· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, January 05, 2006

1st Day Sekolah

3rd Jan 2006

Hari ni budak2 dah start bersekolah . Dan hari ni ramai ibu bapa yg mengambil cuti sempena kemasukan anak2 kesekolah baru . Dan jalan raya ketempat kerja lengang... sebaliknya jalan2 disekitar sekolah pula yg sesak sampai tersendat & tersumbat sampai tak leh bergerak. Dipenuhi oleh kereta mak bapak, van & bas sekolah .... Ini berlaku dimana2 especially dibandar... dikampung tak sangat kot... sebab tanah luas...
Aku dan hubby termasuk dalam mereka2 yg mengambil cuti sempena hari pertama persekolahan anak. Bukan takut faiz nangis ke apa, tapi saja nak tengok keadaan dia yg bersekolah disekolah baru.
Seawal pagi, dalam pukul 6.40pg, dia bangun tidur & terus mandi. Aik, rajinnye anak mama hari ni. Lepas mandi, aku bagi dia pakaian biasa suruh dia pakai. Dia cuak...
"aik, nape pakai baju ni? Mana baju sekolah faiz ?" he asked..

"faiz kan sekolah pukul 11.00. Nanti pakai kat taska." I replied.
"aisey..." he said...

Berkobar2 agaknya sampai tak ingat.... aku & hubby hantar budak2 ke taska, dan kami pergi sarapan dan settlekan beberapa urusan. Masa nak balik rumah tu, jam dah pukul 11.00 pagi. So hubby terus kesekolah faiz, kami tengok dari luar je... dia dah ada kat dalam sekolah dengan kawan2 baru dia... ade seorang dua yg dia kenal sebab tinggal berdekatan dan selalu jumpa kat surau. Aku tengok dia happy sangat. Macam tak ingat kat mak bapak dah. Anak org lain ada yg nangis, ada yg tak nak masuk sekolah dan macam2 ragam....

Alhamdulillah , anak aku tak macam tu even masa dia bersekolah hari pertama waktu berusia 4 tahun ... elok je aku tinggalkan dia, cepat je dia menyesuaikan diri.
Balik rumah, aku kaji selidik macam2 dari faiz. Dia dah speaking london sikit2 dgn aku. Kalau dia tak sure, dia tanya... mama pun dah jadi "Mummy"... alahai anak omak....
this is few words yg dia cakap kat aku malam tu yg buat aku tergelak...

1) I want water...

2) Oh My leg ...

3) I'm hungry

0 Comments:

Post a Comment

<< Home