· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, November 28, 2006

Happy Anniversary ...


Happy Anniversary To Us !

Terlalu banyak doa yg ingin aku panjatkan kehadrat Illahi, tapi biarlah aku sorang saja yg tahu & tak ingin berkongsi disini. Hanya satu yg aku rasa nak tulis disini, Bersyukur kehadrat Illahi kerana ikatan perkahwinan yg dibina 8 tahun yg lalu masih kekal bahagia hingga kehari ini dan aku harap biarlah ia berkekalan hingga ke akhir hayat kami.... Amin....


Update on Mother in Law

Dah lama rasanya aku tak update disini, sibuk sangat sejak dua tiga menjak ni.... kadangtu, bukan sibuk apa, masa tu yg makin cepat berlalu..
Last update pasal mother in law, doktor kata tak boleh buat kemo sebab mak dah tua. Tapi lepas tu, dirujuk ke HUKM, doktor disini kata boleh buat kemo pulak. Sejak mak menjalani kemo & radioterapi berselangseli, tangan kiri mak jadi lumpuh. Tangannya tak boleh digerakkan langsung. Mak rasa susah utk buat apa2 dengan sendiri. Semuanya perlukan bantuan orang seperti hendak pakai baju, hendak pakai telekung, hendak duduk & bangun pun payah sebab kaki mak dah tak kuat, tangan pulak mati sebelah. Kesian aku tengok mak.


Lately, kesihatan mak semakin teruk. Dulu walaupun sakit, mak masih boleh berjalan sikit2, duduk kat ruang tamu, menonton tv dengan anak cucu. Dulu mak boleh lagi duduk dalam bilik mengaji al quran mengisi masa lapangnya. Dulu mak boleh lagi keluar tengok bunga orkidnya , takpun tengok cucu2 main kat kolam ikan. Tapi sekarang , nak duduk & baring pun semuanya serba tak kena.

Mak menderita kerana kesakitan bertambah, setiap masa, sampai mak tak boleh tidur siang & malam. Mak makin kurus. Makan pun hanya sekadar mengalas perut, dalam 2 - 3 sudu nasi bubur je yg mampu mak telan. Aku terharu tengok keadaan mak. Bagi mak, dia sudah tidak berguna lagi kerana terpaksa menyusahkan org yg menjaganya. Kalau dia boleh buat semuanya dengan sendiri, tak adalah dia berniat hendak menyusahkan sesiapa. Tapi itu sudah ketentuan Allah. Kami redha & mak juga kena redha. Janji Allah tetap janji Allah. Harap2 mak tabah menghadapi Ujian Allah ini. Walaupun berat sangat !


Semalam terima sms dari adik ipar bongsu.


" I've met doctor personally today. Mak's next appointment is on 7/12/2006 - 8.30am. Mak akan menjalani scan otak kerana doktor syak kanser mak telah menular ke Otak yg menyebabkan tangan mak lumpuh sebelah. Dan doktor jangkakan mak hanya tinggal sebulan dua ni saja. Sekarang mak dah tak makan pain killer. Sebaliknya doktor suruh mak ambil Morfin 7ml setiap sekali. Sama-samalah kita berdoa kesihatan mak & kebahagiaan mak."


Bagai nak gugur jantung aku membacanya. Ya Allah, jangkaan doktor ni betulke... dulu kata hingga March next year, sekarang semakin pendek & singkat masa yg dijangkakan. Aku sedih sangat dengan berita ni. Aku tak dapat bayangkan perasaan hubby. Tentulah dia lebih lagi tapi dia tak tunjukkan kat aku. Kadang2 aku nangis sendiri mengenangkan nasib mak & penderitaan yg mak tanggung. Kesian sangat, tapi apa yg boleh aku buat ?

Friday, November 17, 2006

Update Lepas Raya


Raya Ke-3 -Khamis (26/10/06)

Anis kena chicken pox.... hari pertama dia belum rasa apa2 lagi. Dia cakap kat aku ada kudis kat pergelangan tangan dia. Bila aku tengok, alamak... camne boleh dapat ni... dari siapa ? Tak beraya lah nampaknya...

Petang tu kami balik KL. Jalan jem. Dari kg pukul 5.00ptg, sampai plaza toll kat rumah pukul 9.00mlm. Masa renti solat , aku perasan yg anis demam... panas sangat badan dia. Terus bawa gi klinik. Memang sah chicken pox.

Raya Ke-6 -Ahad (29/10/06)

Mak & Ayah datang kerumah aku demi menjaga cucu yg sorang tu.. cuti aku dah habis, anis ni pulak tak leh pi taska.

Friday -10/11/06 - 2.07pm

Eventhough, through ultra sound checkup last week, aku nampak baby bergerak2 dalam perut, tapi masa tu belum rasa apa2 lagi. Tapi hari ni aku merasakan first kick from the baby in my tummy. No one knows how I feel at this moment, unless they have experienced the same.... tak sabar nak tunggu kelahirannya.

3.30pm - received sms from my mom.

"faiz kata masa balik sekolah tadi, van cik lela accident dengan cengkadak besar sampai kemik pintu. Van pak cik Z yg hantar dia balik. dia terantuk sikit kat bahu, org lain ada yg nangis"

aku pun terus call mak aku & bercakap dengan faiz sendiri. Sedih pun ada, nak ketawa pun ada...

Aku : Berapa org yg nangis ?
Faiz : 3. 2 girls , 1 boy
Aku : Nape diorang nangis ?
Faiz : Ntah. Sakit kot...
Aku : Faiz tak sakit ke ?
Faiz : Sakit.
Aku : Sakit Sangat ke, Sakit sikit je ?
Faiz : Sakit Sikit.
Aku : Irfan Nangis tak ? (Kawan dia)
Faiz : Nangis...tangan dia sakit.
Aku : Tangan dia sakit kenapa? Terhantuk ke tersepit ?
Faiz : Sebenarnya kat sekolah lagi tangan dia dah sakit. Masa main kat playground. Dia ternangis tiba2...
Aku : Faiz Nangis tak ?
Faiz : Tak.... faiz sedih je... Ma.... faiz dah kena jangkit ngan adik.
Aku : Ha ? Chicken pox ke ? Kat mana ? (dalam hati..OMG...)
Faiz :Kat badan faiz. Ada 2.

Balik kerja, aku terus check badan faiz. Memang confirm, bende tu dah naik. Berair. Hubby kata aku ni macam doktor. Check satu badan, siap cakap "confirm" lagi..

Akhirnya setelah berbincang dengan hubby, aku pun mengizinkan mak bawa balik faiz ke kampung. Disebabkan aku tahu, mak rindukan rumahnya, dah lama dia dok kat rumah aku, takkan aku nak tahan dia lagi supaya dok sini jaga anak2 aku... So, kalau bawa balik faiz, tentu anis ikut sama. Sunyi la rumah aku.. pagi2 hari sabtu, lepas sarapan, mak & ayah pun berangkat balik ke kampung dengan anak2 aku....

Sunyinya rumah ni tanpa anak2... baru aku rasa betapa syoknya ada anak..... walaupun letih sikit dengan kerenah diorang, tapi semua keseronokan & keceriaan dalam rumah tu datang dari diorang. Semoga Anak2 terus membahagiakan kami hingga ke akhir hayat kami.