· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, October 24, 2005

Terlepas Konvo...

Assalamualaikum..
Hari ni dah 20hb Ramadhan bermakna dah 20 hari kita berpuasa. Tinggal 9 hari je lagi kita akan berada dibulan mulia yg penuh barakah ini. Selepas itu syawal akan menjelma. Dah buat persiapan raya ?
Masuk hari ni faiz dah pun berpuasa selama 14 hari. Sejak dia puasa pertama kali pada 11hb Oct, sampai hari ni dia tak tinggal puasa lagi. Kadangkala aku considered bila dia mengadu dahaga, nak minum tengah hari. Aku bagi je apa yg dia minta, asalkan tak berat sangat dan lepas tu dia kena puasa sampai petang. Alhamdulillah....
Jumaat 21/10/05 - Mak mertua aku datang kerumah. Naik bas lonpat dari kampung sorang diri... dah tak de kerja le tu... tak pernah2 naik bas lompat, tetiba naik bas lompat. Aku dan hubby dah mengemas rumah seawal pagi. Bila hubby pergi jemput mak dia kat stesyen bas dengan anak2, aku mengambil kesempatan itu utk membuta sebab mengantuk sangat. Sampai dirumah , hubby ketuk pintu pun aku tak dengar sebab tidur dalam bilik. Last2, hubby terpaksa call hp aku sebab tak bleh masuk. Nasib baik aku dengar bunyi hp yg diletakkan kat sebelah telinga...
Sabtu 22/10/05 - Pagi2 buta dalam keadaan hujan ranyai2, aku dan hubby pergi pasar borong selayang sebab cadangnya nak buat jamuan berbuka puasa kat rumah utk adik beradik hubby. Balik pasar, sibuk kat dapur . Nasib baik hubby & mak mertua tolong. Tu pun aku banyak berdiri sebab nak mencuci ikan, ayam, sayur sampai sakit pinggang. Lepas tu masak lunch utk anis... suap anis makan lagi... finally, lepas solat zohor (1.40pm) aku pun terus set alarm pukul 2.45pm utk bangun menyambung kerja2 kat dapur. Malangnya, tak sempat 2.45pm, mak mertua aku masuk bilik, kejutkan aku.... kesian aku, letih & penat tak hilang lagi , dah kena bangun ... badan sengal semacam.
Petang - dah ramai kat rumah... lauk pauk penuh kat meja ngalahkan buffet kat hotel. 2 jiran aku pun datang menyumbang juadah memasing... (balas pinggan aku). Tetamu yg datang pun memasing bawa juadah dari rumah... akhirnya ada yg meratah lauk ... menunya seperti berikut :-
1) Ikan keli salai masak lemak cili api (putih)
2) Siput sedut masak lemak cili api (kuning)
3) Ayam Goreng perap dengan Oyster Sos + Black Pepper + Quaker Oats
4) Siew Pak Choy tabur garlic & oyster + Black Pepper
5) Jemputan1 bawa - Rendang Ayam
6) Jemputan2 bawa - Siput Sedut + Keladi masak lemak cili api
7) Jiran1 bagi - Mee kari
8) Jiran2 bagi - Ikan Bawal masak sweet Sour
9) Agar2 Milo
10) Hubby Beli - Karipap & Sup Daging utk bebudak kecik
Lepas makan, satu lagi jemputan dari seremban baru nak tiba.. masa tu dah dekat pukul 8.00 mlm. Jemputan ni bawak bahan mentah nak buat sandwich sebab dia tak sempat buat. Last2 tak jadi buat, aku bgi dia bawak balik bahan2 tu....
Lepas dah berbuka, bersembang adik beradik sambil minum kopi & teh... ada yg bawa keluar kueh raya... tak sempat raya dah rembat kueh raya..
Ahad 23/10/05 - Ex-baby sitter call ajak berbuka kat rumah dia. Sebenarnya dia dah rindu sangat kat anak2 aku yg dah lama tak jumpa.... masa aku kat rumah , aku dengar macam ada bunyi loud speaker dari sekolah rendah berdekatan. So aku ingatkan, ade org buat konvo hari ni..tak pe lah... bila lah agaknya faiz nak konvo.Minggu depan dah nak cuti raya dah. Lambatnya cikgu ni...
Malam, lepas balik berbuka dirumah ex baby sitter, recvd 1 sms from ustazah faiz, berbunyi begini : " kak, kenapa faiz tak datang konvo tadi ? Faiz dapat nombor 3. Esok ambil hadiah kat sekolah..." Aku terkejut badak... bila pula masanya cikgu bagitahu ada konvo hari ni ? Tak de surat apa2 pun.. aku dah geledah beg faiz, tak de pun surat atau pekeliling utk parents. Aku tanya dia, dia pun cakap cikgu tak bagi surat... dalam happy faiz dpt no. 3, aku sedih sebab tak attend konvo tu... aku tak attend , tak pe lagi... dengan faiz sekali tak attend , tu yg aku sedih. Apa nak buat, hari pun dah malam, everything is over....
Agaknya surat pekeliling tu faiz dah buat roket.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

alahai, kesian kat faiz terlepas konvo, apsal ustazah dia tak bagitau?? missed communication??

25/10/05 9:17 AM  
Blogger Mama Emmy said...

w'salam....

mcm mana boleh terlepas saat2 yang paling seronok & membanggakan nie... boleh meremang bulu roma biler tgk anak sendiri naik pentas amik ijazah and hadiah....

takpelah, make sure jgn terlepas future convo tau...

26/10/05 12:47 PM  
Anonymous Anonymous said...

Selamat Hari Raya!!! Balik mana?

27/10/05 8:35 AM  
Blogger Selipar Jepun said...

Selamat Hari to you too Zizie.. Kite balik Tk Intan. Kali ni turn rumah mak mertuaku...hehehe.. by the way, rumah mak mertua ke, rumah mak kite ke, sama je.. sekampung dan sekejap je dah boleh sampai.Boleh ulang alik 60 kali....

27/10/05 1:03 PM  

Post a Comment

<< Home