· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, June 30, 2005

SeLiPaR yAnG MuSyKiL..

A'kum.. hari ni betul2 musykil.. sama ade aku yg salah faham, atau org yg tak faham2... tadi gi solat lagi, tempat biaselah... sejak dua menjak ni kat office aku ni asyik meeting tak habih2 .. apelah yg boss2 tu asyik meeting hari2 .. kalau 1 jam, ok ler jugak. Kalau dah sampai 3-4 jam sekali meeting + hari2 meeting, kalau aku mesti dah "VOMIT BLOOD" dah.... uweksssss! Pasal diorang meeting tak habis2, macam nak buat strategi pergi perang je ader nye.... sebab itulah jugak aku kena pergi surau kat 6 feet underground.. bukan ape, maleh nak menapak dan stuffy jer tempat tu. Macam tak ader proper vandilation. Lemas !
Yang buat aku musykil sangat tu bukan sebab kena menapak pergi surau, atau pun musykil kat boss2 yg asyik meeting sampai tak payah buat kerja tu... tapi musykil kat 2 org minah yg pi solat kat surau mukminah hari ni... 1st minah, datang ngan aku serentak. 2nd minah datang lambat sikit. 1st minah tu solat kat depan aku. Dia solat duduk. Aku syak, dia pregnant jer.. sebab jarang ler org pompuan solat duduk , kecuali kalau dia patah kaki @ lumpuh. But 1 thing that make me wonder, adeke org solat duduk sambil bersila macam nak makan kenduri jer gayenye.... dan aku perhatikan, dia langsung tak sujud... bongkok sikit2 jer... mula-mula aku ingat dia nak tunggu masuk waktu asar, rupa2 nya minah tu tengah solat... mak musykil benar dgn cara dia solat tu. Lalu aku pun ambik hp, sms to my sis, ask her abt this.. but she didn't reply coz my hp coverage bak biskut chipsmore... kejap ade, kejap tak ader... bukan hp aku yg koman, tapi bile dah duduk kat 6 feet underground, what do you expect ? Jgn ler mintak yg bukan2 kan.....
Berbalik kat 2nd minah tu pulak. Memula solat zohor agaknya, elok jer berdiri.... tapi bile nak solat asar, dia pun solat duduk macam org sebelah dia.. 1st minah tu dah balik dah... so aku ni macam jadi pemerhati jer... aku dah solat dah masa tu... masa 2nd minah tu solat, aku tengok, dia pun solat sambil duduk bersila.... macam nak makan kenduri ler jugak... Musykil 14x.... Kedua2 minah ni pregnant rupanya... 1st minah, besar ler jugak perut dia.. 2nd minah tu sedang2 saje.. dalam 4-5 bulan je... aku pun pernah pregnant gak dulu, dah masuk 9 bulan baru aku solat duduk sebab aku pernah hampir nak terjatuh bile bangun dari tahyat ... rase mcm tak boleh nak balance kan badan yg sedia ade berat.... Tapi minah 2nd tu macam meniru 1st minah jer... sebab berhari2 aku jumpa dia, aku tgk baru hari ni dia solat duduk. Pulak tu, solat zohor boleh jer berdiri, apasal solat asar duduk... duduk tu betul ke ?
Bila balik office, baru aku dpt reply from my sis.. actually, aku bukan tak tahu, cuma nakkan kepastian jer... according to her, solat duduk ni kena duduk macam duduk tahyat awal. Sujud tetap serupa macam org solat berdiri... KECUALI kalau org tu patah pinggang...
So, kesimpulannya, mane 2 org minah ni belajar solat duduk sambil bersila...? Wallahualam... selipar jepun, lain kali gi solat duduk depan sekali, so tak yah nak terganggu konsentrasinyer... bakper tengok org? Wookey... mulai esok, selipar jepun mesti duduk saf yg pertama, tepi dinding... supaya tak tengok sesiapa.... Azam Selipar Jepun bermula 1/7/2005. Tenkiu....

Lagi-Lagi Mawi...


Macam2 kisah budak2 gossip pasal mawi ni. Sejak dia nyanyi lagu GADIS MELAYU pd konsert ke-4 hari tu, dan sekaligus mengeluarkan statment yg gadis melayu pilihannya adalah yg pertama.BERTUDUNG. kedua.SPORTING (sepatutnya dia kata understanding sebab maksudnya -memahami dirinya). dan yang ketiga.PANDAI URUT...maka dengan itu ramailah aweks2 kat malaysia ni yg pakai tudung & pergi belajar mengurut semata2 nak tawan hati mawi . Porah lah korang.... pakai tudung sebab Mawi, bukan sebab Ikut Perintah Allah... tahu hukum ke tidak ni? Ni lah dianya gambar TUNANG MAWI kononnya yg heboh diperkatakan... Bile lah masenyer mawi bertunang kan? Duduk dalam akademi pun tak boleh keluar, tak boleh berhubung ngan sesiapa, tak boleh gi shopping, tak boleh jumpa keluarga, tiba2 kata dia bertunang? Mentang2ler gadis tu Melayu, Bertudung & cantik... Sebenarnya peah kat sebelah mawi tu budak yg keluar kat iklan Sunsilk tu... Sunsil hijau utk org yg bertudung... alahai... malu2 kucing ler pulak mawi tu.. control macho nampak ? ape-ape pun, mawi WoRLD !!!!!

Friday, June 24, 2005

reza @ pocot

ni ler rupa budak pocot yg aku meluat tu.. budak ni ler yg suka buat havoc kat dalam akademi ... dia lah batu api... dia lah yg bakal menjadi taik minyak tak lama lagi memandangkan kedudukannya yg nyaris2 terkeluar..... akan terkeluar tak lama lagi..... perasan macho, tapi hancur....ada P.h.d kat mawi.....satu2nye pelajar AF3 yg mencetuskan kontreversi ...perang sakan dengan idayu.... tengking budak2 lain waktu dalam kelas.. mengadu kat cikgu .... macam bagus ! Astro jugak yg kayo! pocot budak poyo...... 14X

mAwI FC ...World !


Nama Penuh : Asmawi bin Ani
Tarikh Lahir : 25 Ogos 1981
Zodiak : Virgo
Tinggi/Berat : 173cm/56kg
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Hobi : Bermain sepak takraw
Makanan/Minuman Fav :Nasi Goreng Kampung/Teh O
Penyanyi Kegemaran : Yassin, Nash, Wahida
Pelakon Kegemaran : M.Rajoli, Jalaluddin Hassan, Ida Nerina, Umie Aida
Lagu Kegemaran : Seruan
Ringkasan diri : Makanan Melayu tetap menjadi makanan yang sentiasa menjadi pilihan Mawi. Mawi memilih ais krim berperisa cokelat sebagai pencuci mulut kesukaannya. Mawi gemar makan "Mamee" kerana ia merupakan makanan ringan kegemarannya dan Mawi sentiasa sukakan apa jua makanan yang dimasak bersama kicap terutama sekali dari masakan ibunya

mAWi FC
aku & hubby sama-sama memang minat kat mawi.... bukan sebab dia tu special sangat... tapi dia ada satu kelebihan yang tak ade pada student AF yg lain... nak kata hensem, tak ler hensem mane.. nak kata sedap sangat suara dia, tak juga.... tapi dia ada umph! .... tak tahu nak cakap kat mana yg lebihnya, tapi semua org kata dia ada aura yg tersendiri yg menyebabkan dia ramai peminat... For me , orang bukan undi simpati kat mawi sebab dia org miskin ke aper... tapi sebab dia punya suara yg power... rasanya tak salah kalau aku katakan yg mawi bakal menjadi juara AF3 ni.. dengan sikap low profilenye, dia disenangi semua pihak...


Selain mawi, aku juga minat kat Felix.... Felix menjadi best frenz mawi kat dalam akademi.... dan realitynya, peratusan undian mereka berdua adalah yg tertinggi setakat ini dimana mawi mendapat 25% - 27%, dan felix dengan 24% - 25%... mudah-mudahan kedua-duanya dapat kekal sampai final key.. kalau sama-sama menang pun aku tak kisah lah.. kang korang kerat dua ler kereta suzuki swift tu, kongsi yek.... korang berdua memang ramai peminat....
Aku suka-suka jer sebenarnya... takdelah sampai nak mengundi... tak kuase mak eh nak undi diorang. Buat hape? Aku sekadar suka tengok jer, tak sampai ketahap suke mengundi sampai depa menang... Astro & hotlink jugak yg kaye kau... korang2 yang mengundi tu , KAYAP! aku pun tak ingin disoal tuhan dikemudian hari kerana mengundi budak-budak AF ni... saham akhirat tu, walaupun RM 0.65... Tak koser mak !

Aku berbulu betul kat sorang mamat yg dikenali sebagai "pocot" kat dalam AF tu. Perasan bagus.... nak marah org je kerjanya... Biar aku revealkan namanya kat sini... REZA... puas hati mak kau.... Budak pocot ni, konon yg paling senior lah kat situ.Tak de sape lantik dia jadi ketua pun. Dia yg perasan sendiri. Dah tu moody memanjang... macam datang bulan pulak. Marah org sana, marah org sini, gaduh sana, gaduh sini, jadi batu api lagi.... sikit lagi jadi taik minyak pulak. Pocot, ko tak caye cakap aku, minggu ni ko tu bakal terkeluar tau tak... tak caye, ko tengoklah. Org meluat dah tengok perangai ko tu yg belagak macho tapi hancur...... Porah lah. Suare tak sesedap mane, perasan nak jadi pennyayi... Dengki kat mawi pulak tu pasal % mawi tertinggi, sedangkan % dia yg tercorot sekali....

Melayu ni kalau tak dengki kat orang, tak sah ke?

bESt fRen & hOspiTal + DiRTy jOkE..

Best Fren Kena tidur Kat Spital........


Kesian betul ler ngan best pren aku yg sorang ni... hari Isnin hantar sms kat aku kata dia masuk lambat. Tak payah tunggu dia. So aku pun pi lah kerja dgn hubby. Petang tu aku dapat tahu, dia langsung tak masuk kerja... MC lah pulak... then selasa, subuh2 dapat dapat sms kata dia MC lagi... then rabu, MC lagi.. wah, teruk nye kawan aku ni. Sakit apa yg MC tak habis-habis ni.... dalam hati aku, aku mesti call budak ni hari ni... apa sakitnye teruk sangat ni?
Then sampai kat office hari rabu tu aku dapat tahu dia masuk spital kat Damansara Specialist. Tonsilitis & virus Infection... Sian mak bedah ni... tak pasal-pasal masuk spital... aku sempat gi jenguk dia lunch hour semalam dengan hubby. Get well soon emmy.... Malaysia Boleh!

diRty jOkE oF tHe daY....


Semalam aku gi solat zohor seperti biasa kat surau underground kat office aku ni.. kebetulan semalam tak ramai org.... pendek cerita, hanya aku dan sorang lagi minah je yg solat kat surau tu semalam. Then mase nak tunggu waktu asar tu, aku terlelap jap. Masa aku bangun nak solat asar, aku tengok cik kak tu tgh solat kat depan aku.. selesai aku ambik wudhu, aku pun pakai semula telekong...dalam pada dok pakai tu, mata aku asyik tengok cik kak tu dari belakang.. tak de niat apa2 pun.. berangan ade lah kot.... then out of sudden, camner aku boleh ternampak kain telekung yg dia pakai nak terlondeh dan dia cepat-cepat pegang. Agaknya dia dah di rakaat yg terakhir kot... so tak per lagi... then dia duduk tahyat... time dia sujud terakhir tu, korang tahu tak ape yang aku nampak? ..... aku maleh nak citer... kang busuk plak blog aku ni... korang teka jer lah apa yg aku nampak .... sungguh memalukan lebih2 lagi bila org tu duduk di saf yg pertama...
Aku pun buak dek, aku mesti solat sebelum cik kat tu selesai solat. Kalau tidak, sure dia kemaluan besar... Then aku pun solat ler cam biasa. Tapi setan dah kacau aku haritu.. solat aku tak kusyuk..... aku terperasan yg cik kak tu lepas bagi salam, terus toleh belakang nak check whether aku tgh tengok dia ke tidak... agaknya dalam hati dia lega , sebab aku tgh solat... walhal dia tak tahu yg aku dah nampak drama tak sepatutnya aku tengok hari tu... lebih-lebih lagi dalam surau kan....
kepada cik kak tu, kalau terbaca lah blog aku ni, ni ade sikit pesanan.... cik kak, kalau nak solat tu, ikatlah kain akak kuat-kuat supaya tak terlondeh okey... then, kalau tak pun, pakai ler kain batik ke, kain kerja ke, spender ke... jgn ler londeh semua sekali yerk....pas tu kalau rase was-was, solat ler lagi sekali... bukan main hentam jer... ape-ape pun, peristiwa yg berlaku semalam, mengingatkan aku... supaya berhati2 dilain kali...

Sunday, June 19, 2005

Hepi Fathers Day...

Hepi Fathers Day to all fathers out there... (19/6/2005). Seperti biasa, kite ajak anak-anak nyanyikan lagu Hepi Fathers day dalam versi Birthday song....

Hepi Fathers Day to U...
Hepi Fathers Day to U...
Hepi Fathers Day to Babah...
Hepi Fathers Day to U...

Then faiz kata "nanti kejap..." ... terus dia lari masuk bilik dia. Ingatkan nak buat ape... rupa-rupanya dia baru teringat , kat sekolah cikgu dah ajar dia buat kad utk bagi kat babah sempena Fathers Day... dengan selambanya dia bagi kad tu kat babah dia, disusuli dgn ucapan Thank You from babah.... So cute ! Touching jugak... tapi ini tak adil... Mamanye Kad untuk Mothers Day mana? Tak buat pun untuk mama?

Then we didn't celebr8 ape-ape pun... cadang nak suruh hubby berehat secukup-cukupnye sempena fathers day... tak nak suruh dia buat apa2 lah konon... tapi sejak awal pagi lagi, hubby org paling sibuk dalam dunia dihari ahad... ini agendanya untuk harini :-

7.30am- keluar beli bekpes
7.45am-bekpes
8.00am-gotong royong naikkan pagar kat depan kaw. rumah
11.30am-balik rumah
12.00pm-pergi kenduri kat bukit beruntung golf resort - Ibin Rashd Kawin...
2.00pm-hantar mama & anak2 balik umah
2.01pm-pergi kerja.... (org cuti, dia kena kerja.. kerja banyak berlambak due July'05)
7.45pm-balik kerja
8.30pm-pergi surau -solat isyak
9.15pm-balik... dinner
9.30pm - 1.30am - Watching Astro ...
1.30am-kerja lagi..... (shift malam pulak Ahaks...)
Tidur ...

Hari Ahad yg meletihkan.... Tak rase pun macam fathers day & tak rasepun macam cuti.....

Thursday, June 16, 2005

MotHeR...


Mother...
Posted by
Hello
"M" is for the million things she gave me,
"O" means a mother who never grow old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold,
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she always will be...

Wednesday, June 15, 2005

Looking For New Family Member?


Looking for new family member?
Posted by
Hello
I'm looking for this species to become our family member in these 2 years ahead. Maybe some people will say, It's your dream lah cik kak oi or "R U Crazy" to have this kind of species when the reality is you have totally asia blood type... but I beleived, when you look at this kind of pics for 9 months, eventhough Jawa + Kedah blood also can produce this kind of features..... you have to belived what i said if you look at my anis.... she's one of the example... Totally different and some people says, she looks like chinese... but some people says, she looks like "mat saleh" with her blonde hair... i really have no idea from where she get her blonde hair & fair skin ... but everywhere she go, she get the attention from others just because of her cute face, fair skin, blonde hair.. just like a blonde girl...
That's all from Allah, yang mencipta dan menjadikan sesuatu .... Allah Maha Besar ... People will look twice at me when comparing me with my daughter... maybe we look totally different, and she herself, totally different from her brother, Faiz. Like I said, while i'm pregnant of her, I set my Desktop wallpaper with few "koaylo" babies which is soooo cute, so chubby, so fair skin with blonde hair, add on with blue eyes.. luckily my anis didn't get the blue eyes, if not sure people will say that i'm accidentally took the wrong baby from the hospital. Dalam pada mata anis tak biru pun, ramai dah kata aku tertukar baby kat spital.... but just a little bit, like her father.
This story is not started yet... this is future plan maybe for the next years ahead. Kat office dah ada 2 mak buyong from diff. dept. Takkan lah every dept nak hantar 1 wakil kan? Bukannya miss universe contest, kalau ye, boleh ler hantar wakil. Tunggulah diorang kempis dulu, barulah aku pulak. La ni, jiran aku yg nama Liza pun tgh dok pening & mabuk for the 3rd one... diam-diam dok tinggi2 kat atas, tak turun2, rupanya ade project juta2 yer.... siap antar anak balik kampung bagi mak jaga. Alasan sebab anak kuat merengek... dah tu, la ni, bukan anak merengek kot, tapi bapaknye yg terlebih rengek... Liza bagi mango muda minggu lepas. Aku pun sms gatal tanya dia, dan dia mengaku.... padahal syafiq dah pecah lubang 2 minggu sebelum tu lagi... saje aku nak confirm kan... jgn mare ye liza.... ko kempiskan lah perut ko tu dulu, pas tu aku pulak take over yer.....
Buat masa ni kitorang tak de mase lagi untuk ........ Couple In Bed



Macam Anis


sedihnye tengok baby nangis...


sAat sUkA dAn dUkA -14/6/05

anak itu pinjaman allah kepada kita. kita yg bertanggungjawab keatasnya....


Malam tadi 14/6/2005 - adalah saat suka dan duka bagi anak-anak ku yang 2 orang tu. Kesian, anak kecil yang tak mengerti apa-apa melalui saat-saat getir didenda oleh mamanya... Lepas semua berlalu, aku kebingungan, sesal pun ada, sedih pun ade... Tapi, demi kebaikan sikecil itu, biarlah kumarahi dia sekali sekala, agar dia lebih berhati-hati dimasa-masa akan datang.
Biarlah kite dengar cerita yang suka dulu... yang duka tu kemudian cerita.... Semalam, balik dari kerja, aku membawa balik hadiah yang dijanjikan untuk faiz sempena examnya yang cemerlang. Actually, hadiah tu aku tak beli pun... Redeem from rewards points collected over the years from my credit card. I redeem almost 6000 pts for his drawing sets from Faber Castell -inc. 1 set of Magic Colour Pen, 1 set of Crayon & 1 set of Colour Pencils. All together worth RM60 kot kalau beli bali kat luar.... Lepas dia balik dari kelas iqra' nya, aku beria-ia suruh dia buat homework... aku sibuk memasak kat dapur, so, babahnye terpaksa le melayan kerenah anak2nya sambil ajar faiz buat homework. Then aku panggil dia masuk bilik sebab nak bagi hadiah tu kat dia. Happynye dia sebab nak dapat hadiah. Tapi dia masih belum tahu apakah hadiah yg mama belikan untuk dia. Lalu dikatil, aku suruh dia menutup matanya serapat-rapatnya, supaya dia tak nampak apa yang akan aku keluarkan dari beg. Kususun baik-baik satu persatu didepannya, lalu kusuruh dia membuka matanya. Wow.... bestnye mama...Banyaknye kaler... Tima Kasih mama... lalu dia singgahkan kucupan mesra dipipiku tanda terima kasih & aku mintanya berjanji, lain kali exam mesti dapat no. 1 kalau dia nak hadiah yang lebih bagus... lalu kutanyakan padanya, hadiah apa yg lebih bagus , katanya "ROBOT"... tak habis2 nak main...
Then masa utk makan, anak daraku yang kecil, come & lote si Anis pulak buat hal.... mula-mula macam nak makan... adele 2 - 3 suap je. Lepas tu sessi ramas meramas, seperti menguli tepung adenye..... habis semua nasi yang kusendukkan kepinggannye bertukar tempat. Kini nasi2 tu semua berterabur kat atas meja, mengalahkan kucing. Kucing pun makan tak sepah-sepah macam tu... almost every night she will do that, until last night, i really cannot tahan her, I sound her... tak makan saman punya budak. Sikit pun tak heran, cuma tunjuk muka selamba tapi takut-takut.... puas dah mamanya membebel, ngalahkan tok nenek... pun tak hujan-hujan lagi. Akhirnya lepas babah basuk tangannya, aku mengemas meja dan segala nasi yg tertumpah & ditumpahkan oleh Anis, maka selesai mencuci pinggan, aku dekati sikecil itu yg sedang menonton tv bersama abangnya. Lalu ku pimpin tangannya ajak dia kedapur (wet kitchen - yg dipisahkan oleh 1 pintu). Di tengah-tengah pintu tu, kuletakkan dia diluar, kukatakan padanya yg dia mesti duduk & tidur diluar situ malam ini kerana dah buat salah.... ini denda yg mama kenakan.... Dia berdiri kaku, tunduk tanpa memandang sedikitpun kepadaku... bila kusuruh dia berkata " sorry mama", dia enggan. Lalu aku berpura-pura mahu menutup pintu dan menyuruhnya tinggal diluar , dia enggan & memelukku. (takut la konon....)
Tetiba, bunyi kapal terbang melintasi rumahku, dia takut & terkam padaku... Lalu dia pelukku erat. Lepas bunyi tu dah hilang, aku letakkan dia semula ketempat asalnya, maka aku menyuruhnya ucapkan "sorry mama". Dia diam lagi. Rasenye ade la dalam 20 kali aku menyuruhnya berbuat demikian, finally, dekat pukul 10.30 malam, baru lah terkeluar dari bibir mungilnya, perkataan yang aku tunggu-tunggu dari tadi ..."SOYI MAMA"... itu lah kata-kata azimat yg melegakan hati aku yg tengah bergelora ni....
Aku minta dia berjanji lain kali jangan buat lagi.... Dia pun mengangguk, lalu memeluk dan mencium mamanya. Tapi, dalam hati kecilku berkata, fahamke budak ni? Dia terlalu kecil untuk memahami apa itu "JANGAN BUAT ITU, JANGAN BUAT INI..." Dan adilkah aku untuk menghukum anak yang masih mentah dan kecil itu supaya menuruti kehendakku... Harapanku agar dia faham, lain kali tak buat lagi.... Itu je....
Sebenarnya aku amat menyayangi permata hatiku yang 2 orang itu melebihi dari segala-galanya.... Walaupun kenakalan mereka kekadang menduga kesabaranku, namun ku rela, kerana bila mereka menginjak dewasa kelak, aku akan rindukan suara tangisan & rengekan mereka, rumah akan sunyi tanpa mereka, dan masa yang berlalu itu amat berharga sehingga tidak sesaat pun tidak dapat diputarkan kembali.... Semoga mereka menjadi anak2 yg soleh, gemilang & terbilang... Berguna pada ugama, bangsa & negara... Amin..

Monday, June 13, 2005

Anjung 3

teratak yg penuh sejarah... Anjung 3
inilah tempat dimana kudilahirkan & pertama kali melihat dunia. Teratak ini jugalah tempatku dibesarkan dalam suasana kampung, aman damai... menjelajah seluruh pelosok kampung , memanjat pokok, memancing dan berbasikal keliling kampung.. mengalahkan budak zaman sekarang yang banyak menghabiskan masa dalam rumah, main video game & tengok tv... aku pulak lain cerita... suka main guli, main getah zero point, main katuk ayam, main aci-aci, main congkak, main ting-ting, main tangkap pepatung , tangkap belalang, mandi parit (sungai kecik), kutip telur itik dalam reban dan macam-macam lagi.... keliling kampung sampai tak ingat nak balik. Maghrib baru nak balik. Kena marah dengan mak...

Laman Anjung 3


Teratak yg penuh sejarah.... Laman Anjung 3
Bila tengok gambar ni, teringat nak balik kampung...

Thursday, June 09, 2005

iNcOmpLeTe - B.S.B

Artist: Backstreet Boys
Album: Never Gone
Title: Incomplete

Empty spaces fill me up with holes
Distant faces with no place left to go
Without you within me I can't find no rest
Where I'm going is anybody's guess

I've tried to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I'm going to be is incomplete

Voices tell me I should carry on
But I am swimming in an ocean all alone
Baby, my baby
It's written on your face
You still wonder if we made a big mistake

I've tried to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I'm going to be is incomplete

I don't mean to drag it on, but I can't seem to let you go
I don't wanna make you face this world alone
I wanna let you go (alone)

I've tried to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I'm going to be is incomplete
Incomplete

Wednesday, June 08, 2005

"Mak Abang" Dalam Kenangan.........


indahnya ciptaan tuhan...
Sorry lah kepada tuan punya gambar ni... sebenarnya kite pun tak tahu siapa makcik dalam gambar ni yang tengah posing dengan batang pancing ni. Ampun ler makcik yer, saye publishkan gambar makcik kat dalam blog saye ni. Jangan lak makcik minta royalty dari saye ataupun pengeras, sebab saye bukan berniat nak buat super impose atau nak jual gambar makcik. Saye juga tidak mendapat keuntungan walau satu sen pun hasil dari mempublishkan (english+malay)gambar makcik ni. Juga bukan niat saye nak eksploitasikan makcik atau wanita-wanita lain... saye sebenarnye terjumpa gambar makcik ni dalam blog orang lain, dan saya rasa sangat unik & terpegun seketika merenung betapa besarnya anugerah allah kepada kite untuk menilai & bersyukur...
Makcik, walau rupamu tidak kukenali, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pooooojaan hatiku.. hi hi hi.. Jangan marah makcik yer. Melawak jer. Sebenarnya gambar makcik ni membangkitkan nostalgia silam... pada zaman kanak-kanak saye. Begini ceritenye...
Saye pun ade seorang makcik.... tapi beliau telah meninggalkan dunia yang fana ni... namanya Hajjah Fatimah , kakak kepada mak saye. Makcik, sekali pandang dari sisi, cara berpakaian makcik tak ubah seperti arwah. Saye rapat dengan beliau, malah saye tidur tiap-tiap malam pun dengan beliau. Rapatnye saye dengan beliau, ibarat anaknya sendiri. Saye juga sayang beliau seperti mak saye sendiri. Saye memanggilnya dengan panggilan "mak abang" .
Yang membuatkan saye terkilan sampai harini, semasa beliau sakit (lebih kurang 5 tahun beliau lumpuh sebelah badan kerana darah tinggi) saya melayannya dengan acuh tak acuh. Mungkin pada ketika itu saye budak-budak lagi (lebih kurang tingkatan 3), jadi terlalu ikutkan perasaan... Kekadang saye layan dia baik, kekadang tu saye macam endah tak endah... Sekarang ni saye menyesal sesangat sebab dia dah tak ade lagi, dan saye tidak ade peluang kedua untuk berbuat bakti kepadanya.....
Beliau telah meninggal dunia sewaktu saye masih dikolej (Utara tanahair). Malah keluarga menghubungi saye agak lambat, jadi saye tidak berkesempatan untuk pulang kekampung kerana mungkin tidak sempat untuk saye melihatnya buat kali terakhir disebabkan jenazahnya akan dikebumikan disebelah pagi, dan perjalan pulang kekampung pula mengambil masa selama lebih kurang 6 jam. Jadi seharian saye menangis dikampus & kuliah terkenangkan Mak Abang saye yang telah pergi mengadap illahi... Innalillahiwainna ilaihiraji'un....(kepadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali....)
Andainya beliau mendengar rintihan hati saye ni, saye nak mintak ampun bebanyak dari hujung kepala sampai hujung kaki sebab pernah mengguris hatinye sewaktu beliau terlantar sakit. Sekarang, apabila sudah menjadi ibu, sudah merasai pahit manisnya hidup, orang kate dah banyak makan garam, barulah diri ini terasa insaf sangat dengan perbuatan-perbuatan dimasa lalu, dan masa tu lah hati kita berkata "ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA........."
Kepada Mak Abang, ampunkan lah anakmu ini, dari hujung rambut sampai hujung kaki, yang tersalah, terkasar, sengaja mahupun tidak sengaja, halalkan yang termakan & terminum, dan semua dosa-dosa anakmu ini, semoga rohmu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman & soleh, semoga Allah merahmatimu dan mencucuri rahmat keatas rohmu... amanlah engkau disana hendaknya.
Alfatihah..................

Monday, June 06, 2005

Alfatihah...

Seorang lagi saudara kite telah pergi buat selama-lamanya menemui Yang Maha Esa.... Innalillah hiwainna ilaihirajiun.... (dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali...) Kak Timah anak Cu Minah kembali kerahmatullah 5/6/2005 ~ 9.00pm kerana brain cancer yang baru diketahui dalam 3 minggu yang lepas.

Alangkah pendeknya masa yang diberi, penyakit maut itu hanya dapat dikesan disaat-saat akhir hayatnya.... Sepatutnya beliau menjalani pembedahan pada 4/6/2005 tersebut di HKL, tetapi dibatalkan disaat-saat akhir oleh keluarga beliau kerana mereka ingin membawanya menjalani perubatan secara tradisional di Nilai. Selepas menjalani rawatan tradisional tersebut, arwah dikatakan "sembuh" sekejap dengan menunjukkan tanda-tanda seperti boleh bangun untuk makan, solat dan berbual-bual. But then, on sunday 2.00pm, she collapse again... Start dari situ, arwah dibawa kehospital KL dan dimasukkan ke ICU. Arwah nazak menjelang petang & menghembuskan nafas terakhir dipangkuan keluarga pada malamnya.

Takdir Allah melebihi dari segala-galanya..... Kehilangan yang tidak terduga & dijangka.... She left behind 6 children - 3 girls & 3 boys , the youngest is around 4 years old boy... Sempat juga kite ziarah arwah pagi Isnin 6/6/05 tu walaupun kite ade appointment di gov. dept . Then lepas berada disitu dalam 1 jam, kite pun beredar untuk urusan kite dengan hubby, then when we comeback to that place, they just bring the coffin to the burial site. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.. dan tempatkanlah dia bersama-sama orang yg beriman.... Amin.


Friday, June 03, 2005

Myvi lagi... dan lagi.... dan lagi.........

Hari jumaat yg indah banget ni, dalam perjalanan ketempat kerja, tetiba ade satu species kereta yang memotong dengan lajunya bagai nak tunjuk lagak... wallauweh... tau tak keta apa? Walaupun rupa mu tidak kukenali, TETAPI lobang hidung mu TETAP menjadi Pooooooooojaan hatiku...... ape lagi, kalau bukan Myvi...... tak sangka dah ade on the road... ingatkan tak de lagi. Ces.... eksyen ler org tu, bawak laju macam pelesit, nak bagi kite meleleh air liur jer... dah lah tu, yg terjumpa pagi tadi tu, sebijik la macam yg kite promote kat bawah tu.... warna yg diidam-idamkan..... sabau-sabau... Sampai kat office, cerita kat member. Dia siap tanya, "ade org kejar tak" .. sebab dalam TV tu iklannye, ramai org kejar... yg terjun bangunan pun ade...
Tak mampu den nak kejar... sebab bukan den yg drive... member den bawak kenari jer... boleh ker kejar....? Then, den teringat dan terigau-igau bayangan myvi pagi tadi sampai hati den melonjak-lonjak nak cari telefon number dealer kat Tk Intan yg den pergi minggu lepas. Pamplet yg dia bagi tu tertinggal kat umah. So , den pun surf le website, dan jumpa juga telephone number dia, den pun call ler...
Borak panjang , mostly tanya pasal trade in keta yg sedia ade ni dgn Myvi..... dia suruh datang keshowroom dia untuk estimate value keta sekarang ni yg nak di trade-in.... pepandai jer den ni call org tu tanya pasal myvi... kalau laki den tahu, mampuih den kena marah... dia bukan tak bagi beli myvi, tapi dia sayang banget kat bini no.2 dia tu..... selama dibawah jagaan dia, keta tu elok sesangatnye... Rosak sikit, hantar service & repair. Most of the time, kalau balik kampung, dia bawak keta tu pergi jumpa klinikar.... (clinic car). Kalau ade bunyi sikit kat mana-mana, dia akan cari sampai dapat..... Sebab dia tak nak kasi keta dia bunyi. Kalau bunyi tu tandanya dah longgar sana sini, dan tak nice untuk halwa telinga mendengarnya.
Then, balik kg minggu lepas, dia pergi ganti brake pad & buat allignment . Dalam perjalanan nak balik ke KL, macam-macam bunyi ade.... so dia pun hairan bt ajaib. Buat donno jer la. Then the next day, balik dari kerja, dia suruh den drive, sebab dia nak cari bunyi tu datang dari mana. Mula2 dia suruh den yg duduk belakang, sebab katanya bunyi tu kat belakang. Dia drive, den cakap x tau nak carilah. Bila dok kat belakang, bunyi tu macam datang dari depan. Bila den duduk depan, bunyi tu macam dari belakang. Hantu kut...
Then dia duduk sebelah den, den drive keta pulak. Jenuih dicarinya punca bunyi tu... mula-mula bunyi sekejap, pastu tak bunyi-bunyi dah. Dia pindah dok belakang, pun tak bunyi-bunyi dah..... dia suruh den bawak pelan-pelan, pun tak bunyi. Den bawak laju pun , x bunyi gak. Den kato kek dia, keta ni betui le pompuan... Dia takut kat laki kite..... (tuan dia).
Tetapi, Myvi tetap menjadi pujaan hatiku... tak kira lah.. akan kutunggu walau sebulan dua.. pas tiga empat bulan, dah tengok org ramai pakai, tentu jealous makin membuak-buak.... Dengar pulak cerita kamal tukar kenari baru, trade in ngan dia punya Punto.... ditambah pulak jiran dekat rumah tukar kancil buruk dia dengan Wira Aeroback baru, membuatkan den bertambah lah sayunyer hati .... den pun teringin nak berkereta baru..... Alahai myvi..... (laki den nak termuntah dah agaknya sebab bini dia asyik sebut myvi tetiap hari...)

Thursday, June 02, 2005

Myvi.. I lOvE yOu @ tHe FiRsT SiGHt.....Muuuuuah!


Inilah dianya kereta idaman kite setelah melawat showroom nya pada 29hb May hari tu.... Entah kenapa, macam ada satu tarikan yg amat sangat menyeru2 supaya kite tukar kete ni..... mungkin sebab dia comey sangat kot... dan sesuai untuk org yg comey macam kite. Dan sejak itu, hari hari tak pernah tak sebut "Myvi".... it's a pressure buat hubby tersayang sebab at the same time, dia pun sayang kat kete dia.... takkan nak jual kot? Tapi, tengoklah. Kalau ada rezeki, siapa tahu kan....