· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, April 04, 2006

Yang Paling Gatal

Seumur hidup aku tak pernah mengalami kegatalan yang begini teruk & lama ..... Rasa macam azab pun ada. Rasa macam Allah menduga aku pun ada... rasa menyesal pun ade... macam2 rasa ada...
Alkisahnya, last weekend aku & hubby menghantar mak metua + maid dia balik kampung. Sejak 2 bulan lepas mereka berada di KL lepas accident hari tu. Sekarang ni, dia sibuk nak balik. Kebetulan keta dia pun dah siap & bengkel pun dah call , cakap boleh ambik keta.
Sampai kat rumah, rumput kan main panjang. Maklumlah , 2 bulan ditinggalkan. Masuk dalam rumah, banyak betul habuk. Dengan semut yg bermaharajalela. Nasib baik ade bibik. Bibik yg mengerjakan semuanya.
Bila balik KL, aku gatal2 seluruh badan. Dah tumbuh rashes macam "Kelopak garam" satu badan pulak tu. Dari kaki sampai kepala. Nasib baik muka tak kena. Oleh kerana terlalu gatal & membengkak, aku gi jumpa doktor. Dapat le MC sehari . Doktor kata aku alahan pada habuk & rumput tu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home