· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, October 05, 2005

Puasa

October 5, 2005 - Puasa
Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin & muslimat yg berpuasa pada hari ni. Alhamdulillah, umur kita masih panjang untuk sekali lagi mengecapi Ramadhan al mubarak pd tahun ni. Harap-harap aku tak "miss" puasa kali ni & dapat melakukan ibadah sebanyak mungkin. Update hari ni mestilah sekitar puasa.... pengalaman baru bagi aku mengajar anak teruna aku yg berumur 5 tahun berpuasa pada hari pertama. Walaupun tak dapat tengok keadaan dia sepenuhnya, tapi besar harapan , dia dapat puasa walaupun separuh hari. Tadi aku telefon penjaga dia, katanya faiz balik sekolah mengadu lapar. So tgh hari ni, ibu bagi dia lunch. Bertambah pulak tu.. amboi, qada makan nampaknya ...
Seawal jam 4 pagi aku dah bangun... fenin kepala fikir nak masak apa... termenung kejap kat dapur. Hubby lena diulit mimpi... sedap betul jadi org lelaki ni kan. Tak yah pikir nak masak apa, tak yah bangun awal kena memasak... kesian kat aku. Kalau aku sorang je nak puasa, aku makan kurma ngan susu dah memadai. Tapi, bile fikirkan suami kite pun nak puasa, jadi kenalah masak sahur... redha , tentu banyak pahalanya.. dah tentu aku redha. Kalau tidap wat per aku bangun memasak pagi2 buta.
Pukul 5.00am kejutkan hubby , suruh dia kejutkan faiz sekali. Punyalah lama babahnya kejutkan dia, tapi tak juga bangun2. Last2 mama pulak masuk bilik, kejut lagi... liatnya, nauzubillah... ape nak jadi ngan anak mama yg sorang ni. Susah betul nak bangun . Akhirnya kami bersahur berdua tanpa faiz. Bila org tanya , nak puasa ke tak nak, dia kata nak... tapi maleh nak bangun.
Pagi tadi waktu siapkan faiz dgn pakaian sekolah dia, aku pesan kat dia bahawa dia kena puasa hari ni. Dan beberapa lagi pesanan spt dibawah :
JANGAN makan, JANGAN minum, JANGAN korek hidung, JANGAN masukkan apa2 dalam mulut...bla bla bla....
faiz kehairanan, kenapa itu tak boeh, kenapa ini tak boleh.. jenuh gak nak explain.... faiz akan tahu bila faiz meningkat dewasa.. mama harap, tahun depan, faiz dpt puasa penuh...

October 4 , 2005 -Frust

Harini disekolah faiz mengadakan jamuan perpisahan 2 dalam 1... sebenarnya Jamuan akhir tahun & majlis perpisahan dengan ustazah yg menamatkan perkhidmatan beliau kerana nak mendirikan masjid... alkisahnya, aku dah dapat circular yg dihantar pihak sekolah dari minggu lepas. Dalam memo mengatakan setiap pelajar digalakkan membawa juadah utk jamuan tersebut. Fenin juga aku pikir, apa nak bawakkan utk faiz ni. Aku pun call my sister kat kg, kebetulan aku nak balik kg end of last week, so aku order kueh karipap from my sister.
Aku pun bangun awal pagi sebab nak menggoreng karipap...dah sudah tu, aku masukkan dlm beg dia dan pesan bahawa sesampai disekolah nanti, bagi kat cikgu. Cadangnya sepiring lagi nak bagi kat cikgu depan rumah, Ketuk punya ketuk, tak buka pintu pun... cikgu ni dalam bilik kot... so, hubby tolong call hp cikgu ni, tak jawab gak.. last2 aku bagi kat jiran lain... dah memang tak de rezeki cikgu tu nak makan sarapan free.
Aku ingatkan semuanya berjalan lancar... sampailah petang , waktu aku ambik faiz kat taska, baru dia cakap kat aku yg dia terlupa nak keluarkan karipap tu bagi cikgu... menggerutunya hati aku.. sabo.. sabo.... betapa frustnya aku x yah cakaplah.. memang HAMPEH betul.... aku sms my sister, anak aku terlupa nak bagi kawan2 dia makan karipap yg ko buat... kakak aku kata, Buek ponat yo aku Uli.... Another sis cakap , bagi kucing buek sahur....
Aku tak bela kucing.. tak de kucing nak makan. Last2 masuk tong sampah... SEDIH.....rezeki dibuang2..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home