· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, July 25, 2006

Anugerah

Petikan dari Entry 19/5/2006 - Update utk 21/5/06 :
Sempena birthday SJ yg ke XX ( tak leh cakap berapa...hiks...) , SJ ade beberapa wish , dan semua org yang ada wish, tentu impikan wish nya come true... betul kan ?

1) Nak Baby.

2) Nak Baby..

3) Nak Baby...

==================================================================
Alhamdulillah, rasa2nya impian dah jadi kenyataan. My wish has come true. Amin .... syukur kehadrat Allah yg maha berkuasa, maha pengasih lagi maha penyayang.
Berat aku dah naik mendadak ke 55kg dari 50kg. Takkan cepat sangat kot? Aku sebenarnya belum jumpa doktor lagi. Tapi aku rasa aku tak salah kali ni... mak tiri aku merajuk dah hampir 2 minggu tak datang jenguk aku. Aku harap apa yg aku rasakan ni benar2 belaka. Aku belum jumpa doktor lagi sebab masih belum buat decision, gynea mana nak pilih. Nak pergi tempat dulu (anis) , jauh sangat. Tak berbaloi nak travel jauh2 semata2 nak check perut everymonth.
Ini ada satu pesanan buat adik aku Tun Teja.
Kalau ko terbaca ruangan ini, tolonglah simpan rahsia ni dari mak kite dan keluarga kite. Hari tu mak kata dia mimpi main bunga 2 tangkai. Aku rasa aku paham mimpi dia tu. Dia tahu ko pregnant, tapi dia tak tahu aku pregnant. (belum confirm lagi aku ni...). Aku rasa mak kite nak dapat cucu 2 sekali tahun depan..... yahooooo !

Lagu Kegilaan Anis

Sedang Ingin Bercinta - Dewa 19


Setiap ada kamu..
mengapa jantungku ini
Berdetak lebih kencang..
seperti genderang mau perang


Setiap ada kamu..
mengapa darahku
mengalir lebih cepat
Dari ujung kaki ke ujung kepala


Setiap ada kamu..
otak ku berpikir
Bagaimana caranya
untuk berdua bersama kamu


Chorus:


AKU SEDANG INGIN
BERCINTA KARENA
MUNGKIN ADA KAMU
DISINIā€¦
AKU INGIN...

# Kalau lagu ni berkumandang di radio, dia akan nyanyi sama... kalau lagu ni babah yg nyanyikan utk dia, dia hentam nyanyi juga sepenuh perasaan. Kalau tanya dia, kat mana anis tengok lagu ni? dia kata - akademi fantasia. Kalau tanya dia siapa yg nyanyi lagu ni, dia kata Amighul. Nama mak bapak sendiri pun tergagap2 lagi, nama amighul dengan lirik ni, cepat je dia hafal....hmmm.... anak dara aku ni , apalah nak jadi....#

Friday, July 14, 2006

Bertuah

Hari Selasa baru2 ni - 11th July 2006 -Office SJ buat 20th Anniversary & Company Group Annual Dinner di Eastin hotel. (pergi jalan kaki je, office ke Eastin tak sampai 3 minit).
Tema tahun ni - RED HOT CHILLI PEPPER.
Setibanya SJ & geng ke Hotel tersebut, mata kami terpana dengan aweks2 yg menjadi penyambut tetamu utk dinner kami - perempuan2 yg berbaju ala2 tutup yg itu je. Seksis ! Yang paling seronok tentulah kaum2 adam.... Mata tak kelip2 dok tenung aweks2 tu....
Dinner tahun ni tak semeriah tahun2 lepas. Event management terutamanya Emcee tu pun tak seseronok tahun2 lepas. Game yg dianjurkan pun tak sesyok mana. Bayaran yg keterlaluan dikenakan utk bayar maknyah2 buat free show kat situ. First time in our Annual Dinner history, tahun ni ada penari2 separa bogel yg terdiri dari mak2nyah yg hanya memakai coli & seluar dalam serta g-string, berambut palsu & berkasut tumit tinggi, menari tanpa segan silu sambil membuat aksi2 lucah... apehal lah tahun ni kami dihidangkan dengan bende2 cenggini... org pompuan dok je lah, tengok gelagat mak nyah ni... Org lelaki, mana boleh tahan. Semua pakat naik pentas menari dengan maknyah tu sambil kena raba secara rela, dan meraba secara tak sengaja....
Yg tak bestnya, melayu2 tu pun sama, pakat minum tak tahu hukum . Bila dah mabuk, diri pun tak terkawal. Apelah lagi, naik ke pentas, membuat aksi2 lucah dengan maknyah yg menunggu. Yang mak nyah tu pun melampau2 la pulak... makin lama makin melampau... dia ambil cili (memang banyak cili pada malam itu sebab tema dinner tu RED HOT CHILLI PEPPER) dan selit lak kat tengah2 "BOOBS" dia yg besar tu & suruh lelaki2 ni try ambil pakai mulut... Kucing mana yg nak lepaskan peluang keemasan mcm ni... baik punya offer.... Memang berbulu tengok gelagat2 budak2 melayu kita ni... senang betul kafir laknatullah tu nak pesongkan akidah mereka. Astaghfirullah...
Dan ramai budak2 yg mempunyai camera phone pakat tangkap gambar & video aksi2 lucah mak nyah ni terutama kat kawasan sekitar2 lurah gunung merapi tu...paham2 je lah.. Rupanya tak payah pergi Thailand nak tengok bende2 cenggini, kat KL ni pun ade rupanya...
Frustrated juga dengan agenda itu yg dibawa masuk kedalam Acara Dinner kami malam tu... Utk kepuasan kaum2 Adam semata2... Sampai ke acara kemuncak, Lucky Draw grand prizes top 30 di umumkan... SJ berharap sangat nak dapat air cond seketul... boleh pasang kat bilik. Chances nak dapat memang terlalu tipis sebab ramai sangat staff tahun ni..
Akhirnya nombor bertuah SJ di umumkan... SJ tersentak & macam tak caya je nombor SJ naik. Lalu melompat kegirangan & berlari kepentas. SJ dapat TV Samsung Flat Screen 21". Alhamdulillah.... setelah bertahun2 kerja , baru ini dapat hadiah best2 during Lucky Draw. Seronoknya sampai hari ni tak hilang lagi..... Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah....

Monday, July 10, 2006

Durian

Musim durian datang lagi. Aku tak pernah teringin pun nak beli & nak makan . Hubby pun sama. Sampailah malam tadi, baru aku tahu, siapa hantu durian sebenarnya dalam keluarga kecik kami...
Malam tadi kami ke pasar malam yg agak jauh dari rumah. Kanak2 riang tu biasalah, nampak apa , semuanya nak... macam mak bapak diorang ni tukang cop duit .
Dari hujung ke hujung, kami jalan. Singgah kat satu gerai bihup sup utara yg paling popular kat pasar malam tu. Makan kat situ ( sebab ada kerusi & meja disediakan..)
Lepas makan, sambung jalan lagi sebab pasarnya panjang sangat. Sampai ke hujung, ade org jual durian.. Anis melonjak2 minta dibelikan durian. Dia kata dia suka. Banyak kali pikir, nak beli ke tidak... bukan apa, parking keta jauh sangat, nun dihujung pasar (another end).
Akhirnya kami memutuskan utk pergi ambil keta & parking dekat sikit dengan penjual durian tu. Nak bawa dalam beg kan leceh, kang terkena duri kat kaki org yg jalan2 kat pasar tu..
Bila kami berpatah balik tanpa membeli durian tu, anis asyik tanya.
"mama, kite nak pergi mana ?"
Nak ambil keta.
"kite nak balik ke mama ?"
tak... nak pergi beli durian anis.
Lepas dah selesai membeli, kami pun balik. Dalam perjalanan, anis & faiz tertidur sebab dah ngantuk sangat.
Sampai dirumah, diorang terus masuk bilik sambung tidur. Hubby sempat lepaking kat luar dengan jiran2 yg sedang melepak . Aku bawak diri je, tak mampu nak angkat durian tu. Jadi, durian tu tinggal dalam boot keta je.
Anis dah baca doa tidur. Dalam dok golek2 nak tidur tu, dia tanya aku.
"mama, babah dah balik ke belum ?" aku jawab "belum. Nape ?"
"anis tak nak tidur, anis nak makan dulian.."
Aku terus call hubby suruh masuk bawak durian. Sian anak dara dia, tak boleh tidur, teringat kat durian yg dibeli tadi.
Lepas hubby masuk, dia panggil anis ke dapur & kopek durian . Selera betul anis makan. Tak sangka anak mama suka makan durian....

Monday, July 03, 2006

Superman Returns




"Big Boss" aku amat berbesar hati lagi pemurah, telah menganjurkan tayangan free "superman returns" utk clients pada hari Jumaat lepas 30/6/2006 di Cineleisure Damansara berdekatan Curve.

Sebanyak 8 Hall telah di tempah khas utk tayangan tersebut dengan anggaran 1400 orang jemputan hadir pada malam tersebut. Dan aku adalah salah seorang khadam yang kena bertugas pada malam tersebut. Tayangan bermula jam 9.30 malam, tapi kaunter tiket & popcorn + drinks dibuka seawal jam 8.00mlm utk redemption.

Pertama kali seumur hidup aku kerja bagi tiket wayang kat orang. Dan kami kena pakai T-Shirt original Superman (black colour) . Sebanyak 6 kaunter dibuka utk ticket redemption .Ade client yg ok, dan ade yg fussy macam mak nenek. Most of them are "TONGKANG MADE". Few malays & indian. Dan ade yg ingat kami2 yg dok jaga counter ticket ni pekerja kat cineleisure. Walhal baru first time aku menjejakkan kaki kesitu. Belum pernah masuk panggung pun. Belum pernah pergi toilet kat situ & best thing, tak tahu pun direction lift & tangga kat mana.....

Ade satu "ah so" yg datang redeem ticket tu (i guest she is one of our clients ) , ask for toilet direction. Aku memang tak tahu langsung. So aku diam je. Budak Intern dari UTAR yg dok kat sebelah aku pun cakap not sure. But she know , there is a toilet in 2nd floor (we are at 3rd floor). The clients mcm tak puas hati dengan answer budak tu, macam jauh sangat le nak kena menapak.... semata2 nak gi toilet... so , budak ni cakap le, I think there's a toilet inside the hall. This "ah so" balas... "YOU THINK SO ????!!! dengan nada mengejek & dan tak puas hati...

"Ah So" ni aku lempang karang baru tahu. Damn mengada. Org dah bagi tengok wayang free, popcorn free, drinks free, lagi nak mengada2... aku memang menahan kemarahan aku , sebab tu aku buat donno je.. malas aku nak layan org mcm ni...

Ade yg mengada, datang lambat, nak seat bagus2... kalau nak seat bagus2, dtg le pukul 8. Siapa redeem awal, dapat le seat bagus2. Datang pun pukul 9.30, nak seat bagus. Memang hampeh la diorang ni... tak reti baca invitation card kot !

Akhirnya, banyak tiket lebih, kira2 4 row kebawah (M to P) semuanya kosong2 belaka.... Agaknya ade clients yg tak datang. So, diorang pegi bagi free ticket kat org ramai yg berkeliaran dekat curve tu after 10 min show started. Ramai org yg tak nak.... sebab org mesti nak tengok dari mula.... tambah2 superman returns.