· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, August 30, 2005

Blog Bercuti Seketika

Assalamualaikum semua pelawat blog ni,
Selipar Jepun akan berhenti mengupdatekan blog ini buat seketika kerana major renovation kat office selipar jepun sampai selipar jepun & kawan tak ade workstation... semua barang termasuklah PC ni pun nak kena masuk kotak. Buat sementara, selipar tak dapat berjumpa kalian semua di alam maya ni.
Sampai jumpa lagi 5hb September 2005, selamat menyambut merdeka.... Spazyey yey, tak yah kerja....
Yang Benar,
Selipar Jepun





Faiz & Laptop

Aku balik kampung hujung minggu kelmarin sebab mak mertua aku nak kenduri . Semua adik beradik suami aku balik. Dah lama tak berkumpul macam ni.. malainkan during raya tahun lepas. Aku beli swimming pool untuk kanak2 riang tu ... mesti diorang seronok nak bermandi manda... kebetulan ramai sepupu sepapat yg datang, maka tak muat kolam tu ... jadi , yg dah berumur lebih 6 tahun tak dibenarkan join...
Awal-awal lagi aku dah tukar uniform anis & faiz... diorang memang seronok gila.. main air, budak mana yg tak suka? At the moment anis & faiz masuk kolam tu dengan mujahid, faiz terus berkubang bak kobau tak pernah jumpa air. Habis terpercik air keluar dari kolam tu. Anis dah panic, "mama, baju anis basyah... " .La.... biarkan lah baju tu basah.. memang baju tu untuk pakai mandi. Anis ni macam budak pompuan dewasa pulak... nak jaga serba serbi.. nasib baik aku dah sanggulkan rambut dia. Kalau tidak, mesti dia komplen rambut dia pulak yg basah...
The next day, lepas kenduri aku pun pergi tidur kat rumah mak aku... kat rumah mak aku pun ade swimming pool lagi.. yg tu my sister punya... same je.. berkubang lagi budak2 ni dengan sepupu sepapat sebelah aku pulak.... 2 round pulak tu.. pagi petang berendam.. tapi aku enjoy sangat tengok diorang mandi... maklumlah, aku tak pernah bawa diorang pergi swimming pool. Tambah2 banyak kejadian budak2 mati lemas kat swimming pool, membuatkan aku serik.
Masa kat rumah mak aku, aku tengok sepupu sepapat anak aku pakat jinjing laptop. Canggihnya budak zaman sekarang, aku yg tua bangka pun tak de laptop.. korang kecik2 dah ade laptop. Bagus juga... sebab mostly in English.. budak2 pun seronok nak belajar sebab ada bunyi & muzik serta gambar. So, faiz pun tak ketinggalan , asyik pinjam org punya je. Sian pula aku tengok. Petang tu hubby ajak ke pekan , nak belikan faiz laptop.. 2 pasaray aku panjat, akhirnya dapat lah apa yg dicari.... mahal juga ye.. boleh tahan. Kalau aku kecik2 dulu, jgn mimpilah nak dapat bende semahal ni.. kiranya ini adalah hadiah termahal yg babah beli untuk faiz. Siap ada mouse lagi, tapi mouse tu tak boleh panggil mouse, kena panggil frog sebab bentuk, rupa & warnanya macam katak pisang.
Sejak faiz dapat laptop tu, faiz tekun betul... tak sia-sia babah belikan untuk faiz. Computing





Mawi vs Awie


Kelesuan dalam industri muzik tanah air dijangka tidak menghalang album juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi dijual lebih 150,000 unit minggu ini, sekali gus mengatasi rekod yang dipegang Awie.
Album koleksi 12 Lagu Terbaik Konsert AF3 Best Of Mawi World itu kini sudah dijual sebanyak 104,000 unit dalam tempoh lima hari berada di pasaran sejak Jumaat lalu. Daripada jumlah itu, 66,000 unit album terbitan Maestro Records dan Zezz Entertainment serta edaran Life Records itu diperoleh menerusi jualan cakera padat manakala kaset 38,000 unit.
“Dengan peningkatan yang berterusan, tidak mustahil album itu mampu mencecah jualan lebih 150,000 esok.“Malah, kami yakin album berkenaan mampu dijual sebanyak itu serta Mawi akan mencipta satu rekod baru apabila menjadi penyanyi solo lelaki paling laris pernah dicatatkan dalam sejarah industri muzik tanah air. “Sebelum ini, rekod itu dipegang Awie apabila album sulungnya, Tragedi Oktober dijual 140,000 unit. “Jamal Abdillah pula menerusi album Raja Pop mencecah jualan lebih 130,000 unit,” katanya.
sepatah kata dari selipar jepun- " mana tak meletup letup album mawi ni.. selipar jepun pun turut menyumbang dalam menaikkan angka tersebut. Satu untuk selipar jepun, satu untuk mak mertua selipar jepun & satu lagi untuk ayah selipar jepun... ape-ape pun, kami kami ni cuma minat kat lagu seroja je.. yg lain tu tak berapa sangat... semalam selipar jepun termimpikan mawi... dalam mimpi tu selipar jumpa mawi sebelum konsert, dan selipar sempat salam ngan mawi... pagi tadi bila dah terjaga, baru selipar sedar, alah.. mimpi rupanya... siap cakap, ade sorang budak tu nak nombor tepon mawi.. tak kuase.... "

Toilet Training

First day anis pergi taska selepas balik dari kampung, ibu ajar anis pergi toilet bila nak buang air. Masa ambik anis petang isnin (22/8/2005) lepas balik kerja, ibu berpesan kat aku supaya jgn pakaikan anis pampers sebab dia nak ajar anis buang air kat toilet. Dia pun pesan yg balik rumah nanti terus ajak anis pergi toilet sebab anis tak pakai pampers. Mungkin mula-mula ni dia tak reti nak bagitahu lagi bila dia nak buang air. Sesampai dirumah, aku macam terlupa kejap kat anis sebab dia terus lari masuk bilik abang dia. Faiz pula sibuk nak on tv...nak tengok kartun. Aku pulak baru nak letak barang dan beg pakaian budak2 ni. Masa aku terlupa sekejap kat anis tu lah, anis dah terken..... kat pintu bilik abang dia. Langsung tak de suara. Dia berdiri tegak je kat situ sambil gigit jari. Gaya-gaya budak takut kena marah... agaknya dia takut sangat mama marah dia sebab tu dia diam je, tak panggil pun...
Kelakar juga.. aku tak de lah nak marah, sebab ni first time & first day toilet training... penat juga nak mop dan bersihkan ... tapi tak apa lah... anis punya pasal. Baru mama ade kerja. Kalau anis tak de, mama pun tak de kerja nak buat... kerja nangis je ade lah...
Sejak dari hari tu, anis dah tak pernah terken.... lagi kat mana-mana kecuali toilet. Yang kelakarnya, anis akan kata " anis nak kencing, mama, anis nak kencing" dalam gaya terburu-buru sambil berlari ke toilet... aku pun terpaksa berlari sama sebab takut tak sempat nak bukakan seluar untuk dia. For the first few times, dia tak kencing pun... agaknya tak jadi kot. Lama-lama dah biasa, dah ok.. malah aku rasa seronok pula teman dia ke toilet. Pengalaman baru bagi aku.. sebab masa faiz dulu, banyak kali terkucil.... penat sangat nak mop sana sini.... lagi pun faiz ni jenis yg suka tahan kenc.... last minit baru nak cakap, masa nak buka seluar pun dah tak sempat. Anis ni nampak sangat berbezanya....
Bila aku pakaikan anis pampers samada untuk long distance journey atau tidur malam, dia akan bagitahu yg dia nak kenc... bila aku suruh dia kenc.... dalam pampers, dia kata "mama, anis tak nak kenc.... kat tempers.... anis nak kenc.... kat toilet" .... Pernah dia ketuk pintu bilik air waktu babahnya tengah mandi, semata-mata nak kenc.... kat toilet. Aku tengah solat subuh masa tu. "Babah, anis nak kenc....." and the babah said " anis kan pakai pampers, kenc... lah kat pampers..." Anis said again- "tak nak, anis nak kenc... kat toilet".

Monday, August 29, 2005

Tak De Tajuk Sesuai

Ade sesuatu yg terlalu besar , konflik yg terjadi pada aku minggu lepas sekitar hujung minggu 20hb - 21hb Aug 2005. Aku sendiri kesal dengan apa yg berlaku. Aku & hubby dah pun plan nak balik kampung, menghabiskan cuti dari 24hb - 28hb August ni. Tapi disebabkan konflik yg terjadi, aku & hubby terpaksa batalkan plan asal kami yg nak balik kg pada 24hb tu...
Aku tak dapat ceritakan semua isi hati aku disini sebab blog aku ni ramai pengunjungnya.. lagipun ni masalah peribadi. Apa yg dapat aku katakan hanyalah, konflik ni berkisarkan perebutan hak menjaga anak2 aku diantara my own parents dengan mak mertua aku. Sedih sangat.... kenapalah semua ni terjadi. Yang jadi mangsa , anak2 aku sendiri...
On sunday 21st Aug, lepas breakfast, aku ngan hubby pergi kesebuah pasaraya sebab nak belikan something yg dipesan oleh my sister. Tengah2 dok kat dalam pasaraya tu, aku dapat phone call dari my sis sambil nangis2... rupanya konflik semalam, tak habis lagi, dibawa pula kehari ni dan keadaan bertambah runcing... anak2 aku ditinggalkan ngan bibik indon tu, dan bibik indon tu asyik takutkan anak2 aku dengan "hantu"..... kalau tak makan, nanti hantu datang, kalau tak dengar cakap bibik, nanti bibik rotan... aku dengar kat sini, aku yg menangis.
Aku memang tak dapat control... bagi aku, anak2 & mak bapak, adalah satu isu sensitif... dalam pasaraya tu aku tak pedulikan sesiapa lagi dah... aku menangis sepuas2 hati, kalau org tengok, mesti org kata aku tgh gaduh ngan hubby... tapi sebenarnya aku menangis sebab mengenangkan nasib anak2 aku & perasaan mak aku... Aku ajak hubby balik kampung time tu gak.. aku dah decide, tak yah tunggu wednesday baru nak balik kg... walaupun hubby suruh bersabar , lagi 2 hari je nak balik kg, aku tetap dgn pendirian aku, aku nak balik time tu juga. So, dia pun tak dapek nak tolon... sehelai sepinggang je kami balik kampung. Kami cuma pakai T-shirt & tracksuit jer.. ngan selipar.. maklumlah, baru balik dari breakfast.. sepanjang jalan aku terfikir & discuss dgn hubby camana nak handle bende ni supaya tak jadi lebih rumit. Aku & hubby kena berlakon...
Kami berpura2 balik kg terus kerumah mak mertua aku ,nak ambik anak2 sebab mamanya dah tak tahan rindu... hari2 mendung & hujan kat dalam rumah. Mak mertua aku terkedu bila tengok kitaorang balik mengejut. Speechless. Aku pulak pura2 ramah macam tak ada ape2 berlaku, sampai mak mertua aku tak senang , banyak sangat soalan perihal anak2 aku ajukan kat dia... sampai dia tinggikan suara " tak usah risau sangatlah, diorang ni tak ada apa-apa.. elok je duduk kat sini"
Lepas tu kiteorang bawa budak2 ni pergi rumah tok & wan pula... masa tu dah dekat pukul 6.30pm. Tok & wan pula terkejut menerima kedatangan kami yg tiba-tiba muncul je... tanpa banyak songeh, aku berlakon lagi sekali, sama macam kat rumah mak mertua aku tadi. Sambil2 mengemas kain baju anak2 aku, sempat tengok VCD ayah pin... memang goblok le sapa yg menjadi pengikut ayah pin ni.. sahih dah murtad. Esok mati, tak tahuler kat mana nak tanam.. kubur kristian ke, kubur cina ke, kubur Hindu ke? Semua bangsa sembah dia.. sampai ke batu caves pun tok sami sembah dia... siap minum air kaki dia... siap pakai nandek.... bertaubat ler cepat sapa yg jadi pengikut dia. Tak de power langsung lah ayah pin ni... aku tak nampak kat mana ke power rangers nya ayah pin ni.... org tua biasa jer,tak hensem, tak de ciri2 pemimpin pun... pakaian pun tah hape-hape... Ni le dianya melayu yg goblok ! Menolak Islam secara terang-terangan.
Mak aku bagi sms keesokan harinya : "terima kasih kerana mengambil tindakan yg betul". Kata-kata yg amat bermakna & mendalam, buat aku hiba.

Wednesday, August 17, 2005

Ungu Violet


Synopsis

Lando (Ricky Hanggono) seorang fotografer yang baru saja ditinggal tunangannya. Dalam kegalauannya ini dia bertemu dengan seorang gadis penjaga ticket busway yang bernama Kalin (Dian Sastrowardoyo). Lando pun kembali menemukan gairah hidupnya. Tapi hal ini tidak berlangsung lama, karena tanpa alasan yang jelas Lando meninggalkan Kalin begitu saja, yang membuat Kalin marah dan sakit hati.
Waktu terus berlalu, Lando yang tetap dengan kegalauannya mendapatkan Kalin sekarang telah menjadi seorang super model, dia melihat kehadiran kalin dimana-mana.
Timbul kerinduan dan keinginan untuk menemui Kalin kembali dan menjelaskan alasannya dulu pergi. Akhirnya kesempatan itu didapatnya, dia berhasil menemui Kalin, tapi lagi-lagi pertemuan ini berakhir dengan tragis karena Kalin mengalami kecelakaan dan mengakibatkan dia buta. Walaupun kemudian Kalin mendapatkan donor untuk kornea matanya yang membuat dia bisa melihat kembali, tetapi dia tidak melihat kehadiran seorang Lando, laki-laki yang sebenarnya sangat dia cintai.
Bisakah Kalin akhirnya bertemu dengan Lando, dan siapakah penderma kornea mata yg misteri itu?? Begitu sempitnya waktu, begitu besarnya cinta !!

Dairy Minggu Lepas

Thursday 11/8/2005
Petang ni jerebu yg paling teruk pernah aku alami sejak aku hidup dibumi Allah ni. Jarak penglihatan semakin pendek dan nak bernafas pun susah.. pedih rasanya rongga hidung & sempitnya rongga dada seolah2 udara yg disedut tidak mencukupi. Aku berdoa semoga semua ini akan kembali pulih, jika tidak, aku tak tahu apa akan terjadi esok & hari2 seterusnya. Di office , nak kerja pun tak senang, sambil kerja pun terpaksa pakai respirator.. macam doktor pulak rasanya... Doktor Selipar Jepun. Nak menjawab telefon pun susah . Nak bernafas pun susah. Nak minum pun susah... bak kata semuanya susah... bersabar je banyak2 sebab semua ini dugaan Allah s.w.t.
Aku sangka keadaan dipejabat teruk sangat, tak sangka kat rumah lagi teruk... bila aku balik petang tu, baru aku tahu .. kat rumah lagi worst ! Kesian kat anak2 aku yg tinggal di nursery..macammanalah keadaan diorang... Bila aku ambil diorang, ibu kata dia tutup nursery esok... (alamak, very the short notice... ingat company tu bapak aku punya ker???? bengang nih..) inilah conversationnya...
Penjaga : Esok saya tutup nursery yer.
Aku : Nape pulak nak tutup ?
Penjaga : Kan dah diisytiharkan darurat tadi...
Aku : Tu kat Port Klang & Kuala Selangor je.
Penjaga : Tak... selangor pun...
Aku : Tadi saya tengok Astro kat office, darurat kat 2 tempat je.
Penjaga : Baru je announce.... (insist yg dia betul...)
Aku : Ok lah, thanks.
Sambil membawa hati yg amat geram, aku berlalu. Aku cakap kat hubby yg nursery tutup esok... Can u take leave? He said no, so, leave me no choice. Kebetulan memang my mom ada sms me suruh bawa balik budak2 tu ke kg sebab kesian ngan bebudak ni, jadi mangsa jerebu. Sampai je kat rumah, i've decided nak balik kg malam ni juga, naik train... Express Langkawi , pukul 9.30pm. Masa sampai rumah tu dah 7.30pm. Aku mengemas baju anak2 bagaikan lipas kudung. Dalam hati aku geram kat ibu tu tak habis lagi..... nasib baiklah aku siapkan urgent matters kat office tu tadi, kalau tidak, tak tahu camne nak buat.. Nak tak nak, aku kena jaga anak2 esok. Daripada dok rumah yg berjerebu teruk sangat, baik aku balik kg. Sempat lagi aku mandi & tukar baju, lepas tu terus bertolak ke stesyen ketapi. Anak2 keriangan sebab nak naik ketapi... tetiba nak balik kg.Faiz asyik tanya, mama, cuti ker? Aku dah malas nak layan... letih lah... badan letih, kepala otak pun letih... rasa macam nak pengsan.
Sampai kat Train station, aku terus ke kaunter tiket, nasib baik tiket ada lagi. Aku beli tiket untuk bed, sebab senang sikit aku nak handle bebudak ni yg first time naik ketapi ngan mamanya... takut tak terkawal aku sesorang sebab hubby tak ikut... so, bile ketapi dah datang, hubby tolong hantar beg . Anis nak kena carry sebab dia ni penakut sangat .Dengar bunyi ketapi dah kecut perut dia. Yg faiz pulak kesukaan, mama, polar express... yey, kite nak naik polar express... (ketapi nya sama macam ketapi dalam citer Polar Express..). Bila dah hantar, hubby kena turun secepat mungkin sebab train ni berenti sekejap sangat... kelam kabut dibuatnya.
Bila ketapi dah jalan, anis tetiba nangis. Kelakar betul budak ni... aku ingatkan dia kenapa, rupanya sedih sangat dia sebab babahnya tak ikut.. dia ingat babahnya kena tinggal dengan train tu.. Sian anis.. pilu juga dengar dia nangis, macam sedih sesangat.... siap keluar air mata lagi.Aku pujuk dia sampai dia diam. Aku pun call hubby & suruh anis cakap ngan babahnya... aku ingat dia nak cakap ler, tapi lain pulak yg jadi... dia nangis semula.. macam memula tadi... sedih dengar suara babah dia. Terpaksalah babahnya pula memujuk... aku pun tak tahu, kesian anis ke, kesian babahnya ? aku kesian kat dua-duanya, kesian anis sebab miss babah dia, kesian kat hubby sebab terpaksa tinggal sorang... tentu sunyi.
Masa kat dalam ketapi, satu pengalaman manis yg sukar dilupakan. Pertamanya sebab inilah pertama kali aku bawa budak2 ni balik kg naik ketapi malam2 . keduanya sebab aku ambil bed, yg mana anak2 aku tak pernah merasa lagi... bagi diorang, inilah pengalaman pertama... tentu mereka happy sangat. Bed tu ada langsir, tu yg best nya... anak2 tentu rasa macam main pondok2. Anis asyik selak2 langsir tu nak tengok org lalu lalang kat lorong tu... Finally, lepas aku buat2 tidur, diorang berdua pun tidur gak... kelakarnya, masa nak tidur tu, faiz minta bantal peluk.. aku cakap kat dia, "faiz ingat, ni kat rumah ker?".. anis macam tahu2 je tak de bantal nak peluk, dia peluk abang dia. Suka nya aku tengok diorang tertidur... macam tidur kat rumah je... selesa banget !
Sampai kat kampung dalam pukul 11.50mlm... wan dah tunggu kat pintu ketapi nak sambut kitaorang.

Friday 12/8/2005


Cuaca di kampung jauh lebih baik dari di KL atau Selangor... aku pun tak risau anak2 main kat luar... diorang seronok giler.. main keliling rumah wan ditambah pula sepupu diorang pun ada , boleh main sesama... tengahari tu aku dapat sms dari Ibu (penjaga di nursery) tanya, Selipar cuti ker hari ni...? aku pun balas sms tu "Ye". Dalam hati aku geram gak, lagi mau tanya ker? Sendiri mau ingat lah..... dah kau tutup nursery tu hari ni, sape lagi nak jaga anak2 aku ? Malaikat ker? Bengang je.... rupa2nya bila aku balik ke KL, baru aku dapat tahu yg ramai ibubapa quit upset dgn pemilik nursery ni yg menutup nursery with short notice.. dia ingat kite boleh ambik cuti sesuka hati je... aku ni tak kisah lah, senang je aku nak EL, tapi org lain ? At least bagitahulah tgh hari tu ke, sehari sebelum tu ker... ni tidak, waktu ambik anak tu baru nak cakap. Kalau ada kerja pending & urgent , camana? Nasib baik aku dah siapkan kerja sebelum balik ...
Aku balik semula ke KL pukul 3.30 a.m dengan train. Anak2 ditinggalkan dengan tok & wan... tok & wan beria2 nak jaga budak2 tu... alasan, KL jerebu... tinggal je lah kat kg ni sampai keadaan dah pulih.
Aku sayu juga, tapi tak apa lah.. demi kebaikan diorang. Yg paling sadis sekali , terpaksa berpisah ngan anis... hiba setiap kali terkenangkan dia & telatahnya... aku set alarm kat hp sebab takut tertidur... tapi malangnya bila pukul 5.40am tu, alarm tak bunyi... kat manalah pulak silapnya.. nasib baik aku terjaga. Mengikut jadual, aku akan tiba distesyen yg aku nak turun tu pukul 6.05am. Tapi tengok2 terus jer to the next station baru berenti.. aisey man.. terpaksalah aku patah balik naik komuter.. sian aku. Hubby dah tunggu , mana lah bini aku tak sampai2 lagik ni....
Saturday 13/8/2005
Sunyinya rumah bila anak2 tak ada... bila diorang ada, rasa macam nak terbalik rumah... masa tu lah aku appreciate sangat dgn kurniaan Allah, meminjamkan aku 2 org anak yg membawa kebahagiaan dalam hidup aku & hubby. Hari ni ada appointment dengan contractor , nak baiki tiles kat rumah.Sampai jer kat rumah, mengemas rumah macam nak pengsan. Perabot diruang tamu terpaksa dipindahkan kebilik. Hampir sehari suntuk apek tu buat kerja... aku ape lagi, membuta ler... letih naik train agaknya.

Bila senja menjelma, aku jadi sunyi sesangat & rindu membuak2 kat anak2.. especially anis... aku tengok mainan dia je boleh buat air mata meleleh... tak ingat aku, berapa kali hujan turun kat dalam rumah sebab rindu sangat kat anis.. entah berapa kali juga aku ajak hubby balik kg ambik budak2 tu... hubby buat donno jer.. baru jer hantar balik, nak ambik semula... biarlah mak jaga diorang sekejap. bagi can ler budak2 tu nak duduk ngan wan & tok... uuuuwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !
Tak tahu nak buat apa malam ni.... hubby balik surau lepas isyak, dia tengok aku, aku tengok dia... macam something missing ler... dia tahu, tapi buat2 tak tahu... malas dia nak layan aku, kang hujan lagi... nak tengok AF pun, AF dah habis... last2 hubby ajak keluar. Pukul 10.30 malam baru keluar . Pergi One-U.... hubby ajak tengok midnight to kill the time. Siang dah puas tidur, malam jadi burung hantu. Kami tengok citer Ungu Violet... best jugak.. ala-ala korean MTV yg tajuk Kiss tu... tengok citer tu pun aku boleh nangis 2-3 kali.. sedih juga.. pandai Indon ni buat cerita. atau aku yg terlalu sentimental sgt? Habis movie tu pukul 2.40 pagi. Lapar la pulak tengah2 malam ni. Mana nak makan ek? Last2 singgah kat Sri Damansara, ingat nak minum je kat mamak ke, mana2... last2 terpergi ke McD yg masih dibuka waktu tu dan bakal ditutup pukul 3pagi... bukan minum lagi dah, melantak sekali..... elok sungguh utk kesihatan. Finally, sampai rumah pukul 3.40 pagi, org dah nak bangun, kite baru nak tidur.

Tuesday, August 16, 2005

Mawi-Ustaz yg kecundang

Dipetik dari MawiFc.com
Diterbitkan di :Majalah Wanita Kini..
artikel nie mmg ada byk benarnya..

FENOMENA pengagungan Asmawi Ani peserta Akademi Fantasia 3 dan kemudiannya disms kan sebagai juara sepatutnya membimbangkan kita semua. Kita risau ketokohan Mawi dinobat sebagai idola Islam Hadhari. Difahamkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz pun jatuh hati dengan Mawi. Sebenarnya fenomena ini bukan tentang kebangkitan Mawi tetapi kebangkitan ekonomi rakyat Malaysia yang sudah berduit belaka. Mereka dikatakan membelanjakan RM50-RM1500 demi menghantar undian. Memang kita semua kaya-kaya sebab itulah kerajaan tidak teragak-agak menaikkan harga barang atau petrol.

Mengapa kita harus berbangga dengan Mawi SEDANGKAN:

1. Antara kelas yang disukai ialah kelas menari; kelas yang menggabungkan dia dengan bukan mahram dan mereka diajar tarian laga-laga badan dan laga-laga kaki. Dia terpaksakah? Atau mudahkah memaksa Mawi?
2. Tumpas kerana berpegang-pegang tangan dengan peserta wanita, menjulang dan pelbagai aktiviti sentuhan lainnya. Memanglah ia kelas tetapi kelas yang mengarut!
3. Sembahyang hajat untuk kemenangan Mawi oleh tunangnya. Ini pun merisaukan kita juga kerana fungsi sembahyang hajat dibuat tanpa mengira tujuannya. Apa sebenarnya perkara yang membenarkan kita sembahyang hajat dalam Islam? Sepatutnya tunang, Nik Aziz dan peminat Mawi di luar sana sembahyang hajat supaya Mawi meninggalkan Akademi Fantasia, keluar daripada banglo atau dunia yang ada unsur-unsur maksiat di dalamnya; tari menari lelaki perempuan, pegang-pegang dan dicubit oleh guru perempuan, bukan mahram tu... Tunang Mawi sepatutnya sembahyang hajat untuk Mawi kembali menjadi bilal, misalnya.

4. Mawi mungkin tidak hilang identiti mukmim tetapi dia dilihat terang-terangan oleh seluruh negara, yang identiti mukmimnya digoyah. Disuruh menari berpasangan, pegang tangan dan menjulang wanita, dia lakukan juga. Identiti Islam dipermainkan sedemikian rupa. Identiti Islam tidak dihormati dan Mawi tidak minta dirinya dikecualikan demi menegakkan prinsip dan ketakutannya pada Tuhan. (adakah dia pernah minta dikecualikan? jika ada sila nyatakan dalam komen)
5. Ada yang mengatakan Mawi dalam keadaan DARURAT kerana dia terikat dengan peraturan dan kehendak Astro. Ini juga merisaukan kita kerana darurat sekali lagi diletak sesuka hati, sesedap rasa oleh masyarakat demi membenarkan apa yang jelas tidak boleh dilakukan.
6. Menyebabkan orang Islamik pun keliru! Mawi diharapkan dapat berdakwah tetapi ini akan membangkit pelbagai kekeliruan lagi kerana dengan imej ustaz, innocent dan islamik, Mawi juga menunjukkan kegoyahannya yang suka dengan setiap aktiviti di akademi. Apakah dalam Islam kita boleh buat separuh-separuh? Separuh kebaikan dan separuh kejahatan. Siang membantu anak yatim dalam kerja-kerja amal dan malam berdangdut di kelab?
7. Masyarakat heboh mempertikaikan tentang profesional seorang penyanyi. Mesti kena pandai menari, pandai public relation, berkomunikasi, kawal suara dan paling penting jangan lupa lirik! Masyarakat lupa mempertikaikan profesionalisme sebagai seorang muslim seperti jaga batasan lelaki perempuan, tidak terikut budaya kafir, tidak membazir (masa dan wang) dan paling penting jangan lupa solat!
Ni Pulak, comments dari peminat Mawi...
1st Comment:
YANG ORANG DOK PUJI/PUJA SIMAWI HANYALAH KERANA DIA ADA KELEBIHAN DAN KELAINAN DARI SIKAP SEBAHAGIAN BESAR ARTIS ARTIS DITANAHAIR INI. KITA DAH JEMU TENGOK FRONTPAGE NEWSPAPER PASAL ASTIS KENA TANGKAP HAL DADAH, KENA TANGKAP KHALWAT, KENA SERBU DALAM DISKO, SAMAN MENYAMAN KERANA TAK BERDISIPLIN, MASUK COURT KERANA MEMANDU WHILE MABUK. MEMPERTIKAI PIHAK JAWI, MELENTING KALAU DITEGUR, BERGADUH SESAMA SENDIRI, BERKASIH KASIHAN DENGAN KAUM SEJENIS, DIBELA SUGAR DADDY & SUGARMOMMY, BERLAKON SATU DUA DRAMA DAH DUDUK KONDO DAN BERKERETA SPORT, ALBUM BELUM KELUAR PUBLISITI PASAL PERIBADI BERCINTA DENGAN ORANG KAYA LAH, VVIP LAH BERSEPAH SEPAH DAN BERMACAM MACAM LAH. KITA DAH MUAK. MUAK PAHAM TAK APA ITU MUAK!
BILA MUNCUL SATU BUDAK BOTAK YANG NORMAL MACAM KITA NI, APA MASALAH ENGKAU KALAU KITA SEMUA MINAT PADA DIA. BUKAN NAK MENGAGUNG AGUNG KAN DIA MACAM PENGIKUT AYAH PIN... FIKIRKAN LAH..!
2nd Comment:
alah kalau mawi semua x betul. dulu zahid pun menyanyi nasyid gak. kumpulan bangsar boyz.pastu tukar imej siap kaler rambut. video klip plak pompuan seksi keliling pinggang.tu la org yg x penah puas hati.padahal byk lagi org agama yg lagi teruk perangai.apsal nk tunjuk mawi je.yang isu ayah pin x nak bangkitkan pun.buddy gol betul la yg bt cita yg nk jatuhkan mawi ni.dasar perut busuk!
3rd Comment:

Korang Memang nak kene blasah ngan aku.... Mawi hanyalah manusia biasa macam kite gak... dalam dunia ni takder saper yang sempurna....Woi!!!.. Mawi tu baru 24 tahun...mude lagi... iman macam kulit bawang....tapi diyer dah cube sedaye upaye diyer untuk mengelakkan diri dari bende2 tu.... tapi aper diyer bleh buat... kalau diberi pilihan dah tentu diyer taknak buat merder2 macam tu....korang ni duk timbul soal ustaz la...bilal la... ulamak la...apehal???? bender tu takder kene mengene dengan diri diyer... diyer sendiri yang pilih jalan ni... korang penah dengar tak bilal rogol anak dara orang??? Penah dengar tak imam masjid kene tangkap khalwat???
Korang jangan biar aku jumper ngah jalan.... Aku Blasah kang...!!!!

Monday, August 15, 2005

Panassss...

Dipetik dari email yg diterima dari seorang rakan.
just for fun...

Lirik dari: WFU1888
BERHENTI BERHARAP
Penyanyi: Isa samad (Shushah...shushah shajer)
Akademi UMNOsia ke 3 (2005)
Aku tak percaya lagi
Dengan janji yang kau beri
Kau terus kaya sendiri
Dengan kontrak juga AP
Aku tak percaya lagi
Walau pun Islam Hadhari
Yang kata mampu terangi
Malah tiada terbukti
Aku berhenti berharap (start keluarkan air mata macam Rafidah)
Semua harta kau nak lahap
Sampai nanti suatu saat
PAS perintah, kau kandapat.
Putar belitkan cerita
Konon bahagia tercipta
Kau kata tangkap mereka
Kenapa aku sahaja?woooo (lenggok style Zahid)
(Korus)
Aku pulang....
dengan dendam?.
Aku tahu penipuanmu
Engkau laknat....
Juga bangsat..
Kupastikan kekalahanmu..
Kau ajar mereka rasuah
Kau selamatkan pula Rafidah
Kau janjikan aku bahagia
Tapi kini aku derita
Rasuahku tak seberapa
Cuma beberapa juta saja??woooo (lenggok sambil kentut)
(Ulang Korus dan melutut)
Komen 1
Kudsia Kahar: bagus dan persembahan terbaik setakat ini, penuh perasaan
seperti anda betul-betul terlibat. Kemudian kalau boleh minggu ni, tabah
sikit jangan mudah menangis kerana politik diluar nanti, lagi hebat.
Harapan saya beri dia peluang untuk ke minggu hadapan supaya Isa boleh buat
rasuah yang lebih hebat, OK aznil terima kaseh.
Komen 2
Adlin: Nanti kalau aku puji kau, orang kata aku suka kau, tapi kau tak
macam sedih dan cara kau menangis macam bapok. Kalau boleh biar Pak Lah
berada bersama ketika menyanyi , supaya Isa boleh menyanyi penuh perasaan.
Terima kaseh.
Komen 3
Shafinaz: Nafas agak semput macam nak mati, sebutan tak sempurna macam
cuba sembunyikan kesalahan diri. Dan Isa tak payah pakai rambut panjang
palsu, sebab Isa memang tak handsome dan juga Isa kalau boleh buat cara
Isa, sebab ramai sangat peserta UMNOsia ni perangai serupa, ok. Good luck

Thursday, August 11, 2005

Dunia Nak Kiamat

Assalamualaikum...
selamat hari khamis, hari yg penuh dengan jerebu , terasa bagai berada di genting tapi sebenarnya tak sejuk pun... pagi tadi dalam perjalanan ketempat kerja dgn hubby, sambil mendengar radio selangor.fm bersama fav. deejay abg zainal. sungguh terharu mendengarkan satu motivasi hari ini, dimana seorang dr. motivasi bertanyakan pada kita, pernah kah kita meminta atau kepada siapa kita mangadu mengenai masalah jerebu ini... kepada ibubapa kita? kepada menteri? kepada kerajaan? kepada ayah pin? kepada boss kita? mereka semua tak boleh buat apa-apa.. ni semua kerja tuhan... sudahkah kita meminta pertolongan dari tuhan? bagaimana pula org yg tidak bertuhan ? kepada siapa dia meminta pertolongan & perlindungan?
Maka dia selitkan satu kisah benar, yg dilalui oleh seseorang yg dia kenali... Dr. motivasi ini menceritakan bahawa ada seorang yg pelajar malaysia yg menuntut diluar negara bertahun2, sudah bercampur dengan berbagai org dan akhirnya keluar dari Ugama islam kerana tidak percayakan kewujudan tuhan. Katanya tuhan tidak ada, tidak nampak & dan tidak wujud. Kerana itu dia mencabar kuasa Tuhan, kalau betul Tuhan tu ada, maka tunjukkan kepadanya....
Diceritakan satu detik dimana student malaysia yg sudah tersesat jauh ini boleh kembali kepangkal jalan... menjadi kebiasaan pelajar ini menonggak minuman keras & botol2 minuman keras memang tersimpan dalam peti sejuk dirumahnya sebagai stok harian... suatu hari selepas minum separuh botol, dia menyimpannya & mendapati air itu masih penuh bila dia ingin meminumnya lagi. Disangka kawan2nya mendajalkan dia, setiap hari perkara yg sama berulang... sehingga dia membuat intipan, tiada siapa yg berbuat demikian.. dari situ barulah dia sedar yg ada satu keajaiban telah berlaku, seterusnya dia mengakui kuasa tuhan yg dicabarnya.... Alhamdulillah, student itu sekarang dah jadi org yg baik2.

Tuesday, August 09, 2005

Hampeh Dot Com...

Friday -5/8/2005
Aku baru dapat tahu yg mak aku tak jadi datang umah aku gara2 mak mertua aku dah pun menukar fikirannya disaat2 akhir. asalnya mak mertua aku ni teringin nak berdikari-kononnya nak suruh mak aku teman dia ke KL naik keretapi, nak belajar lah kononnya. Mak aku pun dah setuju, dan dalam diam berpakat nak bawa one of my nephew... yang anak2 aku ni mengharap sangat nephew tu datang. Dok menghitung hario dari hari rabu lagi... Last2 hubby call kata mak dia dah ada kat KL. Datang naik keta ngan one of his brother. Aku rasa cam tak percaya, sedih, kecewa, hampa... + hampeh !!!!! Apa agaknya perasaan mak aku waktu ni... masa dia susah, dia mintak tolong mak aku temankan. Bila dia senang (dah dapat keta nak tumpang), dia tinggalkan mak aku.... memang she apologies lah to my mom, but if you're at her place, what would you feel ? Aku sian mak aku... macam dipergunakan gila babas........ nasib baik nephew aku tak tahu lagi pakatan yg tak jadi ni, kalau tak, kan ke haru? Dia tentu mengharap sangat & kecewa... budak2 lah katakan.. tentu sekali excitednya lebih dari org tua yg excited kan.....
Dalam diam aku main sms ngan mak aku menyuruh dia datang gak walau apa pun yg terjadi. Datang ngan ayah aku lah... tapi mak macam kecewa gak, mak bagi alasan yg diorang nak ke Manjung , spotcheck anak teruna dia (adik bongsu) aku yg tak balik kg minggu ni... alahai... what can I say? Aku mengharap mak datang sebab aku dah frust ngan my mother-in-law. So , aku ingat , kalau parents aku datang, aku ade lar alasan utk escape from visiting her at one my in-laws house. Lagipun, aku kesian kat anak2 aku yg menharap.... tak tahu apa aku nak bagitahu kat diorang yg atok diorang ngan nephew diorang tak jadi datang. FRUST !
Malam tu tengah dinner, hubby bagitahu plan keesokan harinya... pagi2 seawal mungkin jemput mak dia kat Damansara Specialist Hospital... mak dia nak gi melawat cucunya yg masuk spital. Pas tu pergi sini.. pastu balik... nampak macam tghari dah boleh balik rumah lah.... sebab plannya sikit jer... ok lah tu.. aku dah tak de hati pun... tapi pretend jer lah..

Saturday - 6/8/2005
Aku bangun solat cam biasa, mandi & kemas rumah. Hubby pun camtu. Mak dia nak datang, aku suruh dia tolong la. Kalau tak tumpo la aku sesorang. Nasib baik pagi2 yg dia maksudkan akhirnya terlewat sampai terbabas ke pukul 10.00 pagi. Kiranya aku tinggalkan rumah aku dalam keadaan yg nyaman sekali, boleh dikatakan semuanya ok lah... terus menuju hospital, coz my-in-law's dah tinggalkan mak dia kat spital tu..kiranya passing through hospital aje lah... kebetulan kami pun belum melawat MUKMIN yg masuk spital tu, so ambik kesempatan tu melawat MUKMIN. Rupanya plan dah tukar.... Another bro-in-law called my hubby jemput lunch kat umah dia kat Sri D'sara...of course lah bawak mak sekali. Plan dah tukar ni, hati aku dah semakin panasssss, tapi sabau jer lagi.. oh ya, aku lupa nak tulih kat sini, bukan mak mertua aku sesorang, tapi dengan maid dia si Endon tu sekali.....aku perasan, bile kita masuk je rumah bro-in-law kat SD tu, maid mak mertua aku ni macam tetamu besar gitu, duduk kat sofa, walhal kami semua terus kedapur tolong apa2 yg patut... aku ingat, mungkin dia malu kot, first time datang. Makan berjemput lak tu. Aku dah rasa semacam jer ngan Endon ni.... pas makan dia dok balik kat ruang tamu . Kami masih berchit-chat kat dapur.
Aku nak pi Nagoya Subang Jaya lepas tu. Tu plan asal aku yg dah tertunda gara2 lunch kat situ. Alih2 mak mertua aku x nak ikut... laaaa, org nak bawak dia gi jalan, dia tak nak ikut plak. Sukati lah. Mak mertua aku buat pengumuman yg dia nak belanja Dinner malam ni.. whatever, wherever , sebut aje.... dapat bonus ke org tua ni.. pakat punya pakat, mak mertua aku sudi ditinggalkan kat rumah tu, petang nanti jumpa kat Bangsar Village. Tak jadi dinner sebab malam ni nak tengok konsert AF3. Aku tak kisah, pasal konsert ni ada ulangan, tapi mungkin anak2 bro-in-law aku yg nak sgt tengok termasuk mak dia kot.... so nak jadi cerita, mak mertua aku tak jadi belanja dinner, tapi belanja makan petang...anyhow, biras aku tu mencadangkan LAKSA SHACK kat bangsar village... kite org ikut je. Tak pasal2 diorang kena bawa 2 kereta sebab mak mertua aku tak nak ikut aku gi Nagoya.
Janji makan Laksa dah jadi pukul 6.00ptg. Afterall, balik rumah, sampai jam 8.30mlm ngam2. Tak sangka mak mertua aku pun nak sangat tengok AF.. aku sungguh tak sangka... disamping tu suka sangat dia ngan MAWI... masa tengok tu, aku perasan yg dia asyik jadi pengkritik tak bertauliah... kalau aku cerita kat anak2 dia yg lain, sure diorang tak caya.... sebab ada diantara anak2 dia yg uninstall Astro kat rumah semata2 nak larang anak dia tengok AF. Mungkin sambung balik kot lepas AF dah habis ni...

Sunday -7/8/2005
Pagi2 lagi dah bangun & pegi pasar ngan hubby sebab hari ni aku kena masak lunch utk mak mertua aku . Anak2 aku tinggalkan sebab belum bangun lagi. Lepas balik pasar, terus tapaukan breakfast. Lepas dah sarapan, aku pun mula lah masuk kedapur, bersihkan apa yg patut, start memasak lunch seawal jam 10 pagi. Tak pernah aku buat sebelum ni masak lunch pukul 10pagi. Ni semua kerana jiran depan rumah aku nak buat majlis kenduri tgh hari ni. Aku kena lah pergi, takkan pegi makan je kot...nak tak nak, masaklah awal sikit... mak mertua aku belek newspaper yg aku beli , apa lagi kalau bukan citer MAWI kat front page tuh.... maid dia pun sama... dok kat depan tv tengok tv sambil baca newspaper... AKU ? aku kat mane? aku kat dapur le tonggang langgang nak siapkan kerja cepat2 sebab nak pegi tolong cikgu depan rumah nak kenduri. Hubby dah pergi awal2 lagi tolong basuh beras, tolong cuci ayam, tolong masak kat bawah.... sian aku, makan hati aku dengan perangai Endon , maid mak mertua aku ni... tapi dia ade juga tolong sidaikan kain, itu pun mak mertua aku suruh. Kalau tak suruh, tak buat rasanya. Aku rase macam tak cukup kaki ngan tangan jer... manakan nak uruskan anak2 lagi....
Aku bengang jer, Endon tu ngadap AF lagi bila ada ulangtayang pukul 12.30tu... aku suruh dia suap makan anis pun dia tak suap. Aku pergi kenduri dengan hati yg geram, aku suruh dia makan dengan mak mertua aku. Tak yah tunggu aku ... hampeh tul endon nih... dia ingat dia tu siapa? Kalau endon tu maid aku, jgn haraplah nak dok baca paper & tgk tv selagi aku ada kat dapur... mengenangkan mak mertua aku pun buat donno je dgn perbuatan maid dia, aku maleh nak tegur... lantaklah.. aku tahu apa aku nak buat.... biler time aku balik kg nanti, jgn harap aku nak masuk dapur tolong dia basuh pinggan, masak or whatever....aku baca paper & tgk tv macam dia buat kat rumah aku tu lagi bagus....
Petang siap tidur berejam2 dalam bilik anak aku. Aku pun tidur gak sebab kepenatan, tapi kalah aku.. endon tu lagi lame tidurnya... aku sediakan minum petang, bile semua dah terhidang atas meja, aku jemput mak mertua aku minum. Endon tu mak mertua aku yg jemput... aku tak jemput pun.... hampeh !
Malam , lepas maghrib, aku lepak kat bilik... tunggu hubby balik surau. Aku nak story telling kat dia pasal Endon tak sedar diri nih... geram tul aku. Aku tahu, semua org kenyang lagi dengan minum petang tu, so dinner dilambat2 kan sampai dekat 9.30mlm baru lah aku masuk dapur panaskan apa yg patut. selama aku dalam bilik, endon tu ngadap tv lagi di ruang tamu. bila hubby balik, aku pun mengadu kat dia perihal endon tu... lepas tu tah camana, dia gi ngadu kat mak dia... aku tak tahu apa perasaan mak mertua aku pd masa tu... yg nyatanya dia pun bengang dgn maid dia yg asyik ngadap tv dari siang sampai kemalam. Mak mertua aku tegur maid dia, kata tak boleh tgk tv , pening kepala... tapi kat sini asyik tgk tv aje.. dgn selamba maid dia jawab ."disini ceritanya bagus-bagus buk..." ... mana tak bagus, siaran berbayar..... mak mertua aku dah perasan yg layanan aku kat maid dia semakin serius... aku malas nak cakap banyak... dinner pun dia tak masuk dapur gak.. makan berjemput jugak.. sampai mak mertua aku sound direct kat endon tu..."kamu disini betul2 jadi tetamu"... nadanya perli jer....
Itulah dianya hari cuti yg memenatkan bagi aku... kalau mak mertua aku je yg datang, aku tak kisah. Tapi sampai maid dia pun aku kena layan, macam aku ni pulak yg jadi maid, betul le org kata, endon ni tak sedar diri untung...mudah jer lupa darjat.

Friday, August 05, 2005

anis & lipstick

aku harus terima kenyataan yg anak2 aku semakin meningkat dewasa dari hari kehari... dan kebanyakan masa mereka dihabiskan dinursery... ibu yg menjaga mereka lebih banyak masa melayan mereka dari mama mereka sendiri... kadang2 aku terfikir, sampai bila macam ni.. aku kerugian besar dari segi masa... sebab masa dengan mereka semakin terhad , bila mereka dah meningkat dewasa, dah sekolah, tak dapat nak bermanja macam waktu mereka kecil & nakal macam sekarang ni...
Dalam diam juga, anak dara aku juga semakin galak bergaya tak padan dengan usia.. walaupun baru 2 tahun setengah, dia dah pandai bergaya . Dia pantang nampak lipstick, mesti minta mama pakaikan untuk dia... sambil aku pakaikan kat bibir mungil dia tu, dia siap control air liur dia macam sedang kepedasan gitu... sape pernah pakai gincu kecik2 dulu, mesti tahu camana budak2 ni buat... siap bunyi lagi tuh...
Semalam anis minta aku pakaikan lipstick kat mulut dia. Dia dah tahu kat mana nak dapatkan lipstick tu, tak lain tak bukan , dari handbag mama... yg lelain tu, dalam almari, dia tak sampai nak ambil. Yang sebatang dalam handbag tu lah yg selalu jadi mangsa. Tapi nasib baik dia tak pernah conteng dinding ... aku pun ajarkan dia sebut LIPSTICK... tapi lain yg keluar kat mulut dia... LITSIP...... kelakar nya. Berkali2 aku ajar dia sebut lipstick, tapi itu juga yg disebutnya. Sukahatilah anis....

Thursday, August 04, 2005

Kisah Mak Mertua

Something to share : A Poison for Mother-In-Law

A long time ago in China, a girl named Li-Li got married & went to live with her husband and mother-in-law. In a very short time, Li-Li found that she couldn't get along with her mother-in-law at all. Their personalities were very different, and Li-Li was angered by many of her mother-in-law's habits. In addition, she criticized Li-Li constantly.
Days passed, and weeks passed. Li-Li and her mother-in-law never stopped arguing and fighting. But what made the situation even worse was that, according to ancient Chinese tradition, Li-Li had to bow to her mother-in-law and obey her every wish. All the anger and unhappiness in he house was causing Li-Li's poor husband great distress. Finally, Li-Li could not stand her mother-in-law's bad temper and dictatorship any longer, and she decided to do something about it!
Li-Li went to see her father's good friend, Mr. Huang, who sold herbs. She told him the situation and asked if he would give her some poison so that she could solve the problem once and for all. Mr. Huang thought for awhile, and finally said, "Li-Li, I will help you solve your problem, but you must listen to me and obey what I tell you." Li-Li said, "Yes, Mr. Huang, I will do whatever you tell me to do." Mr. Huang went into the back room, and returned in a few minutes with a package of herbs. He told Li-Li, "You can't use a quick-acting poison to get rid of your mother-in-law, because that would cause people to become suspicious. Therefore, I have given you a number of herbs that will slowly build up poison in her body.
Every other day prepare some delicious meal and put a little of these herbs in her serving. Now, in order to make sure that nobody suspect you when she dies, you must be very careful to act very friendly towards her. "Don't argue with her, obey her every wish, and treat her like a queen." Li-Li was so happy. She thanked Mr. Huang and hurried home to start her plot of murdering her mother-in-law. Weeks went by, and months went by, and every other day, Li-Li served the specially treated food to her mother-in-law. She remembered what Mr. Huang had said about avoiding suspicion, so she controlled her temper, obeyed her mother-in-law, and treated her like her own mother.
After six months had passed, the whole household had changed. Li-Li had practiced controlling her temper so much that she found that she almost never got mad or upset. She hadn't had an argument with her mother-in-law in six months because she now seemed much kinder and easier to get along with. The mother-in-law's attitude toward Li-Li changed, and she began to love Li-Li like her own daughter. She kept telling friends and relatives that Li-Li was the best daughter-in-law one could ever find. Li-Li and her mother-in-law were now treating each other like a real mother and daughter. Li-Li's husband was very happy to see what was happening.
One day, Li-Li came to see Mr. Huang and asked for his help again. She said, "Dear Mr. Huang, please help me to keep the poison from killing my mother-in-law! She's changed into such a nice woman, and I love her like my own mother. I do not want her to die because of the poison I gave her." Mr. Huang smiled and nodded his head. "Li-Li, there's nothing to worry about. I never gave you any poison. The herbs I gave you were vitamins to improve her health. The only poison was in your mind and your attitude toward her, but that has been all washed away by the love which you gave to her."
HAVE YOU REALIZED that how you treat others is exactly how they will treat you? There is a wise Chinese saying: "The person who loves others will also be loved in return." God might be trying to work in another person's life through you.

Wednesday, August 03, 2005

sElipaR yaNg seLeNga...

Semalam aku org paling sibuk dalam dunia... bukan sebab aku menteri , tapi sebab banyak kerja yg perlu aku selesaikan gara2 MC sehari.... dan apa yg aku nak cerita kat sini, adalah kejadian sebelum aku masuk kerja pada hari selasa yg indah permai - 2/8/2005.
Aku pergi kerja ngan hubby tanpa apa2 sebab.. selalunya aku naik ngan best fren aku. Tah camana aku sms dia kata aku pegi ngan hubby. Sampai kat DU, aku suruh hubby drop kat situ sebab aku nak ambik bas , konon tak nak hubby lewat masuk kerja... dia masuk 8.30am, masa tu dah 8.15am. Aku pulak masuk kul 9.00am, so banyak lagi masa. Biarlah aku naik bas... dah dekat dah pun.
Bas pun datang, ramai org Q.... aku pun Q sama. Tanpa melihat nombor bas tersebut, aku pun bayar 90sen. Tapi aku heran apasal aku dapat tiket 50sen? Ah, tak kisahlah... sukati drebar bas tu lah....peduli apa aku. Aku duduk dibelakang , sebab bas hampir nak penuh. Tiba2 bila bas tu jalan, dia menghala ke tempat lain. Aku panic... tapi control lagi tuh.... Buat2 macam tak de ape2 yg berlaku padahal dalam kepala aku ni 1001 persoalan... alamak, aku tersilap bas lah... camana nak buek ni? kalau den turun kek sini, mano yo den nak tuju? camana den nak patah balik po'e tompek tadi? aduhhhhhhhhh..... berserabut kepala otak. Aku tunggu je, mana bas ni nak bawak aku... tup2 sampai ke LRT TAMAN BAHAGIA.... aku pun tak pernah ada kat situ... dengan yakinnya, aku pun turun dari bas tu, naik LRT , beli tiket ke Asia Jaya....
Sangkaan aku ASIA JAYA adalah selepas TAMAN BAHAGIA... pandai sungguh mak cik ni meneka... meneka dalam kesamaran... belagak macam bagus, ade peta tak nak refer... last2 makcik yg malang ittew telah pergi menunggu diplatform ke KELANA JAYA.... sangkaan mak cik ittew, lepas TAMAN BAHAGIA > ASIA JAYA > KELANA JAYA... selenge tak ? kat tiket tu ade peta, tapi tak tengok langsung... bile dah naik LRT, dapat sekejap, ada announcement, STESYEN BERIKUTNYA, KELANA JAYA. NXT STATION, KELANA JAYA.... waduh2.... ape la goblok sangat aku harini... dah salah bas, tak insaf2 lagi, masih buat kesilapan yg sama, pegi naik LRT yg salah lah pulak.... sudah jatuh ditimpa tangga jer rasanya.... masa tu lagi 5 min pukul 9.00am... lambat lagilah aku harini...
Nak tak nak, aku gelak dalam hati sorang2 kat diri aku sendir atas kesewelan aku hari ni... apende yg aku dah buat hari ni... consentration tak de langsung... zero.. agaknya sakit lagi ke aku harini sampai tak ade hati nak pergi kerja? Pergi jalan boleh, naik bas, naik LRT, takkan nak pergi kerja tak boleh. Aku pun turun dari LRT kat KELANA JAYA tu, beli tiket lagi ke ASIA JAYA, dan kali ni aku berjaya naik dengan betulnya... sebab kat situ ada satu jer platform (last station...). Sampai office dah dekat 9.30am... tak sempat breakfast, kerja melambak... nasib baik boss tak marah...
Itulah kisahnya Selipar Jepun yg selenga... never in my life aku se selenge semalam.....

Tuesday, August 02, 2005

Anis Bertindik

Hari sabtu lepas (30/7/2005) , lepas naik komuter, kiteorang gi jalan2 jap kat pekan... entah camana aku ternampak satu kedai jual subang. Maka aku pun ajak hubby masuk & mencadangkan supaya telinga anis ditindik.... memula tu dia ok lagi. Dia pun tak tahu le apa agaknya mama buat kat kedai ni, nape mama riba anis, & napa auntie cina tu dok sembur spray kat telinga anis....sejuk aje rasanya bila dia spray telinga anis.... pastu ngapa macam ada sejenis pistol kat tangan auntie tu? ape dia nak buat dengan pistol tu yer? agaknya itulah yg bermain difikiran anis pd masa tu...
Bila cina tu dah tembak sebelah, maka aku tengok merah telinga anis... menangis sakan... terjerit2 .. kesian pun ade. Tapi aku pujuk dia macam2 pun x mahu gak diam. Cina tu pun bagi mainan macam2 kat dia, nak suruh dia diam... dia tak heran... aku tak dapat bayangkan sakitnya.. sebab aku dulu tak de tembak2 cam ni... aku dulu manual tebuk , lagi power... power rangers....
Bila cina tu nak tembak lagi sebelah, anis dah tahu, so dia tak bagi cina tu dekat dengan dia... dia meronta2 sampai aku pun tak mampu nak pegang dia... akhirnya, bantuan dari babah, dan seorang pembantu berbangsa india diperlukan, disamping cina yg nak tembak tu sekali, menjadikan jumlah 4 org..... bayangkan, budak umur 2 thn setengah kena pegang sampai 4 org... kuat betul rontaan dia... menjerit sakan jgn cakaplah.. semua org lalu kat kedai tu heran apasal 4 org pegang budak ni..... rupanya nak kena tindik telinga.... Lepas tu aku bawa dia pergi kedai sebelah, org kat kedai tu pun kata , tadi kakak dengar adik nangis... kuatnya adik nangis...

Monday, August 01, 2005

Latest Update

aku mc lagi gara-gara kurang sihat.....middle of july hari tu aku baru je mc 2 hari, ni mc lagi. Semua ni kerana jangkitan virus...kat office ni ramai org sakit termasuklah boss aku... so, aku yg baru jer nak sembuh, dah terkena balik... mungkin antibodi aku tak kuat .... yg best nye, memula tu aku nak gi kerja walaupun tak sihat, memikirkan banyak kerja yg pending... tapi setelah disoal berkali2 oleh hubby, aku decide nak mc... hubby aku pulak keletihan.. katanya malas nak pergi kerja. Badan letih..Malam semalam dia balik lewat sangat.. tolong mengemas sebab ada org buat kenduri arwah kat surau...dah tu kesian dekat tuan rumah yg buat kenduri tu sebab ramai datang makan & balik, tak tolong pun.. so dia volunteer nak tolong basuh periuk belanga, cuci toilet lagi dan pukul berapa dia balik pun aku dah tak sedar sebab aku dah pengsan awal-awal lagi dengan anak2..... so, dia call office ,cakap dia tak sihat... tapi tak ambik mc... so, aku dok rumah dengan hubby berdua je. Anak2 biasalah, hantar juga ke nursery... Oleh kerana lama tak apdet blog ni, ni ade beberapa sejarah yg berlaku :-
  • 24th July 2005 (Sunday) -Gigi faiz longgar gara-gara makan ice cream connetto.
  • 26th July 2005 (Tuesday) - Gigi faiz dah tanggal.. tengok2 dah rongak sebatang. Dia kata tercabut sendiri kat nursery.
  • 27th July 2005 (Wednesday) - Faiz bawa kalik gigi dia ,katanya dia mintak kat ibu sebab nak tunjuk kat mama. Balut ngan tisu pulak tu. Pastu kat tisu tu ade tulis, Gigi Faiz.... (kelakar)
  • 30th July 2005 (Saturday) - Bawa budak2 naik komuter.... faiz keseronokan, anis ketakutan... asyik terperap kat babah dia aje. kat rumah kan main lagi berkobar2 nak naik ketapi tut-tut, bile dah naik, kecut perut pulak...
  • 31st July 2005 (Sunday) - Faiz sukan.... mama datang lewat 15minit... aku ngan anis je yg datang bagi moral support. babah busy.... yg lawaknya, apa juga acara yg faiz masuk, faiz dapat nombor 1 .... dari belakang..(kuang 4x) . dah nak last2 tu baru babah datang. bagi support kat faiz sebab faiz masuk acara tarik tali... ketawa je lebih..mama ngan babah beria2 sorak , tapi faiz ketawa2 ..tarik pun sebelah tangan, cammana nak menang?
  • 1st Aug 2005 (Monday) - Aku dan hubby malas pergi kerja. Dok rumah half day aje..(membuta le ,ape lagi...) , Then the next 2nd half, pergi mengular ke pasaraya yg berdekatan dgn rumah... shopping macam org gile.... sampai pukul 4.00 baru balik rumah.

Petang, main video game ngan faiz... lepas tu tertidur sebab keletihan. Faiz kejutkan aku sebab mintak tolong mainkan game, ade satu part tu dia takut mati sebab tak reti main, aku tak layan.. then dia kejutkan babahnya sebab aku tak layan dia... sian faiz...