· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, May 09, 2006

Peristiwa Lucu

* Kisah ni aku paparkan bukan bermaksud utk menunjuk2 yg aku ni alim sangat. Tapi sebagai peringatan utk diri aku sendiri dimasa akan datang , juga buat anak2 & cucu cicit aku bahawasanya solat itu - NO EXCUSE.
Kisah ni terjadi sebelum aku pergi Trip ke Tioman. Dan peristiwa ni terjadi sewaktu aku dalam perjalanan balik dari shopping barang2 sempena nak ke Tioman.
Aku & hubby balik kerja, terus gi shopping. Lepas tu on the way nak balik, jalan jem sangat. Nak tak nak, kami kena berenti solat maghrib kat mana2 , sebab memang dah tak sempat nak solat kat rumah. Finally, hubby berenti kat sebuah stesen Caltex yg mempunyai surau.
Disebabkan surau tu Unisex dan kebetulan tak de org, aku & hubby ingat nak solat berjemaah 2 org. Tapi yg menjadi masalahnya, tak de telekung. Yang ade kat surau tu cuma 2 helai kain pelikat & 2 helai sejadah je. Camne nak buek ni... jenuh aku pikir semasak2nya. Memula tu syaitan kata, tak yah le sembahyang. x de telekung. Pas tu aku cuba ingatkan balik, camne caranya nak buat supaya aku boleh solat juga.
Aku tabahkan hati, kuatkan semangat, aku ambik 2 helai kain pelikat yg tersedia, satu aku pakai sebagai kain sarung, dan satu lagi aku ikat kat kepala. Mungkin tak dapat nak dibayangkan, camnelah ikat kat kepala tu. Aku sendiri pun ingat2 lupa cara nak pakai yg kat kepala tu. Idea tu datang sebab masa aku kecik2 dulu, selalu solat dengan ayah aku. Masa tu kecik lagi, tak de telekung. Kami buat macam tu le... Ikat kain batik kat kepala dalam keadaan terbalik (ikat kat belakang kepala). Lepas tu buka kain tu supaya boleh tutup rambut & separuh badan, dekat muka je yg nampak (boleh buka bagi nampak muka).
Kelakar pun ade. Macam tak percaya, aku masih mengingati teknik yg pernah aku buat after 25 years. Akhirnya aku berjaya menutup seluruh tubuh dengan kain pelikat tu, dan dapat solat maghrib.
Kalau tengok keadaan aku masa tu, rasanya tak ubah seperti hantu kum-kum yg pernah popular suatu ketika dulu... whatever !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home