· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, November 29, 2005

Fikirkan Sejenak...

Bila Kita Sihat.........
*boss gunakan kita habis-habisan, supaya semua kerja dpt dibereskan hanya dengan membayar gaji seciput. Maximum output with minimum cost.... save cost katanya....

*keluarga memerlukan perhatian kita & kasih sayang kita.


Masa Kita Sakit.........

*boss sekadar telefon tanya khabar, paling tidak pun, telefon kedai bunga, suruh hantar bunga utk kita kat rumah atau kat hospital . At the same time, risau kan kerja kita yg pending, terbengkalai & terabai, bukannya risaukan kan kesihatan & keadaan kita. Pada masa ini, boss dah sibuk nak cari replacement for temporary utk teruskan kerja yg terbengkalai tu.

*keluarga menghantar kita ke klinik atau kehospital utk mendapatkan rawatan yg sewajarnya. keluarga juga akan merasa susah hati jika kita mendapat sakit, serta mendoakan utk kita semoga kita cepat sembuh. At the same time, keluarga sbg org yg paling dekat dengan kita, akan meluangkan masa walaupun sibuk & letih, utk menemani kita dirumah sakit ataupun dirumah dan mengambil alih semua tugas kita terutama yg ada anak2. Kerana pada masa ini kita tidak berdaya utk melakukan semuanya dgn sendiri.

Bila kita mati....

*Boss menelefon kedai bunga lagi, kali ini utk hantar "wreath" kepada keluarga kita serta mungkin juga akan menghantar atau mengirim sejumlah wang melalui sesiapa yg ingin melawat jenazah kita. Seratus dua itu mungkin sbg membantu keluarga kita dalam proses pengkebumian. Tak lama selepas itu, mungkin dia dah sibuk buka iklan kat newspaper utk recruit org baru ganti kita...

*Keluarga kita akan meratapi pemergian kita sampai bengkak2 mata, sampai kering air mata kerana menangisi pemergian kita. Mereka akan terasa betapa kehilangan itu amat memedihkan , merentap jiwa dan raga mereka, yang sisuami akan menjadi duda, yang anak akan menjadi yatim, dan ibu bapa lebih sedih kerana anak mereka pergi dahulu sebelum mereka. Kehilangan akan dirasai bukan sehari dua, malah berbulan2 dan mungkin juga bertahun2. Anak2 yg kecil akan tertanya2 mana ibu mereka. Suami juga akan terngiang2 suara kita, terbayang2 kemesraan kita dan keletah kita semasa hayat masih dikandung badan.
Oleh kerana itu, keluarga adalah segalanya2 bagi kita, dalam keadaan kita senang, susah, sihat mahupun sakit, merekalah tempat kita mengadu, tempat kita mencurah kasih. Tanpa mereka, siapalah kita ini ?
Family First....

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

entry yang menyedarkan, thanks.

satu lagi, Am dah email tentang tagboard tu

29/11/05 3:07 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Thanks for keep visiting my blog. you are 1 of my blog friend yg rajin tinggalkan comment. Tanpa anda, siapalah saya dlm berblogging nih.

Pasal tag board tu, i will check later. Thanks in advance.

29/11/05 3:53 PM  

Post a Comment

<< Home