· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, October 27, 2005

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Dikesempatan yg terhad ini, Saya mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri serta maaf zahir & batin kepada sesiapa yg mengenali diri saya secara khasnya, dan kepada semua pengunjung blog ini secara amnya.
Dalam pada kita bergembira menyambut lebaran ini, jangan kita terlupa pada yg tiada... pada mereka yg tak berupaya & tidak berkemampuan .. Tahun ni saya tersentuh hati mendengar lagu raya yg sedih2 (tak macam CNY, lagu raya kita , ada yg sedih, ada yg happy...). Sebab terkenangkan org2 yg tak bernasib baik seperti kita yg berkeupayaan dari semua segi.... Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki yg melimpah ruah , diluar sana masih ada yg tak mampu membuat persiapan raya. Syukran.
Kepada teman2 blog, SJ ingin mohon maaf sekali lagi jika sepanjang berkenalan disini, ada tuturkata SJ yg terkasar bahasa ataupun termelawak diluar batasan... harap jgn ambil hati..ataupun,kalau ambik hati, harap ampunkan lah ....
Kepada semua yg membuat perjalanan jauh utk pulang kekampung, selamat memandu, berhati2 dijalan raya, ingatlah org yg tersayang.... tak de ape yg nak dikejar... biar lambat asalkan selamat.
Noha, jangan lupa tangkap gambar makanan sempena raya ni..terutamanya yg noha masak sendiri... slurrrrrrrrrppppp !
Abah Muda (Am) , bila lah nak sampaikan berita genbira yg am dapat hari tu lepas berbuka tu.. SJ tanya, tak jawab pun... (betulker ketapi nak tambah gerabak? )
Enigma , Selamat beraya dan selamat balik ke tanah airmu (singapura).. jgn tak ingat nak balik sini ye... nanti raya dtg rumah kat KL atau kat Kg... 40 kali datang pun boleh...
Pena Biru , kalau terdatang sini, SJ nak tanya, kenapa dah lama sepi... buka lag blog baru kalau yg lama tu banyak sangat masalah nye.. lama tak dengar khabar. Sihat ke?
Zizie, Selamat beraya, selamat balik kampung... Jumpa lagi lepas raya..
Jubeiz, Selamat hari raya, maaf zahir batin. Kite selalu usik awak dgn panggilan Mr.Sogo.. Sorry ye... Mak & abah awak dah balik umrah ke belum? Kang tak pasal2 awak raya sesorang.
Pulut Bakar (PB), selamat balik kelantan... selamat beli emas kelantan... selamat hari jadi hari ni (27/10) dan semoga semuanya selamat... amin
dan banyak lagilah, yg tak dapat disebut satu persatu, terima kasih diatas persahabatan yg dihulurkan.... Semoga jumpa lagi, Assalamualaikum...

Monday, October 24, 2005

Terlepas Konvo...

Assalamualaikum..
Hari ni dah 20hb Ramadhan bermakna dah 20 hari kita berpuasa. Tinggal 9 hari je lagi kita akan berada dibulan mulia yg penuh barakah ini. Selepas itu syawal akan menjelma. Dah buat persiapan raya ?
Masuk hari ni faiz dah pun berpuasa selama 14 hari. Sejak dia puasa pertama kali pada 11hb Oct, sampai hari ni dia tak tinggal puasa lagi. Kadangkala aku considered bila dia mengadu dahaga, nak minum tengah hari. Aku bagi je apa yg dia minta, asalkan tak berat sangat dan lepas tu dia kena puasa sampai petang. Alhamdulillah....
Jumaat 21/10/05 - Mak mertua aku datang kerumah. Naik bas lonpat dari kampung sorang diri... dah tak de kerja le tu... tak pernah2 naik bas lompat, tetiba naik bas lompat. Aku dan hubby dah mengemas rumah seawal pagi. Bila hubby pergi jemput mak dia kat stesyen bas dengan anak2, aku mengambil kesempatan itu utk membuta sebab mengantuk sangat. Sampai dirumah , hubby ketuk pintu pun aku tak dengar sebab tidur dalam bilik. Last2, hubby terpaksa call hp aku sebab tak bleh masuk. Nasib baik aku dengar bunyi hp yg diletakkan kat sebelah telinga...
Sabtu 22/10/05 - Pagi2 buta dalam keadaan hujan ranyai2, aku dan hubby pergi pasar borong selayang sebab cadangnya nak buat jamuan berbuka puasa kat rumah utk adik beradik hubby. Balik pasar, sibuk kat dapur . Nasib baik hubby & mak mertua tolong. Tu pun aku banyak berdiri sebab nak mencuci ikan, ayam, sayur sampai sakit pinggang. Lepas tu masak lunch utk anis... suap anis makan lagi... finally, lepas solat zohor (1.40pm) aku pun terus set alarm pukul 2.45pm utk bangun menyambung kerja2 kat dapur. Malangnya, tak sempat 2.45pm, mak mertua aku masuk bilik, kejutkan aku.... kesian aku, letih & penat tak hilang lagi , dah kena bangun ... badan sengal semacam.
Petang - dah ramai kat rumah... lauk pauk penuh kat meja ngalahkan buffet kat hotel. 2 jiran aku pun datang menyumbang juadah memasing... (balas pinggan aku). Tetamu yg datang pun memasing bawa juadah dari rumah... akhirnya ada yg meratah lauk ... menunya seperti berikut :-
1) Ikan keli salai masak lemak cili api (putih)
2) Siput sedut masak lemak cili api (kuning)
3) Ayam Goreng perap dengan Oyster Sos + Black Pepper + Quaker Oats
4) Siew Pak Choy tabur garlic & oyster + Black Pepper
5) Jemputan1 bawa - Rendang Ayam
6) Jemputan2 bawa - Siput Sedut + Keladi masak lemak cili api
7) Jiran1 bagi - Mee kari
8) Jiran2 bagi - Ikan Bawal masak sweet Sour
9) Agar2 Milo
10) Hubby Beli - Karipap & Sup Daging utk bebudak kecik
Lepas makan, satu lagi jemputan dari seremban baru nak tiba.. masa tu dah dekat pukul 8.00 mlm. Jemputan ni bawak bahan mentah nak buat sandwich sebab dia tak sempat buat. Last2 tak jadi buat, aku bgi dia bawak balik bahan2 tu....
Lepas dah berbuka, bersembang adik beradik sambil minum kopi & teh... ada yg bawa keluar kueh raya... tak sempat raya dah rembat kueh raya..
Ahad 23/10/05 - Ex-baby sitter call ajak berbuka kat rumah dia. Sebenarnya dia dah rindu sangat kat anak2 aku yg dah lama tak jumpa.... masa aku kat rumah , aku dengar macam ada bunyi loud speaker dari sekolah rendah berdekatan. So aku ingatkan, ade org buat konvo hari ni..tak pe lah... bila lah agaknya faiz nak konvo.Minggu depan dah nak cuti raya dah. Lambatnya cikgu ni...
Malam, lepas balik berbuka dirumah ex baby sitter, recvd 1 sms from ustazah faiz, berbunyi begini : " kak, kenapa faiz tak datang konvo tadi ? Faiz dapat nombor 3. Esok ambil hadiah kat sekolah..." Aku terkejut badak... bila pula masanya cikgu bagitahu ada konvo hari ni ? Tak de surat apa2 pun.. aku dah geledah beg faiz, tak de pun surat atau pekeliling utk parents. Aku tanya dia, dia pun cakap cikgu tak bagi surat... dalam happy faiz dpt no. 3, aku sedih sebab tak attend konvo tu... aku tak attend , tak pe lagi... dengan faiz sekali tak attend , tu yg aku sedih. Apa nak buat, hari pun dah malam, everything is over....
Agaknya surat pekeliling tu faiz dah buat roket.

Thursday, October 20, 2005

Menu Masakan Baru

Sorilah blogger2 sekelian, aku tak pandai memasak.. asyik makan kat kedai & beli je.. Bulan puasa ni boleh kira dgn jari berapa kali aku masak... balik kerja pun dah lambat, sampai rumah lebih kurang dalam 10 minit lagi dah nak berbuka, mana sempat nak masak. Muka aku dan hubby tiap2 hari boleh cari kat bazaar ramadhan tu. Sampai boring tak tahu apa nak beli walaupun bazaar ramadhan tu cukup panjang & bermacam2 makanan dijual.. yg tak de dijual cuma tok nenek kita, mak bapak kita & adik beradik kita je... hehehe
Semalam hujan lebat , balik kerja lambat... pertama kali sejak ramadhan , berbuka puasa pukul 7.30 malam.. Nasib baik faiz dah berbuka puasa dengan baby sitter kat taska. Kalau tidak, kesian faiz dok tunggu mama & babahnya bawa balik makanan.
Disebabkan dah lambat, dan tak singgah mana2 utk tapau (sure gerai pun dah tutup sebab dah lewat...), kami decide utk balik rumah dulu, mandi & solat. Lepas tu baru keluar makan kat kedai. Kedai yg kami pergi semalam adalah kedai yg baru buka & kami baru nak cuba , sedap ke tidak... soal sedap ke tidak tu , aku yg decide.. sebab org lelaki ni sempoi. Dia tahu bedal je.. kecuali kalau betul2 tak sedap baru le diorang akan kata "tak sedap"...
Disebabkan pertama kali kesitu, kami pun tengoklah menu yg disediakan... kelakar sangat sampai aku ketawa terkikik2 tengok menu tu... pertama kali dalam beratus2 kedai yg aku dah pergi sepanjang hayat aku ni, kedai ni punya menu yg agak special yg tak terdapat dimana2 menu kedai lain...
Aku hanya boleh bagitahu menu je lah, resepinya & rasanya aku tak tahu sebab belum try lagi... mungkin lain kali boleh cakap sedap ke tidak bila dah merasa....
Ini lah dia 3 menu yg tak terdapat dalam menu kedai lain....
1) Nasi Goreng Bodo (bodoh)
2) Ikan masak Setim Menangis
3) Ikan Masak Janda Pecah Dada.... (yg ni paling kelakar...hikhik)
Kalo korang nak tengok janda pecah dada, pergilah ke Restoran Sofea, kat Tasik Puteri.

Milik Siapakah Gadis Ini ?


Subhanallah... anak siapa lah yg comel sangat bertudung ni? Eiii geram nye..

Wednesday, October 19, 2005

Perginya Jantung Hati Kami...

Kiriman email diterima dari one of my bro-in-law. Tersentuh sangat hati membaca rentetan peristiwa yg menjadi kenangan seumur hidup buat seorang ayah... SJ paparkan disini buat renungan kita bersama, supaya tidak mengambil mudah dalam menangani anak2 samada masalah dia, kesihatan dia dan pelajaran dia. Bukan saja anak2, tetapi pada pasangan kita, ibu bapa kita, dan sesiapa jua yg kita sayangi.
Perginya jantung hati kami
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Tuesday, October 18 @ 10:17:58 MYT
Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadhan, jam 8.15 pagi. Segalanya berhenti. Deru angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan. Dengan lembut roh Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak. Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu. Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.
Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari.
Syafiqah telefon dari sekolah. "Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?" Saya terdiam, banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan. "Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.
"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya. Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven. Sememangnya Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging. Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya. Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik. Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar. "Awat lambat?" Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat. "Akak cari tudung." "Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebodohan saya.
Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin dengan aurat. Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.
Set nasi ayam
Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas tamat UPSR dan PSRA, dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas. "RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan. Kami jalan kaki pun boleh." Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."
Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi apabila saya minta izin ke KL hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama Mat Sabu. Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Saya masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa. "Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta. Raut muka cerianya seperti terlindung. Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun sememangnya sedang menderita.
Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di SAM 10, Cheras. Aduhai, janji dengan Syafiqah sudah luput. "Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan rasa sakit. Masih sempat bermain-main. Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin tutup. Saya ke klinik sebelah, dekat Taman Sri Ampang. Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira. Saya berbisik, "Nak balik kampung?" "Ayah baliklah dulu, akak boleh tinggal dengan nenek," balasnya. Ketika neneknya datang malam itu utk menjemput syafiqah kerumahnya, kami sudah bersiap nak balik Kedah. Syafiqah tenang saja. Kalau anak lain tentu akan merengek. Emak mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.
Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu. Lega. Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia bertanya, "ayah di mana?" Sambil melintasi Taiping, saya menjawab. Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di samping memberitahu dia muntah. 5 pagi, kami sampai di Kampung Raja, Kubang Pasu. Saya maklumkan kepada Syafiqah. Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang dengan neneknya, maklumkan kandungan SMS.
Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor Setar, Syafiqah terus SMS. "Mulut akak pahit, nak buat macamana." Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula. Sehingga malam baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar". Ya Allah, rupanya Syafiqah terus menunggu dan menunggu ... Selasa pagi kami berangkat pulang. Walaupun jangkanya dapat bertolak sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung), menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuhraya Utara Selatan.
Di rumah neneknya, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih bertenaga. Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh. Syafiqah desak saya jemput. Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan letih. Celoteh bersama LuqmanSyafiqah berkeras. Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil. Namun terdengar juga celotehnya dengan Luqman. Dia bercerita tentang bagaimana darahnya diperiksa. Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.
Awal pagi terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah. Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya, Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk. Setengah jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah. "Fiqah tak payah posalah," kata saya. Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi minta Syafiqah kembali tidur dan berehat, kebetulan kerusi di meja makan tidak cukup untuk semua kami.
7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya. Syafiqah menjerit: "Ibu, sakit! Ibu, sakit! Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu. Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang. Taqdir makin dekat. Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni." Kuatnya semangat SyafiqahTapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya renung matanya, langsung tidak berair, maknanya dia hanya menjerit bukan menangis. Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini. Sememangnya sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya. Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia. Rupanya Siti sudah memandi dan membersihkan tubuhnya. "Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya. Nampak kakinya kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.
8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit. Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depannya, mungkin dia mahu berbaring. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya, Syafiqah terasa berat. Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok. Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah ke hospital. "Terasa hangat " .Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih terasa hangatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran sebelah, William, sama-sama mengangkat Syafiqah.
Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur. Dalam kelam-kabut itu saya pandangan saya letak ke wajah Siti, ibu yang mengandungkan Syafiqah dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak usia 11 tahun. Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Degupan jantung kuat sekali. Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh Syafiqah. Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi harapannya tidak pudar.
Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan. Hon dibunyikan bertalu-talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan kami. Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan jantung hati kami itu.
Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil menciumnya: "Kakak dah tak ada Nurin." Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang diberikannya salah. Ketara pucat Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas. Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana sewaktu tiga tahun saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, tidak mampu bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan. Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya. Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum mahu kering lagi.
Al-Fatehah. - UM

Double Happiness

Alhamdulillah , sejak faiz berpuasa penuh, dia dah mula menunjukkan semangat nak berpuasa penuh. Setakat ni tak tinggal lagi... kecuali hari ahad lepas, cuaca sejuk, hujan sampai ketengah hari, angin bertiup kencang, rumah tak de air - cond pun rasa macam terlebih sejuk dari air cond.... hari tu , mendung & muram je cuaca.. aku rasa bukan KL je, kat seluruh malaysia ni rasanya berkeadaan demikian. Jangan kata perut faiz je berkeriut nak diisi, perut aku pun sama... tapi sabar je sebab aku kan dah sahur... lapar macammana pun kenalah tahan. Faiz tak boleh tahan.. pukul 10.00 minta nak berbuka... tapi aku consider dia baru nak bersahur lah sebab dia tak bangun sahur... babahnya kata, bagilah dia makan. Lepas tu kena puasa sampai petang.Maka kenduri le faiz dan anis hanya dengan favourite food mereka, telur dadar, nasi & kicap. Setakat hari ni dah 8 hari faiz puasa.. muka pun dah ceria, tak de lah monyok macam first day tu. Sekarang macam biasa je, walaupun azan maghrib dah berkumandang , walaupun mama & babahnya dah bersiap sedia nak berbuka, dia buat tak reti jer... kadang2 sampai kena panggil bagai nak rak... heran pula aku, tak lapar ke dia ? Sekarang dia sahur berat sikit... kadang2 nasi, kadang2 biskut & susu. (sahur tetap pukul 7.00pagi lagi.. Teethy )

Aku pernah janji ngan faiz, kalau dia dapat puasa penuh, aku akan bagi seringgit sehari. Tapi bagi dia, duit tu tak ada maknanya... ko bagilah seratus ke, seribu ke, yg penting bagi dia, mainan robot... babah ada tanya dia recently, faiz nak robot ke , nak gameboy . Dia pilih robot..

Seminggu ni cikgu kata tak payah bawa buku, sebab ada latihan untuk graduation. So, faiz bawa beg kosong dgn pencil box je. Semalam masa aku tengah sibuk menghidang juadah berbuka, aku ternampak exam paper kat atas meja. Aku perati betul2, rupanya kertas exam akhir tahun which is last week , dah pun siap diperiksa & tertera markahnya sekali... terkejut beruk aku. Terus aku panggil babahnya.Masa aku mengemas beg dia semalam, aku keluarkan semua kertas2 tu tanpa dipedulikan , nak cepat sangat sampai tak perasan kertas apa..

Kali ni faiz betul2 do his best.. most of the subject yg dia ambil, cuma ada careless mistake 1 @ 2 saja... kebanyakan markahnya 96% - 98%. English 100%. Maths je yg lemah sikit, cuma dapat 81.5% (org suruh tolak, dia pergi campur...pasal tu lah markah pun best gak...
Sad ) . Lepas aku tolak campur , percentage utk exam kali ni ade la dalam 95%. Moga2 faiz dapat nombor 4 kebawah. Aku dah janji ngan dia, kalau dapat 5 kebawah, mama akan bagi hadiah... (hadiah lagi ? Bestnya jadi faiz... asyik dapat hadiah jer..Too Happy 2

Tapi "nawaitu" faiz kena diubah... masa nak exam, dia nak robot kalau dia dapat 5 kebawah. Masa puasa penuh pun, babah janji nak belikan robot ... so, mungkin faiz akan dapat 2 hadiah sempena raya tahun ni, satu utk exam & satu utk puasa penuh. Tapi, kena lah tunggu report card keluar dulu. Sebab belum tahu lagi faiz dapat nombor berapa.... (mama yg excited sebenarnya.....)

Friday, October 14, 2005

Kasut Raya Anis

Tahun ni adalah tahun yg pertama sepanjang aku berkahwin, aku membuat persiapan awal raya sebelum bermula ramadhan.. selalunya dalam bulan ramadhan , sibuk pergi shopping mencari baju anak2, baju sendiri, kasut, tudung dan bla-bla... Tahun ni, nampaknya semua dah ready sebelum 1st ramadhan. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan yg amat membosankan dijalan raya, dipasar raya dan dimana2 ... juga kesian kat hubby, kena jaga anak sementara kite memilih tudung, baju & kasut yg mengambil masa berejam2...

Tahun ni cik abang kita dah suruh beli awal2 , maknanya dalam bulan puasa ni, nak dok kat rumah je... serik rasanya berkerumun sana sini especially kat pasaraya untuk mencuba baju budak2.. dengan budak2 nya yg tak reti duduk diam, lari sana sini,dah lah manusia2 nya ramai macam semut. Alhamdulillah, semua dah selesai. Baju raya yg ditempah pun dah siap seminggu sebelum puasa. Bukan beria2, cuma tak nak menyusahkan tukang jahit... jgn nanti , kerana baju raya kita anak beranak, dia buat alasan , tak pergi terawih sebab tak sempat nak jahit baju ... tempahan banyak sangat... nanti kite pun dapat sama kongsi syer ngan dia... sebab baju kita... untuk mengelakkan benda2 macam tu, supaya tukang jahit boleh beribadah dalam bulan mulia ni, aku mengambil keputusan membuat persiapan seawal yg boleh supaya tak menyusahkan sesiapa...

Tahun lepas anis kecil lagi, tak kisah pasal kecantikan, tak kisah pasal raya, tak ambil tahu pasal kasut raya ni.... tak tahu pun apa maknanya raya... tapi tahun ni berbeza sekali... anak dara aku dah besar... dah faham apa itu raya... dah tahu nak cantik aje.... kasut raya dalam lemari diselongkar, dipakai kehulu kehilir dalam rumah. Nak makan kat meja makan pun , nak pakai kasut raya.. ala-ala catwalk gitu... suka nye dia ngan kasut raya yg dibeli. Aku teringat masa aku kecik2 dulu, lebih kurang cam anis jugak la.. tapi tak le tayang kat org.. pakai dalam bilik je, pas tu simpan balik.. Anis ni, bukan takat nak try dalam rumah je. siap pakai waktu nak pergi taska.. habisla, kasut raya anis dah tayang kat org..

Malam kelmarin, dia nak pakai kasut raya dia ke surau. Org pergi nak solat terawih, dia nak pergi bergaya.... 2nd night, aku sorokkan kasut raya dia kat tempat lain. Bila org semua dah keluar nak kunci pintu, dia masuk balik dalam rumah, buka lemari kasut, dia cari kasut dia tak de.. terus nangis... mama, mana kasut raye anis ? Aku cakap, Pencuri dah curi kasut anis sebab anis tinggal kat luar... terus meraung ngan syahdunyer sebab tak sempat raya, kasut dah kena curi. Kesian juga....
Aku pun pujuklah dia, air mata berlinang2 sebab kasut raya hilang. Kasut lain pun tak nak pakai dah. terpaksalah babah carry dia .. nanti mama belikan yg lain ok... (tipah tertipu bang, tipah tertipu... ahaks....) Org kat surau ketawa kan anis, pergi surau semalam, bawa patung spiderman yg isi angin tu.... mende lah budak pompuan main patung spiderman... kalau budak lelaki, tak per lagi....

Wednesday, October 12, 2005

Hari Ini Dalam Sejarah

Saturday 8/10/2005 -4hb Ramadhan
Hari ni pertama kali hubby basuh motor kesayangan dia sejak dibeli 3-4 tahun yg lepas... terer tak ? Kalau sayang, takkan ni pertama kali basuh kan ? ade ape2 ke cik abang kite ni.. demam kura2 kot? Motor tu banyak berjasa, tapi sampai hati dia membiarkan motor tu seumpama belacan ..... selepas 4 tahun, baru ni nak mandikan... nak kebumikan kot? kuang kuang kuang... 14x (hanya SJ & anak2 je yg tahu kenapa hubby wat camtuh....isk... rahsia kerajaan nih... Smile
Tuesday 11/10/2005 -7hb Ramadhan
Hari ni faiz puasa penuh satu hari buat pertama kalinya dalam hidup dia... alhamdulillah , anak mama good boy... Babysitter kata, faiz asyik minta air, tapi saya tahan2 . Saya kata "lagi setengah jam je.. tahan le kejap je lagi..." . Lepas tu Faiz dok langut tengok jam tak berkedip2 mata dia, menunggu setengah jam yg dimaksudkan oleh Ibu...
Bila aku jemput dia, muka dia cam tempoyak basi jer... letih dan lapar kat tahap cipan dah kot.. senyum pun tak nak... sampai je kat rumah, tak sempat aku nak buka helmet, dia meraung cam sedih sangat kena puasa.... release tension kat rumah... faiz lapar... syahdunya aku mendengarnya, aku pujuk dia, faiz kena puasa.. siapa puasa penuh, dapat masuk syurga. Dia pun diam.. aku pasangkan tv suruh dia tengok citer katun to kill the time.. another 15 min to go... babah pun pujuk la faiz, ajak layan game le pulak... terus cergas budak tu, tak ingat dah pasal makan, lapar & dahaga...
Anis pulak tak tahu angin apa, tetiba menangis setiba dimuka pintu.. rupanya dia mengadu penat nak jalan. Tapi babah dia buat donno je, sampai kat rumah, terus nangis melepas geram... terpaksalah babah dukung dia , patah balik ketempat yg dia kata dia penat tadi, dan carry dia balik rumah... macam tu pun boleh? Ingatkan VCD player je boleh rewind2, rupanya anis ngan babah dia pun boleh buat rakaman semula ataupun rewind perbuatan yg telah terlepas... best camni, boleh ulangtayang.... isk.. anis..anis....
Sampai kat rumah, dah masuk, masih lagi berbunyi tangisan anis yg tak tahu pasal apa.... rimas aku, macam ada radio rosak kat dalam rumah, Tapi sabau jer lah.. kalau anis tak de, aku sunyi pulak...
Faiz berbuka puasa dengan kueh donat yg mama beli, nasi , kicap & telur dadar.. itu je yg dia nak, walaupun mama beli lauk pauk yg lain... sampai licin pinggan faiz makan. Selera betul. Babah sempat ambil gambar faiz dgn pinggan yg licin tu. Buat kenangan hari pertama faiz puasa penuh... ( sahur pukul 7.05 pagi dengan segelas Milo....boleh tahan... ). Lepas tu ada minah tu jeling kat babah dia sebab babah dia ambil gambar faiz sorang je... nasib baik babah terperasan... kena lah amik gambar minah tu sekali.. karang merajuk, payah nak pujuk. Senyum melebar bile lensa kamera focus kat dia....

Friday, October 07, 2005

Hepi Besday 2 U....

3rd Ramadhan bersamaan dengan 7th Oct - Happy Birthday to my youngest bro - Nadzri & my sister's eldest daughter - Husna.... semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam pelajaran & berjaya dunia & akhirat.... amin...
Semalam , dalam pukul 3ptg aku telefon taska, penjaga tu kata, faiz nak puasa... sejak balik sekolah, tak nak makan apa2.. cuma nak tidur je.. elok le tu... percubaan yg baik.. walaupun dia tak sahur, aku buatkan susu utk dia, minum sambil tidur. Percaya tak, faiz dah umur 5 tahun, dah 2 tahun kesekolah tadika, masih dengan botol susu lagi?
Pukul 5.00ptg aku call lagi, tujuan aku nak tanya faiz, apa yg dia teringin nak makan sempena hari pertama berpuasa ni... rupa2nya penjaga tu kata, faiz dah berbuka pukul 4.30ptg tadi... katanya lapar...
Tak pe lah tu, perlahan2 le... hari ni aku suruh dia puasa sampai pukul 5.00ptg. Minta2 lah dia berjaya... Good Luck to you babe...

Thursday, October 06, 2005

No Tittle

Semalam tak pasal2 aku terpaksa gi klinik kat office jumpa doktor & dapat MC... alhamdulillah, Allah bagi aku sakit, boleh aku MC... hikmahnya, mungkin Allah beri aku sedikit masa utk berehat tanpa memeningkan kepala otak ni... aku redha.
Dah pukul 3.00 ptg baru aku pegi klinik, so, doktor tu bagi half day mc je. Semua ni gara2 aku sakit kepala macam nak pecah jer dibuatnya. Kalau sikit2 tu, aku sanggup tahan, tapi kali ni memang tak boleh tahan melainkan bukak tudung & tidur. Aku agak, sakit kepala ni berpunca dari kerja2 gam kapet kat office aku ni. Bukan aku yg gam lah, tapi aku terhidu bau hangit & tengik asap yg dikluarkan waktu org tu sedang menggamkan karpet kat office aku ni... Sampai keurat saraf aku terasa bende tu menular, lama2 sakit kepala pun datang.... bukan sikit2, berdenyut2 macam nak meletup je rasanya. Member aku, budak Admin yg menjemput org tu datang waktu office hour camni memang tak sesuaiiiiiii langsung. Aku saman kang , baru tahu. Ade beberapa org kawan aku yg senasib aku tapi mereka tak seserius aku. Mungkin sebab aku ada migrain kot, tu sebab aku menerima impak lebih kuat dari mereka.
Aku tidur je kat surau sementara nak tunggu pukul 5.00ptg. Malas nak nyusahkan hubby. Dah lah puasa dapat balik awal, takkan nak mintak keluar awal lagi.. nanti org kata, dah bagi betis nak peha... aku lebih selesa tidur..masa tu otak tak berfikir ... aku tenang & ok sikit lepas bangun tidur tu walaupun x makan apa2 ubat. Syukur.
Hari ni aku terima satu panggilan telefon , tak tahu dari siapa sebab receptionist tu tak cakap. Aku terdengar suara lelaki dihujung talian, fasih berbahasa melayu. Biasanya org yg call aku 99% adalah chinese .
Caller : Assalamualaikum... (tanpa sebarang cacat celanya...)
Aku : Waalaikumsalam... siapa ni ? (aku ingatkan member lama ke, sedara ke..)
Caller : Cedric from Incognito....
Aku : Woi, menyesal I jawab salam you.
Caller : Kenapa ? Tak boleh kah ?
Aku : Cannot...
Caller : Why ?
Aku : Bacause u're not muslim...
Caller : tak salah kan ?
Aku : Salah.... Sekarang I Menyesal. In future jgn buat lagi ok ?
aku tak kuase nak mendoakan kesejahteraan org kafir laknatullah ni melainkan kalau dia benar2 ikhlas nak peluk islam. Selain dari tu, aku beranggapan, mereka cuma nak main2... which is memberi salam & mendoakan kesejahteraan org , bukan bende yg boleh dibuat main2... I'm sorry. apek ni memang kena marah ngan aku, tapi tak lah marah sangat sampai berapi2... control le sikit.. aku kan puasa.... (half day pun puasa la jugak kan...)

Macam2 Kisah..

Hari ni hari ke-2 umat islam seluruh dunia berpuasa, kecuali aku. Sedih sangat2 sebab awal2 lagi aku dah terkantoi. Memang dah nasib aku camni, nak buat camner... tahun lepas pun macam ni.. org puasa, aku dah raya. Tahun lepas mak tiri aku ziarah 2 kali, awal puasa ngan akhir puasa. Harap2 tahun ni, mak tiri datang sekali je lah... tak yah lah datang lagi lepas ni.. aku tak ingin diziarahi mak tiri lagi sebab aku dan hubby sedang dalam proses nak ......... ????
Last week balik kampung, pergi pasar dengan hubby beli barang keperluan rumah ke-2 kami (rumah mak mertuaku lah....) . Tersinggah gerai yg jual jeruk2, aku pun beli le jeruk buah salak & anggur. Balik rumah mother in law, bila dia nampak aku makan bende tu, dia tanya aku, mengidam ke kamu ni? tak lah... mane ade.... hehehe...
Pas tu hubby pulak nampak , dia pun tanya, mama ngidam ke ? Takkan dah kot ? Express nyer? Baru malam tadi...... aku hairan, apasal? tak leh ke makan jeruk2 ni kalau tak ngandung ? Kawan aku kat office ni yg belum kawin pun ,mengidam jugakke sebab dia pun suka sangat makan jeruk. Pagi2 dah melantak jeruk buat sarapan... lagi terror dari aku. Sebenarnya aku rasa lah, semua org hairan tengok aku makan jeruk ni sebab aku tak pernah beli & makan jeruk ni sejak aku hamilkan anis, nearly 3 years aku tak makan bende tu. Tup tup bila aku makan, mcm ade something wrongkan... aku pun ingatkan menjadilah project juta2 aku tu, tapi alih2 hari ni khabar duka kusampaikan kat hubby...
Mama : Hello babah, busy ker?
Babah : Erm, nape...?
Mama : Dah ada tanda2 lah....
Babah : Tanda ape? Muntah muntah ke ?
Mama : bukan tu.... tanda2 tak leh puasa hari ni.... hihihi..
Babah : I say Man.....
Mama : bah, tak cukup power rangers lah...kena cuba lagi.... Couples

Wednesday, October 05, 2005

Puasa

October 5, 2005 - Puasa
Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin & muslimat yg berpuasa pada hari ni. Alhamdulillah, umur kita masih panjang untuk sekali lagi mengecapi Ramadhan al mubarak pd tahun ni. Harap-harap aku tak "miss" puasa kali ni & dapat melakukan ibadah sebanyak mungkin. Update hari ni mestilah sekitar puasa.... pengalaman baru bagi aku mengajar anak teruna aku yg berumur 5 tahun berpuasa pada hari pertama. Walaupun tak dapat tengok keadaan dia sepenuhnya, tapi besar harapan , dia dapat puasa walaupun separuh hari. Tadi aku telefon penjaga dia, katanya faiz balik sekolah mengadu lapar. So tgh hari ni, ibu bagi dia lunch. Bertambah pulak tu.. amboi, qada makan nampaknya ...
Seawal jam 4 pagi aku dah bangun... fenin kepala fikir nak masak apa... termenung kejap kat dapur. Hubby lena diulit mimpi... sedap betul jadi org lelaki ni kan. Tak yah pikir nak masak apa, tak yah bangun awal kena memasak... kesian kat aku. Kalau aku sorang je nak puasa, aku makan kurma ngan susu dah memadai. Tapi, bile fikirkan suami kite pun nak puasa, jadi kenalah masak sahur... redha , tentu banyak pahalanya.. dah tentu aku redha. Kalau tidap wat per aku bangun memasak pagi2 buta.
Pukul 5.00am kejutkan hubby , suruh dia kejutkan faiz sekali. Punyalah lama babahnya kejutkan dia, tapi tak juga bangun2. Last2 mama pulak masuk bilik, kejut lagi... liatnya, nauzubillah... ape nak jadi ngan anak mama yg sorang ni. Susah betul nak bangun . Akhirnya kami bersahur berdua tanpa faiz. Bila org tanya , nak puasa ke tak nak, dia kata nak... tapi maleh nak bangun.
Pagi tadi waktu siapkan faiz dgn pakaian sekolah dia, aku pesan kat dia bahawa dia kena puasa hari ni. Dan beberapa lagi pesanan spt dibawah :
JANGAN makan, JANGAN minum, JANGAN korek hidung, JANGAN masukkan apa2 dalam mulut...bla bla bla....
faiz kehairanan, kenapa itu tak boeh, kenapa ini tak boleh.. jenuh gak nak explain.... faiz akan tahu bila faiz meningkat dewasa.. mama harap, tahun depan, faiz dpt puasa penuh...

October 4 , 2005 -Frust

Harini disekolah faiz mengadakan jamuan perpisahan 2 dalam 1... sebenarnya Jamuan akhir tahun & majlis perpisahan dengan ustazah yg menamatkan perkhidmatan beliau kerana nak mendirikan masjid... alkisahnya, aku dah dapat circular yg dihantar pihak sekolah dari minggu lepas. Dalam memo mengatakan setiap pelajar digalakkan membawa juadah utk jamuan tersebut. Fenin juga aku pikir, apa nak bawakkan utk faiz ni. Aku pun call my sister kat kg, kebetulan aku nak balik kg end of last week, so aku order kueh karipap from my sister.
Aku pun bangun awal pagi sebab nak menggoreng karipap...dah sudah tu, aku masukkan dlm beg dia dan pesan bahawa sesampai disekolah nanti, bagi kat cikgu. Cadangnya sepiring lagi nak bagi kat cikgu depan rumah, Ketuk punya ketuk, tak buka pintu pun... cikgu ni dalam bilik kot... so, hubby tolong call hp cikgu ni, tak jawab gak.. last2 aku bagi kat jiran lain... dah memang tak de rezeki cikgu tu nak makan sarapan free.
Aku ingatkan semuanya berjalan lancar... sampailah petang , waktu aku ambik faiz kat taska, baru dia cakap kat aku yg dia terlupa nak keluarkan karipap tu bagi cikgu... menggerutunya hati aku.. sabo.. sabo.... betapa frustnya aku x yah cakaplah.. memang HAMPEH betul.... aku sms my sister, anak aku terlupa nak bagi kawan2 dia makan karipap yg ko buat... kakak aku kata, Buek ponat yo aku Uli.... Another sis cakap , bagi kucing buek sahur....
Aku tak bela kucing.. tak de kucing nak makan. Last2 masuk tong sampah... SEDIH.....rezeki dibuang2..

Monday, October 03, 2005

Budak Kecik Kawin...?

Semalam aku pergi kenduri kawin member hubby kat Sabak Bernam. Aku ajak mak & ayah aku sekali & juga kakak aku sekeluarga sebab kebetulan kiteorg berkumpul kat rumah my sister . So, rumah kenduri tu dekat je ngan rumah my sister. Aku tunjukkan kad jemputan kawin tu kat anak sedara aku, Fatin. Budak fatin ni umur dia 7 tahun, tapi keypoh nye, masyaallah... macam mak bedah. Yg Special pasal kad jemputan ni ialah, ade gambar pengantin yg nak kawin ni... tapi gambar tu gambar masa diorang budak2 dulu.. lebih kurang dalam umur 6-7 tahun gitu. So, si fatin ni hairan sangat, budak2 boleh ke kawin ? Dia terlalu excited nya nak pergi tengok org kawin ni.... bila jam dah dekat2 pukul 11.30pagi, mak aku suruh fatin pergi tukar baju, nak pergi kenduri dah ni.... apa lagi. kesukaan dak fatin ni, masuk bilik, tukar baju, pakai tudung dan tak sabar2 nak pergi.
Bila kami sampai, hujan dah reda. So masing2 nak jaga vogue, malas nak bawa payung. Tengah2 dok jalan kaki dari tempat parking kereta nak ke rumah kenduri tu, tiba2 dengar bunyi hujan datang. Lebat lak tu.. alamak, mana nak lari ni. Masing2 cari pokok, berteduh. Aku siap jerit, " bang, cepat bang, ambik payung kat keta..." hubby aku, ayah aku & abg ipar aku berlari nak dapatkan payung dari kereta masing2... aku ngan anak2 dan anak2 sedara, ngan mak & kakak aku, masing2 cari pokok buat berteduh. Nasib baik le kena sikit2 je. Kalau tak de pokok tu, lencun le kami.. tak vogue ler....
Bila dah dapat payung, kami pun menuju kerumah kenduri. Masa tu pengantin tak datang lagi. So kami pun makan le dulu sementara tunggu pengantin sampai. Bila kami dah sudah makan, baru pengantin datang. Masa tu kami pun dah nak balik, sempat le tengok pengantin bersanding. Fatin ni asyik tanya mak dia, "mak, org kawin tu tak payah sekolah ke , kecik2 dah kawin? " kiteorg gelakkan dia aje sebab dia terlalu banyak persoalan.. agaknya macam2 dia fikir & tertanya2.... bila dia soal je, org gelakkan dia. So dia tak dapat jawapan & terus tertanya2.. Sian budak fatin ni...