· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, January 23, 2006

Tangkap Leleh Dengar Lagu ni...


You're Beautiful - James Blunt

My life is brilliant.
My love is pure.
I saw an angel.
Of that I'm sure.
She smiled at me on the subway.
She was with another man.
But I won't lose no sleep on that
'Cause I've got a plan.


You're beautiful,
You're beautiful,
You're beautiful,
It's true!
I saw your face
in a crowded place,
And I don't know what to do,
Cause I'll never be with you.


Yeah, she caught my eye,
As we walked on by.
She could see from my face that I was
Fucking high,
And I don't think that I'll see her again,
But we shared a moment that will last until the end.


You're beautiful,
You're beautiful,
You're beautiful,
It's true!
I saw your facein a crowded place
And I don't know what to do,
Cause I'll never be with you.


La la la la la
La la la la la
la la la la la


You're beautiful,
You're beautiful,
You're beautiful,
It's true!
There must be an angel
with a smile on her face,
When she thought up that I should be with you
But it's time to face the truth,
I will never be with you

Friday, January 20, 2006

Seminggu Dalam Sejarah..

1) Friday (13/1/06) -Aku tak sihat lagi... lepas balik raya haji hari tu, aku dah terjangkit virus dari adik aku. Aku terpaksa MC lagi half day .
2) Saturday & Sunday - On The Bed Most of the time. Fever , Flu & Sore Throat
2) Monday (16/1/06) - aku kerja. Walaupun x berapa ok lagi, tapi aku gagahkan juga sebab ada urgent things yg nak dibereskan dioffice. x ade masa nak update blog.
3) Tuesday (17/1/06 ) - aku kembali MC sebab demam aku datang balik. Badan pun sengal x hilang lagi. Kali ni macam demam urat je.... demam dah kebah, urat dan muscle pulak yg terlebih2 sakit.
4) Wednesday (18/1/06 ) - aku terpaksa ambil EL la pulak. Anis dah terjangkit virus dari aku... dia pulak yg demam. Aku menjaga dia kat rumah. Nasib baik aku dah ok sikit. Tapi aku still x lalu makan....
5) Thursday (19/1/06 ) - Anis dah ok... aku pun pergi kerja macam biasa hari ni. Elok sampai kat office, hubby pulak kata dia pening kepala, rasa macam nak balik. Tapi dia masuk office juga, after lunch baru dia balik. Hubby pulak MC. Malam tadi aku balik kerja, Hubby tidur. Badan panas. Demam dah terjangkit pulak kat dia... kesian.
6) Friday ( 20/1/06 ) - Hubby tak ok lagi... aku pergi kerja ngan Enig. Pukul 7.00pagi dah keluar rumah. Lama tak keluar awal macam ni.. terasa gelap lagi walaupun pukul 7.00am. Budak2 masih tidur. Aku suruh hubby hantar mereka ke Taska bila diorang dah bangun nanti.

Thursday, January 12, 2006

Balik Kampung

Last Saturday Night, aku balik kampung ngan budak2 naik train. Ini pengalaman ke-2 mereka naik train balik kampung, waktu malam. Kali pertama dulu, aku ambil bed, tapi kali ni last minute beli tiket, semua bed sold out. Yang tinggal hanya 2nd class & economy class je. So, nak tak nak, aku beli kelas ekonomi, seat biasa. 2nd & economy class x jauh beza harga, cuma 2nd class terlebih sejuk. Sebab tu aku pilih economy class. Tak lah sejuk sangat.

Budak2 happy kan main. Tak sabar nak naik train, tak sabar nak balik kampung. Kali ni kami balik bertiga saja, hubby tak dapat cuti hari Isnin, so dia akan balik sorang diri malam raya nanti.

Setibanya train kat station, aku tergesa2 mengejar gerabak yg dah terlepas laju. Sampai habis platform, tak dapek nak kejor lagi dah. Akhirnya terpaksa masuk dalam coach lain dan dari situ, berjalan menghala ke utara . Hampir 4 gerabak kami terpaksa berjalan . Aku force faiz jalan cepat2 supaya bila train bergerak nanti, takde lah aku masih terhoyong hayang nak mencari tempat duduk. Faiz tak faham apa yg aku cari, sampai disetiap tempat duduk yg dia nampak, dia tanya aku.

"mama, sini ke? "

"no... depan lagi"
Masuk coach lain, ade je tempat kosong, dia berenti lagi.
"mama, sini ke ?"
"no... jalan lagi..nanti mama bagitahu.."
Sian aku tengok faiz...jauh juga berjalan. Anis dah tentu kena carry. Dengan bag pack lagi... seksa sekejap. Babah tak dapat nak hantar sampai tempat duduk sebab train berenti sekejap je. Takut tak sempat turun.
Akhirnya sampailah ketempat yg dicari. Dekat dengan pintu .Alhamdulillah, nanti nak turun senang sikit. Faiz & Anis sit together. Aku ambil 3 tiket, supaya masing2 selesa. Nak tak nak, aku terpaksa duduk ngan sorang mamat ni.... aku rasa dia budak lagi kot.. pangkat adik je. Tapi aku buat derk je...sepanjang jalan aku tengok dia tidur.
Bila dah dapat tempat duduk, budak2 ni excited gile... masing2 keluarkan beg & tabur barang2 permainan yg dibawa kat atas meja , terus main. Faiz dengan robot yg baru dibeli (don't know how many thousand times already babah bought him robot...) dan anis dengan masak2 yg juga baru dibeli siang tadi kat Tesco...
After one hour, playing & eating the snacks, they get bored & sleepy. Terus tidur. Anis yg susah nak tidur. Terpaksa aku pindah ketempat duduk dia & riba dia sampai dia tidur. Bila dah tidur, aku pindah balik duduk tempat aku. Budak berdua tu dah terlentok dah... penant sangat lah tu, seharian berjalan kat tesco siang tadi.
Bila dah sampai, my parents dah tunggu. Alhamdulillah. Selamat tiba akhirnya. Tak susah nak kejutkan budak2 tu... 2 kali kejut dah bangun. Kami terpaksa tunggu sampai train jalan sebab anis nak babai kat train tu...

dia asyik cakap "bye polar express...bye polar express". sambil melambai2 tangan dia.
(terpengaruh ngan citer polar express..)

Sejuknya tidur kat rumah tok & wan. Faiz ngompol. Hampeh.... Anis pulak, celik je mata , first thing yg dia tanya , " babah mana ?"
Alahai, rindu ke anak aku ni. Baru je berpisah tak sampai 12 jam...

Thursday, January 05, 2006

1st Day Sekolah

3rd Jan 2006

Hari ni budak2 dah start bersekolah . Dan hari ni ramai ibu bapa yg mengambil cuti sempena kemasukan anak2 kesekolah baru . Dan jalan raya ketempat kerja lengang... sebaliknya jalan2 disekitar sekolah pula yg sesak sampai tersendat & tersumbat sampai tak leh bergerak. Dipenuhi oleh kereta mak bapak, van & bas sekolah .... Ini berlaku dimana2 especially dibandar... dikampung tak sangat kot... sebab tanah luas...
Aku dan hubby termasuk dalam mereka2 yg mengambil cuti sempena hari pertama persekolahan anak. Bukan takut faiz nangis ke apa, tapi saja nak tengok keadaan dia yg bersekolah disekolah baru.
Seawal pagi, dalam pukul 6.40pg, dia bangun tidur & terus mandi. Aik, rajinnye anak mama hari ni. Lepas mandi, aku bagi dia pakaian biasa suruh dia pakai. Dia cuak...
"aik, nape pakai baju ni? Mana baju sekolah faiz ?" he asked..

"faiz kan sekolah pukul 11.00. Nanti pakai kat taska." I replied.
"aisey..." he said...

Berkobar2 agaknya sampai tak ingat.... aku & hubby hantar budak2 ke taska, dan kami pergi sarapan dan settlekan beberapa urusan. Masa nak balik rumah tu, jam dah pukul 11.00 pagi. So hubby terus kesekolah faiz, kami tengok dari luar je... dia dah ada kat dalam sekolah dengan kawan2 baru dia... ade seorang dua yg dia kenal sebab tinggal berdekatan dan selalu jumpa kat surau. Aku tengok dia happy sangat. Macam tak ingat kat mak bapak dah. Anak org lain ada yg nangis, ada yg tak nak masuk sekolah dan macam2 ragam....

Alhamdulillah , anak aku tak macam tu even masa dia bersekolah hari pertama waktu berusia 4 tahun ... elok je aku tinggalkan dia, cepat je dia menyesuaikan diri.
Balik rumah, aku kaji selidik macam2 dari faiz. Dia dah speaking london sikit2 dgn aku. Kalau dia tak sure, dia tanya... mama pun dah jadi "Mummy"... alahai anak omak....
this is few words yg dia cakap kat aku malam tu yg buat aku tergelak...

1) I want water...

2) Oh My leg ...

3) I'm hungry