· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, February 02, 2006

Hari Bersejarah

27th Jan'06
Perjalanan balik kerja amat menyesakkan dan meletihkan kerana terpaksa melalui lebuhraya yg "jem" dengan org2 yg nak balik kampung.... Aku sempat tidur sebab letih sangat, hubby pulak boring & ngantuk yg amat sangat , makan limau mandarin sorang2... aku dah tak larat nak bukak mata... kat depan , kat belakang, kat kiri, kat kanan, semuanya kereta & bas yg berpusu2 menuju keutara tanah air... Balik kampung bagi diorang mungkin menyeronokkan, tapi balik kerja bagi org macam aku ni, amat membosankan... masa ni mula terfikir, how i wish if my house just near the office...

Lepas hantar aku balik rumah, lepas maghrib prayers, hubby nak keluar semula . Katanya dah janji ngan kawan2 nak main badminton kat pusat bandar damansara. Dia Balik kerumah almost 1.00am. Katanya Highway masih "jem" sama macam masa balik kerja petang tadi... Astaghfirullah... org2 ni semua, tak tidur ke? Sanggup memandu tengah2 malam buta ni? Baikle aku tidur kat rumah, lagi best !

28th Jan'06

Pukul 5.00am aku dah bangun. Packing apa yg patut sebab bercadang nak balik kampung lepas subuh prayers. Malam tadi aku tak larat nak buat apa2 dah sebab letih tersangkut dalam "jem". End up, almost 6.45am baru bertolak.... Never think that highway will be jam again in the morning (i guess this is too early to be jam).

Bile sampai je kat susur masuk highway, Astaghfirullah.... Mengucap panjang aku laki bini... Memang org2 semua tak tidur kot... dari petang semalam, sampai malam tadi, sampai pagi ni pun masih lagi sesak... ramainya manusia yg nak balik kampung.... Nyesal plak ikut H'way... hubby nak keluar kat bukit beruntung, tapi aku suruh dia keluar kat Tg Malim lagi bagus... boleh gi breakfast kat medan selera near UPSI. Lepas breakfast kat Tg Malim, Kami teruskan perjalanan ikut jalan bawah sampai le ke kampung halaman. Selamat sampai rumah my parents at 10.00am.

Petang, rumah mak aku dibanjiri jiran2 yg nak datang tolong apa yg patut... yg bestnye, bukan datang tangan kosong. Masing2 bawak barang hantaran nak hadiahkan utk adik aku yg bakal melangsungkan pertunangannya esok. Rezeki...

29th Jan'06

CNY tahun ni meriah kat rumah mak aku..bukan kerana kami menyambut CNY, tapi kerana adik aku Tun Teja, bertunang. Barang hantaran utk pihak lelaki dah melimpah ruah sampai dekat2 30 dulang. (dah tak cukup dulang, habis pinggan hiasan dalam almari digunakan). Jiran2 datang masing2 bawakkan benda. Cadangnya 17, dah jadi lebih pulak. Tapi kebanyakkannya makanan. Aku rasa2lah, kek cream yg beli kat kedai tu ade le dalam 4 kotak, kek lapis, kek lapis masam manis, kek buah, bahulu gulung, bahulu ikan, gula tak tahu berapa Kg... ada yg digubah sebagai mango, ada yg buat macam bawang putih, ada yg buat macam jambu air... lepas makan barang2 yg kami balas ni, mesti ahli keluarga pihak lelaki kena pi buat blood test kat spital, takut kena kencing manis... semua makanan manis2 belaka.

Menjadi tradisi org melayu kite terutama kat kampung2, setiap gubahan yg dibawa org (jiran2 @ sanak saudara) mesti termasuk dalam list barang2 hantaran utk dibalas. Kalau tidak, kecik hati diorang yg bawa. Nak tak nak, melimpah ruah sampai pihak lelaki tak cukup tangan nak bawa & tak muat kereta nak naik.

Janji nak datang pukul 10.00 pagi, pukul 9.45am dah sampai. Rumah diorang dekat sangat, mak aku kata, tak sempat nak masuk gear 2, dah sampai rumah kitorang. Tu pasallah cepat sangat sampai. Aku dan adik beradik belum sempat nak tukar baju, sebab masing2 sibuk kat dapur menyediakan nasi ayam utk jamuan kenduri. Semua org menggerutu... cepatnya datang, tak sabar2 dah ker? Nasik pun tak sempat nak masak lagi , orgnya dah sampai.

Buat Tun Teja, Selamat Bertunang semoga berkekalan dan banyakkan bersabar serta bertawakkal kepada Allah. Org bertunang ni, darah manis. Banyak dugaan yg datang dan bijaklah menangani segala cabaran. InsyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home