· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, March 13, 2006

Cuti Sekolah

Hurray.... cuti sekolah datang lagi. kenapa aku yg seronok sangat, bukan aku yg bercuti pun. Yg bestnye time cuti sekolah ni , jalan tak jem. Smooth je. Kalaulah hari2 macamni....

March 11th, Saturday - Cuti sekolah pun bermula bagi faiz. Hari ni babah pergi kerja. Tak habis2 busy. So, aku bawa budak2 pergi playground. Dah berabad tak pergi kat situ rasanya. Unfortunately, rumput dah panjang, duri semalu dah tumbuh tinggi2. Mana pergi tukang mesin rumput ni... makan gaji buta ke? Akhirnya aku terpaksa pakaikan sport shoes kat budak2 tu takut terpijak duri. Tapi masalah lagi satu timbul, anis tak senang duduk bila dia asyik buang temucup (betul ke perkataan ni?) kat seluar dia. Dia tu nak jaga kecantikan & kebersihan je..main pun tak senang. Akhirnya aku tolong bersihkan seluar dia dari bunga temucup tu dan balik. main sekejap je.
Kami tak terus balik. Aku bawa budak2 ni pergi car wash. Dah berbulan rasanya tak basuh kereta ni. Dah bertenggek kat car wash tu hampir 1 jam, barulah licin berkilat kereta tu. Barulah nampak macam kereta... kalau tidak, tak tahu rupa ape...
Lepas tu singgah kedai lagi... kedai runcit fav. aku. Beli barang2 nak masak makan tengahari. Beli aiskrim utk budak berdua tu. Masak. Makan. Tidur. Dah petang.....
March 12 , Sunday - Seawal jam 7 pagi, babah ajak pergi breakfast kat luar. Hari masih gelap. Tapi itulah yg paling best, banyak bende boleh buat kalau kita bangun pagi2 & starts our day early in the morning. Lepas breakfast , balik rumah , jemur kain, basuh kain , gosok baju, mengemas beg budak2 . Sebenarnya hari ni nak pergi kenduri kawin kat Tg Karang. Kawan sepermainan aku kawin. Long lost friend la ni kononnya. Sejak dari sekolah rendah tak pernah jumpa sampai la hari ni baru nak tengok macammana rupa dia. Dulu2 aku kawan dengan dia masa aku kecik2 umur 5-6 tahun.
Lepas kenduri tu, aku pun pass kan askar2 aku ketangan mak aku utk dibawa balik kekampung. Budak2 ni excited kan main, sampai tak peduli kat mak bapak diaorang. Terus nonong je naik kereta nak ikut wan balik. Aku je yg sadis + sayu sangat nak lepaskan diorang pergi. Tapi terpaksa. Aku tak dapat meluangkan masa ngan diorang sempena cuti sekolah ni, hari2 balik malam je. Kesian pulak kat diorang, cuti sekolah memerap je kat taska x pergi jalan mana2. So aku bagi chance kat diorang jumpa sepupu sepapat kat kampung & main sepuas2 hati.
Balik rumah, terasa rumah begitu kosong, sunyi tak de suara budak2. Tengok bilik diorang pun boleh meleleh air mata & air hidung. Last2 aku tutup pintu bilik budak2 ni supaya aku tak nampak apa2 barang permainan diorang. Kenapa aku sayu sangat ?

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

seronok cuti sekolah ni ya, yang pastinya anak Am dari minggu lepas lagi dah bising yang inggu ini cuti sekolah

13/3/06 2:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

begitulah perasaan seorang ibu,..yang nakal mintak itu ini dan buat hal macam2 tiap2 kali balik kerja itu lah pengubatnya. elok pun diaorang balik kampung kan...bersuka ria.

14/3/06 2:51 PM  

Post a Comment

<< Home