· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, November 24, 2005

Open House

Assalamualaikum...
Lama tak update blog ni, sebab busy memanjang... masuk office, busy baca blog org.... waktu office hour, busy buat kerja. During lunch hour, busy eating & mengular ke blog org (again...), after lunch hour, busy sambung kerja sampai lah kepetang..... pukul 6.00, balik kerja... kat rumah, busy dengan kerja rumah pulak... busy ngan anak2 pulak... sometimes, tidur lebih awal dari anak2 dan hubby.... rutin berulang2 setiap hari.. nak update blog sendiri pun tak ada masa...
Sabtu & Ahad lepas (19 & 20hb) , aku buat open house kat rumah sebab meraikan jiran2 yg dah makin bertambah, yg tak pernah datang rumah aku... bila buat macamni, barulah jiran merasa datang rumah kita, merasa masakan kite, dan dapat berkenal mesra... kalau tidak, setakat senyum dan angkat tangan je bile terjumpa kat luar atau kat jalan... atau kat kedai, atau kat pasar...
Kronology menjelang open house..
Isnin (14/11)

Sampai je kat office, ziarah resepi.net utk cari resepi sesuai utk open house yg bakal diadakan.... fikir punya fikir, setelah diteliti resepi satu persatu, yg mana senang nak buat, yg tu lah aku print kan.... hasilnya, inilah menu yg bakal aku sajikan...
1) Ketupat Soto + Bergedil
2) Meehun Sup
3) Daging Masak Hitam
4) Puding Jagung

Rabu malam khamis (16/11)
Balik kerja singgah pasar malam dekat rumah, beli daging . Balik, simpan daging dlm freezer, mandi manda, pergi pasaraya kat pekan pulak. Utk beli barang2 keperluan sempena open house yg bakal diadakan.
Balik Pasaraya, mengemas barang2, keluarkan daging, basuh , Potong kecil2 dan perap. Tidur pukul 1.30pagi. (gear 1)


Khamis Malam Jumaat (17/11)
Balik kerja, lepas dah selesai urusan rumah, hubby ajak buat Bergedil...(Gear 2) . bukanlah susah sangat buat bergedil ni. Cuma leceh je sebab nak kena goreng kentang tu, pas tu nak kena tumbuk pulak.. lepas dah tumbuk, nak kena buat bulat2.... first time buat bergedil kat rumah sendiri...selalu buat kat kg je, tolong mak mertua. Hubby yg champion... kite tak reti... (refer resepi masa buat ni...) . Lepas dah selesai buat bergedil, jam pun dah menunjukkan pukul 1.30pagi...
Jumaat (18/11)
Balik kerja, start masuk gear 3 dah...memasak ketupat segera Adabi... lebih kurang 16 bungkus berjaya dimasak sehingga jam 11 malam. Sambil2 tu, masak daging masak hitam tu. Rupanya daging masak hitam ni banyak sangat menggunakan bawang. Bayangkan , sekilo bawang besar habis utk satu jenis masakan. Tapi tak pe, sedap punya pasal, tak kisah lah. Masak daging hitam pun lebih kurang 3 jam.... baru betul2 puas hati. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 1.00pagi. Kemudian sambung masak agar2 & puding pula.....masak agar2 tu sekejap je. Akhirnya dah mengemas apa yg patut, aku tidur pukul 2.00pagi malam ni...
Sabtu (19/11)
Hari ni ada 2 perkara yg menjadi sejarah..
1) Ustazah faiz kawin....(kat kedah, tak dapek nak pergi. Jauh sangat..)
2) Open house akan bermula seawal 3 petang...

Pagi2 lagi dah bangun, masuk dapur, buat apa yg patut. Semua dah siap kecuali bahan2 nak buat kuah soto & rencah2 nak tabur atas soto.... Yg buat aku cemas, ayam masih kat kedai.. tu yg best sekali tu... buatnya tak de ayam, siapa aku nak korbankan utk buat kuah soto ni? Malam semalam, aku suruh hubby pergi pasar malam cari ayam, dia kata tak de sorang pun jual ayam kat pasar malam tu. Daging ade le.... So, dia balik tangan kosong je. By hook or by crook, hari ni mesti dapatkan ayam 3 ekor. Kalau tidak, ape yg kite nak jamu org makan nanti...
Hubby pergi pasar pagi2 ... Bila dia balik, kami anak beranak bersarapan dan masa tu jam dah menunjukkan pukul 9.00pagi. Tengah dok usahakan ayam tu kat dapur, tiba2 hp hubby berbunyi. Ade sedara tgh on the way nak dtg rumah kami... dah dekat pulak tu.. alamak... camno nih... takkan tak kasi datang kot ? aku dah gabra, cam tak sompek yo nak masak kuah soto ni kang... nak layan tetamu beraya ni, kokak2 pun mesti makan 1 jam. Nak tak nak, aku redha.. apa nak jadi pun jadilah.
Nasib baik ketupat Segera & Daging masak hitam aku dah siap. Bende tu lah aku jamu kat tetamu tu dengan kueh raya yg tak seberapa tu. Akhirnya tetamu beransur pukul 11.00pg. Mata aku tak habih2 tengok jam masa mulut aku bercakap2 ngan tetamu tu. Tak tahulah dia perasan ke tidak. Bukanlah aku nak halau, tapi faham2lah, org dah rasa kelam kabut sampai "ketaq lutut" dah....rasa macam tak sempat je nak siapkan before 3pm.
Lepas je tetamu balik, aku terus masuk dapur, macam lipas kudung..rasanya masa ni dah gear 5 dah... tak toleh2 belakang lagi dah.. dah lah tak terror, masak pun sambil refer resepi, tu yg aku tak confident nak buat last2 minit tu... buatnya tak jadi kang, mampus ! Nak cepat punya pasal, sekali masak, 2 periuk besar sekali jalan....Dua belah tangan fully utilised... nasib baik hubby tolong... at least aku blander rempah2 tu, dia tolong tumiskan, kacaukan & akhirnya siap..... sedap... thanks to Diana penyumbang utama resepi dot net , yg menyumbang kan resepi yg best2 belaka....

Pukul 4.00ptg, tetamu dah start datang... aku pun dah mandi, tukar baju, pakai baju raya.... Tetamu datang silih berganti, dari pukul 4.00 ptg , tak putus2.....tetamu yg last ni datang sorang, wife tak dpt datang sebab anak dah tidur.Masa dia datang pun dah hampir pukul 11.30 mlm. Dia ni memang pandai bercakap. Hal ehwal dunia semua dia tahu. Termasuk hal ehwal org2 dalam kawasan tempat tinggal aku. Akhirnya cakap2 biasa bertukar jadi mengumpat... aku dah tak larat nak dengar, hubby pun banyak diam dari bercakap. Akhirnya org tu cakap sorang2 macamlah dia tu semuanya betul dan org lain semuanya salah....Bila dia mintak diri, jam dah pun menunjukkan pukul 1 pagi.....tak sangka, org lelaki zaman sekarang ,kalau bercakap ke, mengumpat ke, bergossip ke, ngalahkan org pompuan dah...bila dia balik, aku seakan nak melompat kegembiraan sebab dia dtg beraya rumah org sambil mengumpat org, at the same time, dia ingat diri dia bagus sangat..... penat sangat, rasa macam nak pengsan.... tapi yg bestnye, tetamu puji masakan sedap...... (resepi internet tuh, bukan kite yg pandai masak..hehehe) .Tidur pukul 2.00 pagi...

Ahad (20/11)

Tetamu yg tak dapat hadir semalam, ada yg datang hari ni... so we decided nak buat open house episod ke2 hari ni selepas solat asar... masak sikit2 buat tambahan, sup semalam masih banyak lagi yg lebih. Tapi hari ni mainly for adik beradik hubby.......... pukul 9.00mlm dah tutup rumah..Letih kan main.


Isnin (21/11)
Tak pergi kerja dua-dua org sebab malas.... badan tak letih tara mana pun, tapi malas je yg lebih... akhirnya call office memasing, kelentong boss, kata E.L sebab anis demam.... aktiviti hari ni, bawa anak2 pergi playground, main sepuas2 hati... pastu balik rumah, tidur sampai petang macam org tak sedar diri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home