· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, June 03, 2005

Myvi lagi... dan lagi.... dan lagi.........

Hari jumaat yg indah banget ni, dalam perjalanan ketempat kerja, tetiba ade satu species kereta yang memotong dengan lajunya bagai nak tunjuk lagak... wallauweh... tau tak keta apa? Walaupun rupa mu tidak kukenali, TETAPI lobang hidung mu TETAP menjadi Pooooooooojaan hatiku...... ape lagi, kalau bukan Myvi...... tak sangka dah ade on the road... ingatkan tak de lagi. Ces.... eksyen ler org tu, bawak laju macam pelesit, nak bagi kite meleleh air liur jer... dah lah tu, yg terjumpa pagi tadi tu, sebijik la macam yg kite promote kat bawah tu.... warna yg diidam-idamkan..... sabau-sabau... Sampai kat office, cerita kat member. Dia siap tanya, "ade org kejar tak" .. sebab dalam TV tu iklannye, ramai org kejar... yg terjun bangunan pun ade...
Tak mampu den nak kejar... sebab bukan den yg drive... member den bawak kenari jer... boleh ker kejar....? Then, den teringat dan terigau-igau bayangan myvi pagi tadi sampai hati den melonjak-lonjak nak cari telefon number dealer kat Tk Intan yg den pergi minggu lepas. Pamplet yg dia bagi tu tertinggal kat umah. So , den pun surf le website, dan jumpa juga telephone number dia, den pun call ler...
Borak panjang , mostly tanya pasal trade in keta yg sedia ade ni dgn Myvi..... dia suruh datang keshowroom dia untuk estimate value keta sekarang ni yg nak di trade-in.... pepandai jer den ni call org tu tanya pasal myvi... kalau laki den tahu, mampuih den kena marah... dia bukan tak bagi beli myvi, tapi dia sayang banget kat bini no.2 dia tu..... selama dibawah jagaan dia, keta tu elok sesangatnye... Rosak sikit, hantar service & repair. Most of the time, kalau balik kampung, dia bawak keta tu pergi jumpa klinikar.... (clinic car). Kalau ade bunyi sikit kat mana-mana, dia akan cari sampai dapat..... Sebab dia tak nak kasi keta dia bunyi. Kalau bunyi tu tandanya dah longgar sana sini, dan tak nice untuk halwa telinga mendengarnya.
Then, balik kg minggu lepas, dia pergi ganti brake pad & buat allignment . Dalam perjalanan nak balik ke KL, macam-macam bunyi ade.... so dia pun hairan bt ajaib. Buat donno jer la. Then the next day, balik dari kerja, dia suruh den drive, sebab dia nak cari bunyi tu datang dari mana. Mula2 dia suruh den yg duduk belakang, sebab katanya bunyi tu kat belakang. Dia drive, den cakap x tau nak carilah. Bila dok kat belakang, bunyi tu macam datang dari depan. Bila den duduk depan, bunyi tu macam dari belakang. Hantu kut...
Then dia duduk sebelah den, den drive keta pulak. Jenuih dicarinya punca bunyi tu... mula-mula bunyi sekejap, pastu tak bunyi-bunyi dah. Dia pindah dok belakang, pun tak bunyi-bunyi dah..... dia suruh den bawak pelan-pelan, pun tak bunyi. Den bawak laju pun , x bunyi gak. Den kato kek dia, keta ni betui le pompuan... Dia takut kat laki kite..... (tuan dia).
Tetapi, Myvi tetap menjadi pujaan hatiku... tak kira lah.. akan kutunggu walau sebulan dua.. pas tiga empat bulan, dah tengok org ramai pakai, tentu jealous makin membuak-buak.... Dengar pulak cerita kamal tukar kenari baru, trade in ngan dia punya Punto.... ditambah pulak jiran dekat rumah tukar kancil buruk dia dengan Wira Aeroback baru, membuatkan den bertambah lah sayunyer hati .... den pun teringin nak berkereta baru..... Alahai myvi..... (laki den nak termuntah dah agaknya sebab bini dia asyik sebut myvi tetiap hari...)

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

anis nak naik keretapi tut tut....bila nak bawak dia jalan2?...:)

13/6/05 2:07 PM  

Post a Comment

<< Home