· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, October 27, 2005

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Dikesempatan yg terhad ini, Saya mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri serta maaf zahir & batin kepada sesiapa yg mengenali diri saya secara khasnya, dan kepada semua pengunjung blog ini secara amnya.
Dalam pada kita bergembira menyambut lebaran ini, jangan kita terlupa pada yg tiada... pada mereka yg tak berupaya & tidak berkemampuan .. Tahun ni saya tersentuh hati mendengar lagu raya yg sedih2 (tak macam CNY, lagu raya kita , ada yg sedih, ada yg happy...). Sebab terkenangkan org2 yg tak bernasib baik seperti kita yg berkeupayaan dari semua segi.... Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki yg melimpah ruah , diluar sana masih ada yg tak mampu membuat persiapan raya. Syukran.
Kepada teman2 blog, SJ ingin mohon maaf sekali lagi jika sepanjang berkenalan disini, ada tuturkata SJ yg terkasar bahasa ataupun termelawak diluar batasan... harap jgn ambil hati..ataupun,kalau ambik hati, harap ampunkan lah ....
Kepada semua yg membuat perjalanan jauh utk pulang kekampung, selamat memandu, berhati2 dijalan raya, ingatlah org yg tersayang.... tak de ape yg nak dikejar... biar lambat asalkan selamat.
Noha, jangan lupa tangkap gambar makanan sempena raya ni..terutamanya yg noha masak sendiri... slurrrrrrrrrppppp !
Abah Muda (Am) , bila lah nak sampaikan berita genbira yg am dapat hari tu lepas berbuka tu.. SJ tanya, tak jawab pun... (betulker ketapi nak tambah gerabak? )
Enigma , Selamat beraya dan selamat balik ke tanah airmu (singapura).. jgn tak ingat nak balik sini ye... nanti raya dtg rumah kat KL atau kat Kg... 40 kali datang pun boleh...
Pena Biru , kalau terdatang sini, SJ nak tanya, kenapa dah lama sepi... buka lag blog baru kalau yg lama tu banyak sangat masalah nye.. lama tak dengar khabar. Sihat ke?
Zizie, Selamat beraya, selamat balik kampung... Jumpa lagi lepas raya..
Jubeiz, Selamat hari raya, maaf zahir batin. Kite selalu usik awak dgn panggilan Mr.Sogo.. Sorry ye... Mak & abah awak dah balik umrah ke belum? Kang tak pasal2 awak raya sesorang.
Pulut Bakar (PB), selamat balik kelantan... selamat beli emas kelantan... selamat hari jadi hari ni (27/10) dan semoga semuanya selamat... amin
dan banyak lagilah, yg tak dapat disebut satu persatu, terima kasih diatas persahabatan yg dihulurkan.... Semoga jumpa lagi, Assalamualaikum...

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

aiseyy kak, kalau dah balik kg tu, takde chance la saya nak tunjuk bakat, semua mak yang masak!

anyway, selamat hari raya, maaf zahir dan batin yek...

27/10/05 3:04 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

sama-sama lah kite..noha boleh la tunjuk bakat buat cookies.. ambik la gambar kasi promo. Insyaallah tahun depan boleh order kat noha...

27/10/05 4:46 PM  

Post a Comment

<< Home