· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, February 27, 2006

Tak De Kerja & Ade Kerja..


Mensyuarat Dinasour2 Semalaya
Originally Upload By : SJ
Bila Tak de kerja, inile dia kerja x de pekdah
yang aku dah buat last weekend.
Agak2nya, apelah yg sedang dibincangkan
oleh dinasour2 ni kan?

Last weekend which is last 2 days, hubby pergi kerja walaupun dia tak kerja hari saturday. Musim sibuk dia dah datang lagi... nampaknya aku ngan anak2 dok kat rumah buat aktiviti memasing....

Sunday - 26/2/2006

Ada aktiviti memasak bubur asyura kat surau dalam kawasan rumah aku. Hubby kata orang pompuan pun boleh datang. Teringin juga nak tengok camne gayanya masak bubur asyura ni. Aku tak pernah masak sendiri bubur ni. Makan tu, berpuluh2 kali makan dah... mak masak. Sendiri masak, tak pernah cuba lagi.

Sepatutnya gotong royong ni start pukul 9.00 pagi. Aku pergi pukul 10.30 pagi selepas selesai semua aktiviti mengemas rumah & menyidai baju. Aku ingat , tak ramaile kaum ibu yg datang. Sekali tengok, mak ai... ramainya... aku antara peserta terlewat yg datang. Tapi masih ade ruang lagi nak menyempit & sempatle tolong carik2 kan daging utk buat bubur tu.

2 jenis bubur asyura telah dimasak iaitu utk selera utara & pantai timur. Sebelah utara biasanya buburnya manis, warna kelabu, ada jagung, carrot, ubi keledek, kacang tanah, kacang hijau dan pisang. Sementara sebelah oantai timur pula, berempah, ada daging dan mungkin masin kot... aku tak berapa suka style pantai timur, sebab rasa dia & bau rempah dia tak best. Mungkin sebab aku ni org utara kot.

Mak2 sibuk potong memotong bahan mentah, pak2 eh sibuk mengacau bubur & kukur kelapa..anak2 eh , aku tengok seronok dok main sekor katak kat tepi longkang. Geli geleman aku. Diorang sikit pun tak takut...

This is Funny Joke From The Mgt...

# Got this email from my contact. Isn't it funny ? #
MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff.
Berkuat kuasa pada tahun 2006, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada dilevel yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2006 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2006 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan dipam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Thursday, February 23, 2006

Bila Tak De Kerja...18/2/2006

My First Colouring Session with abang. Mama is our advisor....


Anis with her painting... ade ke nampak macam rupe dinasour? Elok2 dah hijau, dia pi letak warna merah la pulak... isk....

and this is Faiz's painting... ade le jugak nampak rupe dinasournya.... buleh la tahan...


My first colouring session with Adik. Water Colour, paper, berus , semua babah baru beli utk anak2 nya.

Thursday, February 16, 2006

and their birthday cake for year 2006


Chicken Little is their theme for 2006 Birthday.
They celebrated their birthday on 13th Feb 2006.

Wednesday, February 15, 2006

Happy Birthday To You...




Ucapan Happy Birthday ini ditujukan kepada 2 orang anak2 mama iaitu :-

Faiz yg menyambut birthday yang ke 6 thn pada 14th Feb (semalam) dengan ucapan ;

I Love You !

Dan seterusnya, lagi satu ucapan ;

Happy Birthday to you Anis yang menyambut birthday nya yang ke 3 thn pada hari ini 15th Feb. dengan ucapan;

I Love You Too sweety !

Tragedi

10th Feb 2006 - Friday

Petang, dalam pukul 4.15pm, aku terima call dari hubby mengatakan yg kemungkinan besar kami akan balik kampung selepas kerja. Aku rasa macam ada sesuatu yg tak kena, then I asked him what had happened.

Then the story pun begin....

mak mertua aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. According to him, mak & bibiknya tak de apa-apa.... lega rasa hati... ingatkan kemalangan biasa je...and this is the conversation between me & hubby over the phone...

Me : Dah tu mak cammana?
Hubby : Mak tak de ape2.. bibik luka sikit je. Keta masuk dalam parit.
Me : Astaghfirullah....Org yg accident tu ?
Hubby : Sorang pergi hospital. Sorang lagi tak.
Me : Ha? Sorang lagi tu tak cedera ke?
Hubby : Tak... sorang lagi tu tak yah gi hospital dah sampai bila2.....
Me : (puzzle)...ha? ninggal kat situ ke? Astaghfirullah....
Hubby: Hmmm.

Bila dia cakap macam tu, baru aku tahu yg accident ni bukan sembarangan... this is serious case. Aku dah panik gila, aku rasa mak mertua aku sure lagi beribu kali panik, sebab dia dah langgar org tu sampai mati & lagi, pada siapa dia nak mengadu, anak2 semua tinggal jauh2...

I returned call to hubby, ajak dia balik sekarang juga. Tak payah lah nak tunggu habis office hour. Kg tu jauh , kesian mak sorang2 kat sana. Apa jadi kat dia pun kita tak tahu. My boss pun let me leave early.

After packing kain baju, ambik kanak2 tu dari taska, terus balik kampung. Hujan lebat sejak dari office, sampailah ke kampung. Sampai kampung dalam pukul 9.30pm. Kami org yg terawal sampai . Masa tu mak ditemani oleh sahabatnya yg datang dari kampung bersebelahan. Baik sungguh hati sahabat mak ni, namanya cikgu zarina. Dia bawakkan lauk pauk utk makan malam mak & bibik. Siap tolong masakkan nasi lagi. Jasa dia takkan dapat kami balas dengan wang ringgit.

Sesampai je aku kat muka pintu, mak terus peluk aku. Mak nangis . Aku sebak. Aku pun nangis sama. Mak nampak ok. Tak cedera, tapi trauma. Lepas tu bila aku bersalam dengan bibik, bibik pun peluk aku. Dia pun nangis. Aku pun nangis lagi...

Selepas tu satu persatu adik beradik yg lain balik. Akhirnya lepas bercerita, kami tidur dekat pukul 2.00 pagi.

According tu mak & bibik, they are on the way nak pergi kelas. Sampai kat tempat kejadian, tetiba ada motorsikal melintas. Nasik dah jadi bubur, Dia tak sempat brek lagi dah, but dia mengelak sampai masuk parit. Nasib baik parit tu tak de air. Kalau ada air, aku rasa both of them dah jadi arwah hari ni.

Motosikal ni dipandu seorang remaja perempuan bersama adiknya yg dalam perjalanan ke sekolah tambahan. Ditempat kejadian, saksi mengatakan, motosikal tersebut tidak berhenti, main terus je keluar dari satu simpang. Maka budak remaja ni terpelanting keatas windscreen kereta mak setelah perlanggaran berlaku. Windscreen tu pecah berderai, membuatkan mak memejamkan mata & terus pegang stereng kereta tanpa arah. Sedar2 keta dah ada dalam parit yg kering airnya. Tinggi parit tu dengan jalanraya tempat kejadian ade la dalam 10 kaki.

Mak & bibik menggigil. Ade org kampung yg tolong menarik mak keluar dari parit tersebut. Org tu terus membawa mak & bibik ke balai. Mak tak sempat pun tengok macammana rupa budak yg malang tu. Bila org mintak kain dari mak, baru mak sedar yg org tu meninggal. Astaghfirullah. Sampai balai pun, polis tak boleh nak ambik report. Sebab mak asyik nangis terkenangkan apa yg terjadi. Semuanya diluar kawalan dia. Dah berpuluh tahun dia memandu, tetiba jadi macamni. Satu kenangan yg pahit diakhir2 sisa hidup dia yg pastinya akan dikenang sepanjang hayat. Akhirnya police report terpaksa ditunda utk menenangkan emosi mak.

Berdasarkan dari congakkan aku yg tak bertauliah ni, kesilapan besar terletak pada remaja yg meninggal dunia ni kerana :-

1) memandu tanpa lesen

2) tidak memakai helmet

3) melintas tanpa berhenti

4) tidak mahir menggunakan motosikal yg ada clutch. (pinjam jiran punya)

Tapi apa2 pun jua, yg paling penting & kita sedari sebagai org islam, semua ini adalah ketentuan Ilahi, janji Allah telah sampai dan sudah ajal dia begitu rupa. Kita tidak mampu berbuat apa2.

Aku bersyukur mak selamat, tapi pada masa yg sama, aku turut bersedih diatas apa yg terjadi.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org2 yg soleh. Amin.

Al-Fatihah.

Thursday, February 09, 2006

Makan Session.

1st Feb 2006
Dari pukul 6.30 petang , me and hubby with the kids lepaking at his brother house in Sri Damansara. Emak mertua ada kat sana. Baru sampai dari kampung. So, tonight ,kena makan malam kat sana. We tapau Tomyam Seafood from our fav. tomyam shop in Selayang on the way to their house.
The tomyam taste sooooo good. Udang besar2 penumbuk . Kalau panas lagi best, makan sampai pening. Kaw2 punya tomyam. Tak pernah jumpa lagi tomyam se "best" itu di seantero KL nih.... Kami pelanggan tetap tomyam kedai tu seingat aku sejak zaman kami bercintan-cintun dulu, sampailah zaman aku dah ber anak 2 nih....
Menu makan malam kat rumah bro in law tu adalah nasi kuzi.. (betul ke spelling nih? ) first time aku dengar nama nasik ni, dah tu of course le first time juga dapat merasa masakan nasi kuzi ni. Lebih kurang cam nasi beriani , but taste better. Makan ngan burung puyuh dan acar buah beserta ngan tomyam yang kami beli tu. Dan lagi ade juga papedom, ikan keli goreng .... makan sampai tak larat nak bangun... Balik rumah dah dekat pukul 11.30malam. Aku kerja la weh esok... jealous ngan semua org... hubby cuti, bro & sis in law masih bercuti sebab KL cuti. Tinggal le aku sorang2 kena kerja esok...
Bro in law suruh datang lagi after work esok, makan malam kat umah dia lagi since mother in law was here. Menu esok adalah.....STEAMBOAT. Wuuuhuuuu, Best nye. Steamboat ni fav. hubby sebenarnya. Tapi aku pun suka juga..

2nd Feb 2006


Aku pergi kerja tumpang enigma. Sebab hubby masih bercuti. Tapi cuti pun macam tak cuti bagi dia... aku suruh dia pergi pasar beli apa yg patut utk tonight steamboat. At first nak suruh dia gi Giant je. Tapi dia tak sabar nak tunggu pasaraya buka at 10.00am. So , dia pergi pasar borong selayang. Beli ketam, beli udang, beli sayur, beli ikan... end up, kebanyakan yg dia beli tu utk stok kat rumah. Masa dia jemput aku kat office petang tu, dia hanya bawa udang dan seciput sayur...mana nak cukup utk beberapa keluarga sebab malam ni ada lagi satu bro in law & sis in law yg nak datang. End up, dia ajak aku pergi Tesco , shopping lagi. Anis pulak dah dedar badan dia. Asyik cakap nak muntah, tapi tak jadi. Badan dia tak sihat agaknya.
Kat Tesco , aku champion bab2 shopping sayur & bahan2 steamboat ni. Hubby dah rambang mata tengok pants yg tengah offer. Aku tinggalkan dia kat pakaian section tu, aku masukkan budak2 dalam trolley, dan shopping sepuas hati (masa ni lah setan masuk jarum... nafsu semata2...) Habis shopping dah dekat 7.20pm. Time nak bayar tu baru hubby datang.
Sebenarnya, beside steamboat makan2 at bro in law's house, aku & one of bro in law nak buat surprise birthday untuk my hubby & bro in law's wife. They have to share the cake together. Sorang 2nd Feb, and lagi sorang tu 3rd Feb (my hubby).
Finally when we reached Sri Damansara, I got shocked when I saw a lottttttt of food on the table, the preparation for steamboat. Oh my goshhh, belum lagi keluarkan barang2 yg aku dah shopping tadi. Sure berlambak banyak sampai terlebih2. It sooo true. Lepas dah makan, sampai tak larat lagi nak makan, sampai masing2 dah tersandar2 , banyak lagi barang2 yg belum dimasak . Akhirnya barang2 tu semua terpaksa lah bro in law simpan & tapau bagi kite org bawak balik.....
Memang lazat, menyelerakan... tak payah nak control malu cam makan kat kedai... siap duduk bersila lagi. Tu yang paling best. Dan the best part is, semua org pakai chopstick termasuklah my mother in law.... bibik kata, apa nih... macam org cina....
Makan session buat aku sengkak, sampai tak leh sendawa... cam tersendat je kat dada... sampai rumah pun problem tu tak hilang2 .... banyak sangat ke aku lahap tadi ? Isk....senak perut la pulak.

4th Feb 2006
Mengemas rumah. Mak mertua nak datang. Dah bersiap2 nak keluar ambik dia, tak jadi datang pagi pulak dah... nak datang malam nanti, makan malam kat umah aku. Akhirnya, we have ample of time for lepaking.
First of all, we go makan sarapan at our fav. mamak shop. I ordered maggi moreng, babah with his roti boom, faiz with his roti tisu and anis with her telur setengah masak 2 biji. Finally, when the food arrived, semua dah jadi tunggang langgang. Faiz wants my maggi goreng. We shared together (of course have to request extra plate). Anis with faiz's roti tisu, babah enjoying his roti boom and Anis's telur separuh masak . Finally, I have to eat roti tisu with anis since she cannot finish alone.
After that, we go pasar. Shop again for tonite dinner. Ayam separuh, Tulang Lembu 1.5kg dan sayur2 . menu dalam kepala otak aku pada masa tu , hanya fikir nak yg paling simple, tak memenatkan aku sebab kena masak sorang2, dan yg penting sedapppppp!
Maka aku decide nak masak sup tulang, ayam goreng berempah , sambal belacan & petai & baby kailan fried with oyster sauce. Resepi ayam goreng berempah tu aku mintak kat bibik bro in law. Akhirnya, menjadi jugak ayam goreng berempah aku.... dibawah ni aku sertakan resepi ayam goreng berempah ni utk rujukan aku sendiri bila2 nak buat lagi nanti... dan utk adik aku TunTeja yg bakal nak mendirikan rumahtangga tak lama lagi, belajar le masak rajin2..nanti sure laki sayang.... dan perutnya akan boroi kedepan...hehehe..jgn mare!
Ayam Goreng Berempah Bibik Asromi
(sukatan pakai hentam jer...)
bahan2
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Jintan Manis
Jintan Putih
Biji Ketumbar
Rempah Kari Daging (dalam 3 sudu besar utk 1/2kg ayam)
Sedikit Garam
cara2
Blender semua bende kat atas tu dengan sedikit air . Lepas tu gaulkan dengan ayam. Perapkan 1/2 hari dalam fridge. Rasanya kalau 2-3 hari pun boleh simpan. Balik kerja boleh goreng. Lepas tu, bila nak goreng, hampir2 ayam nak masak, baru lurutkan daun kari. Masyaallah, harumnya bau.... lapar gedahak rasanya kalau bau kari camtu dikala kelaparan....

Friday, February 03, 2006

Happy Birthday To You Dear..




Dear My Lovely Husband,
I want you to know
every day of my life
I know just how lucky I am
that I had the very good fortune
to marry a wonderful, generous man.
A man who's been there for me
time after time.
Who's helped me and tenderly blessed
every day of my life
with the joy and the wonder
of knowing true love at its best.
I just want to wish you
a very HAPPY BIRTHDAY
and to let you know that
I Love You
MMUUUAAAHHH!

Your Sayang ,
Mama

Thursday, February 02, 2006

Tuhan Memakbulkan Doa Kami...

Petang semalam, 1/2/2006 aku sekeluarga mencuri masa menziarah ex-baby sitter yg terlibat dalam kemalangan ngeri pada 2/12/2005 lepas. Kira2 dua bulan masa berlalu, begitu pantas rasanya. Kali terakhir aku melawat dia, dihospital selayang pada 25/12/2005 -sempena cuti Krismas.
Kali ni kami menziarahi dia dirumah parentsnya di bandar baru selayang. Tanpa bertanya org, tanpa address, berjaya juga hubby mencari rumah tersebut. Itupun berdasarkan petua yg pernah diberikan oleh ayah babysitter tu.
Sebaik kaki melangkah kemuka pintu, aku bagai tak percaya. Ada org menyapa aku terlebih dahulu, sambil duduk dan tersenyum gembira dengan kedatangan kami. Org tu adalah baby sitter kami, Lin. Yang dulu kami ingat tak mungkin akan hidup lama. Tapi Allah maha pengasih & penyayang...
Alhamdulillah, aku nak menangis melihatnya. Tapi air mata tak terkeluar. Aku terharu sangat2 sebab dia dah kenal orang. Dah boleh bercakap. Aku sungguh tak sangka. Kali terakhir aku melawat dia dihospital 25 Dec dulu, dia tak kenal orang. Dia tak boleh bercakap. Dia tak boleh duduk. Tangan & kaki sebelah kiri seakan2 lumpuh. Sekarang back to normal, cuma masih perlu menjalani terapi di hospital sebab anggota2 badan tertentu masih lemah.
Dan berita yang buat aku terkejut yg amat sangat adalah, orang yg melanggar beliau telah meninggal dunia 45 hari selepas kejadian. Aku macam tak percaya sebab org tu tak cedera kat mana2 pun sebab kereta yg dipandu mempunyai air bag semasa kemalangan berlaku, manakala baby sitter aku ni koma 10 hari dan kritikal antara hidup dan mati. Kecederaan beliau adalah parah berbanding dgn org yg accident dgnnya. Allah maha kaya. Mungkin ini balasannya atau ada hikmah disebalik semua yg berlaku.
Ya Allah, aku bersyukur kehadrat Mu, Engkau telah memakbulkan doa kami. Hanya Engkaulah tempat kami mengadu, Hanya Engkaulah tempat kami berteduh, Kepada Engkaulah tempat kami meminta. Amin , ya rabbal a'lamin...

Hari Bersejarah

27th Jan'06
Perjalanan balik kerja amat menyesakkan dan meletihkan kerana terpaksa melalui lebuhraya yg "jem" dengan org2 yg nak balik kampung.... Aku sempat tidur sebab letih sangat, hubby pulak boring & ngantuk yg amat sangat , makan limau mandarin sorang2... aku dah tak larat nak bukak mata... kat depan , kat belakang, kat kiri, kat kanan, semuanya kereta & bas yg berpusu2 menuju keutara tanah air... Balik kampung bagi diorang mungkin menyeronokkan, tapi balik kerja bagi org macam aku ni, amat membosankan... masa ni mula terfikir, how i wish if my house just near the office...

Lepas hantar aku balik rumah, lepas maghrib prayers, hubby nak keluar semula . Katanya dah janji ngan kawan2 nak main badminton kat pusat bandar damansara. Dia Balik kerumah almost 1.00am. Katanya Highway masih "jem" sama macam masa balik kerja petang tadi... Astaghfirullah... org2 ni semua, tak tidur ke? Sanggup memandu tengah2 malam buta ni? Baikle aku tidur kat rumah, lagi best !

28th Jan'06

Pukul 5.00am aku dah bangun. Packing apa yg patut sebab bercadang nak balik kampung lepas subuh prayers. Malam tadi aku tak larat nak buat apa2 dah sebab letih tersangkut dalam "jem". End up, almost 6.45am baru bertolak.... Never think that highway will be jam again in the morning (i guess this is too early to be jam).

Bile sampai je kat susur masuk highway, Astaghfirullah.... Mengucap panjang aku laki bini... Memang org2 semua tak tidur kot... dari petang semalam, sampai malam tadi, sampai pagi ni pun masih lagi sesak... ramainya manusia yg nak balik kampung.... Nyesal plak ikut H'way... hubby nak keluar kat bukit beruntung, tapi aku suruh dia keluar kat Tg Malim lagi bagus... boleh gi breakfast kat medan selera near UPSI. Lepas breakfast kat Tg Malim, Kami teruskan perjalanan ikut jalan bawah sampai le ke kampung halaman. Selamat sampai rumah my parents at 10.00am.

Petang, rumah mak aku dibanjiri jiran2 yg nak datang tolong apa yg patut... yg bestnye, bukan datang tangan kosong. Masing2 bawak barang hantaran nak hadiahkan utk adik aku yg bakal melangsungkan pertunangannya esok. Rezeki...

29th Jan'06

CNY tahun ni meriah kat rumah mak aku..bukan kerana kami menyambut CNY, tapi kerana adik aku Tun Teja, bertunang. Barang hantaran utk pihak lelaki dah melimpah ruah sampai dekat2 30 dulang. (dah tak cukup dulang, habis pinggan hiasan dalam almari digunakan). Jiran2 datang masing2 bawakkan benda. Cadangnya 17, dah jadi lebih pulak. Tapi kebanyakkannya makanan. Aku rasa2lah, kek cream yg beli kat kedai tu ade le dalam 4 kotak, kek lapis, kek lapis masam manis, kek buah, bahulu gulung, bahulu ikan, gula tak tahu berapa Kg... ada yg digubah sebagai mango, ada yg buat macam bawang putih, ada yg buat macam jambu air... lepas makan barang2 yg kami balas ni, mesti ahli keluarga pihak lelaki kena pi buat blood test kat spital, takut kena kencing manis... semua makanan manis2 belaka.

Menjadi tradisi org melayu kite terutama kat kampung2, setiap gubahan yg dibawa org (jiran2 @ sanak saudara) mesti termasuk dalam list barang2 hantaran utk dibalas. Kalau tidak, kecik hati diorang yg bawa. Nak tak nak, melimpah ruah sampai pihak lelaki tak cukup tangan nak bawa & tak muat kereta nak naik.

Janji nak datang pukul 10.00 pagi, pukul 9.45am dah sampai. Rumah diorang dekat sangat, mak aku kata, tak sempat nak masuk gear 2, dah sampai rumah kitorang. Tu pasallah cepat sangat sampai. Aku dan adik beradik belum sempat nak tukar baju, sebab masing2 sibuk kat dapur menyediakan nasi ayam utk jamuan kenduri. Semua org menggerutu... cepatnya datang, tak sabar2 dah ker? Nasik pun tak sempat nak masak lagi , orgnya dah sampai.

Buat Tun Teja, Selamat Bertunang semoga berkekalan dan banyakkan bersabar serta bertawakkal kepada Allah. Org bertunang ni, darah manis. Banyak dugaan yg datang dan bijaklah menangani segala cabaran. InsyaAllah.

Anak Dara Aku Dah Besar..

Anak Dara aku (Anis) dgn baju tidurnya sedang bergaya kat katil bakal pengantin... dengan tak mandinya... kan main lagi. Sabau jer lah...

Gaya ranggi anak dara aku... sama sejebon (sebijik) gaya masa aku kecik-kecik dulu. Kalau nak ambil gambar, kaki dan tangan mesti lurus macam nak nyanyi lagu NegaraKu...hehehe


Budak kecik ni "femes" dengan panggilan glamour yg berbagai. Antaranya:- Amoi, Pah Bedah, Ayam Daging dan yg terlatest sekali, dia nak org panggil dia "kakak"... macam le dah ada adik....