· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, June 15, 2005

sAat sUkA dAn dUkA -14/6/05

anak itu pinjaman allah kepada kita. kita yg bertanggungjawab keatasnya....


Malam tadi 14/6/2005 - adalah saat suka dan duka bagi anak-anak ku yang 2 orang tu. Kesian, anak kecil yang tak mengerti apa-apa melalui saat-saat getir didenda oleh mamanya... Lepas semua berlalu, aku kebingungan, sesal pun ada, sedih pun ade... Tapi, demi kebaikan sikecil itu, biarlah kumarahi dia sekali sekala, agar dia lebih berhati-hati dimasa-masa akan datang.
Biarlah kite dengar cerita yang suka dulu... yang duka tu kemudian cerita.... Semalam, balik dari kerja, aku membawa balik hadiah yang dijanjikan untuk faiz sempena examnya yang cemerlang. Actually, hadiah tu aku tak beli pun... Redeem from rewards points collected over the years from my credit card. I redeem almost 6000 pts for his drawing sets from Faber Castell -inc. 1 set of Magic Colour Pen, 1 set of Crayon & 1 set of Colour Pencils. All together worth RM60 kot kalau beli bali kat luar.... Lepas dia balik dari kelas iqra' nya, aku beria-ia suruh dia buat homework... aku sibuk memasak kat dapur, so, babahnye terpaksa le melayan kerenah anak2nya sambil ajar faiz buat homework. Then aku panggil dia masuk bilik sebab nak bagi hadiah tu kat dia. Happynye dia sebab nak dapat hadiah. Tapi dia masih belum tahu apakah hadiah yg mama belikan untuk dia. Lalu dikatil, aku suruh dia menutup matanya serapat-rapatnya, supaya dia tak nampak apa yang akan aku keluarkan dari beg. Kususun baik-baik satu persatu didepannya, lalu kusuruh dia membuka matanya. Wow.... bestnye mama...Banyaknye kaler... Tima Kasih mama... lalu dia singgahkan kucupan mesra dipipiku tanda terima kasih & aku mintanya berjanji, lain kali exam mesti dapat no. 1 kalau dia nak hadiah yang lebih bagus... lalu kutanyakan padanya, hadiah apa yg lebih bagus , katanya "ROBOT"... tak habis2 nak main...
Then masa utk makan, anak daraku yang kecil, come & lote si Anis pulak buat hal.... mula-mula macam nak makan... adele 2 - 3 suap je. Lepas tu sessi ramas meramas, seperti menguli tepung adenye..... habis semua nasi yang kusendukkan kepinggannye bertukar tempat. Kini nasi2 tu semua berterabur kat atas meja, mengalahkan kucing. Kucing pun makan tak sepah-sepah macam tu... almost every night she will do that, until last night, i really cannot tahan her, I sound her... tak makan saman punya budak. Sikit pun tak heran, cuma tunjuk muka selamba tapi takut-takut.... puas dah mamanya membebel, ngalahkan tok nenek... pun tak hujan-hujan lagi. Akhirnya lepas babah basuk tangannya, aku mengemas meja dan segala nasi yg tertumpah & ditumpahkan oleh Anis, maka selesai mencuci pinggan, aku dekati sikecil itu yg sedang menonton tv bersama abangnya. Lalu ku pimpin tangannya ajak dia kedapur (wet kitchen - yg dipisahkan oleh 1 pintu). Di tengah-tengah pintu tu, kuletakkan dia diluar, kukatakan padanya yg dia mesti duduk & tidur diluar situ malam ini kerana dah buat salah.... ini denda yg mama kenakan.... Dia berdiri kaku, tunduk tanpa memandang sedikitpun kepadaku... bila kusuruh dia berkata " sorry mama", dia enggan. Lalu aku berpura-pura mahu menutup pintu dan menyuruhnya tinggal diluar , dia enggan & memelukku. (takut la konon....)
Tetiba, bunyi kapal terbang melintasi rumahku, dia takut & terkam padaku... Lalu dia pelukku erat. Lepas bunyi tu dah hilang, aku letakkan dia semula ketempat asalnya, maka aku menyuruhnya ucapkan "sorry mama". Dia diam lagi. Rasenye ade la dalam 20 kali aku menyuruhnya berbuat demikian, finally, dekat pukul 10.30 malam, baru lah terkeluar dari bibir mungilnya, perkataan yang aku tunggu-tunggu dari tadi ..."SOYI MAMA"... itu lah kata-kata azimat yg melegakan hati aku yg tengah bergelora ni....
Aku minta dia berjanji lain kali jangan buat lagi.... Dia pun mengangguk, lalu memeluk dan mencium mamanya. Tapi, dalam hati kecilku berkata, fahamke budak ni? Dia terlalu kecil untuk memahami apa itu "JANGAN BUAT ITU, JANGAN BUAT INI..." Dan adilkah aku untuk menghukum anak yang masih mentah dan kecil itu supaya menuruti kehendakku... Harapanku agar dia faham, lain kali tak buat lagi.... Itu je....
Sebenarnya aku amat menyayangi permata hatiku yang 2 orang itu melebihi dari segala-galanya.... Walaupun kenakalan mereka kekadang menduga kesabaranku, namun ku rela, kerana bila mereka menginjak dewasa kelak, aku akan rindukan suara tangisan & rengekan mereka, rumah akan sunyi tanpa mereka, dan masa yang berlalu itu amat berharga sehingga tidak sesaat pun tidak dapat diputarkan kembali.... Semoga mereka menjadi anak2 yg soleh, gemilang & terbilang... Berguna pada ugama, bangsa & negara... Amin..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home