· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, May 20, 2005

Melepas Geram Di Era - 20th May 2005

Hari ni dalam sejarah sebab kite dapat peluang melepas geram di Era. Walaupun perbuatan melepas geram adalah sesuatu yg tidak baik, tapi sebenarnya kite hanya main-main dan bukan berniat untuk melepas geram pada hari Jumaat tu. Sebenarnya hari tu officemate kite off day, so, terpaksa lah kite tumpang hubby ketempat kerja. Masuk je kereta, terus dengar Era - pagi tu Khairil sorang dikonti radio, Kiran bercuti agaknya....

So, ade la sorang minah ni telefon melepas geram kat pak cik botak kat sebelah rumahnya yg katanya dia rase macam nak sekeh kepala pak cik botak tu sebab pak cik tu tegur dia buat bising & pasang radio kuat-kuat dengan kekawan dia.... kebetulan, dia bukan tuan rumah tu. Dia datang kesitu, huha huha dengan geng dia, then biler dia nak balik, dia kena sound ngan pak cik botak tu... tu yg dia bengang tu.

Then, hubby kite suruh call, lepas geram kat minah tu.... kite pun nak tak nak, try ler call. Set "auto redial" , senang sikit. Mula-mula tu line busy.. biasalah ,Radio Era, sentiasa hotline punyer. Then tak semena-mena ada ringing tone, tunggu sekejap, terus khairil rashid angkat. Va Va Va... tak sangke nye..... Rasa terkezut beruk & tak terkata-kata...

Then kite pun memulakan bicara dengan mengatakan yg kite nak lepas geram kat minah yg lepas geram tadi.... kite kata :-

"Kite kena hormat org tua... tak sepatutnya kite nak sekeh kepala dia... kite kena terima setiap teguran tu dengan positif. Mungkin minah tu ade buat salah, sebab tu pak cik tu tegur... Ye lah, pasang radio kuat-kuat , & buat bising, tentu sekali mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Mungkin dia pernah buat salah dikampung tu atau pernah buat onar, tu sebab lah pak cik tu tegur dia.... Then khairil ketawa sebab dah lama katanya tak dengar perkataan "buat onar"..

Then, after few minutes, kite pun kuatkan radio dalam kereta & dengar sama-sama dengan hubby . Tak sangka suara kite on air.... Biasanya panggilan yg kite dengar kat radio tu few minutes before telah dirakam oleh DJ sementara dia pasang lagu ...

Dan hari tu, habih kredit hp ku kerana bersms kesana sini, (especially my family & frenz) to tell them the morning story..... Hari Ini Dalam Sejarah... kuang kuang kuang...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home