· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, January 12, 2006

Balik Kampung

Last Saturday Night, aku balik kampung ngan budak2 naik train. Ini pengalaman ke-2 mereka naik train balik kampung, waktu malam. Kali pertama dulu, aku ambil bed, tapi kali ni last minute beli tiket, semua bed sold out. Yang tinggal hanya 2nd class & economy class je. So, nak tak nak, aku beli kelas ekonomi, seat biasa. 2nd & economy class x jauh beza harga, cuma 2nd class terlebih sejuk. Sebab tu aku pilih economy class. Tak lah sejuk sangat.

Budak2 happy kan main. Tak sabar nak naik train, tak sabar nak balik kampung. Kali ni kami balik bertiga saja, hubby tak dapat cuti hari Isnin, so dia akan balik sorang diri malam raya nanti.

Setibanya train kat station, aku tergesa2 mengejar gerabak yg dah terlepas laju. Sampai habis platform, tak dapek nak kejor lagi dah. Akhirnya terpaksa masuk dalam coach lain dan dari situ, berjalan menghala ke utara . Hampir 4 gerabak kami terpaksa berjalan . Aku force faiz jalan cepat2 supaya bila train bergerak nanti, takde lah aku masih terhoyong hayang nak mencari tempat duduk. Faiz tak faham apa yg aku cari, sampai disetiap tempat duduk yg dia nampak, dia tanya aku.

"mama, sini ke? "

"no... depan lagi"
Masuk coach lain, ade je tempat kosong, dia berenti lagi.
"mama, sini ke ?"
"no... jalan lagi..nanti mama bagitahu.."
Sian aku tengok faiz...jauh juga berjalan. Anis dah tentu kena carry. Dengan bag pack lagi... seksa sekejap. Babah tak dapat nak hantar sampai tempat duduk sebab train berenti sekejap je. Takut tak sempat turun.
Akhirnya sampailah ketempat yg dicari. Dekat dengan pintu .Alhamdulillah, nanti nak turun senang sikit. Faiz & Anis sit together. Aku ambil 3 tiket, supaya masing2 selesa. Nak tak nak, aku terpaksa duduk ngan sorang mamat ni.... aku rasa dia budak lagi kot.. pangkat adik je. Tapi aku buat derk je...sepanjang jalan aku tengok dia tidur.
Bila dah dapat tempat duduk, budak2 ni excited gile... masing2 keluarkan beg & tabur barang2 permainan yg dibawa kat atas meja , terus main. Faiz dengan robot yg baru dibeli (don't know how many thousand times already babah bought him robot...) dan anis dengan masak2 yg juga baru dibeli siang tadi kat Tesco...
After one hour, playing & eating the snacks, they get bored & sleepy. Terus tidur. Anis yg susah nak tidur. Terpaksa aku pindah ketempat duduk dia & riba dia sampai dia tidur. Bila dah tidur, aku pindah balik duduk tempat aku. Budak berdua tu dah terlentok dah... penant sangat lah tu, seharian berjalan kat tesco siang tadi.
Bila dah sampai, my parents dah tunggu. Alhamdulillah. Selamat tiba akhirnya. Tak susah nak kejutkan budak2 tu... 2 kali kejut dah bangun. Kami terpaksa tunggu sampai train jalan sebab anis nak babai kat train tu...

dia asyik cakap "bye polar express...bye polar express". sambil melambai2 tangan dia.
(terpengaruh ngan citer polar express..)

Sejuknya tidur kat rumah tok & wan. Faiz ngompol. Hampeh.... Anis pulak, celik je mata , first thing yg dia tanya , " babah mana ?"
Alahai, rindu ke anak aku ni. Baru je berpisah tak sampai 12 jam...

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Am hanya ada satu pengalaman sahaja naik train ini, masa bujang pergi ke Kelantan, 12 jam dalam train, macam nak patah pinggang rasanya, sejak itu terus tak berani naik train lagi

13/1/06 10:45 AM  
Blogger Selipar Jepun said...

mak ai... kalau sampai 12 jam, saya pun x sanggup lah am ,melainkan tiada pilihan lain...

Perjalanan balik kampung kami cuma 2 jam je... Kalau ambil bed, tak sempat nak tidur dah sampai...

16/1/06 1:55 PM  

Post a Comment

<< Home