· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, February 02, 2006

Tuhan Memakbulkan Doa Kami...

Petang semalam, 1/2/2006 aku sekeluarga mencuri masa menziarah ex-baby sitter yg terlibat dalam kemalangan ngeri pada 2/12/2005 lepas. Kira2 dua bulan masa berlalu, begitu pantas rasanya. Kali terakhir aku melawat dia, dihospital selayang pada 25/12/2005 -sempena cuti Krismas.
Kali ni kami menziarahi dia dirumah parentsnya di bandar baru selayang. Tanpa bertanya org, tanpa address, berjaya juga hubby mencari rumah tersebut. Itupun berdasarkan petua yg pernah diberikan oleh ayah babysitter tu.
Sebaik kaki melangkah kemuka pintu, aku bagai tak percaya. Ada org menyapa aku terlebih dahulu, sambil duduk dan tersenyum gembira dengan kedatangan kami. Org tu adalah baby sitter kami, Lin. Yang dulu kami ingat tak mungkin akan hidup lama. Tapi Allah maha pengasih & penyayang...
Alhamdulillah, aku nak menangis melihatnya. Tapi air mata tak terkeluar. Aku terharu sangat2 sebab dia dah kenal orang. Dah boleh bercakap. Aku sungguh tak sangka. Kali terakhir aku melawat dia dihospital 25 Dec dulu, dia tak kenal orang. Dia tak boleh bercakap. Dia tak boleh duduk. Tangan & kaki sebelah kiri seakan2 lumpuh. Sekarang back to normal, cuma masih perlu menjalani terapi di hospital sebab anggota2 badan tertentu masih lemah.
Dan berita yang buat aku terkejut yg amat sangat adalah, orang yg melanggar beliau telah meninggal dunia 45 hari selepas kejadian. Aku macam tak percaya sebab org tu tak cedera kat mana2 pun sebab kereta yg dipandu mempunyai air bag semasa kemalangan berlaku, manakala baby sitter aku ni koma 10 hari dan kritikal antara hidup dan mati. Kecederaan beliau adalah parah berbanding dgn org yg accident dgnnya. Allah maha kaya. Mungkin ini balasannya atau ada hikmah disebalik semua yg berlaku.
Ya Allah, aku bersyukur kehadrat Mu, Engkau telah memakbulkan doa kami. Hanya Engkaulah tempat kami mengadu, Hanya Engkaulah tempat kami berteduh, Kepada Engkaulah tempat kami meminta. Amin , ya rabbal a'lamin...

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah... pasti ade hikmah disebalik apa yang berlaku.. Allah Maha Mengetahui...

Btw, Juz would like to wish Mat Yeh, happy birthday... eh, braper tahun eh.. but i am sure younger than me lar... huhuhuhu...

Semoga bertambah rezeki, bertambah amalan, bertambah iman, & bertambah cawangan, eh, salah, bertambah ahli keluarga!!!

3/2/06 12:05 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Amin.. Amin.. Amin.. thanks for your doa...tapi 1 jer tak berapa nak berkenan...bab tambah cawangan tu....ermmmm?!

3/2/06 3:10 PM  

Post a Comment

<< Home