· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, November 15, 2005

Raya Update !

Saturday 29th Oct 2005 bersamaan 25 Ramadhan

Hubby kena sore throat... tak banyak cakap. Suara pun tenggelam timbul. Kesian ... aku pun dah rasa semacam kat tekak... tapi tak la teruk ... sepanjang jalan balik kekampung hanya diam membisu seribu bahasa...

Sunday 30th Oct 2005 bersamaan 26 Ramadhan

Kat rumah Mother in law... dalam pukul 11.00 pagi , anis tetiba demam . Dia sebenarnya datang kekatil, tumpang tidur ngan aku & hubby. Menyelit kat tengah2 nak tidur sama. Aku separuh sedar masa tu sebab dah tidur lebih awal. Tetiba teringat yg anis tak pakai pampers. Karang dia terkucil kat katil, naya je. Masa aku pakaikan dia pampers tu lah aku tersedar yg badan dia panas sangat. Hati aku rasa tak sedap, tapi disebabkan dia tengah tidur, aku biarkan dia tidur dulu...

Tetiba, anis batuk2 , dan bagitahu dia nak muntah, sambil cekup mulut dengan tangan. Kelam kabut aku kejutkan hubby supaya bawa anis ke toilet. Kejadian tu berulang2 hampir 4 kali sampai dah tak ada apa2 yg nak keluar lagi melainkan angin je. Sian anis.. anis pun dah lembik semacam je. Aku pun bersiap2 utk keklinik .

Dalam kereta pun anis muntah lagi... Nasib baik aku bawa plastik. Sampai kat klinik, tengah2 doktor nak check anis, anis cakap dia nak muntah lagi. Doktor cina tu lebih pantas dari aku, terus dia carry anis ke sinki dalam bilik dia. Anis muntah lagi....kali ni dibantu oleh doktor. Dikesempatan itu juga, hubby pun jumpa doktor juga utk sore throat dia....

Doktor kata anis kena keracunan makanan... hairan aku, apa yg dia makan.. Lepas balik klinik, kami singgah kat rumah mak aku , anis semakin manja dan nak tiudr dalam buai.. wan melayan semua kehendak anis... sampai anis tertidur dalam buai tu. Lepas tu aku tinggalkan anis & faiz dirumah mak, kami balik kerumah mother in law pulak utk packing kain baju - masa utk berpindah rumah......

Monday 31st Oct 2005 bersamaan 27 Ramadhan

Aku dah adik aku hari ni sibuk kat dapur dari awal pagi sebab nak buat kuih raya.. konon lah..macam terror sangat. Sebenarnya aku malas nak buat, sebab zaman sekarang ni banyak org sediakan kuih tunjuk* jer... (kuih tunjuk = kuih beli kat kedai) .Tapi hubby beria-ia ajak aku buat kuih raya, aku pun rajin2 kan lah diri...Aku bawa balik beberapa resepi utk dicuba. Antaranya biskut udang kering, biskut cornflakes , kek coklat , dan beberapa lagi yg aku tak hapal. Aku mulakan dengan resepi kek coklat dulu.... mungkin esok, kalau aku larat, aku buat biskut udang kering tu. Kek coklat aku menjadi dengan begitu lembutnya... first time mencuba resepi dari internet, menjadi pulak tu. Alhamdulillah.... Tak sia-sia cuba. Penyumbang resepi tu nama dia Diana. kalau dia terbaca blog aku ni, aku nak ucapkan many thanks sebab resepi dia sedap & menjadi.

Sementara menunggu kek masak, aku bancuhkan adunan utk buat biskut udang kering pulak. Masa tu aku tak larat ditahap cipan, tapi gagahkan juga demi nak raya punya pasal. Masa tu aku dah tak bercakap ngan sesapa pun ..bukan sebab concerntrate sangat kat kueh raya tu, tapi sebab aku rasa tekak aku dah membengkak sampaikan nak menelan air liur pun susah, sakit , perit dan bagai terlekat duri. Kebetulan jiran mak aku datang bertandang, aku tak dapek nak layan dia bercakap sebab tekak aku sakit sangat. Hanya angguk, geleng & buat bahasa isyarat , rasa macam org bisu pulak. Anis dah sihat, faiz memang sihat walafiat.... Diorang lah yg dok tolong babahnya menerap kueh raya tu. Aku biarkan diorang menolong sebab nak bagi merasa tolong. Bukan tolong sangat, main je lebih... kena bagi sorang satu bekas & doh, sampaikan acuan pun nak sorang satu, macam main playdoh jer.... suka banget ! Aku dah tumpo.. sakit ditahap yg tak boleh tahan dah. ditambah lagi dengan sejuk menggigil yg tetiba je datang + flu ....aku membawa diri kedalam bilik, tidur sambil berselimut. Kueh raya tu tak sempat siap, aku simpan dohnya dalam peti sejuk, dah barang2 semua adik aku yg tolong kemaskan... thanks to TUN TEJA sebab banyak berkorban , dia lah yg menolong dalam bab2 mencuci & menegokkan kueh raya aku dalam oven. Aku dalam bilik macam org sakit teruk sangat, Nak menelan air liur sampai meleleh air mata...terasa betapa sedihnya, nak raya ni aku sakit pulak... dalam pukul 4.00ptg, hubby datang kat aku, ajak pergi klinik. Aku bangun dan terus kedapur. Terpaksa berbuka puasa hari ni sebab nak makan ubat... mak aku suruh makan ubat2 Elken sementara nak pergi klinik.

Tuesday 2nd Nov 2005 bersamaan 28 Ramadhan

Masih demam lagi sikit2, tekak pun masih lagi sakit, tapi hari ni aku akan puasa . Hari ni aku sambung buat kueh raya aku yg terbengkalai semalam. Akhirnya selesailah sudah... cadangnya nak buat biskut cornflakes, tapi tak jadi sebab keadaan kesihatan aku yg tak mengizinkan. Aku ke rumah mother in law pada sebelah petangnya.... entah kenapa aku teringin sangat nak minum air sirap. Aku buat air sirap sejuk utk berbuka puasa hari ni. Lepas azan maghrib, aku teguk air sirap tu dekat 3 gelas. Ni semua gara2 tekak aku yg kering sebab makan ubat batuk waktu sahur semalam. Malamnya aku tak bleh tidur sebab batuk teruk...ni semua gara2 air sirap sejuk tu.... akhirnya aku menanam azam , waktu berbuka esok, aku mesti minum air sirap panas / suam supaya tak batuk... dan berdoa supaya aku sembuh sepenuhnya sebelum raya datang....

Wednesday 3rd Nov 2005 bersamaan 29 Ramadhan

Hari ni aku masih lagi tak berapa sihat. Badan lesu semacam je. Pening kepala dok fikir, macammana nak tolong mak mertua masak ni, aku sendiri pun tak sihat. Dah lah aku sorang je manantu yg beraya kat sini. Semua anak2 & menantu2 yg lain beraya kat rumah mertua masing2 sebelum beraya kat sini. Aku terpaksa berkorban sejak pemergian father in law kerahmatullah. Tak ape lah, aku menantu yg paling dekat dan biarlah berkorban.... kesian pulak tengok mak raya sorang2... bibik ada, tapi tak sama sebab bibik tu org asing... bukan anak & menantu dia....tapi.... aku rasa, yg paling banyak berkorban, bukan aku, tapi hubby.... aku tak kisah beraya kat rumah mertua dulu. Sebab raya ke-2 barulah riuh rendah rumah mak aku. Raya pertama, kakak aku belum balik lagi sebab dia pun beraya rumah mertua dulu. Hubby lah org yg paling banyak berkorban sebab waktu dia beraya kerumah mak aku, adik beradik dia dah penuh kat rumah mak dia. Tak dapatlah jumpa sangat sebab waktu tu sibuk pula beraya kerumah sedara mara aku. Kesian dia..... Sejak father in law dah tak ada, dia banyak berkorban untuk mak dia.... termasuk berkorban perasaan kerana beraya tak sama 'turn' dengan adik beradiknya yg lain.

Pagi2 hubby kena pergi pasar beli barang2 nak memasak utk raya. Nasib baik mother in law offer diri pergi bersama, kalau harapkan aku, entahlah...macam tak mampu nak berjalan je rasanya. Lepas diorang balik pasar, aku tolong apa yg patut kat dapur. Mungkin ada hikmahnya disebalik aku sakit ni....Mother in law tak banyak memasak macam tahun2 lepas. Sebab anak2 lain belum balik, maka raya pertama cuma sediakan soto , ketupat , rendang & sambal goreng. Agaknya raya ke-2 baru masak banyak kerana menunggu anak2 lain balik. Masa tu aku dah kerumah mak aku. Bibiklah yg tolong agaknya.

Thursday 4th Nov 2005 bersamaan 1 Syawal

Pagi2 lagi dah bangun, mandikan anis & faiz sunat hari raya. Pakaikan baju kurung & sampin. Tahun ni warna tema baju raya aku anak beranak - Hijau My-vi. Lepas sarapan, kami (termasuk bibik) kemasjid menunaikan solat sunat aidilfitri. Terharu aku, tahun ni aku berpeluang kemasjid menunaikan solat sunat aidilfitri kerana setiap tahun aku uzur, tak dapat bersama2 kemasjid. Selepas tu, kami menziarahi pusara arwah bapa mertuaku dan juga arwah abang iparku yg terletak bersebelahan. Sungguh , aku tak dapat menahan perasaan setiap kali kepusara mereka, kerana masih terasa kehadiran mereka, seperti baru semalam mereka meninggalkan kami semua. Aku tidak dapat menahan air mata tatkala terkenangkan arwah... lebih2 lagi melihatkan mak mertua aku, beraya keseorangan tanpa suami disisi.... tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan beliau tatkala itu... tak dapat mengucup tangan suami memohon maaf dipagi raya.... sedih !

Lepas kekubur, kami kerumah one of my late father in law's sister . Beliau juga sudah uzur, cumanya Allah lebih sayangkan my late father in law, sebab tu dia pergi dulu mengadap illahi. Lepas itu, mak mertua aku ajak kerumah mak aku pula. Kami pun beraya kerumah mak aku... lepas tu balik semula kerumah mother in law, masing2 tak tahu nak buat apa, tengok tv & tertidur depan tv.... sampai pukul 1.30 ptg, aku suapkan makan anis & faiz, lepas tu ada org sedara mara datang sampai pukul 5 petang baru berenti....

Malam, lepas maghrib, kami berangkat kerumah mak aku pula.... cepatnya aidilfitri berlalu... tak puas lagi bertakbir rasanya...

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

sblm terlewat..
selamat ari raya.. mapp zahir jer! huhuhu

pjgnyer akak apdet? jenuh baca.. but sonok plak rsnyer... kekekkeke

22/11/05 3:16 PM  
Anonymous Anonymous said...

hai tuan rumah, lama tak menjengok disini, sunyi sahaja blog ini sekarang, tagboard pun dah tak ada ker, kalau nak tagboard macam Am tu, letak email di blog Am nanti am invite

22/11/05 4:36 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Ly, selamat hari raya to u too... maaf zahir batin to u too...

am, nanti kite tinggalkan email add kat u punya email . hari tu try insert tagboard lama, but tak ngam pulak settingnya.. tak masuk. Nak tukar saiz font, tak reti pulak.. sebenarnya, banyak lagi bende yg kena belajar ni...harap2 am dpt tolong.

23/11/05 8:49 AM  
Anonymous Anonymous said...

nak tolong no problem, boleh tanya Am apa2 tapi kan rasanya blog SJ ni makin lama makin lebih cangih dari blog Am sendiri, rasa macam pula kena belajar dari SJ

23/11/05 5:42 PM  

Post a Comment

<< Home