· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, December 05, 2005

Hilangnya Permata Hati Anak2 Kami...

Friday - 2nd Dec 2005

Hari tu aku bekerja seperti biasa, memasang angan2 utk berkunjung ke rumah ex-baby sitter keesokan hari nya sempena penutup syawal.
Sampai Taska, around 6.45pm menjemput anak2. Baru aku tahu, rupa2nya, baby sitter merangkap tuan punya taska tempat anak2 aku ditinggalkan terlibat dalam kemalangan sekitar jam 2.00ptg sewaktu selesainya solat Jumaat.
Dan yg paling menyedihkan, beliau mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan beliau koma, dari saat itu, sehingga kehari ini...
Dari apa yg aku dengar, beliau dalam perjalanan ke Bank berdekatan. Budak2 diTaska ditinggalkan sebentar bersama pembantunya. Kira2 lima minit perjalanan, Kereta yg beliau pandu bertembung dgn sebuah kereta Vios dari arah bertentangan yg cuba hendak memotong sebuah lori, tapi tak lepas, lalu menghentam kereta baby sitter yg ditumpangi anak lelakinya. Beliau mengalami kecederaan serius , patah kaki, pendarahan organ dalaman dan yang paling serius, pendarahan dalam otak.
Doktor pun tidak memberi apa2apa harapan, sekadar berkata, 50-50.
Astaghfirullah....
Aku tak mampu berkata apa2 tatkala menerima berita ini. She's in critical condition. Di wad I.C.U di hospital selayang. Anak lelakinya cuma patah tangan kanan, tanpa lain2 kecederaan. Juga ditahan dihospital yg sama utk rawatan lanjut.
Aku balik kerumah, dalam keadaan lemah longlai, tak tahu apa nak buat. Terkejut & terkilan, kenapa semua ini berlaku keatas dia?
Lepas solat maghrib, aku panggil faiz masuk kebilik, ajak dia mengaji. Aku ajarkan dia mengaji since hari ni (jumaat) memang kelas mengajinya bercuti. Waktu dia mengaji, aku tak dapat menahan perasaan aku yg tersangat sebak dgn kejadian yg menimpa baby sitter. Sambil faiz mengaji, sambil aku menangis, dan sambil itu juga aku capai face towel utk mengelap air mata aku yg laju mengalir.
Yg buat aku terharu sangat2, faiz nak pinjam face towel aku. Dia pun lap air mata dia. Dia renung aku, dan cakap
"mama, pinjam..." sambil tangannya menunjukkan face towel yg aku pegang.
Aku tanya dia .."kenapa?"
"faiz sedih..." .
Ya Allah, faiz mengerti kesedihan aku ... lalu air mata aku tumpah kembali... Faiz rupanya berjiwa halus & sensitif juga.
Kami berkongsi kesedihan itu bersama. Selesai mengaji, aku mengajak faiz menadah tangan memohon kepada Yang Maha Esa.
"Ya Allah, Engkau yg maha pemurah, maha penyayang & maha mengetahui. Selamatkan lah ibu kepada anak2 ku ini, Sembuhkanlah dia sepertimana asalnya, jika itu yg terbaik baginya, dan jika sebaliknya, Engkau Ambillah nyawanya, agar dia tidak menderita, jika itu juga yg terbaik baginya. Sesungguhnya Engkau yg maha mengetahui.. Amin..."
Malam itu, aku tak dapat senang duduk, sehingga jam 1.00 pagi, aku menghubungi suami beliau utk bertanya perkembangan terkini. Menurut sisuami, beliau sendiri belum dapat berjumpa & melihat keadaan isterinya kerana isterinya masih dalam bilik pembedahan.
Saturday - 3rd Dec 2005
Kami meluangkan masa mengunjungi beliau di Hospital Selayang. Kali ini, beliau sudah dimasukkan kedalam I.C.U. Hanya org dewasa saja dibenarkan masuk. Tatkala kaki melangkah, terpana aku seketika bila melihat keadaan beliau. Banyak sungguh wayar disana sini dan tak tahu berapa buah screen dengan pelbagai bentuk graph .... adakah dia kini bernafas & masih bernyawa hanya bergantung kepada alat2 tersebut ? Ya Allah, selamatkan lah beliau...
Aku tak dapat menahan perasaan, lalu mengajak hubby keluar dari situ. Dulu dia tersenyum, sekarang dia kaku, seolah2 tidak bernyawa.... Itulah org yg terdekat dgn anak2 kecil kami, yg banyak berjasa, memberi makan, mengasuh, memandikan , bermain & segalanya2 sewaktu kami meninggalkan anak2 kami ketika bekerja. Dulu , dialah org harapan kami.. Sekarang, yg tinggal hanya jasad terbujur kaku .......bergantung kepada alat2 & mesin2 menyambung nyawa, bertarung antara hidup & mati....
Kalaupun beliau hidup, 1001 kemungkinan yg berlaku adalah ,cacat, lumpuh, buta, bisu, hilang ingatan dan banyak lagi yg tidak tercapai oleh akal fikiran kita, Hanya Allah yg tahu, dan semoga Allah memberikan yg terbaik untuknya...

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

sedihnya dengar berita ini, sayu Am baca. Am tumpang simpati

Am sendiri tak pasti apa yg Am lakukan jika benda ini terjadi pada Am, tenangkan hati ya

5/12/05 2:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

sedihnya kak, but like u said, apa pun kita doa yang terbaik buatnya, kena redha, kalau jadi apa2 kat dia lepas ni, maybe bukan rezeki dia nak jaga anak2 lagi, dan juga bukan rezeki anak2 untuk mendapat belaian darinya...

5/12/05 5:19 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Am, saya pun tak tahu nak buat apa. Sedih bila terkenangkan anak2.. hilang tempat menumpang kasih & asyik bertukar penjaga je...

Nohachomel, semua ini sudah ditakdirkan. Kita hanya mampu berserah & redha atas apa yg terjadi. Semoga Allah limpahkan rahmat keatas roh & jasadnya... Amin.

5/12/05 6:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

Amin....

6/12/05 5:32 PM  
Blogger Jubeiz said...

sedih sungguh saya hari ni bila baca your entry. moga-moga dia kembali sedar dan tiada kecacatan kekal. kita boleh berdoa agar dia kembali tapi hanya Allah yg menentukan segala-galanya.

10/12/05 12:24 AM  

Post a Comment

<< Home