· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, August 30, 2006

Sejarah Berulang - Part 2

Dipetik dari Posting Friday, June 23, 2006


Sejarah Berulang

Hari ni berulang kembali detik2 sedih dalam keluarga hubby apabila kakak iparku yg tinggal di JB ,disahkan menghidap breast cancer. Berita itu seolah2 panahan halilintar buat mak mertuaku, bilamana anak lelaki sulungnya telah pergi menemui PENCIPTANYA pada 24/12/2002, juga akibat cancer. Perkara yg paling ditakuti- mungkinkah sejarah akan berulang ? Tapi siapa yg dapat mengelak ketentuan Illahi..
Entry Hari Ini - Aug 29 , 2006
Sejarah Berulang -Part 2
Seharian mata kiri aku berkedip2. Tak selesa betul. Pergi toilet, tengok kat cermin, memang berkedip2 sendiri, Boleh nampak menguit2. Macam ade something kat dalam. Lama aku tonyoh2 mata kiri aku, tak de perubahan pun. Sampai petang, benda yg sama masih berlaku. Hati aku tak sedap. Aku teringatkan mak, ayah, mak mertua aku & kakak ipar aku kat JB. Kenapa dengan aku hari ni ? Petangnya baru aku tahu , mata kiri aku berkedip sbg tanda aku akan mendapat berita buruk.
Benarkah sejarah mungkin berulang ? Baru 2 bulan kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kakak ipar didiagnosis menghidap breast cancer, hari ni bagai tak percaya, kami dikejutkan sekali lagi dengan berita yg meruntun jiwa.... mak hubby pula di diagnosis menghidap bone cancer . Aku tersentap tatkala mendapat berita ni dari adik ipar bongsu. Air mata aku tak dapat ditahan2 lagi, aku beristighfar banyak2 dan air mata yg bertakung tadi telah tumpah. Hiba, sayu, sedih, takut... semuanya bercamour aduk. Apalah dosa kami, dugaan demi dugaan Allah turunkan kepada keluarga kami ini. Cukuplah dengan penderitaan kakak ipar yg belum berakhir, kami belum cukup kuat utk menempuhinya. Ya Allah, kini kau khabarkan berita duka yg satu lagu kepada kami... Kami tak mampu melaluinya... 2 ahli keluarga kami menghidap kanser pada masa yg sama, dan kami seakan tahu apa kesudahannya Ya Allah...
Sebenarnya sejak hari Isnin lagi mak sudah admitted di Hospital Pakar Puteri , JB . Mak sudah seminggu berada di JB menemani kakak iparku menjalani kemoterapi setiap 2 minggu . Semasa mak disana, sakit pinggangnya semakin teruk, dan kakak iparku tlh bawa mak kehospital utk pemeriksaan lanjut. Semalam result keluar, kakak iparku yg sedang bertarung kanser itu telah dikejutkan dengan berita yg satu lagi, dia tak sampai hati nak jumpa mak lepas result keluar. Dia terus balik kerumah & menghubungi adik beradik yg lain di KL. Mak masih belum tahu apa yg ditanggungnya. Kami tak sampai hati nak bagitahu mak. Walaupun mak akan tahu juga suatu hari nanti, tapi kami tidak akan beritahu sekarang.
Lebih menyedihkan doktor kata dan tak boleh buat apa2 ... sebab mak dah tua. Umur mak dah 70+. Spinal bone dah rosak teruk. Sekarang kanser itu sedang merebak ke tulang peha. Pembedahan adalah mustahil utk org yg berumur seperti mak. Aku pun tidak tahu apa option yg mak ada... bolehkah kanser disembuhkan hanya dengan menelan ubat ? Mustahil...
Mak selalu mengadu sakit lutut. Sakit pinggang. Sakit peha. Kami dah bawa jumpa doktor. Makan ubat, sekejap hilang, sekejap sakit balik. Mak tak suka minum susu, tapi disebabkan nak jaga tulang, dia paksa diri minum juga Anlene Gold. Macam2 ubat dia telan. Yg mahal, yg murah, semua , asalkan dia tak sakit. Pernah dia buat bone test kat pharmacy. Doktor tu kata :- "Tulang makcik semua dah reput... tak boleh buat apa2 dah.." - baru je sebulan lepas dia buat test tu.
Aku berdoa semoga semua dugaan Allah yg datang ini, dapat kami tempuhi dengan tabah. Semoga Allah kuatkan semangat kami semua. Kami diuji dengan Ujian yg sangat besar, datang dari Allah. Hanya Allah yg tahu sebab musababnya. Kami yg kerdil hanya mampu meminta pertolongan Allah. Semoga Allah memberi kami kesihatan yg baik dan semangat yg kuat. Aku tak tahu nak cakap apa lagi... hanya itu lah dulu luahan hati aku setakat ini.

Tuesday, August 29, 2006

Accident Depan Mata

Pagi tadi naik kereta lagi sebab hubby kena kerja luar. Plan nak cepat, jadi lambat juga.. biasalah, dengan anak2 ni, macam2 peel budak2 ni. Bila keluar je, jalan jem. Slow moving je . Dalam aku dok mengelamun tu, aku ternampak sebuah motor ZZR warna biru yg selalu pergi kerja sama2 . Couple ni tinggal kat same area tempat tinggal aku , aku dah hapal no. plate motor dia. Tapi kami tak kenal . Disebabkan jalan jem, kereta aku berhenti. Motor ni pulak dipandu laju dilorong bertentangan, maklumlah tak ada incoming car. Semua org naik motor akan ambil laluan sebelah kanan.
Tetiba, ada sebuah kancil warna putih membelok ke kanan tanpa memberi signal. Mamat yg pandu ZZR ni dah mengelak kekanan, tapi sang kancil ni pulak, semakin laju lagi mara kekanan, dan akhirnya Phaaaaaaaaaaaaaang ! Couple tadi terpelanting dan mtornya kena tindih dek sang kancil yg bongok ittew. Kesian betul aku tengok. Banyak kali aku beristighfar... aku harap couple tu tak de ape2 kecederaan parah... yg buat aku sayu & terharu, sisuami bingkas bangun mendapatkan isterinya dan kelihatan isterinya payah utk berdiri, Lalu sisuami memeluk isterinya, memapah sambil isterinya memegang tangan yg satu lagi. Aku agak, mesti tangan wife dia patah. Dalam kepayahan sisuami ni menenangkan isterinya yg sakit & terkejut, driver sang kancil ni buleh dok diam kat dalam keta tu dengan penumpangnya. Lama jugakla baru dia nak keluar. Amoi rupanya.... Ramai gak mamat2 motor yg berenti memberi bantuan. Mereka cuba menarik keluar motor tu tapi gagal sebab tayar sang kancil tu dah panjat motor tu. Aku rasa, kalau diorang nak ambik motor tu, diorang kena angkat dulu sang kancil tu beramai2 kasi buang dalam lombong dengan tuan dia sekali.... bagi buaya makan lagi bagus. Dah lah tak bagi signal, tengok cermin sisi ke tidak ? Pakai main redah je. Nasib baik tak mati.. kalau mati, haru....
Aku simpati sangat dekat couple tu .Walaupun aku tak kenal, tapi pagi2 kami selalu saing pergi kerja sama2 ikut highway . Hari ni hari dia, mana tahu esok lusa hari kami pula. Sebab tiada siapa dapat mengelak disaat2 akhir macam tu.. semua yang terjadi adalah kehendak Allah. Semoga korang berdua tak de cedera apa. Serik rasanya. Aku tak leh lupa sampai sekarang.

CT Punya Pasal...

28/8/2006 - Monday




Sampai office lambat gara2 jalan jem... sebab ? First day sekolah... perkara biasalah tu.... Dah lah naik kereta, aku escape masuk before 9.00am, tapi hubby pulak yg lambat. Kesian.
Balik - Aku dah janji ngan hubby, hari ni nak balik awal. Tapi dari pukul 6.00pm aku tunggu, tak sampai2 lagi.. Bila aku call, dia kata baru kat SS2. Jalan jem , kereta bergerak macam siput. Aku paham.... aku pun nampak jem tu meleret sampai depan office aku... tunggu punya tunggu, sampai satu jam aku tercongoh kat tepi jalan tu.... pukul 7 baru dia sampai. Depan office aku pun jem bumper to bumper. Not moving. Ni semua gara2 TV3 nak buat siaran langsung Siti kawin ngan Datuk K . Kalau tidak , takkanlah semua org berpusu2 nak balik rumah serentak. Selalu tak macamni... Fenomena jem yg sungguh luar biasa. Akhirnya aku mencari jalan alternatif iaitu ikut Toll Jalan Duta. Baru sampai kat Bukit Kiara, dah jem... Boring.
Sampai rumah dah pukul 8.15pm. Penat. Boring. Lapar. Belum Solat Maghrib. Belum ambik anak. Semua ni CT punya pasal......

# Terima sms dari seorang rakan sepejabat, dia sudah selamat melahirkan anak keduanya - bayi lelaki. Aku ucapkan Tahniah kepada dia & suami, semoga dia cepat sembuh & baby sihat. Boleh keluar hospital cepat2 & sambut MERDEKA.... then she replied :- I + Baby akan discharge on Wednesday dan akan sambut MERDEKA...hehehehe...

Wednesday, August 23, 2006

Musim Org Mengandung ?

Aku tak tahu betul ke tidak statement tu, tapi itulah yg Peti Ais Toshiba bagi comment kat blog aku.
Semalam boss aku panggil kitorang masuk bilik dia. Siap suruh tutp pintu lagi. Aku ingat kan apelah yg secretive sangat.... rupanya dia nak buat announcement kat kitorang yg dia pun tengah pregnant.. tapi baru 1 month ++. Selepas engucapkan tahniah, kami pun berambus lah dari situ.
Kalau tak silap congakan aku, aku akan pergi maternity leave end of Mar 2007 , dia pulak bulan April 2007. Tak jauh beza.... Sure raya hindu lah diorang boss tak de.. aku terasa rugi pulak sebab aku tak dapat nak raya sama ngan diorang... masa boss tak de (2 bulan pulak tu) adalah hari2 yg paling best dalam dunia... Tapi tak pe lah... aku pun dapat cuti free 2 bulan... Ringan sikit kepala otak aku ni .....
Tahniahlah boss...kerana ko menjejaki aku... semoga kita sama2 jadi mak buyong kat opis ni, dan ko tentu paham, macammana aku rasa selama pregnancy ni... jadi ko jgn nak mengada lebih2 . Ini last warning kali pertama aku kat ko...hehehe...
* Kalau tak silap perhitungan aku, aku ni dah masuk minggu ke 11 bergelar mak buyong....hehehehe....*

Tuesday, August 22, 2006

Faiz Sukan


July 29 , 2006 - Saturday


Walaupun cerita ni dah basi, aku kena update juga. Sebab hari itu adalah sukan terakhir faiz dialam persekolah tadikanya.

Sukan tersebut diadakan disalah sebuah sekolah Integrasi berasrama penuh yg berdekatan dengan rumah aku. Idea pengetua sekolah faiz nak buat kat situ memang bagus sebab tempat tak panas & banyak tempat duduk utk ibubapa dan anak2. Kalau buat kat padang berumput, aku rasa aku org pertama yg pitam ...sebab hari tu cuaca memang panas giler2....


Tak banyak yg aku nak cerita. Faiz hanya masuk 2 acara iaitu lari merentas gelung dan pancing ikan kertas. Sukan kali ni memang happening sebab opening ceremony, dimeriahkan dengan lagu MY HIPS DONT LIE - Shakira yg merupakan lagu tema WORLD CUP. Lepas tu setiap bermulanya acara, ada background music macam bunyi kereta F1 kat litar je... tu yg best tu....



Faiz kata dia masuk acara lari dalam lubang...rupanya masuk dalam gelung.....

bestnye dapat hadiah...

babah menunjukkan bakat terpendam mengayam ketupat. Tapi disebabkan ramai sangat org tengok, babah jadi macam Haziq AF4- Gigil. Terus tak jadi ketupatnya...kalah....

Friday, August 11, 2006

Aku tak de mase...

Busy betul sejak kebelakangan ni sampai nak tengok blog sendiri pun tak sempat, apatah lagi nak update. Blog rakan2 pun dah lama aku tak jenguk. Apa khabar mereka agaknya?


Dikesempatan yg terhad ni, aku mencuri masa diawal pagi hari Jumaat 11th Aug 2006 jam 1.32am utk mengupdate blog ni dari rumah saja. Kalau aku tunggu masuk office, alamatnya aku tak update le berbulan lamanya.

Dalam masa aku tidak aktif berblogging, macam2 perkara terlah berlaku. Ada yg suka, ada yg duka. Semuanya lumrah kehidupan.


6 Weeks

Aku jumpa doktor utk membuat pengesahan kehadiran fetus dalam perut aku ni. Confirm. Doktor kata dah 6 weeks dan mungkin due on 23/3/2007. Alhamdulillah, kali ni memang tak banyak masalah yg aku hadapi diawal kehamilan. Cuma sekali sekala perut tak sedap, tekak meloya dan angin satu badan.


Pernah satu hari aku minum the tarik waktu breakfast, dan aku merana sepanjang hari. Angin satu badan, tak boleh nak keluar. Kembang kempis tekak aku meloya dan tak boleh nak muntah. Balik rumah, terus baring. Setitik air & sebiji nasi pun aku tak boleh nak makan sampailah pukul 3.00pagi baru aku rasa lega sikit. Aku cuma makan kurma sebiji & air segelas. Tu je lah dinner aku hari tu.


Sekarang ni kerap lapar. Walaupun aku makan tak banyak mana, aku tetap akan lapar. Kadang tu aku malas nak layan sebab banyak kerja, tapi lapar tu buat aku menggigil sampai tak leh kerja. Ni anak yg lapar ke mak dia yg lapar ?


Tuah Lagi…


Dalam aku rasa sangat bersyukur & bertuah kerana Allah mengurniakan aku rezeki lagi (anak) , aku juga diberi sakit dan terpaksa MC 2 hari sebab demam, sakit tekak, batuk & Selsema. Walaupun sakit, aku bersyukur, at least aku boleh berehat kat rumah. Aku rasa macam dah lama tak MC…. Tengah takde ape nak buat, aku on TV. Pukul 11.30pg kot masa tu. Aku tertengok secara tak sengaja, rancangan DURIAN RUNTUH-astro ria dihoskan oleh Reza AF3. Soalan senang banget. Aku pun ape lagi, gatal betul tangan aku nak hantar SMS. Manalah tahu, kot2 menang kan. Satu SMS berharga RM3.00. Tapi aku mana tahu, sebab tak baca habih2. Last2 aku terima sms mengatakan :-


tahniah kerana anda menjadi pemanggil ke 100. Sila sediakan jawapan & pihak kami akan menghubungi anda


Aku gabra, jantung berdegup kencang. Betulke? Aku macam tak caya. Aku langsung tak tahu ape rules & regulation nak masuk rancangan ni sebab x pernah aku tengok pun sebelum2 ni. Tawakkal je lah. Tup2 hp aku berbunyi:-


kak, disebabkan rancangan ni dah nak habis, akak tunggu depan tv pukul 3.30pm utk siaran seterusnya. Sediakan jawapan ye..” – Ok. Aku tak sabar dah sebenarnya nak tunggu pukul 3.30pm. Penantian kan satu penyiksaan.


3.30pm – aku dah tunggu depan tv sejak pukul 3.00 lagi. Aku tak keruan jadinya. Aku memang dah ada jawapan, tapi aku takut dapat soalan lain pulak. Kang tak dapat jawab malu je. Akhirnya wajah reza & celotehnya macam mak nenek tu muncul di TV. Dan hp aku pun berbunyi after few seconds. Aku pun memberikan jawapan & yakin jawapan tu betul… Yahoooo ! Jawapan mengena & aku memang RM250.00. rezeki…rezeki… aku rasa penyiksaan aku belum berakhir. Ade pulak soalan bonus yg aku tak duga2. Aku x dpt concentrate langsung kat gambar yg ditunjukkan sebab mulut reza tu celotehnya ngalahkan burung murai… Last2 soalan bonus tu aku jawab dengan hentam keromo je. Dan melopeh le RM1000. Kalau tidak aku bakal memenangi RM1250.00. Rugi…rugi… Tapi tak pe lah, aku tak sangka & tak pasang strategi. Mungkin setakat tu je rezeki aku.


Kanser , Luekemia


Kebelakangan ni asyik cerita org meninggal dunia akibat kanser je… ade satu hari kat newspaper, sampai 2 org mati akibat kanser. Itu yg keluar newspaper, yg tak keluar tah banyak mana lagi agaknya.


Dan org2 yg aku kenali juga menerima nasib yg sama. Seorang kawan office aku, wifenya kena leukemia ditahap kritikal & doctor kata boleh hidup lagi 3 bulan je. Sedihnya dengar nasib yg menimpa mereka. Kesian anak2 dia yg masih kecil. Wife pulak sakit kat hospital dan mungkin forever lah kat hospital tu.


Kawan office aku lagi sorang, baru je nenek dia meninggal dunia kerana lung cancer. Nangis aku bila ucap takziah kat dia, sebab dia pun nangis sama. Walaupun aku tak kenal nenek dia, tapi aku tahu apa perasaan dia sebab aku juga pernah melalui kehilangan ahli keluarga kerana kanser.