· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, February 28, 2007

D'Usrah's Family Day

17 & 18th Feb 2007 -D'Usrah's Family Day @ Frasers's Silverpark Resort


Keluarga asben mengadakan family day kat Fraser Hill. Jalan menuju ke Kuala Kubu baru mengambil masa hampir 4 jam bila kami bertolak dari rumah jam 1.00tgh dan sampai ke pekan KKB jam 4 ptg. Dan jalan menaiki bukit fraser mengambil masa 1 jam setengah.
Kami sampai lebih kurang 5.30ptg. Cuaca teramat sejuk dilitupi kabus tebal & angin bertiup yg membuatkan aku ter"beku".



gambar favourite aku.... singgah sebentar di sebuah empangan menghirup angin petang dalam perjalanan menuju ke atas.

kami menginap di Frasers's Silverpark Resort- resort tertinggi disitu





Anis dah jumpa boyfriend dia lagi..... tak hingat dunia dah.





kabus tebal diwaktu pagi..nasib baik ada water heater. Kalau tidak, tentu ramai yg x sanggup mandi..kecuali kalau kena mandi "wajib" ...hehehe






ulat gonggok species ape ntah... yg paling besar pernah aku tengok.. geli pun ade.


telematch yg x dapat dilupakan.... kelakar sangat...


A lots of fun , fun & fun... rasa tak nak balik. Bermula dengan barbeque night, diikuti dengan games suaikenal ahli keluarga, keesokan paginya selepas sarapan, games lagi , win , loose or draw, pop quiz, dan telematch... Lepas tu kami pun balik kerumah masing2......

Picnic Sempena Cuti Thaipusam

1st Feb 2007

Aku & asben sepakat nak bawa anak2 pi picnic kat Templer Park. Aku ajak adik ipar aku sama sebab anak dia boyfriend anis... jadi meriahlah sikit.... Tak de ape yg best pun picnic kali ni... sebab :-

1) Kera terlalu banyak sampai tak aman dunia... pantang lepa, ade je barang kita yg dia nak kaut. Nak makan lagi lah tak senang, kita yg takut kat dia, dia sikit pun x takut kat kita... jumlahnya bukan setakat 4-5 ekor, tapi berpuluh2 ekor... aku rasa macam dok kat dalam zoo pulak...
2) Air cetek sangat... budak2 nak mandi pun tak dapat... takat lutut diorang je... ade tempat yg dalam, tapi berbahaya....

3) Ramai sangat pengunjung menjelang tghari. Dan kebanyakannya membawa awan mendung bersama2 mereka... sempena raya mereka, jadi mereka telah datang dengan 4-5 buah bas utk mandi manda sempena cuti perayaan mereka...jadi tempat tu sedikit sebanyak, mendunglah...paham2 je lah...





kera ni sedang mengintai kami makan... geram tul..



budak2 ni tetap gembira dapat main air..

Tuesday, February 27, 2007

Dah Lama Tak Update...

Kawan2 blog pakat complain yg aku ni dah lama sangat tak update blog, dan kata mereka blog aku dah tumbuh lalang berjurai2... dah penuh semak samun sebab tak dipedulikan lagi.... aku rasa dah tumbuh pokok jagung kot... sikit lagi buleh la aku menuai jagung.. aku suka makan jagung... apa yg aku merepek ni?

Aku kehabisan masa terluang bila aku recently very d busy sampai tahap cipan... banyak sangat outstanding work & workload baru yg mendatang... aku rasa macam nak terberanak disaat ini juga... I'm really 14x tired, restless & headless... kadang tu nak ketoilet pun terpaksa postponed dulu... pernah juga tertinggal solat sebab bile nak pergi solat, boss suruh buat itu ini immediately... apa kan daya aku.....


Ni aku terpaksa curi masa sebab takut dah tak de masa lagi lepas ni... aku update secara ringkas je ... outstanding dalam berblog ni pun banyak juga... bayangkan , raya haji punya update pun aku tak buat lagi, ni dah lepas raya cina dah...




Raya Haji Update


Aku beraya dikampung dgn anak2 dirumah my parents. Asben kena kerja dipetang raya.. sedihnya... dah lah buyung2 macam ni, beraya sana sorang, sini sorang... pagi raya terkenangkan si asben... apelah juadah dia dipagi raya...? aku sedap2 makan ketupat rendang kat kampung... dalam sedih2 dok pikir tu, asben ada snap photo ni utk tatapan aku... sebagai bukti yg dia makan & masih mampu hidup waktu aku tak ada... tapi aku tetap sedih... sebab dia masak & makan maggi goreng di pagi raya.... huwaaaaaaa....... sedihnya.... !






maggi goreng, segelas white coffee instant dipagi raya...






Admitted to Hospital -23rd & 24th Jan'07





Aku terpaksa tidur dihospital 2 hari 2 malam kerana bleeding... walaupun bleeding tu sikit aje, tapi doktor memandang serius kes aku ni... Tapi aku relakan aje lah apa2 pun, janji baby aku selamat . Aku ingatkan lepas keluar hospital bolehlah aku kerja macam biasa, kerja pun melambak banyak . Tapi aku silap... doktor bagi aku MC seminggu supaya aku betul2 rest kat rumah & tak payah pikir pasal kerja... aku pun ambik kesempatan ittew utk berehat sepuas2nya kat rumah... yahooooo !



Birthday ... Birthday... dan Birthday...





Bulan ni ramai tul yg sambut birthdaynya.... tak henti2 makan kek.... meriah sungguh.

3rd Feb 2007

Asben sambut birthday yg ke 33 tahun... Happy birthday to you darling. Semoga panjang umur, murah rezeki , sihat dan bahagia sentiasa....








aku sengaja beli kek dgn acessories katun ni kat hubby, supaya anak2 aku boleh tumpang happy









14th & 15th Feb 2007


Faiz sambut birthday yg ke 7 tahun (14/2) dan Anis sambut birthday yg ke 4 tahun (15/2). Kali ni kerana takut tak larat habih makan kek tu, aku belikan kek kecik & tak de hiasan utk kanak2 pun... ini membuatkan anak2 aku kuciwa.... anis insist suruh aku beli kek lain.... maafkan mama wahai anak2 aku.... sabau je lah...Selamat hari jadi kepada anak2 mama, semoga beroleh kejayaan dunia & akhirat. Jadilah anak2 yg baik dan berguna kepada agama, bangsa & negara... besar sungguh harapan mama korang ni...



birthday kek Faiz & Anis -2007


Bakal bersambung dgn update2 terkini...tungguuuuuuuuuuuuuuu