· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, October 19, 2005

Double Happiness

Alhamdulillah , sejak faiz berpuasa penuh, dia dah mula menunjukkan semangat nak berpuasa penuh. Setakat ni tak tinggal lagi... kecuali hari ahad lepas, cuaca sejuk, hujan sampai ketengah hari, angin bertiup kencang, rumah tak de air - cond pun rasa macam terlebih sejuk dari air cond.... hari tu , mendung & muram je cuaca.. aku rasa bukan KL je, kat seluruh malaysia ni rasanya berkeadaan demikian. Jangan kata perut faiz je berkeriut nak diisi, perut aku pun sama... tapi sabar je sebab aku kan dah sahur... lapar macammana pun kenalah tahan. Faiz tak boleh tahan.. pukul 10.00 minta nak berbuka... tapi aku consider dia baru nak bersahur lah sebab dia tak bangun sahur... babahnya kata, bagilah dia makan. Lepas tu kena puasa sampai petang.Maka kenduri le faiz dan anis hanya dengan favourite food mereka, telur dadar, nasi & kicap. Setakat hari ni dah 8 hari faiz puasa.. muka pun dah ceria, tak de lah monyok macam first day tu. Sekarang macam biasa je, walaupun azan maghrib dah berkumandang , walaupun mama & babahnya dah bersiap sedia nak berbuka, dia buat tak reti jer... kadang2 sampai kena panggil bagai nak rak... heran pula aku, tak lapar ke dia ? Sekarang dia sahur berat sikit... kadang2 nasi, kadang2 biskut & susu. (sahur tetap pukul 7.00pagi lagi.. Teethy )

Aku pernah janji ngan faiz, kalau dia dapat puasa penuh, aku akan bagi seringgit sehari. Tapi bagi dia, duit tu tak ada maknanya... ko bagilah seratus ke, seribu ke, yg penting bagi dia, mainan robot... babah ada tanya dia recently, faiz nak robot ke , nak gameboy . Dia pilih robot..

Seminggu ni cikgu kata tak payah bawa buku, sebab ada latihan untuk graduation. So, faiz bawa beg kosong dgn pencil box je. Semalam masa aku tengah sibuk menghidang juadah berbuka, aku ternampak exam paper kat atas meja. Aku perati betul2, rupanya kertas exam akhir tahun which is last week , dah pun siap diperiksa & tertera markahnya sekali... terkejut beruk aku. Terus aku panggil babahnya.Masa aku mengemas beg dia semalam, aku keluarkan semua kertas2 tu tanpa dipedulikan , nak cepat sangat sampai tak perasan kertas apa..

Kali ni faiz betul2 do his best.. most of the subject yg dia ambil, cuma ada careless mistake 1 @ 2 saja... kebanyakan markahnya 96% - 98%. English 100%. Maths je yg lemah sikit, cuma dapat 81.5% (org suruh tolak, dia pergi campur...pasal tu lah markah pun best gak...
Sad ) . Lepas aku tolak campur , percentage utk exam kali ni ade la dalam 95%. Moga2 faiz dapat nombor 4 kebawah. Aku dah janji ngan dia, kalau dapat 5 kebawah, mama akan bagi hadiah... (hadiah lagi ? Bestnya jadi faiz... asyik dapat hadiah jer..Too Happy 2

Tapi "nawaitu" faiz kena diubah... masa nak exam, dia nak robot kalau dia dapat 5 kebawah. Masa puasa penuh pun, babah janji nak belikan robot ... so, mungkin faiz akan dapat 2 hadiah sempena raya tahun ni, satu utk exam & satu utk puasa penuh. Tapi, kena lah tunggu report card keluar dulu. Sebab belum tahu lagi faiz dapat nombor berapa.... (mama yg excited sebenarnya.....)

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kalau saya jadi faiza, mesti best. dolu2 abah kata, bole dapat hadiah kalau dpt no 1 je, no lain tak kira...huhuh...kena la mnyekor kalau nak hadiah

19/10/05 8:58 AM  
Blogger Jubeiz said...

tahun depan naikkan benchmark dia supaya dapat no.1 baru boleh hadiah.

seronok la dapat anak yang pandai-pandai. dari mana la datangnya otak yg bergeliga tu. mak dia ke ayah dia.

19/10/05 10:11 AM  
Blogger Selipar Jepun said...

reply to nohachomel: dulu2 masa kecil2, kite malas nak blaja.. periksa asyik dpt nombor belakang2 je. Bila dah form 5 baru le nak belajar dapat no.1. Masa tu dah terlmbt, sebab dah besar.. mak bapak dah tak offer hadiah dah. Tapi dgn doa merekalah ,kite berjaya.Itulah hadiah yg termahal sekali.

19/10/05 10:21 AM  
Blogger Selipar Jepun said...

Reply to jubeiz : next year faiz ada lagi setahun kat kindergarten tu. Next year dia kena score no. 1 baru boleh dpt hadiah. Bagus cadangan jubeiz ni... otak yg bergeliga tu datang dari parents dia yg geliga juge nih.. ehem2...

19/10/05 10:24 AM  

Post a Comment

<< Home