· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, June 25, 2007

Recent Update

Salam !

Aku terlalu sibuk sejak kebelakangan ni ... tak ada masa utk
updatekan blog aku. Kesian kat blog aku ni.
(agaknya dah rimbun dengan lalang)


Fizz (hubby)

Recently dapat offer kerja kat Bukit Beruntung . Sabtu lepas
pergi Interview. Aku harap , kalau kerja tu bagus & baik
utknya, mintak2 lah dia dapat. Tapi kalau tak sesuai
dengannya, aku harap tak dapat pun tak apalah.Yang
penting, apa yg terbaik utknya, aku doakan dia akan beroleh
kejayaan dalam careernya.... Gud Luck darling !

Faiz (eldest)

Recently , to be specific, on 17th Jun 2007 jam 1.30pm
telah mencatat sejarah kerana tercekik duit syiling 20sen.
Aku yg sedang terlena sambil menidurkan baby kat bilik
dikejutkan dgn tangisan faiz. Dia cakap kat aku dia
tercekik duit syiling 20 sen. OMG, what should I do?
Aku tepuk belakang dia, x kuar. Aku tekan perut dia,
x kuar. Aku jolok tekak dia bg muntah, x kuar gak.
Aku panic, call hubby yg pada masa itu tak ada
dirumah kerana menjadi urusetia bolasepak 9 sebelah
pada hari itu.

Hubby sampai, rush him to the nearest clinic,
Malangnya semua klinik x de doktor sebab doktor
sedang lunch. Finally bawa dia keklinik yg agak jauh
dari rumah, doc itu pun x berani usik anak aku.
Terus issue referal letter to Sg Buluh Hosp.
Kesian anak aku. Air liur tak boleh nak telan.
Kerongkong sakit. Aku bersyukur sebab Faiz
masih boleh bernafas .

Hubby bawa faiz ke Sg Buluh Hosp -Emergency Dept.
Aku kat rumah risau tak keruan. Jgn le sampai faiz
kena bedah... Aku call kawan terdekat utk hantarkan
aku ke hospital. Baby & anis aku suruh cikgu depan
rumah tolong jagakan..

Aku sampai hospital, faiz sedang diperiksa oleh doktor
pakar. Keputusan Xray doc tunjukkan.Memang nampak
2 kupang tu kat tekak dia. Aku bertawakkal kepada
Allah. Jgn sampai anak aku dibedah... Doc masukkan
sesuatu kemulut faiz, membuat kan faiz rasa macam
nak muntah. Tekak dia kembang agaknya.
Lalu syiling tu telah masuk ke perut. Faiz
tertelan syiling tu pulak. Tak sakit lagi dah katanya.
Xray lagi sekali. Memang sah dah tertelan.
Doc suruh balik, suruh aku check najis faiz.

3 hari aku tak kerja, faiz x sekolah. Dok rumah ,
aku jadi doktor "shit". Periksa najis faiz cari
duit syiling...kerja yg agak mencabar.
tapi x de gaji..hehehe.

20th Jun- Wednesday - Appointment dgn doktor
pakar bedah .Aku gementar, faiz kecut perut.
Aku doakan supaya faiz x kena bedah.
Xray dijalankan. Lambat lagi duit tu nak keluar.
Masih kat usus besar. Doktor kata takes time.
Set for next app. on 29th jun 2007 (friday).
Hopefully the coin will come out by then.

Kata2 dari babah :-
Nanti bila sesak2 nak pakai duit, faiz berak lah dulu supaya
duit keluar...

SMS dari Angah :-
Faiz lapar ke...mama tak masak ke ? Sedap tak duit tu?
Nanti kalau duit dah kuar, kasi frame itu duit tunjuk kat
anak cucu

SMS dari Tok :-
Dari kecik sampai besar mama jaga, tulang ikan pun x penah
tercekik, dah besar cari penyakit sendiri...

SMS dari Wan :-
Makan sagu... buatlah kueh sagu bagi dia makan....

SMS dari uncle Man :-
Bagilah dia makan pisang banyak2... mudah2 duit tu kuar.
kawan saya dulu, makan pisang je ..takyah gi spital..

SMS dari Mak Long :-
Macam mana boleh tercekik? Tepuk la belakang dia kuat2.
Kasi tonggeng, kaki naik atas, kepala turun bawah.

Kawan2 office :-
How's your son ? Come out already or not yet ?


Anis (2nd)

Recently cut her hair shot. Nampak tembam dan muka
dia pun dah lain.... Dia cukup marah kalau org kata dia
dah gemuk... dia dah stop makan cheese sebab takut
gemuk... satu pengorbanan yg amat sukar dilakukan .
But she manage to do it.... Congrats !

Aina (3rd)

Baby aina dah pandai membalas senyuman. Dah keluar
macam2 bunyi dari mulut dia...lepas dah berbunyi, dia
pun sedu.... kesian aku tengok dia sedu... kadang2 dia
marah kat sedu tu...penat agaknya...

Bahagia & berbunga hati aku bila aina dah pandai main
& membalas senyuman. Rasa seronok sangat ada baby
kat rumah. Sometimes Anis jealous sebab perhatian kami
sekarang more to Aina...

Nasib baik hubby ada masa spend time with Anis..


Aku

Busy giler dengan kerja office. Manusia2 yg tak tahu
plan kerja mereka telah membuatkan aku busy disaat2
akhir ini. Esok, company aku akan ke Cherating Club Med
kerana meeting + company trip. (3D2N). Hubby kata dia
boleh take care anak2 aku disebelah malam. Siang hari,
bibik jaga macam biasa... Mudah2 semuanya berjalan
lancar....

Balik trip on 28th, 30th akan ke PD pulak ..kali ni dengan
jiran2 pula.. ini utk hubby & anak2 pula bersuka ria... aku
rasa aku akan gelap gulita asyik dok perabih masa kat
tepi laut je nih..... kena pakai fair & luvly lah pas ni...

More updates coming soon.... Chow....

Monday, June 04, 2007

My Baby Has Arrived !





Alhamdulillah, Aku telah selamat melahirkan seorang

bayi perempuan pada 23/3/2007 jam 12.40pm

di Hospital Sg Buluh. Bayi seberat 2.7kg itu aku

namakan Aina Qistina.


Aku & Hubby sesungguhnya amat bahagia dengan

kehadiran Aina sebagai pelengkap keluarga kami...

Semoga kebahagiaan itu menjadi milik kami selamanya.


Amin...

Friday, June 01, 2007

Testing

 

I've been trying to log in to my blogger account for the past 1 week ++ . Agaknya masa bersalin hari tu, banyak wayar yg putus, so kepala otak aku gagal mengingati password yg aku telah set. Akhirnya, aku menemui mukjizat (cewah....) ..... aku akan ber BLOG semula... yahooooo !