· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, June 27, 2006

Anak2 Zaman Sekarang

Semalam ada peristiwa kelakar yg aku tak leh lupa... diatas katil kat bilik aku, babah, anis , faiz dan aku dok melepak sambil berbual.
Me : Adik, apa nama mama ?
Anis : mmmm.... ntah... tak tahu...
Me : Takkan adik tak tahu nama mama...
Anis : ( sambil tersengih ).... mmmm... tak tahu...
Me : Nama mama ******* . Apa nama babah ?
Anis : mmmm.... tak tahu...
Me : Apa lah adik ni... nama mama tak tahu...nama babah tak tahu...
Adik anak siapa ?
Anis : Adik anak mama...
Me : :Lagi anak siapa ?
Anis : mmm.... anak babah.
Me : Siapa nama babah ?
Anis : tak tahu
Me : Nama babah ***** ******
Anis : ***** ******
Me : (tanya lagi soalan yg sama, nak test samada dia ingat ke tidak...) Siapa nama mama ?
Anis : sambil sengih...mmmmmm... tak tahu
Me : Nama babah ?
Anis : mmmmm tak tahu..
Me : Apa yg anis tahu ? Mama dah bagitahu kan tadi, nape cakap tak tahu lagi ?
Anis : Adik kan kesik lagi... mana adik tahu...
Me : Mana ada kecik lagi... adik dah besar tau... dah 3 tahun..
Anis : ye lah... anis kecik lagi...
Me : Siapa nama abang ?
Anis : mmmm.... abang nama......
Babah : SAMURAI JACK .
Anis : Ketawa
Faiz : Ketawa
Me : Mama nama ape ? Jojo circus ? Pocoyo ? Madeline ?
Budak2 zaman sekarang, citer katun & karektornya semua diorang hafal.... nama mak bapak sendiri pun tak tahu.. diorang lebih tahu Naruto, Grandsazer, Mask rider, Mr Bean , dan lain2.... ape la nak jadi kat anak2 aku ni.. terlebih vitamin katun nampaknya...

Aku Yg Selenge lagi...

Hari ni aku drive to work - alone. Hubby naik moto macam biasa. Sebab lepas kerja nanti , dia nak ke JB dengan his brother menziarah kakaknya yg akan menjalani pembedahan payudara esok.
Pagi tadi, dah le terbangun lambat... pukul 6.30am baru terjaga. Nasib baik beg bekalan pakaian budak2 dan beg sekolah faiz dah prepare sebelum tidur semalam. Aku kejutkan budak2 lepas dah bersiap nak keluar. Anis liat pulak hari ni, tak nak bangun. Semalam , sebelum tidur, aku dah pesan. "esok kena bangun awal tau... mama bawa keta". Anis yg beria2 cakap "ok !".. tapi hari ni, nampaknya dia dah lupa lah apa yg dia dah janji semalam.... biasalah, budak2...
Dalam kelam kabut aku nak keluar rumah tu, anis aku tinggalkan. Babah will send her to nursery. Aku bawak faiz dan beg je... Masa aku keluar pagi tadi, babah belum ready lagi nak pergi.
Masa hantar faiz ke Taska, aku malas nak turun. Aku tengok dari dalam keta je. Lepas tu aku pun ketempat kerja. Nasib baik jalan tak jem. Sesampainya di office, waktu aku nak turun dari kereta, baru lah aku terperasan, beg baju budak2 yg sepatutnya dibekalkan utk Taska , tertinggal dalam keta kat seat belakang... OMG !
Aku terkedu... macammana lah aku boleh terlupa kat beg yg diusung hari2 ni ? Camne la budak2 tu nak mandi karang ? Towel, Baju, Pampers...
Fikir lagi.. nak call hubby, dah sampai ke dia di office.. aku tengok jam.. baru pukul 8.00pg. Biasanya masa2 macam ni dia tak sampai lagi... cam ne nak buek ni ?
Aku pun fikir2 lagi, masuk balik dalam keta, try call hubby. Memang tak expect dia nak angkat kalau dia tengah naik moto... Tapi dalam 2 deringan , dia dah angkat. Aku ingat dia kat rumah lagi.. dia kata dia kat office. Aik, cepatnya dah sampai....
Dia suruh aku call penjaga taska tu dulu, lepas tu baru buat keputusan. Aku cadang nak mintak pinjam baju2 dari jiran aku yg ada anak baya2 anak aku... tapi setelah aku call penjaga taska tu, dia kata, tak apa... baju boleh lagi pakai baju yg sama. Elok lagi, bukan kotor pun. Pampers boleh mintak sedekah kat budak2 taska ni.. jgn risau... tak de ape2 lah...
Tapi jauh disudut hati aku, kesian anak2 aku hari ni... mama ni selenge betul hari ni, sampai baju anak2 pun tak ingat. Tak dapat bayangkan , balik nanti, anak2 aku masih pakai baju yg sama macam aku hantar pagi tadi... oh tidak....

Friday, June 23, 2006

Sejarah Berulang


Hari ni berulang kembali detik2 sedih dalam keluarga hubby apabila kakak iparku yg tinggal di JB ,disahkan menghidap breast cancer. Berita itu seolah2 panahan halilintar buat mak mertuaku, bilamana anak lelaki sulungnya telah pergi menemui PENCIPTANYA pada tahun 2002, juga akibat cancer. Perkara yg paling ditakuti- mungkinkah sejarah akan berulang ? Tapi siapa yg dapat mengelak ketentuan Illahi..

Sungguh tidak percaya, 3 minggu lalu, beliau menghadiri majlis perkahwinan tun teja, masih sihat walafiat. Tak de sebarang tanda2 . Dan dia baru dapat detect 2 ketulan pada minggu lepas. Dan setelah dibuat pemeriksaan lanjut & ujian makmal, barulah doktor mengesahkan yg ianya cancer. Bukan setakat itu sahaja, beliau akan menjalani pembedahan membuang sebelah payudaranya yg dijangkiti cancer RABU ini. Sungguh cepat masa berlalu, terlalu cepat cancer itu merebak. Dan aku berharap dengan membuang sebelah payudara yg dijangkiti, penyakit itu akan hilang selamanya... aku benar2 berdoa agar dia selamat menjalani pembedahan & sihat dalam erti kata yg sebenar - Tanpa cancer.

Aku seakan tidak percaya, tapi itulah kenyataannya. Penyakit yg digelar "SILENT KILLER" ini bukan sekadar penyakit demam selsema yg sembuh setelah makan ubat. Dan aku tak dapat bayangkan, bagaimana perasaan beliau dikala ini... Aku tak sampai hati nak telefon dia. Aku sepatutnya memberi kata2 semangat, tapi aku bimbang aku sendiri yg tak bersemangat nanti. Aku mudah menangis & ini akan menambah kan lagi dukacita dia yg sedia ada... aku tak kuat utk slow talk dengan dia... not yet !

Kak,
semoga kakak tabah menghadapi ujian Allah yg maha besar ini.
semua ujian Allah terhadap kita, mesti ada hikmah disebaliknya.
dan jika akak handle it positively, akak sebenarnya beruntung...
kerana Allah bagi HINT pada akak... kalau dibandingkan dengan kami2 ini,
yg belum tentu mendapat sebarang petunjuk atau hidayah,
belum tentu sempat bertaubat dan beramal
sebelum maut datang menjemput secara tiba2...

Kak,
semalam kami adik beradik berkumpul dirumah adik bongsu,
melakukan solat hajat ,
demi kesejahteraan akak,
demi kesihatan akak,
demi adik/kakak yg kami cintai.
kami tidak dapat bersama kerana jarak yg memisahkan
kami tidak mampu merasa apa yg akak rasa
kami hanya dapat berkongsi kesedihan
tapi kami sebenarnya inginkan yg terbaik
buat akak yg kami kasihi
semoga akak tabah dalam menghadapi ujian Allah ini
semoga akak redha dengan janji2 Allah
semuanya sudah ketentuan qada' & qadar...

Kak,
berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul
tapi sentiasalah kita ingat kepada Allah,
sentiasalah dekat denganNYA,
semoga hati & fikiran kita tenang,
semoga kita redha dengan ujianNYA.
semoga akak kuat melawan penyakit ini
dan kami semua mendoakan agar pembedahan itu berjaya
dan akak pulih sepenuhnya.

Tiada apa yg lebih bermakna, dari melihat akak sihat dan menjalani kehidupan normal bersama suami & anak tercinta.

Ya Allah,
Engkau maha besar , maha pengasih & maha penyayang.... Engkau lebih mengetahui maksud tersirat disebalik semua dugaan ini. Dengarkanlah hajat kami, perkenankanlah hajat kami.. hanya kepada engkau tempat kami memohon, hanya kepada engkaulah kami berserah.... dan kepada engkaulah tempat kami meminta. Maka , perkenankanlah hajat kami....
Amin ya rabbal a'lamin....

Thursday, June 15, 2006

Resepi Baru

Balik dari office semalam singgah pasar malam kat rumah.
wah... astro pun ade dijual dipasar malam ? Ada salesman dok umpan org suruh pasang astro sebab sekarang ni kan demam bola & AF4. Dan tak sangka juga, ada orang yg beli astro kat pasar malam... macam beli ikan je gayanya....(mesti tak plan... tapi dah kena bodek, termakan juga rayuannya...)

Aku : Nak beli apa ?
Hubby : Ketam.
Aku : Lagi...
Hubby : Sotong...
Aku : Sotong nak masak apa ?
Hubby : Kerabu
Aku : Kerabu ? Tapi mama tak pandai buat kerabu.
Hubby : Tak pe.. abang ajar..
Aku : Ha ? Abang ajar ? Mana abang belaja ?
Hubby : Kawan office ajar. (org lelaki pegi office pun cakap pasal resepi ke ?)
Aku : Apa bahan2nya ?
Hubby : Cili Padi, Limau Kasturi, Daun sup..
Aku : Ha ? Daun Sup ? Mana ada org buat kerabu pakai daun sup. Daun ketumbar kot ?
Hubby : Apa2 pun boleh lah...
Dan balik kerumah, dia cakaple camne nak buat kerabu tu. Dan inilah hasilnya berserta resepinya... senang bangat ! Thanks for hubby yg balik mengajar isteri memasak. Senang & mudah. Lain kali boleh buat lagi. Sedappppp ! Terliur tak ?


Kerabu Sotong Selipar Jepun

Bahan2nya..

  • Sotong (dalam 5 - 6 ekor)
  • Cili padi 6 - 7 tangkai
  • serai 2 batang
  • bawang merah 2-3 biji
  • limau kasturi 3 - 4 biji
  • daun ketumbar 3 - 4 tangkai
  • sedikit garam

Cara2nya..

  • celur sotong
  • hiris nipis serai,bawang merah dan cilipadi
  • daun ketumbar dihiris halus
  • campurkan semua bahan dengan sotong
  • perahkan limau & masukkan garam..
  • makan...

Selamat Mencuba...

Monday, June 12, 2006

For My Husband On Father's Day

Husband: What I Love Best




Babah,

Semoga hidupmu sentiasa dipelihara, dirahmati dan dihormati. Didoakan agar sentiasa sihat , gembira dan bahagia.

Thanks for being a lovely husband & father..

Happy Father's Day to you...

your wife ,

Mama..

The Cars - 11th June 2006

mc queen # 95


Anak2 aku kena sawan “The Cars” sejak seminggu yg lalu selepas balik dari kenduri kat kampung. Babahnya belikan Happy Meals dan percuma sebuah kereta warna merah.

Aku ajak hubby bawa budak2 tu pergi tengok wayang cerita yg anak2 aku kena sawan ni. Kan main seronoknya budak 2 org ni. Excited. Kami pergi GSC One U. Punyalah ramainya manusia… Akhirnya dapat beli tiket utk show pukul 12.15 tgh. Tempat kosong yg tinggal hanyalah first row. Tak pe lah… senang anak2 aku nak tengok. Kalau tidak, asyik kena block dengan kepala org kat depan je…



Memang best & funny betul cerita ni.. Tapi ada part2 yg buat aku sedih especially part yg nak akhir2 tu, bila mc queen sanggup tak menang, patah balik dan menolong kereta biru yg mengalami kemalangan… menolaknya dari belakang utk sampaikan kereta biru yg kemek tu kegarisan penamat… Aku rasa sebak sangat.. kereta pun ade perasaan.



Anis seperti biasa, sampai pertengahan cerita, tertidur kat pangkuan aku… Dia ni kalau masuk wayang, tak tidur, tak sah agaknya….


We had our lunch at Nando’s… Erm… yummy !

Hari Bersejarah




Menjelang hari yang dinanti, rumah mak aku mula dibanjiri sanak saudara & jiran tetangga. Datang menghulurkan bantuan apa yg patut. Semakin dekat dengan tarikh bersejarah tu, semakin meriah.


Penat memanglah penat, tapi seronok. Masa2 beginilah dapat berjumpa sanak saudara yg dah lama tak jumpa. Rasanya suasananya lebih meriah dan bermakna dari hari raya… Kebanyakannya dah lama tak jumpa… kira2 dah 7 tahun aku tak jumpa mereka semua, sejak aku kawin dulu.


Last aku jumpa mereka, masa kenduri kawin aku dulu. Kalau adik aku tak kawin, tak jumpa lah mereka agaknya. Nasib baik umur masih panjang, dapatlah jumpa lagi… kalau tidak, tak jumpa lah sampai bila2.


3rd June 2006


Hari yang dinanti pun tiba. Adik aku pagi2 lagi dah tak de dirumah. Pergi make-up kat kedai . Mak Andam tu tak free nak datang, sebab ade tempat lain dia nak kena pergi. Aku yg masih belum tukar baju ,sibuk kehulu kehilir. Maklumlah, rose yg diorder khas dari Cameron Highland baru sampai. Aku ada agenda tersendiri dari ilham kreatif SeliparJepun, iaitu menabur kelopak bunga mawar tersebut diatas katil pengantin utk menambah seri & membangkitkan perasaan romantis pengantin . Lagipun, aku rasa bende ni tak pernah dibuat dikampung2… Kiranya adik aku org pertama le merasanya… aku dulu pun tak merasa sebab kakak2 aku tak kreatif… masa tu aku pun tak kreatif lagi… tahu nak kawin je… maklumlah dah gatal sangat nak kawin… Ermm…ehem ehem..

ilham kreatif selipar jepun..


Dalam sibuk kehulu kehilir tu, aku pun sempat juga menolong kat dapur, membuat persediaan utk memasak lauk pengantin. Masa aku tengah dok sibuk kehulu kehilir tu, jam dah pukul 10.30 pagi. Tetamu dah datang berduyun2, ada yg dari jauh dan tak ketinggalan yg dari dekat. Walaupun aturcara majlis bermula jam 11.30 pagi, tapi ramai yg datang awal. Mereka bukan datang semata2 nak makan, tapi datang nak menolong. Ada yg datang seawal jam 9.00 pagi. Orang lelaki sibuk kat luar melapah lembu & memasak lauk kenduri. Dan kat luar juga, ade cendol percuma & airkrim percuma. Seronok makcik2 tu makan. Aku dan adik beradik sibuk sampai tak sempat nak merasa… tahu2 je dah abih….Hubby datang cari aku bawak aiskrim & cendol, aku sempat makan sesuap je. Dia takut aku tak merasa… sayang juga dia kat aku ye… Thanks a lot.

ok ke model iklan aiskrim mawi ni? aku pun tak kenal anak siapa ni...



Ade satu makcik tu tegur aku.



“ini ke dianya pengantinnya ?”


agaknya sebab diorang cari kat bilik, pengantin tak ada, jadi dia sangka aku lah pengantinnya. Nak tergelak pun ada…


“tak makcik, saya kakak pengantin… dah beranak 2 dah mak cik oi…pengantin tak ade. pergi make-up”

Akhirnya aku pun mandi lagi sekali setelah berpeluh2 kehulu kehilir. Masa tu jam pukul 11.30 pagi dah. Masa aku nak tukar baju, adik aku baru balik. Panik je dia sebab katanya mak andam tu make up lambat sangat. Lepas tu pakaikan tudung pun tak reti. Akhirnya dia suruh aku & kakak aku bukak balik tudung yg mak andam tu pakaikan, dan buat lagi sekali. Siksa juga jadi pengantin ye. Mana dia tak panik, cameraman dah tunggu. Dah hampir satu jam menunggu. Peluh dah ketiak dia agaknya.


Masa sibuk dok betulkan tudung, net & tiara pengantin tu, tetiba mak aku dapat penggilan, pengapit pengantin pulak last minute pull out… hampeh la diorang ni. Last minute baru nak bagitahu. Adik aku dah lain macam dah muka dia…mana tak gabra, last minute semuanya berlaku. Akhirnya aku terpaksa volunteer jadi pengapit pengantin. Aku tak sanggup tengok adik aku bersedih dihari bersejarah dia… walaupun tak pernah jadi pengapit & ini adalah pengalaman pertama aku jadi pengapit, aku tabahkan hati , luaskan minda dan minta izin kat hubby. Nasib baik hubby bagi… Dan yang paling bernasib baiknya, memang agenda SeliparJepun juga utk pakai pakaian seragam adik beradik memakai baju sedondon kaler biru, jadi aku takde masalah utk mengapit pengantin yg memang serba biru.


Masa adik aku sibuk dok tangkap gambar, aku dengar kompang dah bunyi. Masa tu aku ingat pengantin lelaki dah sampai. Rupanya2 diorang practice je. Anis sibuk dok buat laporan kat aku… aku pulak gabra, tak sempat siap lagi, kompang dah bunyi.
tun teja & suami tercinta... selamat pengantin baru...
makan pun tak lalu..maklumlah, raja sehari.. malu2 konon...


Akhirnya pengantin lelaki sampai seperti yg dijadualkan iaitu pukul 12.30tgh. Aku dengan voguenya (cewah..perasan..) menjadi pengapitnya. Anis juga tak ketinggalan, ikut kemana aku pergi… dari mengiringi pengantin, sampai kemeja makan pengantin, anis tak lekang duduk kat sebelah aku.
anis pun nak jadi pengapit pengantin juga...


Lepas majlis selesai, aku pergi kebelakang rumah ngan kakak aku. Masih ade sekawah gulai daging yg belum terusik. Lauk pauk lain semuanya habis kering kontang. Menurut seorang pakcik yg menolong memasak tu, dia kata lembu yg ayah beli tu besar, sebab tu banyak gulai terlebih. Akhirnya gulai tu dibungkus bagi kat sedara mara bawak balik. Kalau nak biarkan kat situ, siapa yg larat nak makan.


Pukul 4.00ptg, aku tukar uniform, ajak hubby turun padang , pergi belakang rumah, menyantal periuk belanga & cawan2 kenduri. Nasib baik ayah beli pinggan polystreen je. Lepas makan, diorang buang je pinggan kotor tu. Kalau tidak, jenuh lah nak mencuci. Pun begitu, sampai waktu maghrib juga lah aku & hubby serta menantu baru mak aku kat belakang rumah menyental periuk belanga. Pukul 6.30ptg camtu, dah ade lori datang nak kutip kawah & periuk. Macam tak sempat2 org tu ..kenduri baru je habis. Nasib baik kami mengemas awal2. Rupanya esok tu ade kenduri kat tempat lain & periuk serta kawah tu nak dihantar kerumah orang lain pulak… Sian hubby, sampai kecut2 jari menyental kawah & periuk belanga kat belakang.