting like this! banyak lagi shopping complexes di KL ni.
dahlamasedar kata... apa nak heran... jakim pun tak hormat agama Islam... mereka lebih hormat umno dari agama Allah...so apa yang kita harap dari makhluk kafir yang lain???? jakim pun lebih-kurang tu jugak...
kolestrol kata... sdr JUST SOCIETY...may be u r forgotten something ... malaysia is negara ISLAM.. pls think about that...tq
Pak Kadok kata... Ya, ler, Boikot aje, ler. Kita mana boleh salahkan si Pak Perancis tu. Kan mereka tu kaki botol, makan pagi,petang, malam, pun makan minum dgn wain.
mansuhISA kata... Setahu aku, tidak ada mana-mana agama di dunia ini yang menghalalkan arak kepada penganutnya...Yang 'menghalalkannya' hanyalah 'penganut' agama tersebut saja, bukan ajaran agamanya. Cuma dalam kes ini, beberapa kerat Muslim yg sensitif terhadap agamanya...telah melahirkan ketidakpuasan hati mereka tentang cara promosi arak oleh Carlsberg.
Malaysia sebuah "Negara Islam" ! Hormat le sikit dengan pengisytiharan Malaysia Negara Islam yang mendukung prinsip Islam Hadhari bebbbbb....betul tak Pak Lah ?
Pro-rights kata... Kolestrol: 'malaysia is negara islam'..
Imej pork bacon dan genting highland boleh tunjuk kah?
truemalaysian kata... I thought Muslims cannot consume alcohol. But I never knew there is a ruling such as "Muslim cannot push a supermarket trolley with alcoholic product advertised" Is this ruling stated anywhere? Please enlighten me?
Sebenarnya issue kat atas ni berkenaan dengan Trolley yg ada kat pasaraya (bukan diPenang saja, tetapi seluruh malaysia termasuk sabah & sarawak) telah dipasangkan dengan iklan Carlsberg sebesar2nya (hampir seluruh permukaan Trolley itu, termasuk kiri & kanannya) . SJ sedih sgt dengan cara iklan ni... sebab ada org prihatin & ada yg tidak.. pada yg prihatin macam SJ, SJ akan cari trolley lain yg pasang iklan lain, pada yg tidak prihatin, mereka tak sedar pun apa yg mereka tolak kehulu kehilir... mcm hari tu, waktu SJ shopping ngan hubby , SJ nampak ade satu couple ni, isterinya berpurdah sampai tutup separuh muka, tapi tengah tolak trolley dgn iklan bende haram ni...SJ terpana sekejap melihatnya, tapi sesal, kenapa tak tegur ye? SJ harap, kepada semua yg terbaca blog SJ waktu ni, kalau boleh kita cari alternatif lain kalau kita ada pilihan. Kita nak suruh pasaraya tu jgn letak pun susah juga, dia org kafir, hanya nak pikir business & duit jer... kita sendiri lah yg kena berusaha supaya tidak terjebak.
Latest info, SJ dengar semua iklan2 ni akan ditarik balik dalam ertikata sebenar, poster carlsberg ditrolley tu akan ditanggalkan sbg langkah menyahut sensitivity umat islam dimalaysia. Elok lah tu...At least pasaraya ni baik sikit je daripada menteri yg meluluskan lesen disco & pub....

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

saya pun cam akak, nak marah2 nak tegur tak guna juga, sekarang pulang balik pada diri sendiri, paling mudah, cari la trolley yg takde iklan tuh..

20/9/05 11:39 AM  

Post a Comment

<< Home