· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, November 29, 2005

Climbing The Walls - Backstreet Boys

Close your eyes, make a wish
That this could last forever
If only you could stay with me now
So tell me what it is
That keeps us from each other now
Yeah it's coming to get me
You're under my skin

No I can't let you go
You're a part of me now
Caught by the taste of your kiss
And I don't wanna know
The reason why I
Can't stay forever like this
Now I'm climbing the walls cause I miss you

Take my hand, take my life
Just don't take forever
And let me feel your pain kept inside (oh yeah)
There's gotta be a way
For you and I together now
Yeah it's coming to get me
You're under my skin

No I can't let you go
You're a part of me now
Caught by the taste of your kiss (ohh)
And I don't wanna know
The reason why I
Can't stay forever like this
Now I'm climbing the walls cause I miss you

It's an illusion
How can I feel this way?
If I can't have you
It's an illusion
Nothing is real this way
If I can't have you

No I can't let you go
You're a part of me now (now)
Caught by the taste of your kiss (I don't wanna know)
And I don't wanna know
The reason why I
Can't stay forever like this (I'm climbing the walls)
Now I'm climbing the walls cause I miss

Ohhhh
I can't let you go no

And I don't wanna know
The reason why I
Can't stay forever like this (ohh ohh)
Now I'm climbing the walls cause I miss (I miss) you

Fikirkan Sejenak...

Bila Kita Sihat.........
*boss gunakan kita habis-habisan, supaya semua kerja dpt dibereskan hanya dengan membayar gaji seciput. Maximum output with minimum cost.... save cost katanya....

*keluarga memerlukan perhatian kita & kasih sayang kita.


Masa Kita Sakit.........

*boss sekadar telefon tanya khabar, paling tidak pun, telefon kedai bunga, suruh hantar bunga utk kita kat rumah atau kat hospital . At the same time, risau kan kerja kita yg pending, terbengkalai & terabai, bukannya risaukan kan kesihatan & keadaan kita. Pada masa ini, boss dah sibuk nak cari replacement for temporary utk teruskan kerja yg terbengkalai tu.

*keluarga menghantar kita ke klinik atau kehospital utk mendapatkan rawatan yg sewajarnya. keluarga juga akan merasa susah hati jika kita mendapat sakit, serta mendoakan utk kita semoga kita cepat sembuh. At the same time, keluarga sbg org yg paling dekat dengan kita, akan meluangkan masa walaupun sibuk & letih, utk menemani kita dirumah sakit ataupun dirumah dan mengambil alih semua tugas kita terutama yg ada anak2. Kerana pada masa ini kita tidak berdaya utk melakukan semuanya dgn sendiri.

Bila kita mati....

*Boss menelefon kedai bunga lagi, kali ini utk hantar "wreath" kepada keluarga kita serta mungkin juga akan menghantar atau mengirim sejumlah wang melalui sesiapa yg ingin melawat jenazah kita. Seratus dua itu mungkin sbg membantu keluarga kita dalam proses pengkebumian. Tak lama selepas itu, mungkin dia dah sibuk buka iklan kat newspaper utk recruit org baru ganti kita...

*Keluarga kita akan meratapi pemergian kita sampai bengkak2 mata, sampai kering air mata kerana menangisi pemergian kita. Mereka akan terasa betapa kehilangan itu amat memedihkan , merentap jiwa dan raga mereka, yang sisuami akan menjadi duda, yang anak akan menjadi yatim, dan ibu bapa lebih sedih kerana anak mereka pergi dahulu sebelum mereka. Kehilangan akan dirasai bukan sehari dua, malah berbulan2 dan mungkin juga bertahun2. Anak2 yg kecil akan tertanya2 mana ibu mereka. Suami juga akan terngiang2 suara kita, terbayang2 kemesraan kita dan keletah kita semasa hayat masih dikandung badan.
Oleh kerana itu, keluarga adalah segalanya2 bagi kita, dalam keadaan kita senang, susah, sihat mahupun sakit, merekalah tempat kita mengadu, tempat kita mencurah kasih. Tanpa mereka, siapalah kita ini ?
Family First....

Monday, November 28, 2005

Hari Laksa Sedunia -27/11



Aku dan hubby bercadang nak beraya kerumah one of our neighbour. Dari pagi tadi dah sms kat dia, cakap nak dtg petang. Tup-tup, ade sedara nak datang, tak jadile kiteorang pergi rumah dia waktu petang ni. Tetamu balik pun dah pukul 6.30ptg, dah dekat sgt nak maghrib... so, postponed lagi ke lepas maghrib. Lepas solat, kami pun bertolak kerumah neighbour ni.

Kami dihidangkan LAKSA.. sedap, pandai tuan rumah masak. Hubby makan 2 pinggan sebab tuan rumah paksa suruh tambah... Lepas tu jiran atas rumah dia nampak kami kat situ, dia pulak jemput pergi beraya rumah dia. Nak tak nak,kena lah pergi walaupun perut dah kenyang. Kat rumah atas tu pulak, kami dihidangkan LAKSA juga, sebab kebetulan org atas tu pun buat LAKSA. Puas hati, makan LAKSA memanjang. Lama tak jumpa LAKSA masa raya ni, kat pasar malam tu ade la, tapi tak sesedap org buat sendiri. Akhirnya , LAKSA yg kat rumah kami tu terpaksa disimpan dalam fridge saja sebab kami dah tak larat nak makan LAKSA...org kata, hujan emas negeri org, baiklah hujan batu dinegeri sendiri... apa yg terjadi kat aku semalam, BAIK lah makan LAKSA kat rumah orang walaupun kat rumah sendiri pun ada LAKSA...hihihi...

Weekend Update


Saturday 1.00am in the morning

My sister satu keluarga & anak sedara belah hubby dia satu keluarga tumpang tidur kat rumah aku. They are on the way to Malacca, kenduri kawin. Keletihan, sebab lepas masak makan malam, aku kena mengemas rumah, mengemas bilik dan akhirnya jam menunjukkan pukul 1pagi. Kata nak sampai pukul 12.00, tapi delay 1 jam. Hubby pulak, mood tengah rajin, balik dari kerja, hampir 2 jam dia bersihkan segala harta benda, rempah ratus, belacan, tempoyak, ubat-ubatan dan apa saja yg ada dalam fridge, dari atas sampai bawah, habis dia kemas.... bersih , berkilat dan tersusun je barang2 dlm fridge aku... bertuah badan dapat laki camni. Tolong bini kat dapur....Thanks a lotttttttt mat yeh... terima kasih daun keladi.

Lepas tetamu dah tidur, jam dah dekat pukul 2.00pagi...rasanya dah lebih dari pukul 2.00pagi kot. Tuan rumah pun bawak diri masuk bilik sebab dari balik kerja pukul 7.00ptg Jumaat, sampai dah masuk pukul 2pg hari Sabtu, belum ada kesempatan nak berehat.... masyaallah, letih bak nak kojol....

Saturday 7.00am in the morning glory...

Masuk dapur buat nasik goreng. Hubby & His Bro In Law kekedai beli nasi lemak.... Lepas dah sarapan, diorang pun meneruskan perjalanan ke Melaka.Masa tu dah pukul 9.00am. Aku dah siap mengemas rumah, sidai kain baju, gosok baju, dan bersiap utk ke Seremban, rumah my sis in law pulak buek open house. Jauh juga perjalanan, sebab nak kena gi Bangi dulu, jemput mak mertua aku kat rumah bro in law. Sampai seremban, pukul 1.00 ptg. Open house pun dah start, tapi sebab jemputan semua tak dtg lagi, aku sekeluarga org pertama yg sampai, maka kami le makan dulu..Hubby membuta dulu hampir 1 jam setengah sebab ngantuk sangat.Malam semalam dah lah tak cukup tidur.... kesian dia.

Pukul 4.30ptg, kami bertolak balik ke KL , ke Bangi pulak. My Bro In Law nak kenduri pulak malam tu.... Sampai je kat rumah dia, dah pukul 5.30ptg. Hubby terus tukar uniform, sebab kena tolong goreng ayam kat belakang rumah dia. Sambil goreng, sambil makan. Panas2 gitu...bestnya resepi ayam goreng berempah bibik ni... nak kena try kat rumah nanti, bestnyer, sampai tengah menaip ni pun terliur lagi & teringat2 lagi betapa bestnye makan ayam goreng kat tepi kuali besar...

Kenduri berakhir jam 10.00mlm. Tinggal adik beradik je bersembang sambil melantak tak habis2... Sampai rumah dah pukul 12.00mlm. Sepanjang jalan aku tidur sebab letih sangat.

Sunday 27/11/05

It's Wedding Anniversary for Mat Yeh & Sleepar Jepun.... Diam tak diam, dah 7 tahun rupanya2 aku sehidup semati, tinggal serumah, sebumbung, sebilik, sekatil & 2 bantal & 2 selimut dengan lelaki idaman aku, mat yeh....(mat yeh ni kalau buka blog, sure nama samarannya KIPAS ANGIN).

Early in the morning after subuh prayers, I wish him "Happy Anniversary my dear...." dan dia macam terlupa yg hari tu wedd. anniversary ..terpinga2.... biasalah, org lelaki...

After subuh prayers, bermalas-malasan lagi kat katil & membuta sampai pukul 8.00 am. Last night balik lewat. Sampai rumah dah dekat pukul 12.00thg malam. Yesterday was a busy day dari awal pagi sampai kemalam. So hari ni bolehlah bersantai, take our own precious time berehat sepuas hati... anak2 bangun awal dari kiteorang. Bisalah budak2 ni, kalau hari kerja, bom meletup pun tak sedar.... tapi kalau hari cuti, cicak bunyi pun cepat je bangun... potong stim betul...

Breakfast lambat, almost 10.00am & then cuci keta kat kedai, lepas tu bawa anis ke klinik sebab nampak macam ada ruam nak tumbuh je kat badan dia... takut2 kalau bende tu chicken pox... kepala otak tgh ligat berfikir, kalau betul dia kena chicken pox, camne nak buat... paling kokak, mesti cuti seminggu dua sebab chic. pox ni lambat baik...Oh tidak.... cuti aku pun dah tinggal seciput. Alhamdulillah, setelah jumpa doktor, sebenarnya bukan chicken pox. Sekadar ruam biasa je....

Tak celebrate apa-apa pun... tak sempat... sempat pergi makan2 je. Cadang nak celebrate dengan kek, tak jadi sebab tak de sape suka makan kek kat rumah aku. Budak2 tu sekadar suka makan krim kat atas kek je. Tengah2 dok makan tu, hp hubby berbunyi... ade org nak datang rumah.. alamak, we all kat shopping complex lagi nih... org tu dah bertolak dah.. cepat2 makan terus balik rumah.

Lawak Pagi Isnin


Siapalah punya kerja ni.... kreatif & pakar dalam mencetak rompak hak cipta terpelihara...

Friday, November 25, 2005

Kaki Penipu


Dear Friends...

My dad received 1 sms on his phone yesterday with this message :


"TAHNIAH anda terpilih utk menerima RM50.00 sempena AIDILFITRI daripada Celcom. Sila hubungi perunding kami 03 9543 5533 atau taip RM5 hantar ke 10139719189 (percuma)."


Luckily, my mom forward this sms to me & asked me whether this sms valid or not... & seek for my advice before proceed with the instruction.


This morning when I received this sms, aku cuak sangat ngan org yg buat kerja ni.... I have to find out who is the culprit behind this.... kalau aku dapat, memang org tu sarapan pagi ni dgn maki hamun aku ... tapi agaknya, org tu takut nak angkat, asyik masuk voice mail je....


And for your info, when i saw this number - 03-9543 5533, i'ts like sooooooooo familiar to me.... this number very2 familiar to me, when I called, asyik engaged memanjang. Rupanya2 nombor ni nombor Astro, that's why soooo familiar. It's my clients number.

Then, I called my mom.


"Mak, tak yah le layan org camni... dia nak mintak sedekah RM5 dari ayah secara terhormat."


Dia ingat dia boleh tipu org kampung bulat2 cam taik kambing....


Kalau korang dapat sms serupa, better be careful.... so now, let us kacau org ni with this hp no. 013-971 9189. Biar dia tahu, langit ni tinggi ke rendah....

Liat Bangun Pagi

Pagi2 tadi aku dah hilang sabar ngan anak teruna aku yg sorang tu. Dari pukul 7.00 pagi lagi babah dah kejutkan dia, dia masih sedap tidur kat bilik dia. After that, 7.05am, aku pulak masuk bilik dia, sambil mengemas beg bekalan ke Taska, sambil mulut membebel suruh dia bangun... tak pasti dia dengar ke tidak, tapi nampak gayanya macam lena tidur sedang bermimpi... then aku keruang tamu, dah bersedia nak keluar rumah dah. Babah & anis dah tak nampak kelibat dah... rasa2nya dah turun dulu.

Jam menunjukkan pukul 7.20pagi... habislah, lewat lagi hari ni.

"faiz, bangun la cepat. mama dah nak pergi ni..."

no answer....

dengan hati yg menggerutu, aku masuk semula ke bilik dia, dan bertempik sekuat2 hati...

"nak bangun ke tidakkkkkkkkkkkkkkkkk ! dari tadi org gerak, buak derk je.... macam cakap dengan tunggul. Kalau tak nak ikut , sudah.... tinggal kat rumah sorang2...."

terus dia bangun, tenyeh2 mata dia, dan terus pergi toilet setelah aku habis bertempik. (macam kommander bagi arahan je gayanya..)

Nape lah liat sangat anak teruna aku sorang ni nak bangun pagi. Kalau hari cuti, tak payah kejut, awal2 pagi dah bangun mengadap video game. Kalau hari kerja, selagi tak terkeluar anak tekak mama dia bertempik, selagi tulah x bangun... rasanya kalau ada bom meletup pun, dia buat derk je....

aku pernah membebel pada minggu2 yg lepas....

Faiz tidur depan tv. Anis watching tv sambil pandang kat aku & babah yg dah kat muka pintu.

"faiz nak bangun ke tidak ? berapa kali nak kejut ni ? Mama dgn babah dah nak pergi ni... kalau faiz tak nak bangun, dok la kat rumah ni ngan anis sampai mama balik. Mama kunci pintu dari luar, faiz tak payah keluar. Jaga adik baik2."

Lepas tu aku meninggalkan beberapa pesanan berupa arahan utk dia patuhi :-

1) Nanti mandi sendiri

2) lepas mandi, masak sarapan sendiri

3) Lepas tu tolong mama sidai kain.

4) Nanti kalau anis berak, tolong basuhkan...

Lepas dengar pesanan terakhir ni, dia terus bangun dan keluar pakai kasut.

Kalau tak buat camni, tak bangun lagi agaknya....

anak aku ni, apalah nak jadi agaknya.... No

[sebenarnya lepas aku hilang sabar pagi tadi, setelah dia bangun, aku cakap sikit kat dia...bahawasanya mama sangat sayangkan faiz... mama bukan marah faiz, cuma mama nak faiz bangun.... kalau org dah gerak banyak kali tu, bangunlah... jgn lah buat pekak je. Lain kali bangun cepat sikit ok....dia anggukkan kepala dia. muka cam takut kena marah je. Tapi bila aku dah peluk & cium dia, dia senyum sikit... hilang rasa gerun agaknya]

Thursday, November 24, 2005

Open House

Assalamualaikum...
Lama tak update blog ni, sebab busy memanjang... masuk office, busy baca blog org.... waktu office hour, busy buat kerja. During lunch hour, busy eating & mengular ke blog org (again...), after lunch hour, busy sambung kerja sampai lah kepetang..... pukul 6.00, balik kerja... kat rumah, busy dengan kerja rumah pulak... busy ngan anak2 pulak... sometimes, tidur lebih awal dari anak2 dan hubby.... rutin berulang2 setiap hari.. nak update blog sendiri pun tak ada masa...
Sabtu & Ahad lepas (19 & 20hb) , aku buat open house kat rumah sebab meraikan jiran2 yg dah makin bertambah, yg tak pernah datang rumah aku... bila buat macamni, barulah jiran merasa datang rumah kita, merasa masakan kite, dan dapat berkenal mesra... kalau tidak, setakat senyum dan angkat tangan je bile terjumpa kat luar atau kat jalan... atau kat kedai, atau kat pasar...
Kronology menjelang open house..
Isnin (14/11)

Sampai je kat office, ziarah resepi.net utk cari resepi sesuai utk open house yg bakal diadakan.... fikir punya fikir, setelah diteliti resepi satu persatu, yg mana senang nak buat, yg tu lah aku print kan.... hasilnya, inilah menu yg bakal aku sajikan...
1) Ketupat Soto + Bergedil
2) Meehun Sup
3) Daging Masak Hitam
4) Puding Jagung

Rabu malam khamis (16/11)
Balik kerja singgah pasar malam dekat rumah, beli daging . Balik, simpan daging dlm freezer, mandi manda, pergi pasaraya kat pekan pulak. Utk beli barang2 keperluan sempena open house yg bakal diadakan.
Balik Pasaraya, mengemas barang2, keluarkan daging, basuh , Potong kecil2 dan perap. Tidur pukul 1.30pagi. (gear 1)


Khamis Malam Jumaat (17/11)
Balik kerja, lepas dah selesai urusan rumah, hubby ajak buat Bergedil...(Gear 2) . bukanlah susah sangat buat bergedil ni. Cuma leceh je sebab nak kena goreng kentang tu, pas tu nak kena tumbuk pulak.. lepas dah tumbuk, nak kena buat bulat2.... first time buat bergedil kat rumah sendiri...selalu buat kat kg je, tolong mak mertua. Hubby yg champion... kite tak reti... (refer resepi masa buat ni...) . Lepas dah selesai buat bergedil, jam pun dah menunjukkan pukul 1.30pagi...
Jumaat (18/11)
Balik kerja, start masuk gear 3 dah...memasak ketupat segera Adabi... lebih kurang 16 bungkus berjaya dimasak sehingga jam 11 malam. Sambil2 tu, masak daging masak hitam tu. Rupanya daging masak hitam ni banyak sangat menggunakan bawang. Bayangkan , sekilo bawang besar habis utk satu jenis masakan. Tapi tak pe, sedap punya pasal, tak kisah lah. Masak daging hitam pun lebih kurang 3 jam.... baru betul2 puas hati. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 1.00pagi. Kemudian sambung masak agar2 & puding pula.....masak agar2 tu sekejap je. Akhirnya dah mengemas apa yg patut, aku tidur pukul 2.00pagi malam ni...
Sabtu (19/11)
Hari ni ada 2 perkara yg menjadi sejarah..
1) Ustazah faiz kawin....(kat kedah, tak dapek nak pergi. Jauh sangat..)
2) Open house akan bermula seawal 3 petang...

Pagi2 lagi dah bangun, masuk dapur, buat apa yg patut. Semua dah siap kecuali bahan2 nak buat kuah soto & rencah2 nak tabur atas soto.... Yg buat aku cemas, ayam masih kat kedai.. tu yg best sekali tu... buatnya tak de ayam, siapa aku nak korbankan utk buat kuah soto ni? Malam semalam, aku suruh hubby pergi pasar malam cari ayam, dia kata tak de sorang pun jual ayam kat pasar malam tu. Daging ade le.... So, dia balik tangan kosong je. By hook or by crook, hari ni mesti dapatkan ayam 3 ekor. Kalau tidak, ape yg kite nak jamu org makan nanti...
Hubby pergi pasar pagi2 ... Bila dia balik, kami anak beranak bersarapan dan masa tu jam dah menunjukkan pukul 9.00pagi. Tengah dok usahakan ayam tu kat dapur, tiba2 hp hubby berbunyi. Ade sedara tgh on the way nak dtg rumah kami... dah dekat pulak tu.. alamak... camno nih... takkan tak kasi datang kot ? aku dah gabra, cam tak sompek yo nak masak kuah soto ni kang... nak layan tetamu beraya ni, kokak2 pun mesti makan 1 jam. Nak tak nak, aku redha.. apa nak jadi pun jadilah.
Nasib baik ketupat Segera & Daging masak hitam aku dah siap. Bende tu lah aku jamu kat tetamu tu dengan kueh raya yg tak seberapa tu. Akhirnya tetamu beransur pukul 11.00pg. Mata aku tak habih2 tengok jam masa mulut aku bercakap2 ngan tetamu tu. Tak tahulah dia perasan ke tidak. Bukanlah aku nak halau, tapi faham2lah, org dah rasa kelam kabut sampai "ketaq lutut" dah....rasa macam tak sempat je nak siapkan before 3pm.
Lepas je tetamu balik, aku terus masuk dapur, macam lipas kudung..rasanya masa ni dah gear 5 dah... tak toleh2 belakang lagi dah.. dah lah tak terror, masak pun sambil refer resepi, tu yg aku tak confident nak buat last2 minit tu... buatnya tak jadi kang, mampus ! Nak cepat punya pasal, sekali masak, 2 periuk besar sekali jalan....Dua belah tangan fully utilised... nasib baik hubby tolong... at least aku blander rempah2 tu, dia tolong tumiskan, kacaukan & akhirnya siap..... sedap... thanks to Diana penyumbang utama resepi dot net , yg menyumbang kan resepi yg best2 belaka....

Pukul 4.00ptg, tetamu dah start datang... aku pun dah mandi, tukar baju, pakai baju raya.... Tetamu datang silih berganti, dari pukul 4.00 ptg , tak putus2.....tetamu yg last ni datang sorang, wife tak dpt datang sebab anak dah tidur.Masa dia datang pun dah hampir pukul 11.30 mlm. Dia ni memang pandai bercakap. Hal ehwal dunia semua dia tahu. Termasuk hal ehwal org2 dalam kawasan tempat tinggal aku. Akhirnya cakap2 biasa bertukar jadi mengumpat... aku dah tak larat nak dengar, hubby pun banyak diam dari bercakap. Akhirnya org tu cakap sorang2 macamlah dia tu semuanya betul dan org lain semuanya salah....Bila dia mintak diri, jam dah pun menunjukkan pukul 1 pagi.....tak sangka, org lelaki zaman sekarang ,kalau bercakap ke, mengumpat ke, bergossip ke, ngalahkan org pompuan dah...bila dia balik, aku seakan nak melompat kegembiraan sebab dia dtg beraya rumah org sambil mengumpat org, at the same time, dia ingat diri dia bagus sangat..... penat sangat, rasa macam nak pengsan.... tapi yg bestnye, tetamu puji masakan sedap...... (resepi internet tuh, bukan kite yg pandai masak..hehehe) .Tidur pukul 2.00 pagi...

Ahad (20/11)

Tetamu yg tak dapat hadir semalam, ada yg datang hari ni... so we decided nak buat open house episod ke2 hari ni selepas solat asar... masak sikit2 buat tambahan, sup semalam masih banyak lagi yg lebih. Tapi hari ni mainly for adik beradik hubby.......... pukul 9.00mlm dah tutup rumah..Letih kan main.


Isnin (21/11)
Tak pergi kerja dua-dua org sebab malas.... badan tak letih tara mana pun, tapi malas je yg lebih... akhirnya call office memasing, kelentong boss, kata E.L sebab anis demam.... aktiviti hari ni, bawa anak2 pergi playground, main sepuas2 hati... pastu balik rumah, tidur sampai petang macam org tak sedar diri.

Tuesday, November 15, 2005

Raya Update !

Saturday 29th Oct 2005 bersamaan 25 Ramadhan

Hubby kena sore throat... tak banyak cakap. Suara pun tenggelam timbul. Kesian ... aku pun dah rasa semacam kat tekak... tapi tak la teruk ... sepanjang jalan balik kekampung hanya diam membisu seribu bahasa...

Sunday 30th Oct 2005 bersamaan 26 Ramadhan

Kat rumah Mother in law... dalam pukul 11.00 pagi , anis tetiba demam . Dia sebenarnya datang kekatil, tumpang tidur ngan aku & hubby. Menyelit kat tengah2 nak tidur sama. Aku separuh sedar masa tu sebab dah tidur lebih awal. Tetiba teringat yg anis tak pakai pampers. Karang dia terkucil kat katil, naya je. Masa aku pakaikan dia pampers tu lah aku tersedar yg badan dia panas sangat. Hati aku rasa tak sedap, tapi disebabkan dia tengah tidur, aku biarkan dia tidur dulu...

Tetiba, anis batuk2 , dan bagitahu dia nak muntah, sambil cekup mulut dengan tangan. Kelam kabut aku kejutkan hubby supaya bawa anis ke toilet. Kejadian tu berulang2 hampir 4 kali sampai dah tak ada apa2 yg nak keluar lagi melainkan angin je. Sian anis.. anis pun dah lembik semacam je. Aku pun bersiap2 utk keklinik .

Dalam kereta pun anis muntah lagi... Nasib baik aku bawa plastik. Sampai kat klinik, tengah2 doktor nak check anis, anis cakap dia nak muntah lagi. Doktor cina tu lebih pantas dari aku, terus dia carry anis ke sinki dalam bilik dia. Anis muntah lagi....kali ni dibantu oleh doktor. Dikesempatan itu juga, hubby pun jumpa doktor juga utk sore throat dia....

Doktor kata anis kena keracunan makanan... hairan aku, apa yg dia makan.. Lepas balik klinik, kami singgah kat rumah mak aku , anis semakin manja dan nak tiudr dalam buai.. wan melayan semua kehendak anis... sampai anis tertidur dalam buai tu. Lepas tu aku tinggalkan anis & faiz dirumah mak, kami balik kerumah mother in law pulak utk packing kain baju - masa utk berpindah rumah......

Monday 31st Oct 2005 bersamaan 27 Ramadhan

Aku dah adik aku hari ni sibuk kat dapur dari awal pagi sebab nak buat kuih raya.. konon lah..macam terror sangat. Sebenarnya aku malas nak buat, sebab zaman sekarang ni banyak org sediakan kuih tunjuk* jer... (kuih tunjuk = kuih beli kat kedai) .Tapi hubby beria-ia ajak aku buat kuih raya, aku pun rajin2 kan lah diri...Aku bawa balik beberapa resepi utk dicuba. Antaranya biskut udang kering, biskut cornflakes , kek coklat , dan beberapa lagi yg aku tak hapal. Aku mulakan dengan resepi kek coklat dulu.... mungkin esok, kalau aku larat, aku buat biskut udang kering tu. Kek coklat aku menjadi dengan begitu lembutnya... first time mencuba resepi dari internet, menjadi pulak tu. Alhamdulillah.... Tak sia-sia cuba. Penyumbang resepi tu nama dia Diana. kalau dia terbaca blog aku ni, aku nak ucapkan many thanks sebab resepi dia sedap & menjadi.

Sementara menunggu kek masak, aku bancuhkan adunan utk buat biskut udang kering pulak. Masa tu aku tak larat ditahap cipan, tapi gagahkan juga demi nak raya punya pasal. Masa tu aku dah tak bercakap ngan sesapa pun ..bukan sebab concerntrate sangat kat kueh raya tu, tapi sebab aku rasa tekak aku dah membengkak sampaikan nak menelan air liur pun susah, sakit , perit dan bagai terlekat duri. Kebetulan jiran mak aku datang bertandang, aku tak dapek nak layan dia bercakap sebab tekak aku sakit sangat. Hanya angguk, geleng & buat bahasa isyarat , rasa macam org bisu pulak. Anis dah sihat, faiz memang sihat walafiat.... Diorang lah yg dok tolong babahnya menerap kueh raya tu. Aku biarkan diorang menolong sebab nak bagi merasa tolong. Bukan tolong sangat, main je lebih... kena bagi sorang satu bekas & doh, sampaikan acuan pun nak sorang satu, macam main playdoh jer.... suka banget ! Aku dah tumpo.. sakit ditahap yg tak boleh tahan dah. ditambah lagi dengan sejuk menggigil yg tetiba je datang + flu ....aku membawa diri kedalam bilik, tidur sambil berselimut. Kueh raya tu tak sempat siap, aku simpan dohnya dalam peti sejuk, dah barang2 semua adik aku yg tolong kemaskan... thanks to TUN TEJA sebab banyak berkorban , dia lah yg menolong dalam bab2 mencuci & menegokkan kueh raya aku dalam oven. Aku dalam bilik macam org sakit teruk sangat, Nak menelan air liur sampai meleleh air mata...terasa betapa sedihnya, nak raya ni aku sakit pulak... dalam pukul 4.00ptg, hubby datang kat aku, ajak pergi klinik. Aku bangun dan terus kedapur. Terpaksa berbuka puasa hari ni sebab nak makan ubat... mak aku suruh makan ubat2 Elken sementara nak pergi klinik.

Tuesday 2nd Nov 2005 bersamaan 28 Ramadhan

Masih demam lagi sikit2, tekak pun masih lagi sakit, tapi hari ni aku akan puasa . Hari ni aku sambung buat kueh raya aku yg terbengkalai semalam. Akhirnya selesailah sudah... cadangnya nak buat biskut cornflakes, tapi tak jadi sebab keadaan kesihatan aku yg tak mengizinkan. Aku ke rumah mother in law pada sebelah petangnya.... entah kenapa aku teringin sangat nak minum air sirap. Aku buat air sirap sejuk utk berbuka puasa hari ni. Lepas azan maghrib, aku teguk air sirap tu dekat 3 gelas. Ni semua gara2 tekak aku yg kering sebab makan ubat batuk waktu sahur semalam. Malamnya aku tak bleh tidur sebab batuk teruk...ni semua gara2 air sirap sejuk tu.... akhirnya aku menanam azam , waktu berbuka esok, aku mesti minum air sirap panas / suam supaya tak batuk... dan berdoa supaya aku sembuh sepenuhnya sebelum raya datang....

Wednesday 3rd Nov 2005 bersamaan 29 Ramadhan

Hari ni aku masih lagi tak berapa sihat. Badan lesu semacam je. Pening kepala dok fikir, macammana nak tolong mak mertua masak ni, aku sendiri pun tak sihat. Dah lah aku sorang je manantu yg beraya kat sini. Semua anak2 & menantu2 yg lain beraya kat rumah mertua masing2 sebelum beraya kat sini. Aku terpaksa berkorban sejak pemergian father in law kerahmatullah. Tak ape lah, aku menantu yg paling dekat dan biarlah berkorban.... kesian pulak tengok mak raya sorang2... bibik ada, tapi tak sama sebab bibik tu org asing... bukan anak & menantu dia....tapi.... aku rasa, yg paling banyak berkorban, bukan aku, tapi hubby.... aku tak kisah beraya kat rumah mertua dulu. Sebab raya ke-2 barulah riuh rendah rumah mak aku. Raya pertama, kakak aku belum balik lagi sebab dia pun beraya rumah mertua dulu. Hubby lah org yg paling banyak berkorban sebab waktu dia beraya kerumah mak aku, adik beradik dia dah penuh kat rumah mak dia. Tak dapatlah jumpa sangat sebab waktu tu sibuk pula beraya kerumah sedara mara aku. Kesian dia..... Sejak father in law dah tak ada, dia banyak berkorban untuk mak dia.... termasuk berkorban perasaan kerana beraya tak sama 'turn' dengan adik beradiknya yg lain.

Pagi2 hubby kena pergi pasar beli barang2 nak memasak utk raya. Nasib baik mother in law offer diri pergi bersama, kalau harapkan aku, entahlah...macam tak mampu nak berjalan je rasanya. Lepas diorang balik pasar, aku tolong apa yg patut kat dapur. Mungkin ada hikmahnya disebalik aku sakit ni....Mother in law tak banyak memasak macam tahun2 lepas. Sebab anak2 lain belum balik, maka raya pertama cuma sediakan soto , ketupat , rendang & sambal goreng. Agaknya raya ke-2 baru masak banyak kerana menunggu anak2 lain balik. Masa tu aku dah kerumah mak aku. Bibiklah yg tolong agaknya.

Thursday 4th Nov 2005 bersamaan 1 Syawal

Pagi2 lagi dah bangun, mandikan anis & faiz sunat hari raya. Pakaikan baju kurung & sampin. Tahun ni warna tema baju raya aku anak beranak - Hijau My-vi. Lepas sarapan, kami (termasuk bibik) kemasjid menunaikan solat sunat aidilfitri. Terharu aku, tahun ni aku berpeluang kemasjid menunaikan solat sunat aidilfitri kerana setiap tahun aku uzur, tak dapat bersama2 kemasjid. Selepas tu, kami menziarahi pusara arwah bapa mertuaku dan juga arwah abang iparku yg terletak bersebelahan. Sungguh , aku tak dapat menahan perasaan setiap kali kepusara mereka, kerana masih terasa kehadiran mereka, seperti baru semalam mereka meninggalkan kami semua. Aku tidak dapat menahan air mata tatkala terkenangkan arwah... lebih2 lagi melihatkan mak mertua aku, beraya keseorangan tanpa suami disisi.... tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan beliau tatkala itu... tak dapat mengucup tangan suami memohon maaf dipagi raya.... sedih !

Lepas kekubur, kami kerumah one of my late father in law's sister . Beliau juga sudah uzur, cumanya Allah lebih sayangkan my late father in law, sebab tu dia pergi dulu mengadap illahi. Lepas itu, mak mertua aku ajak kerumah mak aku pula. Kami pun beraya kerumah mak aku... lepas tu balik semula kerumah mother in law, masing2 tak tahu nak buat apa, tengok tv & tertidur depan tv.... sampai pukul 1.30 ptg, aku suapkan makan anis & faiz, lepas tu ada org sedara mara datang sampai pukul 5 petang baru berenti....

Malam, lepas maghrib, kami berangkat kerumah mak aku pula.... cepatnya aidilfitri berlalu... tak puas lagi bertakbir rasanya...