· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, October 14, 2005

Kasut Raya Anis

Tahun ni adalah tahun yg pertama sepanjang aku berkahwin, aku membuat persiapan awal raya sebelum bermula ramadhan.. selalunya dalam bulan ramadhan , sibuk pergi shopping mencari baju anak2, baju sendiri, kasut, tudung dan bla-bla... Tahun ni, nampaknya semua dah ready sebelum 1st ramadhan. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan yg amat membosankan dijalan raya, dipasar raya dan dimana2 ... juga kesian kat hubby, kena jaga anak sementara kite memilih tudung, baju & kasut yg mengambil masa berejam2...

Tahun ni cik abang kita dah suruh beli awal2 , maknanya dalam bulan puasa ni, nak dok kat rumah je... serik rasanya berkerumun sana sini especially kat pasaraya untuk mencuba baju budak2.. dengan budak2 nya yg tak reti duduk diam, lari sana sini,dah lah manusia2 nya ramai macam semut. Alhamdulillah, semua dah selesai. Baju raya yg ditempah pun dah siap seminggu sebelum puasa. Bukan beria2, cuma tak nak menyusahkan tukang jahit... jgn nanti , kerana baju raya kita anak beranak, dia buat alasan , tak pergi terawih sebab tak sempat nak jahit baju ... tempahan banyak sangat... nanti kite pun dapat sama kongsi syer ngan dia... sebab baju kita... untuk mengelakkan benda2 macam tu, supaya tukang jahit boleh beribadah dalam bulan mulia ni, aku mengambil keputusan membuat persiapan seawal yg boleh supaya tak menyusahkan sesiapa...

Tahun lepas anis kecil lagi, tak kisah pasal kecantikan, tak kisah pasal raya, tak ambil tahu pasal kasut raya ni.... tak tahu pun apa maknanya raya... tapi tahun ni berbeza sekali... anak dara aku dah besar... dah faham apa itu raya... dah tahu nak cantik aje.... kasut raya dalam lemari diselongkar, dipakai kehulu kehilir dalam rumah. Nak makan kat meja makan pun , nak pakai kasut raya.. ala-ala catwalk gitu... suka nye dia ngan kasut raya yg dibeli. Aku teringat masa aku kecik2 dulu, lebih kurang cam anis jugak la.. tapi tak le tayang kat org.. pakai dalam bilik je, pas tu simpan balik.. Anis ni, bukan takat nak try dalam rumah je. siap pakai waktu nak pergi taska.. habisla, kasut raya anis dah tayang kat org..

Malam kelmarin, dia nak pakai kasut raya dia ke surau. Org pergi nak solat terawih, dia nak pergi bergaya.... 2nd night, aku sorokkan kasut raya dia kat tempat lain. Bila org semua dah keluar nak kunci pintu, dia masuk balik dalam rumah, buka lemari kasut, dia cari kasut dia tak de.. terus nangis... mama, mana kasut raye anis ? Aku cakap, Pencuri dah curi kasut anis sebab anis tinggal kat luar... terus meraung ngan syahdunyer sebab tak sempat raya, kasut dah kena curi. Kesian juga....
Aku pun pujuklah dia, air mata berlinang2 sebab kasut raya hilang. Kasut lain pun tak nak pakai dah. terpaksalah babah carry dia .. nanti mama belikan yg lain ok... (tipah tertipu bang, tipah tertipu... ahaks....) Org kat surau ketawa kan anis, pergi surau semalam, bawa patung spiderman yg isi angin tu.... mende lah budak pompuan main patung spiderman... kalau budak lelaki, tak per lagi....

5 Comments:

Blogger Jubeiz said...

kesian anis.. mama tipu dia.

14/10/05 9:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

sian anis,

kalau shopping raya, nurin anto kat babysitter..Alhamdulillah, dia yg offer, kita pun apa lagi, sakan la..tapi bukan anto kosong je, balik tu belikan KFC ke, juadah bebruka ke dan bagi duit xtra sikit..

at least nurin selesa kat umah, nak makan, minum , tido semua ok..

14/10/05 12:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

sakan raya thn ni akak??

samat ari raya :D

14/10/05 2:52 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Raya tahun ni ala kadar je... sakan amendenye? Mana ada sembelih kobau.. kalau sembelih kobau sekor dua baru sakan namanye... ; )

14/10/05 4:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

tumpang nagis sama anis wawawa, kesihan tertipu dia, sure terperanjat bila ada balik nanti

17/10/05 10:13 AM  

Post a Comment

<< Home