· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, May 31, 2006

Debaran Bermula

Dag dig dug rasanya... bukan aku yg nak kawin, tapi adik aku. Aku berdebar sebab kenduri dah tak berapa hari je lagi. Bukan kenduri kecik, aku rasa habis 2-3 kampung mak aku jemput. Sedara mara dari Utara, sekampung nak datang. Aku rasa kenduri ni paling happening sebab ni anak dara last mak aku... lepas ni tinggal anak teruna sorang tu je yg masih membujang.
Aku akan bercuti bermula esok. Malam ni balik kampung naik train dengan anak2. Hubby tak dapat cuti awal. Hari Jumaat baru dia start cuti. Aku harap semua berjalan lancar.
Buat Tun Teja & Suami, aku ucapkan, Selamat Pengantin Baru. Didoakan semoga kekal bahagia hingga keakhir hayat . Amin ya rabbal a' lamin...

#susah payah SJ cari lagu ni kat web.. akhirnya dapat juga... "

Monday, May 29, 2006

Updates on Ex - Babysitter

Hari ni aku tergerak hati nak telefon suami kepada ex-babysitter aku yg terlibat dalam kemalangan & koma selama 10 hari pada 2/12/2005 lepas. Diam tak diam, dah setengah tahun perkara tu berlalu.


Niat dihati , nak tanya khabar seminit dua… tapi berlalu selama hampir 20 min. Bukan panjang sangat cerita sisuami, tapi org dalam kesedihan…cerita pun slow motion. Sabau je lah….


Mengikut kata suaminya, keadaan isterinya kini hanya pulih 60% sahaja. Banyak kecacatan yg rasa2nya kekal, dan mungkin tak dapat dipastikan boleh sembuh sepenuhnya. Menurutnya, doktor sendiri tidak memberi apa2 jaminan & tidak dapat berbuat apa2 lagi keatas isterinya.


Dengan mata yg juling, dengan kaki yg tempang, dengan fikiran yg separa normal, dia pun bingung memikirkan nasib isterinya. Katanya, Isterinya kadangkala berkelakuan seperti budak umur 10 tahun. Kekadangtu, makan tersengih, duduk saja2 pun tersengih… macam org takde masalah .Dia kata bini dia dah tak betul…Kemana dia pergi, nak ikut. Even dia nak balik kerja di Pahang pun isterinya nak ikut. Pernah dia bawa balik isterinya ke Pahang selama sebulan, dek gara2 nak ikut sangat. Sekarang ni dia hantar isterinya balik semula ke rumah kedua ibubapanya di selayang. Hari2 isterinya telefon suruh balik ambil dia. Dia tak sampai hati nak bawa isterinya tinggal bersama, sebab hari2 katanya makan nasi bungkus je. Dia sedih kerana diri sendiri pun tak terurus, inikan pula nak uruskan isterinya yg sakit.


Aku sedih pulak bila dia meluahkan rasa kecewanya. Aku nasihatkan dia supaya bersabar dan tawakkal kepada Allah yg Esa. Kerana apa yg berlaku bukanlah atas kehendak sesiapa. Semua sudah ditakdirkan dan kita harus terima qada & qadar Allah.


Didoakan semoga Lin sembuh seperti sediakala & menjalani kehidupan seperti dulu …..Amin.

Thursday, May 25, 2006

Perginya Iwan tak Berganti

TRUE STORY - Written by Tun Teja (My Sister).


Iwan is our neighbour kat kampung. Beliau telah pergi menemui Illahi pada 15th May 2006

Petang tu sepatutnya Iwan (my neighbour) balik dgn Ijam (adiknya) ke kampung. Iwan ada kursus di Shah Alam berkaitan dgn kerja yg dia baru dapat tu. Tapi , rupanya dia balik terus, tak singgah pun ambik Ijam di Tg Malim. Ijam pun menelefon mak dia, tanya mana abgnya, janji nak ambik dia, ni dah dekat 2 jam dia tunggu, dari pukul 4.00 – 6.30 ptg tak muncul2..camana ntah, mak dia nasihatkan dia cuba cari abangnya. Parents Iwan try call Iwan, tapi tak berjawab, cuma dengar bunyi kenderaan lalu - lalang..mereka mengagak Iwan ni jatuh motor ke, pasal dengar bunyi2 mcm tu..


Ijam ni pun mencari cari Iwan di Sg. Buluh tapi tak jumpa dan tersesat..kakak iparnya pun mencari juga dan tersesat hingga ke Cheras, patah balik..maklumlah, waktu dah nak malam masa tu..pastu Iwan ni telefonlah maknya, katanya minyak motor dah habis. Dia ada di highway utara – selatan masa tu. Dia terpaksa sorong motor tu, rasa macam dah tak larat sgt, lapar, dahaga, penat..duit masa tu tinggal RM10 je..maknya kata sabarlah nak, nak buat macammana..


Lastly, mungkin dalam pukul 8.00++ dia eksiden. Lori Bancuh simen langgar dia yg tengah sorong motor dalam gelap tu. Kepalanya hancur kena gilis ..Jamal (sepupunya) yg turut serta mencari ,sempat tengok Iwan yg dah terbaring atas rumput di tepi highway....dan Jamal menyaksikan jenazah Iwan dimandikan di hospital Sungkai.. Pagi esoknya jam 8.30 pagi , baru jenazah Iwan dan parents dia sampai di kampung. Kedua tangannya putus, terpaksa dijahit utk disambung semula..


Bapanya tengoklah rupa mayat anaknya..memang dah takde rupa langsung ..Mak dia tak tergamak tengok nak rupa anaknya..tu nasihat suaminya..tak payah tengok katanya, teruk.. Mungkin dia dah tahu ajalnya akan tiba, dia boleh lupa nak ambil Ijam (adiknya) petang tu..dia juga tak cuba telefon pakai telefon kecemasan yg ada setiap satu km di highway..pemandu lori tu melarikan diri, meninggalkan lorinya di highway. Siapa yg mengangkat mayat Iwan ke tepi jalan sementara polis/plus nak jumpa, tak tahulah..


2 hingga 3 hari sebelum balik tu, dia ada bagitahu isterinya dia nak balik kampung..katanya isterinya tak perlulah ikut, mungkin dia tak nak isterinya ambik cuti..dua hari dia ulang perkara tu pada isteri dia..tapi siapa pun tak menyedarinya..ye la, ingatkan perkara biasa..


Bila fikir2 balik, kesian kat Iwan, dia tak bersalah apa2...Cuma dah ditetapkan sejak azali , mautnya macam tu, tak boleh nak kata apa..dah janji tuhan..


Alfatihah utk Arwah Iwan , semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh.


# Aku paling sedih part Iwan kata dia dah penat, tak larat, lapar dan dahaga sambil tolak motor tu. Duit pula tinggal RM10.00 je. Dan mak dia minta dia bersabar ... bersabar menunggu malaikat maut datang menjemputnya... Subhanallah...
Aku masih teringat lagi gulai udang yg aku makan masa kenduri kawin Iwan tak berapa lama dulu…. Rupanya jodoh Iwan tak panjang. Iwan pergi dulu dari kami semua yg dah tua2 ni…. # -SELIPARJEPUN

Wednesday, May 24, 2006

Mother's Day en3



Aku rasa amat tersentuh bila membaca blog mak andeh at http://makandeh.blogspot.com/ mengenai Mother’s Day & lagu Aisyah yang mendayu2 , buat air mata aku bergenang. Apa yg dilalui Mak Andeh belum aku lalui lagi seumur hidup aku. Dan aku sering tertanya2 , mampukah aku melaluinya, tabahkah aku setabah Mak Andeh, dan aku tidak dapat bayangkan kalau semua itu berlaku dalam hidup aku….


Aku harap aku benar2 bersedia & redha kalau waktu itu tiba. Supaya aku tidak meratapi takdir. Supaya aku redha dan akur atas janji2 Allah. Supaya yg pergi dapat pergi menemui penciptanya dengan tenang.


Kalau ia terjadi pula keatas aku, aku juga berharap org lain tidak bersedih keterlaluan. Aku juga berharap mereka redha atas janji & ketentuan Allah . DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali.



Aku tidak pernah bercerita disini mengenai ibu bapa aku walaupun aku beruntung kerana masih ada mereka. Aku bersyukur kerana sehingga kehari ini, mereka sihat walafiat, masih bertenaga, masih kuat daya ingatan dan aktif kesana kemari . Mereka tidak menyusahkan anak2 diusia tua mereka.


Aku sememangnya tidaklah terlalu rapat sangat dengan mak dan ayah dan juga tidak pula renggang . Antara mak & ayah, aku lebih menganggap mak seperti kawan. Boleh bercerita apa saja. Tapi dengan ayah, segan sikit. Mungkin rasa hormat tu mengatasi segalanya, jadi tak berani nak cerita lebih2.


Aku tidak pernah memeluk & mencium kedua mak & ayah aku sebelum aku kawin dulu. Mungkin aku tak biasa & bukan amalan keluarga kami. Bila aku berkahwin dengan hubby, org lelaki yg pertama yg aku cium, tentulah Hubby. Lepas tu bapanya (arwah). Mula2 memang segan sangat2 sebab ayah sendiri pun tak pernah peluk cium, ini pulak pegi cium bapak mertua. Rasa semacam je. Tapi bila dah biasa, aku pun try practice kan didalam keluarga aku. Aku ingat lagi, aku cium ayah pada pagi raya waktu bermaafan tahun pertama aku kawin. Ayah menitiskan air mata sampai merah2 muka. Mungkin sedih sangat agaknya ataupun gembira. Aku pun lagi le sedih bila tengok ayah sedih. Acara bermaafan kalau tak de air mata, tak sah rasanya….


Masa kecik dulu aku ni budak baik. Tulang tak pernah patah. Pengsan pun tak pernah agaknya. Aku dengan kakak aku, beza usia Cuma 2 tahun. Pakaian kami hampir sama sedondon. Main pun bersama. Kalau ayah nak pergi mana2, mesti bawa kami 2 org. Kalau bawa salah sorang, baik tak payah pergi kedua2nya. Macam kembar je.


Ada satu perkara yg bermain dibenak aku. Sampai sekarang aku tidak mendapat jawapannya. Dulu , masa aku kecik2, ayah suka pergi rumah saudara mara sebelah malam. Aku dan kakak akan ikut ayah. Lewat malam sampai pukul 11.00 baru balik. Mak selalunya tak ikut. Yg menghairankan aku (sampai sekarang) , tetiap kali balik, aku kena sebat ngan lidi. Kakak aku escape unhurt. Tapi aku yg kena giler2. Mak aku dah tunggu kat depan pintu rumah dengan lidi tu. Aku sedih bila diingat2kan bende ni. Aku selalu kena sebat tanpa mengetahui sebabnya. Kalau mak marah aku ikut ayah, pukullah aku dengan kakak aku sekali. Kenapa aku yg sorang je yg kena ? Kalau mak marah ayah keluar malam2, pergi lah bergaduh atau Confront dengan ayah. Kenapa aku yg jadi mangsa.


Aku masih ingat, berbirat kaki mak kerjakan aku. Aku menangis meraung2 mintak ampun , tapi terus2 mak libaskan lidi tu. Aku sampai menangis tersedu2 , sampai tak nyenyak tidur malam . Biasanya lepas aku kena pukul, aku tumpang tidur kat rumah tok (arwah) aku. Rumahnya berhampiran je. Tok dah faham benar…. Dia tak kisah kalau aku tumpang tidur rumah dia.

Aku tak pernah tanya mak , kenapa dia rotan aku dengan lidi setiap kali aku balik dari mana2 . Mak pun tak pernah menerangkan kenapa dia rotan aku . Sampai hari ni aku tertanya2 , apa salah aku. Dan aku tidak akan merotan anak2 aku sebegitu rupa . Kerana aku tidak mahu mereka mengalami apa yg aku rasa. Dari kecik, sampai remaja, sampai dewasa & dah tua ni, masih mencari2 jawapan dan terkenangkan peristiwa tu. Aku sayangkan anak2 aku. Dan aku juga nak mereka sayangkan aku sebagaimana aku sayangkan mereka.


Masa aku remaja, aku tak berapa rapat dengan mak. Tambah2 lagi lepas SPM. Aku rasa mak semakin mengongkong. Apa yg aku buat serba tak kena. Itu tak boleh, ini tak boleh. Aku terlalu ikutkan darah muda. Pernah aku menunjuk perasaan dan membuat mak menangis. Kerana kekasih, aku sanggup melukakan hati mak.



Bila aku dah bekerja dan tinggalkan kekasih yg tak berguna tu (bukan hubby), aku mula pulang kepangkal jalan. Aku sedar diri aku siapa. Aku jadi anak yg baik semula. Aku mula rapat dengan mak semula. Aku menyesal sangat2 kerana pernah menyakiti hati mak.


Lepas kahwin dengan hubby, hubungan kekeluargaan kami semakin erat. Aku menganggap mak macam kawan aku . Boleh cerita apa2 pun tanpa selindung2. Mak is my best friend & always there for me. Aku mula menghargai mak & bersyukur kerana ada mak. Mungkin kerana aku sudah bergelar ibu, baru aku faham apa perasaan seorang ibu. Baru aku faham, macammana perasaan aku kalau anak2 menderhaka atau buat sesuatu yg menyakitkan hati. Aku semakin tersentuh. Dan aku rasa amat menyesal diatas semua perbuatan aku dulu.


Aku harap masih belum terlambat utk memohon ampun & maaf dari mak selagi hayat mak masih ada. Banyak sangat jasa mak yg belum aku balas & tak mungkin terbalas walaupun Allah panjangkan umur aku sampai seribu tahun. Mungkin aku tak mampu nak jaga mak sebagaiman mak menjaga aku dari aku lahir kedunia ini sampailah aku berkahwin.


Aku harap peluang utk aku membalas budi & jasa mak masih ada….


Happy mother’s day….

I love you mak…


SELIPAR JEPUN

Tuesday, May 23, 2006

Aku Yg Termalu...hiks ...


Petang semalam aku singgah pasar tani dekat rumah aku selepas balik kerja. Cadangnya nak beli ikan & sayur . Lepas dah beli ikan, kami pun singgah le ke gerai sayur. Masa tu aku tak tahu nak beli sayur apa. Tanya hubby, dia kata , apa2 je lah.. Aku pun ambil sayur kangkung masuk dalam bakul. Lepas tu aku dok pikir lagi nak beli sayur apa.


Masa aku dok pikir2 tu, hubby ada kat sebelah kiri aku. Aku yang sedang asyik memilih sayur, ternampak kelibat hubby kat sebelah dok pegang2 sayur lobak putih. Tanpa usul periksa, ni lah perbualan aku sorang2 dengan sidia...


"tak payah beli sayur tu..... kat rumah ade lagi separuh. Hari tu ma masak, tak sedap pun."


Lepas tu aku siap pegang mamat tu punya lengan utk pergi kesebelah kiri mamat tu utk tengok sayur lain kat sebelah sana... masa tu lah aku tersentak, bila aku rasa....


"apasal lain macam je jacket laki aku ni?" - kata aku dalam hati....


Masyallah... aku pandang org tu, org tu pandang aku. Dan aku start ketawa non stop sambil mencari2 laki aku...


Aku tersalah org rupanya.... dan mamat tu senyum simpul je... (kelakar gile masa ni... kalau ade besen, dah lama aku cover muka aku... memang malu giler2...)


Bile le hubby aku ni gi mengular, dan bile lah pulak mamat tu tetiba ade kat situ...


Aku ketawa dan malu2 dah nak gi amik sayur aku tu. Aku suruh hubby gi bayar . Mamat tu masih ade kat situ. Agaknya dok gelak sorang2 kat situ. Aku tak dapat bayangkan apelah perasaan mamat tu . Mesti dia balik cerita kat bini dia:-


"yang..yang... tadi kat pasar, ade bini saper ntah , peluk abang dari belakang"


dan aku yakin, mamat tu mesti tak jadi beli lobak putih tu sebab aku kata tak sedap ! ...


Pengalaman ni buat aku rasa amat malu, kelakar & manis....


Moral of the story : masa beli sayur, tak yah cakap apa2, dan jgn peduli kat org keliling.....


kuang kuang kuang....

Monday, May 22, 2006

Aku Yg Sempoi

Aku jenis yg sempoi. Tapi kadang2, sesempoi2 aku, hubby lagi sempoi. Ade sekali tu, aku macam fobia nak berjalan kat tempat ramai org. Takut kena ragut. Kebetulan pulak, tak plan nak kesitu.
End up, aku just grab 1 plastic bag (plastic bag yg org guna buat isi barang) utk letak handphone & purse. Dan dengan lenggang kangkung dan selamba badak je aku memasuki Pasaraya Hyper tersebut sambil shopping.
Hubby geleng kepala tengok aku. Hari ni terlebih sempoi sampai dia tak "GEMAR". Sorry la boss.... bukan bermaksud nak jatuhkan maruah atau memberi malu , tapi just come across to do that on that day... bukan selalu pun....
Bila nak masuk Pasaraya Hyper tu, Guard tu suruh tinggal barang kat tempat meletak barang. Aku tanya org tu, "dik, ni boleh bawa masuk tak?" . Dia kata tak boleh. " Apa isinya kak ?" . Aku pun tunjukkan le 2 barang dalam plastic bag tu dan terus dapat green light utk bawa bende tu masuk. Tak tahu lah dia ketawakan aku ke tidak. Harap2 tidak lah.
Aku tak tahu bini org lain ade tak pernah buat macam aku ni ....

# hari tu terbaca COSMO hari ahad beberapa minggu yg lalu. Ade ruangan SMS dari pembaca kat dalam tu. Bunyinye lebih kurang macam ni...

"Tak setuju Ahli Parlimen Masuk Campur Dalam Hal Ehwal Kastam. Bukankah Mereka Sibuk Membincangkan Isu Bow Tie di dalam Kabinet - SELIPARJEPUN"

Sapalah yg menyamar guna nama aku ni ????

Friday, May 19, 2006

I'm getting older this 21st....


Happy birthday to you SJ...

SJ getting older this 21st May - Sunday. But my soul never wrinkle , I think so ! Walaupun birthday SJ belum datang lagi dikala SJ membuat entry ni, tapi sambutan birthday untuk SJ sudah pun dibuat di office pagi2 tadi. Ni semua gara2 Boss SJ tak sabar nak celebrate utk kiteorg. Kat Dept SJ, ade 2 org birthday berturut2. Sorang tu 20th (esok) dan SJ , 21st (Lusa). Meriah sungguh. Pagi2 dah bawak kek buat surprise. Lepas tu Lunch belanja pulak SJ makan kat sebuah restoran kat PJ, dan petang pulak ade lagi acara fruit punch & makan2.. Hari ni asyik makan tak habis2 sampai kekenyangan. Macam ni bertambah le berat badan SJ.

Hari Isnin nanti ada meeting kat office, ade lagi sambutan utk birthday babies utk semua yg lahir pada bulan May. Blow candle lagi, makan lagi dan boss paling besar pulak, belanja lagi.. Bestnye kalau birthday kite tiap2 bulan kan....hmmm !

Sempena birthday SJ yg ke XX ( tak leh cakap berapa...hiks...) , SJ ade beberapa wish , dan semua org yang ada wish, tentu impikan wish nya come true... betul kan ?

1) Nak Baby.

2) Nak Baby..

3) Nak Baby...


Serius sikit nih...
1) Semoga panjang umur
2) Semoga murah rezeki utk SJ & keluarga
3) Semoga hidup sentiasa diberkati & dirahmati Allah
4) Semoga bertambah Iman & Amal
5) Semoga menjadi org yg bersederhana
6) Semoga menjadi org yg sentiasa bersyukur
7) Semoga terhindar dari segala maksiat, dari segala kekufuran, dan kesesatan
8) dan banyak lagi...
Amin....

Thursday, May 18, 2006

Happy Anniversary to My Blog....


18th May 2006


You are 1 year old , My Dear Blog....


I started as a blogger 1 year ago...


Yang memula sekali, blog skin SJ sama macam yg
Jubeiz pakai hari ni....
Tak lama lepas tu tukar jadi biru - Plain je....
Lepas tu tukar lagi jadi hitam - plain juga....
Akhirnya lepas dah boring, SJ tukar lagi ke Anjung3 My Diaryland gambar org lari ke pantai tu....

Selepas tu, gambar bunga ni lah yg "tetap menjadi pooooojaan hatiku"....
Hampir bertahan agak lama berbanding blog skin yg lelain tu.

Selama berblogging kat sini, andaikata ada terkasar bahasa & terlanjur kata, SJ minta maaf pada semua yg mengunjungi blog SJ. Harap2 kita dapat terus bersahabat dan saling bantu membantu diantara satu sama lain. SJ rasa tak ramai pengunjung kat blog SJ ni sebab SJ tak glamer. Tapi yg paling banyak membantu SJ dalam arena ni, SJ nak ucapkan special thanks to
http://klinikminda.blogdrive.com dan http://nohachomel.blogspot.com .

Terima Kasih...

Wednesday, May 17, 2006

Broken Heart & Broken English

Selipar Jepun Wrote :-

* I Got this email from one of my friend. Quit funny and wanted to share with you guys.


Tijah ingin memutus kan perhubungan dengan boyfriend MAT SALLEH nya...
Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat... surat tu macam ni bunyinya:
"Hi,
My motive write this letter is to give know you something.
I WANT TO CUT CONNECTION US.
I have think about this very cook cook.
I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she together at town with eyes myself.
You always ask for apology back back.
I don't trust you again!!!
You are really crocodile land.
My Friend speak you play wood three...
Now I know you correct-correct play wood three.
So, I break connection to pull my body from this love triangle.
I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.
So, I break off to go far from here.
I don't want you to play play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you.
I don't want banana to fruit two times...
Safe walk...
Tijah"

Tuesday, May 16, 2006

Entry Hari Ni...

Happy Mother's Day - 14/5
Selamat hari ibu buat semua ibu2 sedunia. Semoga hidup kita diberkati, dirahmati & dihormati. Walau org lain tak hormat, tak apalah asalkan anak2 kita hormat kat kita. Biarlah org lain tak menghargai wanita yg bergelar ibu , asalkan anak2 kita menghargai setiap pengorbanan ibu mereka.
Malam tadi ada perkara yg kelakar yg membuat aku ketawa sendirian.
Me : Faiz, ada tak teacher suruh faiz buat kad mother's day kat sekolah?
Faiz : tak de... lambat lagi ma... teacher belum suruh lagi...
Me : Lambat lagi ? Dah lepas la.... hari ahad lepas...
selamba je dia kata lambat lagi.. tahu ke dia , bile sebenarnya hari ibu tu ?

Merokok Memburukkan Akhlak Wanita
Sabtu lepas ,masa aku sedang sedap bersarapan dengan anak2 & suami di sebuah restoran Ali Maju, ade sorang pompuan bertudung berjaya memeranjatkan aku. Ape lah nak jadi kat budak2 zaman sekarang ni.... baik tak payah pakai tudung, kalau perangai tak senonoh. Buat malu je. Org yg bertudung tu hisap rokok seenaknya. Orang yang tak pakai tudung tu, elok je tak hisap rokok....Duduk semeja. Sedap je dia sembur asap rokok tu kat muka kawan dia yg tak merokok ni... semoga mereka mendapat hidayah sebelum terlambat. (ade ke bakal2 mak mertua yg nak atau teringin bermenantukan pompuan camni?)

Lepas Geram Episod tak tau keberapa....
Ahad lepas aku keluar bersarapan dekat medan berdekatan rumah aku. Dah biasa kat situ, semua sistem order sendiri. Jadi lepas aku dapatkan tempat duduk utk anak2, aku pun pergi meninjau gerai2 yg ade utk pesan makanan & minuman. Makanan yg aku order, dah sampai awal2 lagi. Lepas tu hubby punya. Mana makanan anak2 aku ni ? Roti canai letak susu 2 pinggan tak sampai2. Aku pun sabar lagi, tunggu punya tunggu, aku bangun & ingatkan budak yg ambik pesanan aku tadi. Kira macam re-order sebab memang sah, belum buat. Kes lupa daratan lah ni...
Lepas dah sampai roti canai, air tak sampai2.... makan macam nak tercekik, 2 kopi ais & 1 milo ais, tak juga kunjung tiba. Akhirnya budak tu datang membawa dulang air ke meja kami. Dia bagi 2 milo ais. Dengan muka masam mencuka, dengan perkataan "NAH" seumpama mak tiri mencampakkan pakaian kat anak tiri lagaknya. BAGUIH DOK ADA PUNYA LAYANAN . Dah lah hantar order yg salah, marah kat kite la pulak...Kerana malas nak menunggu lebih lama, terima je lah 2 milo ais tu walaupun order yg asal 2 kopi ais. Tunggu lagi macam nak rak, kopi ais tak sampai2. Sambil menggerutu , aku komplen kat hubby.
Me : Elok nya layan customer mcm tu. Kalau boss aku la nampak kite buat mcm tu kat clients, mampus kena pecat on the spot.
Hubby : hmmm. Nak kerja ke tak nak kerja ?
Me : Stress kot... underpaid. Kerja banyak tapi gaji kurang.
Hubby : It's not the problem. Cari le kerja lain. Kalau nak kerja, buatle betul2.
Bengang, hati dah panas. Lama2 kakak yg jual nasi lemak depan meja kami pun perasan yg kami menunggu sesuatu yg tak kunjung tiba. Dia pulak yg datang ambikkan order & bagitau kami, gerai tu memang selalu bermasalah. Diorang selalu lupa apa yg org order.
Hampeh !
Moral of the story :-
Kalau dah kerja pun namanya pelayan, layan betul2. Kalau tak nak layan, jangan kerja sebagai pelayan. Aku bengang betul dengan org yg tak bersungguh2 dalam membuat sesuatu kerja. Kalau setakat hangat2 tahi ayam, baik tak yah kerja lah... balik kg tanam jagung...

Thursday, May 11, 2006

Anis Admitted To DSH

Bulan May ni baru berapa hari je aku bekerja. Boleh kira dengan sebelah tangan je.
~ 2nd May - waktu ambil anis kat taska, badan dia dedar. Moody pulak tu. Terus bawa keklinik. Masa tu ade ulser kat bibir dia. Dia komplen kata mulut dia sakit. Lps aku check, rupanya banyak lagi ulser dalam mulut dia. Kesian anis. Doktor kata dia di syaki mengidap HFM (hand , foot & mouth desease). Terperanjat aku. Camno boleh kena kat anis ni.... jangkit dari siapa ? Doktor suruh aku amik cuti jaga dia. Budak ni kena kuarantin. As long as dia minum air & susu, she will be ok.
~3rd May - aku cuti. Dok rumah jaga anis. Makan langsung tak mahu. Buka mulut pun tak mahu. Cakap pun dah kurang. Bibir dah bengkak. Ade sikit kat lidah baru nak tumbuh. Sian sangat. Lepas aku paksa makan nasi bubur, dia hanya makan 3 suap, tu pun seciput je...
~4th May - aku & hubby cuti. Hubby cuti buat ape ntah. Aku kata tak payah, aku boleh handle, tapi dia nak juga cuti. Akhirnya bawak anis pergi settlekan beberapa urusan . Sian budak tu kena heret sana sini. Padahal susu, air & makan langsung tak nak. Selepas tu baru kami rasa bersalah yg amat sangat bawa anis keluar. Budak tu dah lah tak de tenaga. Mama & Babah nyesal sgt2 anis. Sorry !
~5th May - pagi2 aku & hubby dah bersiap sedia nak bawa anis ke Hospital. Tak boleh jadi budak ni, berapa hari dah puasa ni. Minum susu pun tidak. Bercakap pun tak nak. Tapi dia aktif. Aku hairan juga, dari mana dia dapat sumber tenaga ? Kami terus ke Damansara Specialist Hospital utk rawatan & semasa rawatan doktor, aku memang minta doktor tahan anis di ward utk masukkan drip. Kalau tidak, tak tahu apa nak jadi. Dah 2 - 3 hari tak bercakap. Buat sign languange pulak bila nak apa2. Mulut langsung x nak buka. Tapi doktor & nurse suruh, elok je dia buka luas2.. Bila aku suruh, dia tak layan...
First time anak aku masuk spital. Dah lah masuk spital, kena kuarantin la pulak. Doktor suruh duduk bilik sorang, tak boleh share. Takut jangkit . Bilik pun luas sangat. Cukup lah utk anak aku main kejar2 keliling bilik tu bila abang dia datang melawat nanti. Hari ni dia letih sangat. Malam dia start makan nasi bubur dengan seleranya selepas kakak nurse dropkan ubat kat mulut bagi kebas.
~6th May - Tok , wan & embah anis datang melawat anis kat hospital dengan babah & abang faiz. Dah 2 botol drip setakat hari ni. Nurse stopkan drip utk sehari & kemungkinan akan disambung balik . Hari ni anis sihat walafiat sebab ramai org datang melawat dia. Seronok main keliling katil sebab tangan dah tak kena tambat ngan wayar.
Hari ni anis dah boleh makan roti for breakfast & nasi keras for lunch. Syukur... ade tanda2 dia dah nak sembuh. Tak ngadu sakit mulut dah. Aku bagi dia minum glukos banyak2 . Malam, Mujahid (boyfriend anis) dengan parents dia datang menziarahi anis kat hospital. Meriahnye anis main dengan mujahid. Macam org tak sakit. Riuh rendah bilik. Kalau nurse tahu, mesti kena halau balik. Sebab bising sangat. Mujahid bawakkan anis belon & biskut. Baiknya boyfriend anis ni.... hmmmmm...
~7th May - Malam tadi sebelum tidur, nurse masukkan lagi sebotol drip utk anis. Tangan anis kena tambat semula. Menjelang pagi, drip tu pun habis. Dan selepas doktor buat rondaan waktu pagi, anis disahkan sembuh & boleh balik. Alhamdulillah. Syukur sangat. Sepanjang aku kat spital, siang malam aku berdoa supaya Allah sembuhkan anis secepat mungkin. Aku kesian tengok dia menderita. Akhirnya Allah makbulkan. Disaat2 begini, barulah aku terfikir. Mungkin inilah hikmahnya kenapa Allah belum nak kurniakan aku baby... kalau aku ade baby, dan anis pulak kena masuk hospital macam ni, kena kuarantin pulak tu, siapa lah yg nak jaga anis & baby tu. Barulah aku faham, semuanya ketentuan Allah. Allah maha mengetahui atas apa yg akan terjadi.
Dari pukul 11.00 pg sehingga pukul 4.00 ptg, aku & hubby serta anis & faiz menunggu dalam bilik utk proses discharge tersebut. Hospital yg charge mahal giler ni rupanya lembap giler juge. 4 jam aku tunggu, Perut pun lapar belum lunch. Nak bawak anis keluar makan , tak boleh. Cafe pulak tutup, sunday.... So, tahan je lah. Sabar banyak2. Dah berapa kali hubby tidur, bangun, tidur , bangun , tapi tak siap2 lagi proses. Nurse tu kira bill tu pakai jari agaknya... calculator rosak...
Akhirnya pukul 4.30ptg baru aku & keluarga berjaya meninggalkan hospital tu. Masa nak bayar bill, terkezut beruk gak. Tapi nasib baik company cover. 2 hari anis kat situ, 2 riban hospital tu charge.

Wednesday, May 10, 2006

Ade org dapat kereta baru...


Bertuahnye seorang ibu yang mempunyai anak ramai. Masa anak2 kecik dulu, mungkin susah sikit nak handle. Banyak kena berkorban. Ditambah lagi dengan beban kerja. Tapi bila anak2 dah besar, dah bekeluarga, dan bekerjaya dan berjaya, jasa seorang ibu yg tidak ternilai tu dibalas dengan kebaikan demi utk kesenangan ibu mereka....
Bertuahnya mak mertua aku yg mempunyai anak2 yg begitu sayangkan dia. Kasihkan dia. Dan sentiasa mengambil berat hal ehwalnya selepas ketiadaan bapa disisi.
Bertuahnya mak mertua aku kerana menjadi orang pertama di kampungnya yang "memiliki" Kelisa Imago keluaran terbaru perodua.

Sebenarnya beliau sudah mempunyai kereta sendiri. Tapi lepas accident haritu, beliau berhasrat utk menjual kereta tersebut kerana fobia & teringat2 peristiwa itu bila beliau memandu. Utk itu, anak2nya bersepakat utk membelikan kereta baru buat sang ibu, supaya kenangan hitam & rasa bersalah itu dpt dilupakan.
Dalam keseronokan dapat kereta baru, beliau memberi sedikit komen... hmmmm....

"tak boleh bawak laju la kereta ni... bawa laju sikit, rasa macam nak melayang..."
dan anak2 kata : "memang itulah tujuannya... tak bagi mak bawak laju2...."
hampeh !

Mak mertua aku kata dia dah turun darjat... dulu pandu wira 1.5 cc. Sekarang anak2 belikan keta 1.0 cc. Sepatutnya beli keta 1.6cc.
Apa2pun, tahniah mak kerana dapat keta baru.. Bersyukur sangat kalau aku dapat anak2 yg begitu. Hari tu aku ambik kereta tu dari bro in law utk dibawa balik ke kampung. Sebelum mak merasa naik keta tu, aku dah test drive dulu. Memang lain betul rasanya. Kalau dah biasa bawak kereta berat , tetiba bawak keta kecik, rasa semacam je. No wonder mak komplen...
Masa aku balik rumah, habis jiran2 tahu aku bawak balik kereta baru & heboh konon itu kereta no.2 aku. Banyakla duit aku nak pakai 2 kereta. Kereta sorong mampulah nak beli 2 atau 3...

Tuesday, May 09, 2006

Selamat Bernikah Kepada Tun Teja...

Anis bersanding ngan Tun Teja. Pengantin Lelaki lambat
sangat... Anis gantikan, Boleh ?





Sorang lagi anak dara mak aku menamatkan zaman bujangnya pada 30hb Apr 2006 yang lalu. Kenduri Nikah yang dibuat pada tengahari sungguh meriah. Tetamu yang datang diluar jangkaan. Suaminya (Hang Lekiu) dinikahkan oleh ayah aku sendiri di sebuah masjid di satu daerah . Selepas 2 kali akad, barulah Hang Lekiu "Pass" dan "sah" sebagai suami Tun Teja...


Dikesempatan ini , aku ingin mengucapkan Selamat Bernikah kepada adik aku Tun Teja dan Suaminya, Hang Lekiu semoga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Selamat memulakan alam rumahtangga (walaupun belum lagi....).


Dan kenduri kendara sempena menyambut menantu baru akan diadakan pada 3rd Jun 2006 (saturday) . Kepada rakan Blog SJ, SJ nak jemput tapi tak de address rumah memasing. Sesiapa yang terbaca entry ni, tolong tinggalkan address rumahnya / Office kat alamat ni (kalau sudi hadir) :-


anjung3_seliparjepun@yahoo.com


Terima Kasih...

Peristiwa Lucu

* Kisah ni aku paparkan bukan bermaksud utk menunjuk2 yg aku ni alim sangat. Tapi sebagai peringatan utk diri aku sendiri dimasa akan datang , juga buat anak2 & cucu cicit aku bahawasanya solat itu - NO EXCUSE.
Kisah ni terjadi sebelum aku pergi Trip ke Tioman. Dan peristiwa ni terjadi sewaktu aku dalam perjalanan balik dari shopping barang2 sempena nak ke Tioman.
Aku & hubby balik kerja, terus gi shopping. Lepas tu on the way nak balik, jalan jem sangat. Nak tak nak, kami kena berenti solat maghrib kat mana2 , sebab memang dah tak sempat nak solat kat rumah. Finally, hubby berenti kat sebuah stesen Caltex yg mempunyai surau.
Disebabkan surau tu Unisex dan kebetulan tak de org, aku & hubby ingat nak solat berjemaah 2 org. Tapi yg menjadi masalahnya, tak de telekung. Yang ade kat surau tu cuma 2 helai kain pelikat & 2 helai sejadah je. Camne nak buek ni... jenuh aku pikir semasak2nya. Memula tu syaitan kata, tak yah le sembahyang. x de telekung. Pas tu aku cuba ingatkan balik, camne caranya nak buat supaya aku boleh solat juga.
Aku tabahkan hati, kuatkan semangat, aku ambik 2 helai kain pelikat yg tersedia, satu aku pakai sebagai kain sarung, dan satu lagi aku ikat kat kepala. Mungkin tak dapat nak dibayangkan, camnelah ikat kat kepala tu. Aku sendiri pun ingat2 lupa cara nak pakai yg kat kepala tu. Idea tu datang sebab masa aku kecik2 dulu, selalu solat dengan ayah aku. Masa tu kecik lagi, tak de telekung. Kami buat macam tu le... Ikat kain batik kat kepala dalam keadaan terbalik (ikat kat belakang kepala). Lepas tu buka kain tu supaya boleh tutup rambut & separuh badan, dekat muka je yg nampak (boleh buka bagi nampak muka).
Kelakar pun ade. Macam tak percaya, aku masih mengingati teknik yg pernah aku buat after 25 years. Akhirnya aku berjaya menutup seluruh tubuh dengan kain pelikat tu, dan dapat solat maghrib.
Kalau tengok keadaan aku masa tu, rasanya tak ubah seperti hantu kum-kum yg pernah popular suatu ketika dulu... whatever !