· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, December 30, 2005

Lagu "Ngetop"

Nenek Nenek Si Bongkok 3

Siang Mengantuk Malam Berjaga

Mencari Cucu Dimana Ada...

Nenek Nak Kawin Dengan Anak Raja
Cucu Cucu Tak Dapat Lari
Nenek Sekarang Banyak Sakti
Sekarang Juga Nenek Mencari
Siapa Dapat Orang Tu Jadi...
---------------------------------
Lagu ni berkumandang kat rumah aku sejak seminggu yg lepas setiap malam without fail. Lagu ni telah dinyanyikan oleh Anis tanpa rasa jemu... walaupun ada salah here and there, she tried very hard to remember this song... sebenarnya lagu ni "cikgu" taska dia yg ajar... tu yg seronok sangat tu... dia jadi nenek sibongkok 3 tu, sebab tu mata dia kena tutup dengan kain.
Walaupun muak dengar lagu yg sama setiap hari, aku appreciate apa yg "cikgu" tu ajar kat anak2 aku ni, sebab aku sebagai ibu yg bekerjaya, manalah ada masa nak mengajar anak menyanyi sampai hapal.... nak main dgn anak pun kena tunggu weekend.
Jadi, aku menghargai apa yg org dah ajar , menghargai apa yg anak2 aku belajar (asalkan yg baik2 belaka). Biarlah dia nak nyanyi sampai aku vomit blood sekalipun, mungkin next few years, aku tak dengar dah dia nyanyi lagu2 macam ni... mungkin dia nyanyi lagu mariah carey pulak nanti. In next 20 years, may be i will missed all these jingles... Selagi diorang happy, aku pun tumpang happy tengok diorang happy.
Berkat "cikgu" baru yg menjaga taska milik my babysitter, anak2 sekarang lebih terhibur sebab "cikgu" baru ni rajin ajar menyanyi berkumpulan & ada playgroup... taklah boring makan tidur je.... sekarang ni aktiviti mereka semakin terisi dan happy je nak pergi taska. Aku harap ia berterusan.
Update on my babysitter. Last week monday 26th Dec, aku pergi melawat dia kat hospital. Dia dah sedar 100% but she's like "vegetable". Tak kenal orang, cannot talk, don't know whether she hear or not, seems like she don't have any feeling. Looking at her make me wonder, did she still recognize me or not ? I think she's not, because her face don't show any expression whether she's happy, sad , sick .....
Her father said she may discharge this few days, but her neck was broken, so she cannot sit. That is why i said, she's like a vegetable. I Pray very hard for her to recover back to normal.
"Ya Allah, ujianMu ternyata sungguh berat utk insanMu yg lemah ini. Sembuhkanlah dia seperti sediakala .... Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ..Amin"

Thursday, December 29, 2005

Frustration vs Excitement

Ade 2 benda yg aku ingin catatkan disini kerana kedua2 nya melibatkan emosi aku yg tengah bercelaru.

Frustration

1) Family Trip to Tioman Island have to postponed . Due to musim tengkujuh, banjir & laut bergelora. Pulau Tioman pun ditutup sehingga February 2006. Our plan nak pergi this coming CNY, tak kesampaian nampaknya.... Heard the plan was postponed to April 2006.

2) Frust with one of Admin staff yang print out salary report & leave it there overnight until next morning . I found it & have a strange look at it as it was my 1st time found such A BIG P&C document.... I Think It Is THE MOST P&C Things in the office... cool huh ! Padan muka kat diorang2 yg menganggap bende tu very P&C.. kalau dah tahu P&C, kenapa careless sangat ? Camni ke org yg boleh dipercayai ? Macam tak caya je aku ngan org ni....

Excitement

Anak dara sunti mak aku dilamar orang. Lepas ni mak aku dah tak ade anak dara lagi. Tinggal anak teruna trang tang tang je yg sorang tu. Dan dengar cerita CNY ni ler orang tu nak bertunang . Tahniah kat adik aku yg bakal menjadi hak milik org tak lama lagi.

Tapi yg excited terlebih2 , aku dan hubby. Bukan excited nak kawin, tapi excited nak menjayakan kenduri utk adik aku ni... Kami rasa kami yg terlebih pikir dari tuan empunya diri. Hari tu aku sms adik aku tanya pasal warna tema, senang je dia jawab .

"org tak pikir lagi lah.... nantilah balik raya haji kang kita bincang"

Aku rasa, aku yg lebih risau, compare to her. Kenapa aku risau sangat, baru nak bertunang je... alkisahnya, mak aku kata, pihak lelaki nak cepat... kalau boleh bulan Mar' 2006 dah nak langsung... mak ai.... cepatnye!! and I received this sms from my mum on top of that .

"cepat, korek lubang, dah nak terb***k. Pagi tadi mak org tu datang, ckp CNY nanti nak bertunang. Bulan 3 nak kenduri"

and I replied.

"bukan nak terb***k dah ni. ni dah terci**t dah namanya. Kalau ci**t tak pyh korek lubang. Ci**t kat mana2 pun boleh. Tak sabar dah kot, tu pasal nak cepat sangat."

(maksudnya lebih kurang macamni :- Hujung Bulan January nak bertunang, bulan March nak kenduri, mana sempat nak buat persediaan. Org kata, dah nak terb***k sangat, baru nak cari lubang tu membawa maksud, tiada persediaan @ perancangan awal, everything is very De last minute....)

Sekarang ni aku & hubby terlebih excited utk menjayakan kenduri tu & this is the "TO DO LIST" yg aku terfikir buat masa ni... Aku tak tahu samada anak dara mak aku tu pikir ke tidak... org nak kawin ni, excited nak kawin je, semua bende2 ni, tak kuasa dia nak pikir....

1) Bunga Telur berapa riban nak buek...

2) Kad Jemputan Kawin berapa riban nak order

3) Ape warna tema pengantinnye... pengepit2 , dayang2 & keluarga nak pakai baju warna ape? Tak sabar dah nak gi beli ni... nak tempah lagi... takut tak sempat siap je...

4) Langsir nak beli kat mana? Sempat ke mak aku nak jahit langsir ?

5) Adik aku dah kursus kawin ke belum nih ?

6) Kite buat kaunter ais kerim & cendol nak ? Cam kat rumah sepupu kite last 2 weeks...

7) Raya cina ni nak bertunang, ape barang2 hantarannye? Sempat ke mak aku nak buat ? Apa yg aku boleh tolong ye? bla...bla...bla...

Mak aku merayu kat org tu supaya di postponed kan kenduri tu 3rd Jun 2006 sempena cuti sekolah & cuti Birthday Agong. Tapi tak tahu le apa outputnya sebab org tu kata dia kena bincang dgn keluarga dia dulu this coming raya haji.... Harap2 bolehle... kalau tidak, harus mak aku, aku & adik beradik aku serta anak dara mak aku tu , TERC***T..

Tuesday, December 27, 2005

Bila Pilihan Didepan Mata...

Hubby menyatakan hasrat utk tukarkan faiz kesekolah lain mulai sessi persekolahan tahun depan (January 2006) . Hasrat tu baru je dinyatakan dalam 2 minggu yg lepas. Jadi, last saturday 24/12/2005 , aku anak beranak keliling taman mencari sekolah baru utk faiz.
Sekolah Pertama :-
Sinar Bistari - English Medium. Tapi cikgu tak de... yg ade cuma tukang cat sekolah sedang mengecat sekolah tersebut. Ambil no. phone, tapi x call pun....

Sekolah Ke-2 :-

Tadika Sri Murny - English Medium. Dijemput ketingkat atas, diberi penerangan mendalam sedalam2nya sampai tersangkut kat situ 2 jam... sampai anis dah boring ditahap cipan... Interesting... Bini pengetua ni memang pandai cakap... sesuai benar kalau dia jadi penjual produk kecantikan.... jadual waktu, buku, menu makanan -semua dia tunjuk kat aku.... aku dah berminat sangat...sebab 80% communication in english, dan 20% saja in Malay for Jawi & BM. After 2 hours, baru dia tunjuk yuran yg perlu dibayar & buku yg perlu dibeli......
Mak aiiii..... ngalahkan aku masa belajar kat kolej dulu.... yuran pendaftaran kat sini lebih mahal 10 kali ganda dari yuran semester aku masa belajar kat kolej dulu. Bila aku tengok je helaian kertas pasal yuran pendaftaran, uniform, trip & Sports activity tu, ditambah lagi dengan buku2 yg nak kena beli, semester pertama kena bayar RM900.00++ dan semester kedua kena bayar RM770.00. Monthly RM135.00. Itu pun bini pengetua ni boleh kata ," price are very reasonable.... kalau ikutkan, parents kena bayar lebih lagi sebab gaji guru bulan Dec'06 , management yg tanggung. Patutnya parents yg tanggung. (aik, banyak cantik muka dia, anak kita sekolah sampai bulan 11 je, bulan 12 tak sekolah pun, boleh dia nak charge kita? Melampau kan...)

Aku dah tahu jawapan hubby, Tapi aku buat2 tak tahu masa kat situ. Aku cakap kat bini pengetua tu, aku nak discuss dulu dgn hubby. Kalau jadi, Esok atau lusa kita dtg lagi bayar yuran. Lepas dah naik keta tu, aku menyesal habihkan masa aku kat situ sampai 2 jam.... Tak berbaloi dengar khutbah bini pengetua tu, end up, tak jadi... Pepatah melayu mengatakan, ukur baju biar padan dengan badan kita.... Senarai harga yg sekolah ni tawarkan, tak sepadan dengan budget aku .... Lagipun, hubby kata , tak berbaloi nak laburkan duit kat situ banyak2 hanya utk budak sekolah tadika.... kalau utk UPSR, PMR atau SPM, tak pe jugak....

Sekolah Ke-3 :-

Tadika Zulfa - Baru 1st year nak buka (2006 ni first batch). English medium jugak. Tapi tak de confident sebab student sikit, cikgu cuma 2 org, dan pengasasnya pun macam budak lagi.... baru nak start the business. Excuse yg sama, mintak diri dulu, kalau jadi, kami datang lagi...Monthly RM100.00. Buku pun x complete lagi. Persediaan mengajar & bahan2 mengajar pun belum complete. Camne parents nak confident ? Pengetua pun cakap malu2 jer....

Sekolah Ke-4 :-

Tadika Al-Hakim - Paling ramai student mendaftar kat sekolah ni. Sampai pengetua terpaksa buat 2 sessi persekolahan pagi & tgh hari. I've no choice, tinggal 7 kekosongan lagi utk sessi tgh hari. Sessi pagi dah penuh. Monthly RM95.00. Yuran pendaftaran lebih kurang RM450.00. Cikgu 7 orang. Maths & Science in English. Dah lama beroperasi.

Akhirnya aku terus bersetuju utk mendaftarkan faiz kesekolah ni. Disebabkan ada beberapa org kawan faiz yg turut mendaftar disekolah ni, at least dia tak kekok, sebab dah ada kawan yg dia kenal. Lagi satu, sebab yuran pendaftaran & bulanannya murah. Cuma yg agak kecewa sikit, cikgu tak sediakan makanan. Makanan kena bawak bekal sendiri dari rumah. So, aku kenalah rajinkan diri sediakan bekalan makanan utk faiz mulai tahun depan. Cuma, tak yah jerit2 suruh dia bangun mandi awal2 pagi sebab sessi persekolah faiz start pukul 11.15 pagi sampai 2.15 ptg.

Wednesday, December 21, 2005

Mak Tiri Episod 2

20/12/2005
Assalamualaikum..
Kehadapan anak tiri aku, selipar jepun.
Semoga dalam keadaan sihat walafiat & sejahtera selalu.
Adanya aku menulis surat ini kepada engkau, adalah untuk memberitahu engkau, supaya janganlah engkau "syok" sangat kerana aku belum singgah rumah engkau.
Semenjak dua menjak ni, aku sibuk sikit, membeli belah barang2 keperluan persekolahan adik tiri engkau yg bakal nak masuk darjah 1 tahun depan. Aku dah lah pergi kedai naik bas, org punyalah ramai macam semut.... dengan nak krismas lagi, tu yang aku sibuk shopping tak dapat2 apa yg adik tiri ko nak.....ramai sangat org, sampai aku menghadapi kesukaran nak membeli belah kat shopping complex.
Aku janji, aku mesti datang rumah ko bila2 masa je dari sekarang. Masak sedap2, bagi aku makan. Kebulur dah tekak aku ni... kain baju dah kemas ? Pinggan mangkuk kat dapur dah cuci? Toilet dah bersih? Pokok bunga dah siram ? Lantai dah mop ? Sawang2 semua dah buang ? Ayam dan kerbau dah bagi mandi ? Bla...bla...bla....
Your dear friend,
Mak tiri

# Selamat datang mak tiri aku yg tercinta... 20/12/2005 -mak tiri aku dah datang ziarah... hampeh...kuciwa.... duka & nestapa..... Pouty #

Monday, December 19, 2005

Mak tiri merajuk?

Mak tiri aku dah 12 hari tak datang ziarah. Aku tak tahu kat mana yg tak kena. Mungkin ada yg kena... mari kita tengok siapa yg kena....hehehehe...

Anis

Hari hari muntah. Terutama dalam kereta. Nak kata dia demam, sihat walafiat je aku tengok dia. Tak de panas pun badan dia. Meloncat sana sini, kan main aktif nye.... saturday & sunday bawak diorang jalan2 cari makan , elok nak balik je, halfway nak sampai rumah, dia kata dia nak muntah. Tak sempat nak buat apa2, dia tadah je ngan baju dia. By the time babah nak berenti kat tepi jalan, it's too late. Baju dia dah penuh tertakung "m***t**" tu. so, aku londehkan semua baju & seluar yg dia pakai, tinggal pampers je. 2 hari berjalan, 2 hari dia muntah. Kat rumah elok je....

Faiz

Hari saturday, bila dah sampai rumah, dah parking, faiz pulak kata dia nak muntah. Apalagi, keluar je dari kereta, dia terus "m**t**". Apasal le ngan anak2 aku ni... tak de demam, tak de ribut apa, tetiba je... meloya ke ?

Babah

Friday night, Balik dari kerja, lepas solat & tukar baju, babah ajak pergi pekan yg agak jauh dari rumah, katanya nak makan western food. Kedai tu kedai mamak, very big shop, 2 storey with open space. A lottttttt of variety & type of foods dari mee kari, bihun sup , roti canai dan semua adik beradik roti yg sewaktu dengannya, nasi lemak, nasi briyani, western food pun ada.... babah kata dia teringin nak makan lamb chop. So dia pun order lamb chop, aku pulak order chicken maryland.

Sunday morning, babah teringin nak breakfast mee rebus kat restoran mamak yg sama. Baru je pergi, dia nak pergi lagi... aku ikut je. Tekak dia ni tak boleh diramal. Mengidam juga agaknya... Setibanya dikedai mamak tersebut, bende yg dia nak makan tu tak de... semua variety yg berbagai tu hanya sebelah malam je... sebelah pagi cuma ade semua adik beradik roti & nasi lemak. Maka kempunan le babah tak dapat makan mee rebus. Akhirnya dia order roti telur, aku order tossei, & faiz order roti tisu.

Aku
Relaks... tak rasa apa2 , tak de tanda2, cuma mak tiri enggan ziarah je. Kalaulah begini sampai akhirnya, best kan. Org lain yg merasa sakit pening, org lain yg berisi. Thanks god my dream "will" come true soon (may be next year somewhere around August or Sep'2006. But belum confirm dan belum pasti lagi sebab belum jumpa doktor. Last friday ada buat test sendiri kat rumah. Tapi negative. Boleh caya ke bende yg beli kat pharmacy nih? Apa-apa pun, hanya doktor yg boleh memastikan kesahihan berita ni. Aku saja tunggu lagi. Maybe masih terlalu baru, so tester tu pun tak boleh trace. Tunggulah sampai early January 2006 ni baru aku jumpa doktor . Harap2 mak tiri aku bercutilah for the next 8 mths... Amin.

Lawak Pagi Isnin


*DIALOG ANTARA LEMBU & AYAM*


*Ayam* : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!


*Lembu* : Kenapa kau kata macam tu?


*Ayam* : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!


*Lembu* : Hah! Buat apa pulak?


*Ayam* : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor.


Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku , macamana aku nak dapat anak!


*Lembu* : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!


*Ayam* : ?? Maksud kau?


*Lembu* : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku **MAK!*


*Ayam* : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Friday, December 16, 2005

Geram

Dalam seminggu ni berbagai bende yang berlaku buat aku geram. Aku tak tahu kenapa radio Era buat hari Jumaat sebagai hari melepas geram. Biarlah aku lepas geram kat blog aku saja.

1) ade lah satu hari tu aku tapau breakfast kat one of cafe near my office. aku ingat, kat situ murahle, kalau nak compare dgn cafe2 yg lain. Sekali tu, dia charge aku RM2.00 utk plain fried meehun. Terkezut aku..... kedai mamak yg femes kat sini pun cuma charge RM1.50. Dan cafe kat bawah office aku ni just charged me RM1.60 - RM1.70 for the same thing. Aku ingat kat situ boleh dapat RM1.50 cam kat mamak. Padahal lebih mahal. Yg buat aku geram sangat tu, bila aku balik office nak makan, aku perasan ,apasal lain macam je kedudukan sambalnye... tadi aku letak kat tengah2, ni camana buleh dok kat tepi plak ni? Ooooo, ni mesti kes tertukar paket ngan Minah India yg sama2 nak bayar kat kaunter tadi. Yg aku geram sangat ni, pasal dia cuma bayar RM1.80 dan aku kena bayar RM2.00 , tapi makanan kami tertukar. Mungkin dia ambik sikit sangat, tu sebab murah 20sen. aku tension, bayar lebih, dpt makanan seciput! dah rezeki, nak buat camana kan...

2) semalam aku call sebuah syarikat ejen insurance, bercakap dengan seorang chinese girl. Tujuan aku call sebab nak tanya berkenaan statement of account yg aku terima, camana pulak boleh ada -ve figure... macam co. aku terlebih bayar pulak. Dalam speaking london dengan aku tu, dia kata ,itu bukan terlebih bayar. Itu credit note dari dia utk co. aku. Then aku cakaplah yg aku tak terima document itu walaupun tarikh yg tercatat pada statement tu adalah Nov'2004. Budak cina ni tanya aku plate number. Aku kata, how would I know the plate number ? I just refer to your statement & the statement doesn't show any plate number. She insist to have the plate number. Kononnya, kalau tak bagi plate number, dia tak boleh check. Porah ! Aku dah naik angin ,tapi control lagi. Aku cakap kat dia , miss, can u take this reference number (which is their credit note number). She refuse to take the number even I'm ready to read it for her. She mengada, ask me to fax the statement to her. Excuse me, for what ? Don't you have a copy in your system or filing ? I will not fax you anything . I just request you to send me C.T.C copy of that Credit Note. Dia tercengang2 macam org biul, dan tanya aku soalan ni... "ha? CTC copy? What is that ?" Of course org yg hantar statement kat aku tu bekerja disebuah accounts department. Kalau dah kerja kat accounts dept, tapi tak paham CTC tu menatang apa, melampau tak ?

Aku tak tahu lah kalau sykt tu asyik berkomunikasi dalam bahasa "tongkang" dia jer..... takkanlah CTC tu pun tak tahu menatang ape ? Geram dah aku nih. Berasap dah hidung aku rasanya. Terpaksa aku menjelaskan pada dia, what is CTC stands for... Certified True Copy lah mak cik oi...... sebab document yg aku mintak tu dah lama, tahun 2004. Mana nak cari yg ori lagi... terpaksa lah buat photocopy & cop CTC utk perakui document tu sah sepertimana asal. Bengong betul budak cina tu... Dahlah bungul, sombong pulak tu...

3) Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan nak datang kerja, ade org biul bawak keta ... yang buat aku geram sangat, org tu kat depan kenderaan kiteorg je. Sukati mak bapak dia nak tukar lane tanpa signal, kejap kekiri , kejap kekanan. Sampai hubby aku kata, org tu mcm org gile bawak keta. Kalau dia tukar lane waktu line clear, tak ape lah. Boleh dimaafkan. Tapi waktu sesak2 camtu, dah tu cara driving pun boleh membahayakan org lain. Org macam ni elok pi dok dalam hutan, sebab dia tak pikirkan pasal org lain... pikir pasal dia je....pentingkan diri sendiri. Sampai la ni aku ingat lagi plate number dia... iswara silver WCV 8837. Kalau korang nampak, belasah ke mamat ni... kalau tak silap aku, org negeri "tongkang" juga....

Wednesday, December 14, 2005

Masihkah ada sinar ?

Lepas tengok movie Narnia, kami pergi hospital menziarahi baby sitter . Actually semalam, masa kami kat kampung, aku dapat sms dari husband dia, berbunyi begini ;-
"lin dah boleh buka mata hari ni. Dah boleh gerakkan tangan & kaki."
alhamdulillah, syukur kehadrat Allah, setelah koma selama 10 hari, akhirnya dia sedar kembali . Tersebak aku membacanya. Terus aku bagitahu hubby. Aku bersyukur yg Allah beri peluang ke-2 kepadanya utk terus hidup.
Kali pertama sampai kekatilnya, aku lihat dia sedang tidur. Kemudian dia buka sedikit matanya, aku mengucapkan salam , aku perasan, dia mengelipkan mata sekali, seperti tanda menjawab salam aku.
Kali ni beliau dipindahkan ke wad biasa tapi masih bergantung kepada beberapa alatan . Beliau masih belum boleh bersuara, pandangan matanya pun seakan sempit, antara jaga & tidur. Aku tak pasti, dia dapat melihat kami semua atau tidak.
Aku dekati telinganya, aku bisikkan nama aku kepadanya, dan aku bertanya, adakah dia masih ingat kepada aku. Air mata aku terus menitis sebab tak dapat menahan perasaan dikala itu. Aku cukup sedih dan dalam waktu yg sama, masih tertannya2 , setelah beliau sedar, apakah nasib beliau seterusnya? Hanya kaki & tangan sebelah kanan saja yg mampu digerakkan perlahan dalam gerakan yg sama, tapi sebelah kiri seakan2 tiada respons.
Leher & kepala masih memakai alat sokongan . Ayahnya meminta aku mengelap mukanya dengan wet tissue. Aku akur. Tapi perasaan aku terlalu hiba utk disembunyikan. Aku gagal. Sekali lagi air mata aku merembes keluar. Akhirnya aku meminta diri setelah beliau tidur.
Lin,
Semoga cepat sembuh. Semoga sembuh seperti sediakala. Kasihan anak-anakmu. Mereka masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Ya Allah,
Sembuhkan dia seperti asalnya. Hanya Engkau yg Maha mengetahui dan Maha Penyayang. amin...

Monday, December 12, 2005

1st movie with anis in cinema

Narnia - 12/12/2005 - 1.40pm
Babah, Mama, Faiz & Anis


Lucy, Susan , Peter & Edmund

Sebenarnya ini adalah entry ke-2 pasal ni yg aku tulis sejak semalam. Semalam aku dah publish satu entry yg sama, tup-tup, petangnya dah hilang. Bengang je aku... dimanalah salah silap aku ...

Kali pertama anis jejak kaki kepanggung wayang, aku tak sabar nak tengok reaksi dia. Aku sangka, tentu tak penuh panggung, kalau anis bising pun, tak ape lah.. first timer lah katakan... sekali tu bila masuk, mak ai.... full house. Dah la kite org lewat 5 minit.

Anis refuse to walk in the dark. Jakun gitu, tempat ape la yg gelap gelita ni. Babah has to carry her sampai ketempat duduk.

Babah has to put her on his lap coz aku tak beli tiket utk budah bawah umur ni.... akhirnya dia excited, elok je dia tengok wayang tu. Dari ribaan babah, dia tak selesa agaknya, so berpindah keribaan mama pulak. Akhirnya kerana terlalu sedap diribaan & dipelukan mama, anis tertidur hampir 1 jam...

Lepas bangun tidur, dia sambung tengok lagi sampai habis. Mulut pun dah riuh rendah asyik tanya berbagai soalan. The most frequently Asked Question (faq) was...

"mama, lion harimau tu , dia jahat kan..?" sambil memuncungkan mulutnya bercakap dgn penuh perasaan...

"no, dia baiklah..." I replied.

"tak lah... lion harimau tu dia jahat. kan mama, kan...??" anis masih tak puas hati..

"shhhhhhhhhh.. jgn bising. Cakap perlahan2..."

sambil berbisik, she still insist "mama, lion harimau tu, dia jahat kan.?"

ya allah, anak aku ni.... (tengok cerita sekerat, tidur sekerat, lepas tu dia tak faham...)

Faiz enjoy the movie, sampai suruh aku beli VCD bawa balik rumah.

Thursday, December 08, 2005

Happy Birthday to U Mom !

8th Dec 2005

Happy Birthday to U , my mom...
This year, you become 55 yrs old
For me, age is just a number
because you stay young, healthy & energetic
more than I do....

I just hope
God bless u
With Long Life
And Healthy...

Monday, December 05, 2005

Hilangnya Permata Hati Anak2 Kami...

Friday - 2nd Dec 2005

Hari tu aku bekerja seperti biasa, memasang angan2 utk berkunjung ke rumah ex-baby sitter keesokan hari nya sempena penutup syawal.
Sampai Taska, around 6.45pm menjemput anak2. Baru aku tahu, rupa2nya, baby sitter merangkap tuan punya taska tempat anak2 aku ditinggalkan terlibat dalam kemalangan sekitar jam 2.00ptg sewaktu selesainya solat Jumaat.
Dan yg paling menyedihkan, beliau mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan beliau koma, dari saat itu, sehingga kehari ini...
Dari apa yg aku dengar, beliau dalam perjalanan ke Bank berdekatan. Budak2 diTaska ditinggalkan sebentar bersama pembantunya. Kira2 lima minit perjalanan, Kereta yg beliau pandu bertembung dgn sebuah kereta Vios dari arah bertentangan yg cuba hendak memotong sebuah lori, tapi tak lepas, lalu menghentam kereta baby sitter yg ditumpangi anak lelakinya. Beliau mengalami kecederaan serius , patah kaki, pendarahan organ dalaman dan yang paling serius, pendarahan dalam otak.
Doktor pun tidak memberi apa2apa harapan, sekadar berkata, 50-50.
Astaghfirullah....
Aku tak mampu berkata apa2 tatkala menerima berita ini. She's in critical condition. Di wad I.C.U di hospital selayang. Anak lelakinya cuma patah tangan kanan, tanpa lain2 kecederaan. Juga ditahan dihospital yg sama utk rawatan lanjut.
Aku balik kerumah, dalam keadaan lemah longlai, tak tahu apa nak buat. Terkejut & terkilan, kenapa semua ini berlaku keatas dia?
Lepas solat maghrib, aku panggil faiz masuk kebilik, ajak dia mengaji. Aku ajarkan dia mengaji since hari ni (jumaat) memang kelas mengajinya bercuti. Waktu dia mengaji, aku tak dapat menahan perasaan aku yg tersangat sebak dgn kejadian yg menimpa baby sitter. Sambil faiz mengaji, sambil aku menangis, dan sambil itu juga aku capai face towel utk mengelap air mata aku yg laju mengalir.
Yg buat aku terharu sangat2, faiz nak pinjam face towel aku. Dia pun lap air mata dia. Dia renung aku, dan cakap
"mama, pinjam..." sambil tangannya menunjukkan face towel yg aku pegang.
Aku tanya dia .."kenapa?"
"faiz sedih..." .
Ya Allah, faiz mengerti kesedihan aku ... lalu air mata aku tumpah kembali... Faiz rupanya berjiwa halus & sensitif juga.
Kami berkongsi kesedihan itu bersama. Selesai mengaji, aku mengajak faiz menadah tangan memohon kepada Yang Maha Esa.
"Ya Allah, Engkau yg maha pemurah, maha penyayang & maha mengetahui. Selamatkan lah ibu kepada anak2 ku ini, Sembuhkanlah dia sepertimana asalnya, jika itu yg terbaik baginya, dan jika sebaliknya, Engkau Ambillah nyawanya, agar dia tidak menderita, jika itu juga yg terbaik baginya. Sesungguhnya Engkau yg maha mengetahui.. Amin..."
Malam itu, aku tak dapat senang duduk, sehingga jam 1.00 pagi, aku menghubungi suami beliau utk bertanya perkembangan terkini. Menurut sisuami, beliau sendiri belum dapat berjumpa & melihat keadaan isterinya kerana isterinya masih dalam bilik pembedahan.
Saturday - 3rd Dec 2005
Kami meluangkan masa mengunjungi beliau di Hospital Selayang. Kali ini, beliau sudah dimasukkan kedalam I.C.U. Hanya org dewasa saja dibenarkan masuk. Tatkala kaki melangkah, terpana aku seketika bila melihat keadaan beliau. Banyak sungguh wayar disana sini dan tak tahu berapa buah screen dengan pelbagai bentuk graph .... adakah dia kini bernafas & masih bernyawa hanya bergantung kepada alat2 tersebut ? Ya Allah, selamatkan lah beliau...
Aku tak dapat menahan perasaan, lalu mengajak hubby keluar dari situ. Dulu dia tersenyum, sekarang dia kaku, seolah2 tidak bernyawa.... Itulah org yg terdekat dgn anak2 kecil kami, yg banyak berjasa, memberi makan, mengasuh, memandikan , bermain & segalanya2 sewaktu kami meninggalkan anak2 kami ketika bekerja. Dulu , dialah org harapan kami.. Sekarang, yg tinggal hanya jasad terbujur kaku .......bergantung kepada alat2 & mesin2 menyambung nyawa, bertarung antara hidup & mati....
Kalaupun beliau hidup, 1001 kemungkinan yg berlaku adalah ,cacat, lumpuh, buta, bisu, hilang ingatan dan banyak lagi yg tidak tercapai oleh akal fikiran kita, Hanya Allah yg tahu, dan semoga Allah memberikan yg terbaik untuknya...