· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, November 28, 2005

Weekend Update


Saturday 1.00am in the morning

My sister satu keluarga & anak sedara belah hubby dia satu keluarga tumpang tidur kat rumah aku. They are on the way to Malacca, kenduri kawin. Keletihan, sebab lepas masak makan malam, aku kena mengemas rumah, mengemas bilik dan akhirnya jam menunjukkan pukul 1pagi. Kata nak sampai pukul 12.00, tapi delay 1 jam. Hubby pulak, mood tengah rajin, balik dari kerja, hampir 2 jam dia bersihkan segala harta benda, rempah ratus, belacan, tempoyak, ubat-ubatan dan apa saja yg ada dalam fridge, dari atas sampai bawah, habis dia kemas.... bersih , berkilat dan tersusun je barang2 dlm fridge aku... bertuah badan dapat laki camni. Tolong bini kat dapur....Thanks a lotttttttt mat yeh... terima kasih daun keladi.

Lepas tetamu dah tidur, jam dah dekat pukul 2.00pagi...rasanya dah lebih dari pukul 2.00pagi kot. Tuan rumah pun bawak diri masuk bilik sebab dari balik kerja pukul 7.00ptg Jumaat, sampai dah masuk pukul 2pg hari Sabtu, belum ada kesempatan nak berehat.... masyaallah, letih bak nak kojol....

Saturday 7.00am in the morning glory...

Masuk dapur buat nasik goreng. Hubby & His Bro In Law kekedai beli nasi lemak.... Lepas dah sarapan, diorang pun meneruskan perjalanan ke Melaka.Masa tu dah pukul 9.00am. Aku dah siap mengemas rumah, sidai kain baju, gosok baju, dan bersiap utk ke Seremban, rumah my sis in law pulak buek open house. Jauh juga perjalanan, sebab nak kena gi Bangi dulu, jemput mak mertua aku kat rumah bro in law. Sampai seremban, pukul 1.00 ptg. Open house pun dah start, tapi sebab jemputan semua tak dtg lagi, aku sekeluarga org pertama yg sampai, maka kami le makan dulu..Hubby membuta dulu hampir 1 jam setengah sebab ngantuk sangat.Malam semalam dah lah tak cukup tidur.... kesian dia.

Pukul 4.30ptg, kami bertolak balik ke KL , ke Bangi pulak. My Bro In Law nak kenduri pulak malam tu.... Sampai je kat rumah dia, dah pukul 5.30ptg. Hubby terus tukar uniform, sebab kena tolong goreng ayam kat belakang rumah dia. Sambil goreng, sambil makan. Panas2 gitu...bestnya resepi ayam goreng berempah bibik ni... nak kena try kat rumah nanti, bestnyer, sampai tengah menaip ni pun terliur lagi & teringat2 lagi betapa bestnye makan ayam goreng kat tepi kuali besar...

Kenduri berakhir jam 10.00mlm. Tinggal adik beradik je bersembang sambil melantak tak habis2... Sampai rumah dah pukul 12.00mlm. Sepanjang jalan aku tidur sebab letih sangat.

Sunday 27/11/05

It's Wedding Anniversary for Mat Yeh & Sleepar Jepun.... Diam tak diam, dah 7 tahun rupanya2 aku sehidup semati, tinggal serumah, sebumbung, sebilik, sekatil & 2 bantal & 2 selimut dengan lelaki idaman aku, mat yeh....(mat yeh ni kalau buka blog, sure nama samarannya KIPAS ANGIN).

Early in the morning after subuh prayers, I wish him "Happy Anniversary my dear...." dan dia macam terlupa yg hari tu wedd. anniversary ..terpinga2.... biasalah, org lelaki...

After subuh prayers, bermalas-malasan lagi kat katil & membuta sampai pukul 8.00 am. Last night balik lewat. Sampai rumah dah dekat pukul 12.00thg malam. Yesterday was a busy day dari awal pagi sampai kemalam. So hari ni bolehlah bersantai, take our own precious time berehat sepuas hati... anak2 bangun awal dari kiteorang. Bisalah budak2 ni, kalau hari kerja, bom meletup pun tak sedar.... tapi kalau hari cuti, cicak bunyi pun cepat je bangun... potong stim betul...

Breakfast lambat, almost 10.00am & then cuci keta kat kedai, lepas tu bawa anis ke klinik sebab nampak macam ada ruam nak tumbuh je kat badan dia... takut2 kalau bende tu chicken pox... kepala otak tgh ligat berfikir, kalau betul dia kena chicken pox, camne nak buat... paling kokak, mesti cuti seminggu dua sebab chic. pox ni lambat baik...Oh tidak.... cuti aku pun dah tinggal seciput. Alhamdulillah, setelah jumpa doktor, sebenarnya bukan chicken pox. Sekadar ruam biasa je....

Tak celebrate apa-apa pun... tak sempat... sempat pergi makan2 je. Cadang nak celebrate dengan kek, tak jadi sebab tak de sape suka makan kek kat rumah aku. Budak2 tu sekadar suka makan krim kat atas kek je. Tengah2 dok makan tu, hp hubby berbunyi... ade org nak datang rumah.. alamak, we all kat shopping complex lagi nih... org tu dah bertolak dah.. cepat2 makan terus balik rumah.

2 Comments:

Blogger noha chomel said...

Happy anniversary kak, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki..

29/11/05 2:32 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

thanks noha. Amin, amin, ya rabbal A'lamin....semoga makbul doa noha chomel ni. 1000000 Tq.

29/11/05 3:56 PM  

Post a Comment

<< Home